Liga Super 2011- Perak Vs Negeri Sembilan(result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 12 Februari 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 0 Negeri Sembilan

Perak meneruskan kecemerlangan bermain di tempat sendiri malam setelah berjaya menjinakkan Negeri Sembilan dengan 2 gol tanpa balas. Segalanya dilihat berbaloi setelah Perak mempamerkan aksi yang jitu di segenap posisi sebaik sepak mula hinggalah ke wisel penamat 90 minit.

Babak pertama, Negeri Sembilan cuba memberi tekanan kepada anak-anak buah Norizan Bakar dengan ,menyajikan corak permainan kasar. Namun begitu, ianya tidak sedikit pun mencalar semangat juang Perak untuk memburu gol. Ketika permainan berusia dua minit, Isma Alif Salim mencuri tumpuan dengan rembatan deras dari penjuru kanan gol lawan. Namun ianya gagal menerjah ke jaring.

Tamat separuh masa, tiada jaringan dihasilkan biarpun Perak dilihat menguasai permainan dan berjaya menyerap serangan pihak lawan.

Perak meneruskan aksi terbaik mereka di separuh masa kedua. Kali ini, Perak kerap kali membuat serangan dari kiri dan kanan padang. Ketika perlawanan memasuki minit ke 51, Shahrul Nizam Mustafa bijak menewaskan Farizal Marlias untuk gol pertama menerusi sepakan penalti, setelah Akmal Rizal Rakhli diasak pertahanan lawan di dalam kotak penalti.

Pada minit ke 75, Mohd Fazrul Hazli Kadri bijak melambungkan bola dari kanan padang terus kepada Akmal Rizal yang berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum merembat deras ke penjuru gol untuk gol kedua Perak.

Secara keseluruhannya, ini adalah permainan terbaik Perak di hadapan kira-kira 16 ribu penyokong sendiri. Dengan keputusan ini, Perak seolah-olah melaungkan amaran kepada pasukan-pasukan lain akan kebangkitan mereka, dengan syarat, mereka perlu lebih konsisten untuk perlawanan seterusnya nanti.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Hisyamuddin Shaari
Mohd Syafiq Jamal (Mohd Shazuan Ashraf Mathews)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 15 Feb 2011:

Kelantan (4) vs Johor FC (1)
Std Sultan Mohamad Ke-IV

Selangor (1) vs Kuala Lumpur (1)
Std Shah Alam

Harimau Muda ‘A’ (3) vs T-Team (1)
Std MBPJ

Felda United (2) vs Pahang (1)
Std Bolasepak PBKL

Sabah (1) vs Kedah (0)
Std Likas

Perlis (1) vs Terengganu (3)
Std Utama Negeri, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)

30 thoughts on “Liga Super 2011- Perak Vs Negeri Sembilan(result)

  1. syidi Post author

    Salam.

    Seperti yang teman ramalkan. Coach dilihat berjaya menyerap dan mematikan rentak permainan lawan. Tahniah kepada pemain semua. Mereka melaksanakan amanah dengan baik sekali

    Walaupun ada kesilapan peribadi dibuat oleh pemain-pemain tapi mereka cepat 'cover' balik dengan kemahiran permainan tinggi. Kunci kejayaan kali ini adalah semangat juang, ketenangan dalam mengawal bola, ESPIRIT De' CORP yang tinggi dan strategi yang baik.

    Negeri Sembilan buntu untuk menyerang. Sayap Kiri dan Kanan PATAH! Biar pun ada dua tiga pemain mereka bermain untuk MALAYSIA, tapi belum cukup untuk menidakkan kemenangan Perak.

    Alasan Wan Jamak mungkin pemain-pemainnya letih sebab lawan Hong Kong, alahai berapa kerat je. Itu agak teman je alasan Wan Jamak. Kenapa turunkan kalau letih?

    Seperkara yang menarik perhatian teman adalah No.16 Mohd Fadzrul. Cukup efektif malam ni. Larian dengan bola dan kawalan yang baik dan ada potensi jadi lebih baik di masa depan, tapi kena kerja keras lagi.

    PERTAHANAN Perak malam SUPERB! Tahniah Khairi Zainuddin dan 3 orang lagi, Hazrul, Hisyamuddin dan Syazwan. Macam tak percaya. Bek kiri dan kanan cukup ampuh mengekang serangan dari tepi Negeri Sembilan. Itu lah puncanya mereka tak dapat cari gol.

    Apa-apa pun, Well Done. Konsisten dan lebih konsisten, tu je yang teman harap. Sentiasa anggap ini bukan kemuncak kejayaan. Ini bukan kejayaan sejati lagi yob. Jangan seronok sangat, banyak benda kena buat lagi. Banyak salah kena betulkan. Setiap lawan lain cara dan pendekatannya. Jadi,hadapi satu persatu dengan berkesan.

    Itulah rahsia kejayaan, jangan cepat puas hati dengan kecemerlangan semalam. Sebalik cari salah diri, perbetulkan sendiri sebelum memakan diri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. kia_dgreat

    salam SDN...
    keserasian team perlu diteruskan dan ditingkatkan untuk meneruskan rentak cemerlang pasukan kita. apa yang pasti kalau momentum ini dapat dikekalkan tak mustahil kita mampu pergi lebih jauh dan mencapai sasaran yang lebih baik.teman doakan pasukan ini mampu pergi lebih jauh.
    hidup PERAK!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. hazwan

    salam...

    tahniah perak atas kemenagan 2-0 atas negeri sembilan.....dari segi game dah dijelaskan oleh syidi dan anda sendiri dah tengok macam mana....teman cuma nak cakap pasal penonton yang cukup fenatik..terbaik dan terima kasih ...ini lah masa yang kita nanti-nantikan....lebih kurang 20 ribu tu penonton..baru 3 game...terbaik...teruskan menonton game seterusnya k....

    tak tertaip teman nak luahkan rasa gemnira perak malam tadi...memang terbaik lah wei....jgn pandang perak ni tak power..jom la sokong perak untuk game seterusnya...yang teman leh cakap perak memang power...memang terbaikkk...

    daging rusa kita dah rasa...tak sabor nak rasa daging kenari pulak..

    skor yob skor..kejor yob kejor...
    ipoh mali tak rak sombong...

    sekian..wasalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ausbos

    salam....teman tengok semua pemain perak malam tadi telah melakukan yang terbaik...dari bawah sampai ke atas semuanya teman bagi 9 markah....bagi nasril teman tengok game dia juga terbaik...banyak percubaan yabg berbahaya berjaya ditangkis..so kepada peminat yang minta nasril ini direhatkan agar memberi peluang agar dia boleh menunjukkan lagi prestasinya yang dalam meningkat naik...kepada coach tahniah diucapkan kerana berjaya dalam mencorakkan taktikal menyerang dan bertahan yang ampuh setakat 3 game ini...tahniah juga kepada semua penyokong setia yang hadir memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan perak...tanpa penyokong pemain perak mungkin akan kendur semangat juangnya....
    ape-ape pun well done kepada semua yang terlibat....syabas

    Perak mari tarak sombong.........

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    salam...

    Alhamdulillah pasukan seladang mampu mencapai sekali lagi kemenangan dengan pasukan Negeri Sembilan.

    Ianya mengulang kembali kegembiraan seperti musim lepas dimana pasukan seladang menang 2-1 keatas skuad yang sama di stadium yang sama.

    Teman ingin ucapkan tahniah kepada K.nanthakumar,Shazwan Roslan dan Isma aliff yang menunjukkan satu peningkatan yang harus diberi kepujian maksimum.Cuma kepada Isma aliff perlu menaikkan sedikit lagi stamina anda kerana sememangnya sudah diketahui bahawa dia seorang pemain yang memang sukar untuk mengekalkan rentak sepanjang 90minit tidak termasuk masa tambahan.

    Kapten pasukan iaitu Shahrulnizam harus lebih banyak memberi arahan ditengah padang kalau tidak rangka strategi yang asal akan hilang ketika perlawanan.

    Overall,perlawanan kali ini lebih bagus berbanding ketika pasukan seladang menentang skuad Johor Fc.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Putera96

    Pujian harus diberikan kepada semua pemain Perak yang beraksi malam tadi dengan kesungguhan yang tinggi. Tidak terlepas juga kepada penyokong Perak yang kembali riuh-rendah di stadium. Harap situasi ini berterusan. Yang paling seronok adalah OMBAK penyokong dah kembali di stadium.

    Mungkin inilah petanda kebangkitan pasukan Perak setelah mengalami dua musim yang amat pahit untuk dikenang.

    Tahniah Yob !!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. hazwan

        salam

        mari kita lihat siapa yang kena........
        1 malaysia satu perak dan 1 pasukan menyokong.....(PERAK)

        upkan moral pasukan ok......untuk bola sepak perak....
        segalanya sudah berjalan dengan baik.....

        kerjasama!! kerjasama!! kerjasama!!!

        ipoh mali tak rak sombong punye.....

        terbaikkk punye pas ini perak...
        insyallah....sama-sama kita berdoa perak berjaya musim ini.....

        amin...

        wasalam...

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. wan

          Teguran atau komen tu haruslah membina moral pemain dan memingkatkan keyakinan pemain. Cara penyampaian sesuatu nasihat tu salah. Niatnya baik cuma pendekatan tak berapa bagus. Selamat maju jaya..

          Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam SDN..

      Pasal pengkritik tulah Perak makin maju...kalo benor ler deme aka player moral down,kalah dah Perak kelmarin..

      Pasal pengkritik tu jugalah game K.Nathakumar malam tadi perform.Kalo nak tahu,itulah fungsi sebenor Mr K.Nanthakumar dibahagian tengah..(kalo miker tak setuju dengan teman,kome tonton balik rakaman game Nantha dengan Johor FC dan bandingkan dengan game kemarin kalo teman labon ler...

      Jangan jadi musoh dalam selimut,musang berbulu ayam atau lebih tepat lagi "Chin Peng"..

      Jujur,Ikhlas serta "Un Bias"..

      Salam Qaulan..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. wan

        Salam.Hari tu kamu yang bagi idea yang bijak suruh Nantha di rehatkan untuk game Perak dengan NS. Mujur sama kali coach tidak menerima idea bijak kamu dan menurunkan Nantha jugak.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. hazwan

          yes.....

          aku masih meingati kritikan yang mendalam tempoh hari....tapi sekarang dah kurang..mungkin dah nampak kot game perak yang sebenar....jangan lah asyik mengkritik yang boleh menyebabkan moral menjadi lemah...seharusnya mengkritik untuk membina moral pemain....tengoklah sekarang dah menang tak kan nak kritik lagikot......nantah dan nasril dah main bagus nak kritik lagi ke?????so majukan bola sepak dengan membina moral....kesimpulan...

          sekian...terbaik....perak pasti berjaya...

          wasalam....

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. ayop

            salam... tahniah dan terima kasih pada pemain, penyokong, perak f.a umum nya dia atas kejayaan ini..
            kan benar bagai dikata.... kadang kala kata-kata dan nasihat orang tua penting untuk kejayaan bersama.. musuh dalam selimut ni banyak makna nya.. huraian dan terjemahan "musuh dalam selimut " ni sebenarnya kita lah... sebab hanya musuh dalam selimut saja lah yang mengaku dia tu musuh dalam selimut..musuh yang menyerang dengan gerakan yang tanpa diduga termasuklah dengan cara KRITIKAN.....kalau kita sendiri tahu kritikan itu mampu membunuh..

            kenapa paksa diri mengkritik... jadi orang biasa, lihat bola, tgok bola, sokong bola dengan "jujur , ikhlas serta.... allahualam..
            tepuk dada yop... tanya selera... ini baru dipanggil akibat nila setitik rosak susu sebelanga... jangan jadi NILA yop.... jadi susu lebih baik... dan teruskan sokongan anda pada perak selamanya...

            selamat berjaya perak hendaknya....
            wasalam

            Likes(0)Dislikes(0)
  7. aziz

    Assalamualaikum...

    Apa apapun teman ucapkan tahniah kepada pasukan Perak yang berjaya mengutip 3 mata yang amat amat berharga,bukan untuk perlawanan ini sahaja malah 3 mata pada setiap perlawanan ianya adalah teramat amat berharga dan bermakna.

    Tahniah juga kepada penyokong dan peminat pasukan bola sepak Perak,kali ini dikhabarkan penyookong yang hadir anggaran kurang tepat iaitu 12 ribu orang dan jumlah kutipan difahamkan kurang tepat iaitu RM80 ribu.

    Namun begitu yang paling menarik dimana Nasril Nordin mula menunjukkan satu prestasi yang bolehlah dikatakan cemerlang walaupun ianya tidaklah seberapa hebat sangat ketika beliau mula mula bermain dalam kancah bola sepak ini.

    Seandainya prestasi yang ada pada kali ini ditingkatkan lagi tidak mustahil,pasukan Perak adalah pencabar utama untuk merebut kedudukan ditahta liga.Jangan hanya kemenangan ini pasukan boleh terus bermegah dan mendabit dada,bahawsanya we all akan kekal terusan dengan langkah yang serupa.

    Sebenarnya teman tidak hairan langsung dengan kemenangan pada kali ini,kerana rekod dimusim yang lepas ketika dibawah pimpinan Raja Azlan dan barisan pemain yang we all semua panggil budak mentah,Pasukan masih mampu memiliki 3 mata juga,malah perlawanan yang dibarisi pemain pemain musim lepas lagi menarik dan hebat,dimana dengan persembahan yang amat mengagumkan oleh Khairul Amri serta gerakan gerakan barisan pemain musim lepas lebih pantas dan mengiurkan.

    Cuma teman bergembira dengan kemenangan pada kali ini ditambah pula kegembiraan ini dengan kehadiran penyokong penyokong yang sudah lama tidak memanaskan bangku distadium khas untuk kita semua.What everpun Syukur alhamdulillah.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. pokka

      yop aziz...hari tu bukan main nak kan keeper yang jujur..lebih baik dan sebagainyer..sekarang ape cer????Nasril dah tunjukkan yang dia baik pon masih nak pertikaikan dengan menyatakan tidaklah berapa hebat sangat??patut yop aziz ler jadi keeper..mungkin lebih jujur...sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. aziz

        Salam...

        teman rasa tidak perlulah untuk membalas komen mike itu, sebabnya kita ada mata kita lihat sahajalah.Mike bukan individu yang layak untuk teman berbalas balas komen mengenai perkara ini

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. hazwan

        salam....tol pokka..

        palyer perak semua nye terbaik....cuma ada dan tak ada luck je dalam sesuatu perlawanan....so sokongan perlu bukan kritikan k.....pasukan perak pasukan kita....kritikan seharusnya membina...terima kasih.....

        Likes(0)Dislikes(0)
  8. keristujuh

    Tahniah, Tahniah, Tahniah...Teruskan perjuangan dan rentak kemenangan. realisasikan impian mendakap piala demi piala yang ditawarkan dalam liga malaysia. kekalkan rentak prestasi tinggi ini, jangan leka lagi perjalanan liga masih jauh, cari kemenangan di darul aman pulak selepas ini, jika kemenangan dicapai keatas pasukan kedah, adalah amat bermakna dalam hidup teman serta semua yang menyokong dengan "setia" pasukan PERAK. apepun TAHNIAH dapat menewaskan N9...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    Salam...

    Malam game bertemu dengan Negeri Sembilan itulah sebenarnya tugas K.nathaKumar..kome nampak tak apa bezanya tugas sebenar dan tugas dibawah keupayaan beliau yang teman maksudkan dengan game bertemu Johor FC yang lepas.Nampak tak??Apa bezanya??

    Nyata sekali kehadioran teman seawal jam 5.30 petang begitu berbaloi-baloi.Diikuti dengan kehadiran fan ultras yang turut hadir.Bukan orang lain jugak,bebudak tempat teman jugak.Syabas!!

    Pembelian tambahan 2 helai t-shirt Seladang yang takkan pernah rasa rugi juga bertambah serinya dengan kemenangan tersebut.

    Jam ditangan menunjukkan pukul 7.30pm sudah,ramai fan yang meluru masuk.Luar biasa baik.jangkaan menunjukkan pertambahan tersebut menjelang sepak mula juga langsung tidak melesit.Surau yang dahulunya kosong kini mulai penuh dengan kehadiran jemaah yang mengambil kesempatan untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

    Bunyi horn dari fan Perak diselang-selikan pula dengan nyanyian Ultras Perak dan Negeri sembilan.Jam mulai menunjukkan 8.30pm kini.Suatu yang diluar jangkaan apabila 3unit gendang keramat telah dibawa masuk oleh pemukulnya.Gaya lagaknya ibarat artis melambai tangan kearah fan yang ada.Perggh terbayekkK woKK..

    Gamepun bermula,namun kelibat "the tornedo"masih lagi tidak kelihatan.Kesebelasan yang diturunkan masih lagi sama seperti game yang lepas.

    30 minit pertama,Nantha kumar masih lagi dengan cara permainan yang sama.Meluat teman-jujur..Tapi selepas itu,baru teman dapat lihat kemampuan sebenar serta fungsi beliau dibahagian tengah.Itulah sebenarnya fungsi beliau..itulah juga yang teman maksudkan..sebab teman tahu serta yakin dengan kemampuan sebenar beliau..sebab itu di game lepas teman menyambah dengan dia pasal teman tahu kebolehupayaan sebenar beliau.CongratsS Mr.K.Nanthakumar.

    Player lain,semuanya memuaskan.Menjalankan dengan baik amanah dan pengharapan yang diberikan.

    Akmal Rizal-Sentuhan pemusnah miker memang tak dinafikan masih berbisa.Tapi control ball miker teruk sedikit jika dibandingkan dengan Razali yang mana jika dengan peluang yang miker dapat tu Razali ada advantage disitu.

    More credit pada wing berjersey no 16.Sekali lagi beliau man of the match dimata teman.Teman amat taksub dengan skill,ketenangan dan speed yang beliau ada.Memang terbaik.Cuma jarang sekali teman dapat lihat mike shoot.tapi dari gerakan tepi dan umpanan,mike memang superb!!!Jika kita ada seorang lagi player seperti beliau disayap kira,fuHhh dasyatTtt..Isma alif masih boleh diharapkan lagi,tapi miker ade peluang untuk shooting namun ketajaman miker masih lagi kurang.Namun tingkatkan lagi usaha mike.

    Tahniah dan sekalung penghargaan dari fan yang hadir bertandang ke stadium tempohari.

    p/s : fan Silver Ultras Perak jika dapat sekali ganda lagi dari jumlah yang hadir kestadium kemarin lagi cantekk.Cukup dah bagi teman.Bukan apa,dengor kuat lagi fan ultras Negeri sembilan haritu.Tapi akhirnya deme tenggelam jugak dengan lautan fan Perak tempoh hari.

    Sekian,Wassalam..ikhlas,telus dan jujur...yang paling penting"Un Bias"

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. hazwan

      salam...

      terbaik....tahniah buat pasukan perak semoga dapat 3 mata lagi game dengan kedah.....

      kritikan macam ini yang semua mahukan....secara tak langsung moral semua orang akan membina....terima kasih....

      terbaik dari ladang...perak darul ridzuan...

      wasalam....

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. zizou85

    hrmmm, di mana pengkritik-pengkritik sarjana yang sebelum ini lantang mengkritik pasukan Perak. Teman dalam posting2 sebelum ini masih mempertahankan pasukan Perak, yang kita masih baru dan pemain2 seperti Nantha, Nasril dan Akmal adalah key player yang mana prestasi mereka banyak mempengaruhi prestasi di bahagian tengah, defend dan striker...

    Teruskan menyokong pasukan, jangan sokong semasa menang sahaja, kerana penyokong bola di Malaysia ramai yang begitu....

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. spectator

    Salam...

    tahniah...teman begitu teruja melihat kebangkitan skuad kesayangan kita pada awal musim ini...lebih menggembirakan apabila melihat stadium mula dipenuhi oleh penyokong-penyokong yang telah menghilang selama 2 musim. mengikut laporan, kehadiran penyokong ketika perlawanan menentang nsembilan tempoh hari merupakan jumlah penonton tertinggi di stadium perak sejak tahun 2009...tahniah dan harap jumlahnya akan terus meningkat.

    walaupun baru 3 perlawanan, rentak sebegini harus diteruskan. memang terdapat lagi kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki. namun, teman harap geng2 di sdn terus beri sokongan tak berbelah bagi dan mengurangkan kritikan-kritikan terhadap pemain. coach knows wat he's doing.mari kita sama-sama nantikan apakah kesudahan musim baru ini...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.