Piala F.A. | Perak vs Terengganu (review)

Liga Malaysia 2011

Selasa 15 Mac 2011
Stadium Perak, Ipoh
8.45 malam

Setelah melepasi pusingan kedua saingan Piala FA, pasukan Perak akan melayan kunjungan pasukan Terengganu dalam saingan suku akhir pertama.

Perak perlu mencari kelebihan gol di tempat sendiri supaya mendapat bekalan selesa apabila bertandang ke Terengganu pada 19 mac 2011 bagi saingan suku akhir kedua. Perak haruslah menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada bagi memastikan Pasukan akan membawa bekal yang selesa kelak.

Rekod tanpa kalah Perak sedikit sebanyak memberikan semangat kepada pemain dan penyokong pasukan dan memberi keyakinan kepada para penyokong untuk hadir memenuhkan stadium bagi memberi sokongan dan sorakan kepada Perak. Diharap para pemain tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri dan pastikan bekalan gol yang selesa apabila ke Terengganu nanti.

Perlawanan lain:

15 Mac 2011

Kuala Lumpur vs Pahang
Stadium PBKL, Cheras

Selangor vs Johor
Stadium Shah Alam

Kelantan vs Felda United
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Piala F.A. | Perak vs Terengganu (review)

  1. Fiq

    Salam

    Tahniah skuad Yob dapat merasai suku akhir piala FA ini. Apa pun, pastikan Perak mendapat bekalan gol yang selesa bagi saingan Suku AKhir kedua nanti.

    Teruskan rekod tanpa kalah skuad Yob..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.