Piala F.A. | Perak vs Terengganu (result)

Liga Malaysia 2011

Selasa 15 Mac 2011
Stadium Perak Ipoh
8:45 malam

Perak 3 - 2 Terengganu

Perak yang bermula garang dengan beberapa percubaan hanya berjaya memecah kebuntuan selepas 15 minit berlangsung hasil rembatan cantik Isma Alif dari luar kotak penalti. Harapan penyokong untuk melihat Perak membawa bekalan selesa musnah sebelum babak pertama ditamat apabila Terengganu menyamakan kedudukan pada minit ke 40 menerusi Abdul Manaf Mamat.

Sepak mula Perak pada separuh masa kedua ternyata membuat penyokong kembali bersemangat dimana turut disaksikan DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mencemar duli. Hasilnya pada minit 79 Fazrul Hazli membuat pemain Terengganu tersentak hasil tandukan padu setelah menerima hantaran silang dari Isma Alif.

Selang dua minit, Akmal Rizal menambah duka Terengganu apabila menjaringkan gol ketiga Perak setelah pertahanan Terengganu melakukan kesilapan. Tambahan masa 3 minit waktu kecederaan membawa padah apabila Terengganu sempat menjaringkan gol kedua kerana kelalaian pertahanan Perak pada saat-saat terakhir, gol tersebut dijaringkan oleh Reesyafiq Alwi.

Keputusan Lain:

Kelantan 2 - 2 Felda United

Selangor 3 - 1 Johor FA

Kuala Lumpur 1 – 2 Pahang

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Piala F.A. | Perak vs Terengganu (result)

  1. syidi

    Salam.

    Teman berada diperbatasan semasa perlawanan semalam, hehe.

    Well Done you have done a good job. Thanks sebab buat penyokong gembira semalam. Tapi, kena ingat, ada satu lagi perlawanan kena menang. Wajib!

    Terengganu sudah ada 2 gol di tempat lawan. Deme menang 1-0 sudah cukup. Jadi kena work out benda ni, settlekan terus tim terengganu tu with NO MERCY at K.Terengganu nanti.

    Sebenornye teman agak kecewa dengan beberapa pihak sejak dua menjak ni. Tu yang agak suram and bad mood. Menuduh SDN dengan tuduhan-tuduhan dengan tujuan agar orang Perak jangan masuk SDN atas sebab yang tidak munasabah.

    Tapi teman cuba tenangkan fikiran fikir positif, dan anggap pihak yang suka burukkan orang ni sebagai kurang ilmu dalam bab ukhwah atau menjalinkan hubungan baik sesama manusia paling penting sesama ISLAM nak pulak kita ni satu bangsa. Come on. Perak need us to support.

    Keep support without bias or prejudice.

    LOYALTY Cry:

    This is my PERAK,
    There're many like but this one is mine,
    Perak is my life.

    Without Perak i'm useless, Without me Perak is useless.
    Before god i swear this creed, Perak and me is one.
    We are the masters of our enemy,
    So be it until there is no more enemy except Perak and us.

    SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan Post author

      Sabarlah wahai kekanda syidi, Kita buat sahaja kerja ikhlas kita, selagi mampu mencurah bakti, selagi itu kita taat setia. jangan kecil hati dengan tomahan mereka tanpa usul periksa. Buktikan dengan jelas, dan bukan dengan hanya berkata-kata.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Thanks a lot San. Teman sayang Perak sangat-sangat. Kita buat je la keje kita. Apa yang teman tulis atas tu sekadar luahan perasaan. Bak kata Razlan, emosi. Memang teman agak terasa sekarang ni. Tapi bila dah diluahkan baru lega rasanya.

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. razlan

    kepada pengendali-pengendali baru SDN, bertugas di bidang media ini bukan sahaja kena 'unbias' tetapi kena juga 'tidak emosional'. bila emosional, dua tiga harilah tak berupdate.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Thanks a lot bro Razlan. I'll take this as a lesson learn. Tapi teman ni memang cukup emosi. Macam kata Wan bior je la. Teman akan cuba untuk perbaiki kelemahan teman ni.

      Teman terpaksa bercakap, selagi dipendam makin terbakar rasanye. Thanks again for your concern.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. anip

    Salam...

    Teman dah lama tak komen tapi bila mike jadi mcm ni teman rasa teman nak bagi tau mike yang teman tetap sokong mike...100%...jangan mengalah,syidi...teruskan berjuang!!!
    untuk Perak...demi Perak...kerana Perak...LOVE PERAK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.