Liga Super 2011 | T-Team vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 12 Mac 2011
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 Malam

Perak bakal berkunjung ke Kuala Terengganu untuk meneruskan cabaran Liga Super 2011 menentang PasukanT-Team. Perlawanan akan dilangsung pada 8.45 Malam.

Daripada 6 perlawanan sebelum ini, T-Team hanya menang satu perlawanan, seri satu dan kalah 4 perlawanan. Hanya satu kemenangan diperoleh di laman sendiri iaitu menewaskan Perlis dengan jaringan 3-0. Dalam perlawanan sebelum ini mereka tewas di tempat lawan 3-0 kepada Felda United.

Perak dilihat memiliki kelebihan dengan kini berada di tangga kedua liga dibelakang Kelantan dengan tiga kemenangan dan tiga seri daripada 6 perlawanan sebelum ini.

Perak dilihat bakal mencari kemenangan kedua di tempat lawan setelah sebelum ini hanya menang menentang Pahang di Kuantan dan dua kali seri dengan pasukan Kuala Lumpur dan Kedah.

Biar pun Perak masih belum pernah kalah selepas 6 perlawanan,namun Perak masih merendah diri. Sikap sebegini dilihat amat baik dan memberi impak yang positif dengan menganggap semua lawan adalah sukar. Sentuhan gol Akmal Rizal Rakhli amat ditagih di Kuala Terengganu nanti.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Noorhazrul Mustapa
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain:

11 Mac 2011

Johor FC v Kuala Lumpur
Stadium JCorp Pasir Gudang

12 Mac 2011

Kedah v Terengganu
Stadium Darulaman, Alor Setar

Negeri Sembilan v Selangor
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi

Pahang v Kelantan
Stadium Darulmakmur, Kuantan

Sabah v Harimau Muda ‘A’
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Felda United v Perlis
Stadium PBKL, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2011 | T-Team vs Perak (review)

  1. chuck

    Salam sdn..

    Keputusan draw tersebut nyata sekali menampakkan kelemahan sebenar Perak pada musim ini.

    Statistik kebanyakan perlawanan liga + piala FA juga menunjukkan yang Perak sebenarnya masih lemah dalam sentuhan penyudah serta semangat melawan yang lambat panas.

    Justeru itu,teman memohon pada pihak coach agar terus memperkasa-tajamkan lagi posisi tersebut.Jika perlu pelbagaikan lagi bentuk serangan dalam setiap keadaan padang,corak permainan lawan serta suasana sekitar pada game away.

    Teman serta fan yang lain juga mengaharapkan agar gandingan Razali + Akmal,Shafiq + Razali menjadi satu igauan ngeri buat pasukan lawan.

    Akhir kata,satu kerugian jika kita terus tercicir mata dengn pasukan yang bukan tak kuat,tapi yang masih lagi terumbang-ambing mencari tempo permainan seperti T-team.Sayang jika dengan heavy weight kita mampu untuk cemerlang tapi dengan cap ayam tika waktuni kita gagal mengutip mata penuh.

    Teman cakap cap ayam berdasarkan prestasi sebenar deme.Jangan salah paham..jika ayam-ayam lain dengan senang kita tewaskan,kenapa perlu kita membenarkan ayam belasahan mengikat kaki kita untuk terus mengutip mata penuh??Sayang woo...betul-betul sayang...

    Strugle untuk kutip mata penuh dengan team yang baik tapi dengan team cap ayam,kita buangjer point berharga tue.Jika permainan sebegini terus kita pamerkan,tak perlulah kita menconggak awal halatuju pasukan yang pada firasat teman masih lagi mengharapkan sedikit tuah semata-mata.

    Kita nak sasarkan targetpun jadi payah dubuatnya..kerana apa??kerana kita tak pasti kekuatan sebenar kita tatkala ini.Dimana sebenarnya tahap keupayaan kita?Atau pakar strategi yang kita gajikan tidak cukup baik untuk jawatan yang diberi.Huhh..memang mengeluh panjang dibuatnya..

    Teman ibaratkan game dengan T-team tersebut lebih kepada 11 player untuk Perak vs 8 player untuk T-team.Tak pandai langsung nak amik kesempatan..

    Aduhaii owh aduyaii..ntahla kemana hala lagi bentuk permainan yang ingin miker tunjukkan kepada kami..

    Sematkan segala impian dan cita-cita..genggam bara api biar sampai jadi debu..Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,apa lagi yang kome tunggu lagi.Buktikan komitmen dan kesungguhan sebenar selain semangat melawan yang tinggi kepada kami!!!!Ayuh!!!jangan sampai kami hilang kepercayaan kepada kamu lagi...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.