Piala FA 2011 | PDRM Vs Perak (review)

Liga Malaysia 2011

Sabtu 19 Februari 2011
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi
8:45 malam

Liga Super berehat seketika dan meneruskan cabaran dalam misi berbeza iaitu merebut kejuaraan berprestij Piala FA 2011. Perak bakal bertandang ke Paroi sebagai tetamu sambil disambut oleh pasukan PDRM.

PDRM yang masih tercari-cari rentak dalam Liga Super hanya berjaya menjaringkan satu gol hasil daripada tiga perlawanan. Mereka masih gagal memperoleh sebarang kemenangan. Sudah semestinya anak buah Norizan Bakar akan diuji habis-habisan dalam memastikan mereka menjadi pesaing yang hebat untuk merebut kejuaraan ini.

Namun begitu, pengkhabaran yang agak baik dari kem Perak apabila diberitakan penyerang harapan Perak musim lalu yang dilanda pelbagai krisis dan masalah Razali Umar Kandasamy akan turut serta rombongan ke Paroi. Persoalannya, adakah Norizan Bakar akan menurunkannya untuk penampilan pertamanya untuk 2011?

Perlawanan Lain:

18 Februari 2011(Jumaat)

Harimau Muda ‘A’ V SDM Kepala Batas
Std Shah Alam

T-Team V Kelantan
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

19 Februari 2011 (Sabtu)

PKNS V MP Muar
Std MBPJ, Kelana Jaya

Pahang V Sabah
Std Darul Makmur

Melaka V Sime Darby FC
Std Hang Tuah, Melaka

ATM V Sarawak
Std MP Selayang

Pulau Pinang USM FC V Terengganu
Std Olahraga USM, Pulau Pinang

Johor Melodi Jaya V Harimau Muda ‘B’
Pdg Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Kangkar Tebrau

Pulau Pinang V Johor
Std Negeri Batu Kawan

Johor FC V KL SPA FC
Std JCorp, Pasir Gudang

Perlis V Felda United
Std Utama Negeri, Kangar

20 Feb 2011 (Ahad)

Kuala Lumpur V KL Pos Malaysia
Std MP Selayang

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2011 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Piala FA 2011 | PDRM Vs Perak (review)

  1. syidi Post author

    Salam.

    Kepada peminat-peminat Razali Umar, berdoalah semoga beliau dirahmati setiap masa. Harap-harap coach dapat beri kepercayaan kepada beliau malam nanti.

    Teman memang tak dapat ke Paroi malam ni, memang rasa ralat. Dari K.Lumpurke Ipoh teman datang hari tu, tapi K.Lumpur - Paroi teman agal, atas sebab peribadi.

    Dari jauh je lah teman berdoa Perak bakal cipta kejayaan. Apa-apa pun jangan pandang setiap lawan tu mudah, semuanya tetap berlabelkan MUSUH.

    'Enemy always Enemy,There's No Mercy, So We Serve Them Same Like others'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Aizat2011

    harap perak menang mlm nie..teringin nk tgk akmal partner striker dgn razali dan di bantu arkitek tengah perak shafiq jamal

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam.

      Saya faham keinginan saudara, tapi Razali sendiri mempunyai banyak masalah. Entah apa perancangan Norizan Bakar selepas ni untuk tingkatkan disiplin penyerang harapan Perak tu.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.