Liga Super 2011 | Perak Vs Harimau Muda A (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 1 Mac 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 1 Harimau Muda A

Perak nyaris diaibkan oleh anak-anak muda dari Harimau Muda A semalam di Ipoh. Mereka mengasak hebat sebaik saja permainan dimulakan.

Hasilnya, Wan Zack Haikal berjaya menjaringkan gol pertama Harimau Muda A untuk mendahului 1-0.

Babak kedua, Perak tampil garang dengan berjaya menyerap segala tekanan lawan untuk mengimbangi asakan lawan. Razali Umar Kandasamy diberi kepercayaan untuk masuk menggantikan Isma Alif Salim.

Seterusnya, Perak menguatkan lagi barisan serangan dengan memasukkan pemain muda Perak Mohd Nurridduan selang beberapa minit kemudian. Hasil kerja keras, Perak akhirnya memperolehi gol penyamaan pada minit ke 85. Gol adalah hasil sepakan percuma cantik yang menerjah jaring oleh Mohd Noorhazrul Mustapa.

Jaringan Mohd Noorhazrul sudah cukup untuk menyelamatkan Perak seterusnya memastikan satu mata untuk Perak.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Ariff Ismail
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Nurridduan)
Mohd Syafiq Jamal (Razali Umar Kandasamy)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain:

Kelantan (3)v (0) Negeri Sembilan
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Selangor (2)v (0) Kedah
Stadium Shah Alam

Terengganu (3) v (0) Johor FC
Stadium Sultan Nasirruddin

Pahang (2) v (2) Sabah
Stadium Darulmakmur

Perlis (0)v (0)Kuala Lumpur
Stadium Utama

Felda United (2) v (0) T-Team
Stadium MBPJ

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Harimau Muda A (result)

  1. Fiq

    Salam..

    Tahniah buat Seladang kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang enam perlawanan. Apa pun pujian harus diberikan kepada pemain kerana bertungkus lumus bagi memastikan Skuad Yob tidak terlepas mata kepada pihak lawan. Teruskan dengan perjuangan anda, Kami yob Yong di sini akan terus memberikan sokongan padu demi Bola Sepak Perak..

    Digeruni Lawan, Disegani Rakan Seangkatan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. hazwan

    salam 1 sdn.....

    Perak masih mampu mengekalkan rekod tanpa kalahnya setelah beraksi dalam enam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, malam semalam. Perak terpaksa berkongsi mata dengan Harimau Muda A apabila kedua-dua pasukan hanya seri 1-1......Walaupon separuh masa pertama permainan agak goyah, Perak tetap tenang mengawal keadaan..Permainan berubah apabila separuh masa kedua apabila Perak mengawal permainan sejak permainan bersambung dan ketika razali dimasukan....Hasilnya mutu permainan cantik dan keputusan yang memuaskan buat perak diperolehi daipada freekick cantik C R perak mohd noor hazrul.....tahniah!!!!! good job perak kalo tak disebabkan refree macam kayu... kite dah tentu menang ...Defend nampak loggar sikit..mungkin ketiadaan Khairi Zainuddin kot...

    ketiadaan khairi dengan hisyam nampak sangat benteng perak longgar.patutnye cikgu jan menurun pemain muda yg laju utk menyaingi harimau tapi tak pe janji tak kalah dan rekod tanpa kalah dapat dipertahankan... .... kredit harus diberikan juga kepada semua pemain perak semalam terutama hero perak noor hazrul dan nasril walaupun bolos jugak......so... teruskan usaha anda menyokong dalam impian seluruh penyokong yob&yong yang mahukan piala tahun ni........First half corak permainan memang tak seperti yang sbelum nih..berterabor...Masuk second half barulah nampak penguasaan bola spenuhnya dari pasukan Perak sehingga dapat gol penyamaan tu.

    macam terlalu mnghormati pihak lawan..maybe sebab lawan MALAYSIA kot, main macam takut-takut tak confident..pape pon..tahniah perak..kekal rekod tanpa kalah dan kemenagan perlu diteruskan..apa-apa pun harap pasukan Perak dapat memperbaiki kelemahan untuk game akan datang.,Terima kasih juga kepada penyokong yang tidak berganjak dari tempat duduk di stadium walaupun ada live penyokong tetap ramai 15k dan terus memberi sokongan padu kepada pemain Perak..Perak tetap hebat seperti dahulu..Seri..kePutusan terbaik la berdasarkan prestasi perak malam semalam.....hehe

    JANGAM LUPA DATANG LAGI KE STADIUM 4.3.2011 (JUMAAT) INI PIALA FA PERAK VS SIME DERBY OK.....TERIMA KASIH SEMUA...

    Kejor Yop Kejor skor yob skor.....!
    ipoh mali tak rak sombong....!
    kerjasama !kerjasama!kerjasama!
    perak terbaik....love perak for ever.....

    wasalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Raul hashim

    Keputusan yang positif walau pun ramalan kita jauh tersasar..inilah yang diharapkan oleh penyokong. Bangkit melawan walaupun kita ketinggalan..ramai tahu pemain harimau muda semuanya laju dan pantas..ini jugak pengajaran buat perak supaya tidak memandang mudah pihak lawan..harap lawan Piala Fa nt perak tebus semula maruah perak agar bangkit membaham sime darby..harap razali, syafik dan akmal lebih tajam lagi...Perak forever...Bota malai tarak combong...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jasbisa

    barisan simpanan masih mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Khairi dan Hishamuddin. Cikgu Jan perlu lebih berani beri peluang kepada pemain muda macam nurruidzwan.

    Peringatan Admin: Pastikan selepas ini anda tidak menggunakan singkatan perkataan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. spectator

    salam...

    Memang lega selepas Hazrul skor gol penyamaan malam tadi..sebab teman bayangkan macam dah tiada harapan bangkit melihatkan aksi maktap Harimau Muda A. secara ringkas pendapat teman malam tadi pertahanan pada awal game agak tak stabil...kemungkinan masih cuba cari keserasian sebab pertama kali digandingkan pada musim ini...namun masuk babak kedua nampak defend lebih kukuh dan kental ketika diasak...

    satu lagi pendapat teman malam tadi Fazrul (no16) dan Syafiq Jamal agak tenggelam...permainan mereka mudah dibaca pemain-pemain HMA..walaubagaimanapun kalau Fazrul dapat lolos sekali sekala, memang boleh kelam kabut defend-defend HMA nak cover...

    sesiapa yang duduk di grandstand teman rasa pasti rimas dengan gelagat seorang penyokong yang teman pasti orang-orang kita yang pada setiap perlawanan akan bertempik menyokong pasukan lawan...kemungkinan ianya hanya salah satu gelagat untuk menarik perhatian org ramai namun teman rasa setiap game skripnya sama....sampai penyokong kita sudah tak dapat menerima telatah sebegitu dan mula naik meluat melihatnya tak habis-habis menyokong pasukan lawan dan merendah-rendahkan skuad kita...

    ada jugak orang macam ni...bak kata seorang yob di stadium yang jelak dengan gelagatnya , "udah le yob..! duduk diam le! masuk pun free semedang!"

    wallahualam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. zizou85

    Perak boleh meniru corak permainan Malaysia yang kini banyak mengamalkan hantaran pendek. Striker kita tidak mempunyai kelebihan larian pantas dan saiz badan yang tinggi bagi mengambil bola yang dihantar jauh dan tinggi. Akmal dan Shafiq perlu lebih rajin meminta bola kerana mereka tidak memberi bantuan yang banyak kepada Shahrul Nizam.

    Kredit pada Shahrul Nizam yang menunjukkan work rate yang amat tinggi serta pemain Perak paling ghairah dalam perlawanan tersebut.

    Mungkin, Cikgu Jan boleh menyenarai 2-3 pemain simpanan bagi menentang Sime Darby seperti Razali Umar, Harizul Izuan dan Nurridzuan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.