Liga Super 2011 | Perak Vs Felda United (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 2 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Felda United bakal mengunjungi Stadium Ipoh Sabtu ini bagi melengkapkan jadual Liga Super 2011 untuk perlawanan ke 8 kedua-dua pasukan.

Berdasarkan rekod setakat 7 perlawanan sebelum ini, Felda United dilihat memiliki kekuatan yang setara dengan Perak. Perbezaannya hanyalah mereka mengalami satu kekalahan daripada 7 perlawanan dan kini menghuni tangga kedua dengan 14 mata satu mata mengatasi Perak di tangga keempat liga.

Felda United bukanlah asing bagi Perak. Ini kerana sebelum ini mereka pernah bertarung dalam perlawanan persahabatan. Namun begitu, pertembungan ini dijangka menarik dikala kedua-dua mengetahui selok-belok lawan masing-masing.

Kekentalan Felda United ditunjangi oleh pemain-pemain senior yang berpengalaman seperti Liew Kit Kong, Faderin Kadir, Zambri Chin, Chow Chee Weng dan Juzaili Samion serta beberapa nama yang sememangnya sudah dikenali ramai dalam arena bolasepak di Malaysia.

Pun begitu, Perak bakal beraksi dalam perlawanan ke 8 ini dengan bangganya selaku pasukan yang belum pernah tewas selepas 7 perlawanan. Rekod ini dilihat sebagai moral untuk pasukan meraih kemenangan yang seterusnya. Sudah semestinya Norizan Bakar memiliki ramuan yang ideal untuk menghadapi perlawanan ini setelah mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan sepanjang Liga direhatkan seketika tempohari.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Azmeer Yusof
Mohd Ariff Ismail
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Felda United (review)

  1. Raul hashim

    Dengan kembalinya Razali ke dalam skuad Perak, ia akan membuatkan jentera serangan Perak bertambah mantap. Rindu nak tengok larian deras razali. harap dia akan lebih matang dan tingkatkan displin. Jangan biar prestasi menurun kerana beliau ada bakat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum dan salam hormat..

    Pada teman,Razali patut diberikan ruang dan masa.Bukan setakat ruang dan masa sahaja,tapi bantuan moral dan sebagainya yang dirasakan perlu bagi membantu beliau keluar dari kemelut yang beliau cipta sendiri ataupun datang kepada beliau.

    Letakkan diri anda sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang bermasalah.Jangan cepat dan lantang benar menjatuhkan hukum.

    sekian,wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. active11

    Membaca harian Metro hari ini, diberitakan Jurulatih Skuad Olimpik Malaysia akan melihat aksi PERAK pada sabtu ini. Diharapkan pemain muda PERAK akan lebih bersungguh-sungguh dan memikat pada malam tersebut..

    PERAK MAJU JAYA

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.