Piala FA 2011- PDRM Vs Perak (result)

Liga Malaysia 2011

Sabtu 19 Februari 2011
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi
8:45PM

PDRM 1 – 4 Perak

Perak berjaya merintis halangan pertama dalam saingan Piala FA 2011 setelah berjaya menundukkan PDRM malam tadi. Akmal Rizal memulakan langkah perjuangan dengan cemerlang apabila mencipta jaringan seawal minit ke 5 permainan.

Gol hasil hantaran lintang oleh Mohd Fazrul Hazli dan ditanduk cantik oleh Akmal Rizal untuk gol pertama Perak.

Gol kedua Perak hadir melalui percubaan luar kotak penalti oleh ketua pasukan Perak Sharulnizam Mustapha yang berjaya menewaskan penjaga gol PDRM pada minit ke 31. Minit ke 50, Shafiq Jamal berjaya mencipta nama sebagai penjaring apabila menyudahkan hantaran leret Akmal Rizal dan berjaya melepasi Penjaga Gol lawan untuk gol ketiga Perak.

Minit ke 55, Shafiq Jamal dikeluarkan untuk Razali Umar Kandasamy. Razali Umar akhirnya berjaya menjaringkan gol peribadi pertamanya untuk musim 2011 pada minit 89 hasil lorongan cantik Mohd Shazuan yang masuk pada minit 69. Razali Umar membuat larian solo melepasi pertahanan terakhir PDRM sebelum menguis bola masuk untuk gol keempat Perak.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa (Arif Ismail)
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Shazuan Ashraf Mathews)
Mohd Hisyamuddin Shaari
Mohd Syafiq Jamal (Razali Umar Kandasamy)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain Piala FA 2011:

18 Februari 2011(Jumaat)

Harimau Muda ‘A’ (4) V (0) SDM Kepala Batas
Std Shah Alam

T-Team (1) V (1) (Penalti 5-6) Kelantan
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

19 Februari 2011 (Sabtu)

PKNS (5) V MP Muar (0)
Std MBPJ, Kelana Jaya

Pahang (2) V Sabah (1)
Std Darul Makmur

Melaka (0) V Sime Darby FC (5)
Std Hang Tuah, Melaka

ATM (2) V Sarawak (0)
Std MP Selayang

Pulau Pinang USM FC (1) V Terengganu (2)
Std Olahraga USM, Pulau Pinang

Johor Melodi Jaya (0) V Harimau Muda ‘B’ (4)
Pdg Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Kangkar Tebrau

Pulau Pinang (1) V Johor (5)
Std Negeri Batu Kawan

Johor FC (5) V KL SPA FC (0)
Std JCorp, Pasir Gudang

Perlis (0) V Felda United (2)
Std Utama Negeri, Kangar

20 Feb 2011 (Ahad)

Kuala Lumpur V KL Pos Malaysia
Std MP Selayang

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Piala FA 2011- PDRM Vs Perak (result)

  1. hazwan

    salam....

    PERAK MEMANG TERBAIK....

    tak terkata teman melihat game perak dan sungguh rasa gembira sampai tak terkata.....

    itulah kesimpulan daripada game dengan PDRM semalam....ikutkan banyak lagi gol sepatutunya perak dapat tapi tak mengapa...teruskan kecermelangan ini seterusnya game lawan pahang...

    yang penting rekod tanpa klah perak 100% terbaikkkk dan bolos perak hanaya dua berbading kelantan 3 tak masuk penalti....

    moh kita sokong dengan terbaik lagi pasukan kita perak....

    perak terbaikk lah...skor yob skor....kejor yob kejor.....

    ape yang penting kerjasama......!!!!

    love perak for ever..!!!!

    wasalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sportsmalaysia

    syabas kepada pasukan perak dan para penyokong atas kemenangan ini. selepas ini akan bertemu Sime Darby di home dan bila menang, akan bertemu Terengganu (jangkaan) di ipoh dahulu dan kemudian di tempat lawan. Bila lepas, akan bertemu Negri Sembilan pula dan kemenangan akan melayakkan Perak ke final.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Syabas dan sekalung tahniah buat anak-anak buah kendalian Norizan Bakar. Saya yakin ini adalah hasil kerja keras sepasukan yang amat jitu.

    Apa yang saya risaukan adalah konsistensi. Coach seharusnya sudah sediakan payung sebelum hujan. Dalam erti kata lain coach perlu ada pelan tindakan yang efektif sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

    Perkara yang bakal berlaku lazimnya adalah kecederaan. Sekiranya pemain kesebelasan utama sekarang ramai yang tercedera, pasti ada pengganti yang berkebolehan menggalas tugasan berkenaan.

    Saya risaukan dibahagian tengah yang kadang kala menimbulkan kelam kabut, gagal mengawal tengah dengan baik pada satu-satu ketika. Jadi saya harap coach sudah ada plan tindakan berkenaan.

    Untuk bahagian serangan, Akmal Rizal memang penyerang yang amat berbisa. Dia mampu menyerap semua hantaran dan diterjemahkan kepada percubaan ke arah gol dengan baik sekali. Tidak kira apa jenis hantaran pasti dia akan cuba mendapatkan bola.

    Razali Umar, satu nama yang menjadi kegilaan peminat Bolasepak Perak. Paling tidak pun,orang akan kenal dengan Razali Umar. Sehinggakan rakan saya yang tidak berapa ambil berat pasal bola pun kenal dengan dia walau pun dia tidak mengenali pemain-pemain yang lain, mereka masih lagi menyebut nama-nama seperti Ahmad Shahrul, Azizul yang dah entah ke mana.

    Saya yakin Razali akan kembalikan prestasi terbaik selepas ini jika diberikan kepercayaan membarisi kesebelasan utama atau paling tidak pun sebagai gantian. En.Norizan Bakar memang coach yang amat disegani, harap-harap coach dapat mencurahkan segalanya kepada anak-anak muda Perak yang dahagakan ilmu dan kemahiran yang jitu.

    Selepas ini, jika Perak mengekalkan prestasi sebegini saya yakin paling tidak kita akan berjaya menempatkan diri dalam 5 kelompok teratas liga dan mencapai tahap tertinggi dalam semua saingan piala boalsepak di Malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ayop

    salam..

    dari ayop sekawah tahniah ayop hulurkan buat semua yang terlibat secara umum atau sambilan diatas kejayaan yang pasukan raikan .... rentetan kejayaan tanpa kalah menandakan kegagahan sebenar seladang... sebelum sepak mula tahun 2011 , ayop hanya mampu meletakkan perak akan jadi antara 5 pasukan yang hebat ... tapi setelah kemenangan dan kejayaan semasa yang dijelmakan... terdetik rasa ingin jadi juara.. ingin jadi terbaik antara yang terbaik.... perak adalah JUARA PIALA FA 2011.... JUARA LIGA SUPER 2011 dan JUARA PIALA MALAYSIA 2011... pastikan impian jadi realiti dan bukan fantasi... sepantas-pantas kijang, sekuat-kuat giant mungkin akan tersungkur dengan segagah-gagah seladang....

    seladang selamanya.......

    salam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.