Info | 9 Rules at seladang.net (Ulangan)

Pihak Admin Seladang.Net kerap kali menghadapi kesulitan ketika menerima komen pengguna untuk disiarkan. Masalah berkenaan adalah akibat sikap sambil lewa yang kurang prihatin atau tidak tahu berkenaan 9 Rules at seladang.net yang pernah disiarkan 3 tahun lalu.

Pihak kami akan menyiarkan sekali lagi 9 Rules at Seladang.Net sebagai peringatan kepada semua pengguna terutama pengguna yang baru mendaftar di sini. Perkara ini ditekankan kerana Seladang.net mementingkan Disiplin dan Kualiti penggunanya sekali gus mendidik kita semua menjadi Anak Perak yang berwawasan, positif dan berdisiplin.

Berikut kami huraikan 9 perkara utama yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna berdaftar sebelum dan semasa ingin membuat komentar pada ruangan artikel yang tersiar di halaman ini :

Di harap semua pengguna mematuhi peraturan yang diberi kerana pihak kami tidak mahu lagi berkompromi dengan mana-mana pengguna yang gagal atau sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

9 perkara utama yang dilarang semasa membuat komentar.

1) Provokasi kepada individu ataupun pasukan lain.
Mengeluarkan kenyataan berunsurkan provokasi secara terus mahupun tidak langsung kepada pengguna lain pemain dan pasukan lawan tidak dibenarkan sama sekali. Jika kita mahu dihormati kita harus belajar menghormati orang lain.

2) Mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan POLITIK
Sebarang komentar yang berunsurkan perkauman dan POLITIK akan dipadamkan tanpa toleransi.

3) Menggunakan bahasa lucah.
Mencarut, memaki-hamun atau menggunakan bahasa lucah atau kesat di dalam komentar secara sengaja terhadap individu, persatuan dan lain-lain.

4) Meletakkan iklan, link laman web lain atau komentar yang di cedok/tiru dari media massa.
Tidak dibenarkan sesiapa meletakkan sebarang iklan secara langsung atau tidak langsung termasuk link laman web lain atau membuat komentar yang diceduk sepenuhnya dari akhbar ‘online’.

5) Menggunakan hampir keseluruhan huruf besar pada komentar.
Menggunakan huruf besar pada komentar anda boleh dilihat sebagai biadap ataupun kurang sopan kepada pengguna lain.

6) Menggunakan singkatan perkataan ala SMS.
Singkatan ala SMS adalah cara untuk berkomunikasi melalui telefon bimbit dan bukan di halaman ini. Penggunaan terlalu banyak singkatan akan menyukarkan pengguna lain memahami apa yang cuba anda jelaskan. Penggunakan tanda X, Y, D dan lain-lain yang merosakkan Bahasa Malaysia amatlah dilarang. Pengecualian diberi di ruangan ShoutBox.

Jika anda malas untuk menaip perkataan secara penuh kami nasihatkan tidak perlu anda menyusahkan diri menghantar komentar yang bakal menyusahkan orang lain memahaminya. Bukan semua orang mampu memahami singkatan ala SMS dengan baik terutamanya golongan yang berumur. Menggunakan nama timangan atau meringkaskan nama pemain, jurulatih atau sebarang individu juga amatlah dilarang.

7) Meninggalkan nombor telefon, alamat atau email pada ruangan komentar atau ruangan shoutbox.
Tidak dibenarkan kepada sesiapa pun meninggalkan sebarang nombor telefon, alamat rumah dan pejabat ataupun email atas apa tujuan sekalipun tanpa kebenaran dan arahan dari pihak pengurusan seladang.net.

8) Komentar yang tidak berfaedah.
Bagaimana pihak kami menafsirkan sesuatu komentar itu tidak berfaedah?
1) Pertanyaan dibuat berulang-ulang kali walaupun jawapannya telah sedia ada.
2) Bertanya secara kerap dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian.
3) Mengemukakan sesuatu yang diluar dari tajuk perbincangan dan tidak bersesuaian.
4) Istilah komentar ‘Ingin Memeriahkan Suasana’ tidak diperlukan di halaman ini.
5) Lain-lain perkara yang dirasakan tidak sesuai pada hemat pihak pengurusan seladang.net.

9) Menghantar komentar yang sukar difahami.
Jika anda menghantar komentar kepada halaman ini pastikan tujuan dan maksudnya mampu kami fahami dari segi penyampaian atau penulisan. Kegagalan pihak pengurusan untuk memahami isi kandung komentar anda akan mengakibatkan kesemua komentar tersebut dipadamkan serta merta walaupun hanya sebaris ayat.

Nota: Jika komentar yang anda hantar tidak disiarkan oleh pihak pengurusan seladang.net dalam tempoh 12 jam, itu bermakna anda telah pun melakukan salah satu dari kesalahan yang terdapat di atas.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Info | 9 Rules at seladang.net (Ulangan)

  1. belanak

    As salam buat semua warga SDN

    Semoga kita bersama-sama mengambil berat akan tatatertib dalam membuat komentar.

    Jangan pula kita terus lupa dan alpa!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    Salam 1Malaysia..

    Kepada semua kengkawan SDN...

    Ingatlah pepatah ini sebelum korang menyatakan komentar korang...

    Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

    Serta, ingatlah bahawa bahasa melambangkan bangsa!

    Berbudi Bahasa Amalan Mulia...
    Apa yang penting, KERJASAMA!
    Apa yang penting, KERJASAMA!
    Apa yang penting, KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.