Liga Super 2011 | Perak Vs Negeri Sembilan (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 12 Februari 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak bakal menerima kunjungan Skuad Hoben Jang Hoben Sabtu ini. Momentum kemenangan ke atas lawan masing-masing masih segar. Persaingan untuk memenangi pertarungan ini dijangka sengit.

Setelah mengharungi dua perlawanan, pengendali Perak, Norizan Bakar seharusnya telah memiliki sesuatu yang lebih efektif untuk pertarungan seterusnya. Negeri Sembilan merupakan sebuah pasukan yang memiliki pemain-pemain yang berbakat dan berkebolehan. Di atas kertas, kekuatan mereka adalah lebih kurang sama dengan kekuatan Perak.

Perbezaannya Cuma rekod terkini mereka yang berjaya membenam T-Team digelanggang lawan 3-1 . Dari situ, dapat disimpulkan Skuad Jang akan bermain habis-habisan digelanggang lawan tanpa mempedulikan siapa lawan mereka.Oleh yang demikian, inilah peluang terbaik Perak meneruskan kebangkitan dengan mematikan rentak permainan lawan seterusnya memenangi perlawanan di Ipoh nanti.

Perlawanan ini adalah penting dikala moral dan semangat pemain masih ditahap terbaik setelah berjaya meraih kemenangan disaat akhir 1 Februari 2011 lalu.

Ramalan Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Hisyamuddin Shaari
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Negeri Sembilan (review)

  1. aziz

    Assalamualaikum..

    Harapan dari seluruh penyokong setia pasukan perak sudah pasti mahu melihat satu mutu permainan yang menarik dari seluruh pemain yang bakal diturunkan....dan tidak mustahil pemain pemain itu adalah yang sama ketika pasukan menentang Kuala lumpur dan Johor Fc.

    Apa yang membimbangkan,sudah pasti mengenai K.Nanthakumar dan Nasril Nordin.
    Kenapa saya berkata begitu,kerana dalam dua pelawanan menampakkan prestasi K.nanthakumar amat buruk dan menganggu segala gerakan yang telah dilancarkan oleh rakan sepasukan,mengenai Nasril Nordin sebenarnya tidak lagi diuji dengan benar benar mencabar dalam 2 perlawanan yang telah dilalui.

    Kalau diikutkan dengan prestasi semasa,rata rata penyokong yang ada lebih menyenangi seandainya Kamarul Efendi atau Khairul Amri diletakkan sebagai penjaga gawang utama.

    Buktinya telahpun kita ketahui....tak perlu untuk diulaskan dengan lebih melebar.....
    Apa apapun kita lihat sahaja percaturan yang bakal dilakukan oleh Coach pasukan.....

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. aziz

        masalahnya sekarang sememangnya Nazril tidak lagi memiliki kehebatan seperti dulu,berilah peluang kepada penajga gol lain yang sememangnya lebih hebat,bagus dan jujur.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. hazwan

          salam...jangan lah membuat kesimpulan dengan melihat game dengan johor fc semata-mata....game baru bermula....bolos pun baru 1 je pun dah nak cakap yang bukan-bukan....sabo lah yob.....

          terima kasih.....

          Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam....

    Teman harapkan agar,pasukan Perak akan terus memperagakan sesuatu yang istimewa untuk penyokong penyokong yang bakal hadir untuk menyaksikan perlawanan kali ini.

    Dimana artikel diatas menyatakan bahawa sekumpulan penyokong yang berpengkalan dilembah kelang sanggup melakukan rombongan semata mata untuk memberi sokongan terhadap pasukan Perak.

    Disini apa yang teman dapat lihat kepada yang tidak cukup wang didalam poket untuk bergerak secara sendirian berhad,dapatlah mengikut rombongan yang diadakan.Kepada yang ada disekitar lembah kinta janganlah pula segan dan malu untuk bersama sama penyokong yang akan terus berada dibangku stadium untuk terus memberi sokongan....

    Ayuh,kita bangkitkan semangat pemain pemain pasukan Perak dan gerunkan pemain pemain skuad Negeri sem,bilan....Buktikan kepada mereka di stadium Ipoh sentiasa menjadi penghalang kemenangan kepada pihak lawan.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Apa yang paling diharapkan, perancangan jurulatih diadaptasikan dengan jitu dan efektif oleh para pemain. Itulah teras utama untuk menang. Jangan pandai-pandai sendiri.

    Selamat maju Jaya.

    SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. hazwan

    salam...

    yes,,....terbaikkk...

    sokonglah komen lah yang terbaik...untuk bola sepak perak jugak..jatuh bangun perak ianya tetap bola sepak perak...berpikiranlah positif bahawa perak mampu berjaya musim ini....buang yang keruh ambik yang jernih...game baru mula...jangan cepat melatah dan buat kesimpulan...tanam kan sifat cinta kan bola sepak perak....sama-sama kita majukan bola perak...

    semoga berjaya game lawan negeri sembilan....

    ingat penuhkan stadium sabtu ini.....!!!!

    skor yon skor...kejor yob kejor....
    ipoh mali tak rak sombong....

    wasalam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.