Piala FA | Perak Vs Sime Darby (result)

Liga Malaysia 2011

Jumaat 4 Mac 2011
Stadium Perak Ipoh
8:45 malam

Perak 3 – 0 Sime Darby

Perak yang menang bergaya keatas Sime Darby dengan jaringan 3 gol tanpa balas berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir Piala F.A. 2011. Perak berjaya mengatasi pencapaian musim lalu iaitu sekadar pusingan kedua hanya memperoleh gol pertama pada minit 81 menerusi sepakan percuma Mohd Norhazrul Mustafa

Sepakan percuma tersebut diberikan setelah pertahanan Sime Darby mengasari K. Nanthakumar pada minit 80 sekaligus kad kuning kedua dilayangkan terhadap pemain tersebut dan diperintah keluar padang. Kemasukkan Razali Umar Kandasamy menggantikan Shafiq jamal ternyata mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan beliau sendiri telah menjaringkan gol kedua Perak pada minit 83. Permainan yang seakan-akan tamat dengan 2 jaringan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berjaya mencatatkan namanya sebagai penjaring gol ketiga Perak pada malam itu.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Ariff Ismail
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Nurridduan)
Mohd Syafiq Jamal (Razali Umar Kandasamy)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain:

ATM 2 – 3 Terengganu
Stadium MP Selayang

Selangor PKNS 1 – 3 Pahang
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Negeri Sembilan 0 – 0 Kuala Lumpur (Kuala Lumpur menang sepakan penalti 2 – 4)
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Selangor 2 – 1 Harimau Muda B
Stadium Shah Alam, Selangor

KL Felda United FC 1 – 0 Kedah
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Johor FC 0 – 1 Kelantan
Stadium JCORP, Pasir Gudang

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Piala FA | Perak Vs Sime Darby (result)

  1. aziz

    Assalamualaikum...

    Teman tidaklah terpegun sangat dengan kemenangan ini,tetapi teman berpuas hati dan gembira kerana pasukan seladang ini mampu untuk melayakkan pasukan ke peringkat seterusnya...

    Namun begitu,cikgu jan perlu membuat satu perubahan sedikit,dimana pasukan perlu pula dibarisi beberapa muka lain didalam kesebelasan utama......dimana Ariff ismail perlu bersama sama Khairi zainuddin di bahagian pertahanan tengah,Ariff ismail agak kurang baik di pertahanan kiri,Azmeer boleh lah diletakkan di pertahanan kiri dan shazwan roslan kekalkan di pertahanan kanan.....

    Manakala di bahagian Tengah gandingkan Shahrulnizam Mustapha bersama sama Nor Hazrul.manakala penjaga gol berilah ruang yang secukupnya kepada Kamarul efendi ataupun Khairul Amri.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ausbos

      salam...bg penjaga gol teman masih lg percaya kepada nasril...nasril tengah perform sekarang ni...tak perlulah pemain tengah perform kita tukar dia...harap aziz boleh bersabar...

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    Menyaksikan kebangkitan Perak sesuatu yang menerujakan ....tapi harap coach buat rotation dengan player simpanan untuk diberi peluang dalam 1st Eleven

    terutama bagi posisi Isma Alif dan Ahafiq Jamal

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. ayop

    salam... tahniah perak ... tahniah kerana usaha gigih dan bekerja dengan keikhlasan sepenuhnya.. tapi tidak salah mencuba pemain yang mengisi bangku simpanan .. sebab kadang-kadang terlalu lama menyimpan takut bisa nya hilang.. boleh mematuk tapi tak pasti lagi mampu membunuh..
    apa-apa pun tahniah... teruskan momentum....

    hidup perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    sebenarnya ramai lagi pemain simpanan yang boleh beraksi dengan baik jika diberi peluang.. tetapi biarlah coach mendapatkan keserasian pemain pilihan utamanya terlebih dahulu.

    Tetapi saya rasa telah tiba masanya menyerap kembali The Tornado untuk beraksi dengan barisan pemain utama, Cuma, apa yang bagusnya, Razali dapat memainkan peranan penting jika diturunkan sebagai super sub. menjaringkan 2 gol dalam tempoh 70 minit bermain daripada 3 perlawanan, adalah satu rekod yang bagus sebagai super sub.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.