Liga Super 2011- Perak Vs Johor FC (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 1 Februari 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Johor FC

Akhirnya, Perak berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2011. Jaringan cantik minit-minit akhir permainan dikala keputusan seakan-akan berkeputusan seri tanpa jaringan, Akmal Rizal Rakhli akhirnya menjadi wira Perak malam tadi dengan menjaringkan gol kemenangan ketika permainan memasuki masa tambahan.

Perak memulakan permainan dengan corak permainan yang agak agresif. Norizan Bakar mengekalkan kesebelasan utama seperti perlawanan sebelumnya menentang Kuala Lumpur tempohari. Secara keseluruhannya, permainan dilaporkan seimbang dengan bola banyak berlegar di kawasan tengah dan sekali sekala percubaan-percubaan ke arah pintu gol.

Mohd Syafiq Jamal lebih banyak membuat percubaan tepat namun gagal memecah kebuntuan di separuh masa pertama.

Ketika separuh masa kedua baru berusia 3 minit, Perak dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak D Johor FC. Namun Akmal Rizal Rakhli gagal memanfaatkan peluang berkenaan setelah sepakan nya gagal menemui sasaran.

Pada minit ke 77, Mohd Shazuan Ashraf Mathews dimasukkan menggantikan Isma Alif Salim. Kemasukan beliau berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan lawan. Akhirnya pada masa tambahan 2 minit, Akmal Rizal berjaya menyudahkan hantaran dari tepi padang dengan jaringan gol tunggal yang juga gol kemenangan Perak.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Shazuan Ashraf Mathews)
Mohd Hisyamuddin Shaari
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 1 Feb 2011:

Kelantan 1 – Terengganu 1
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Harimau Muda (A) 3 vs Pahang 1
Stadium MBPJ

T-Team 1 – N.Sembilan 3
Stadium Sultan Nasaruddin

Kedah 1 – Felda United 0
Stadium Darulaman

Kuala Lumpur 1 – Sabah 0
Stadium PBKL, Cheras

Perlis 0 – Selangor 2
Stadium Utama Negeri, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

37 thoughts on “Liga Super 2011- Perak Vs Johor FC (result)

  1. zizou85

    Salam, boleh dirumuskan game adalah antara yang terbaik dalam tempoh 2 tahun...Harus diingat Johor FC bukan pasukan 'anak ayam' jarang kita boleh kalahkan die....

    game tersusun, bahkan Johor FC tiada 1 shot on goal, defend kemas terutama hishamuddin, player muda berbakat ini..

    Akmal boleh dimaafkan kerana gol menakjubkan itu.

    Nantha memainkan peranan besar dalam mematahkan hantaran bola tinggi dan menyukarkn pergerakan tengah pemain Johor FC.

    Cuma teman risau kerana tiada back-up striker yang bagus..

    Ternyata sambutan penyokong amat baik. Tapi, tiada gendang dipalu, hanya kedengaran tim kecil Ultras nun di atas hujung sana yang kurang efektif kerana terlalu jauh dengan crowd.

    Kalau main kemas macam ni, pasti next games, akan ramai lagi turun ....

    Terima kasih En Norizan kerana pasukan anda telah mengubati luka rindu penyokong yang dah lama nak lihat permainan cantik.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam...

      Teman setuju dengan statement mike kecuali satu.
      Nantha bukanlah sebagus,bagus,baik or memuaskan seperti yang mike citerkan itu.
      Pada teman,beliau layak ditunjukkan jalan keluar dari pasukan.''BACUL adelah layangan kad yang paling layak untuk beliau..

      Passing??HancuSS..winning ball??kalau betul-betul dia tak boleh mengelak dan dah memang atas kepala dia.kalo nama nak challenge ball,kalo kepala dia jenis boleh simpan macam kura-kura,dah lama dah dia buat.

      Credit untuk persembahan menakjubkan player berjersi no 16 dan 24.Nama deme kome refer ler kat first eleven nun.
      Sesekali,ade gak teman terkenang jika Razali ade menggantikan Syafiq,mungkin 6-0 bukanlah mustahil.Instinct killer Razali amat ditagih pasukan.

      Tak dilupakan juga player gantian berjersi no 30 juga amat baik.
      Defend cemerlang,wings mantop,midfield ok kecuali Nantha(halau dia keluar/rehatkan),striker kureng menyengat jika compare dengan chances untuk gol.

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Salam...

          Memangla yang penting itu kemenangan..Tapi orang beribu datang stadium tu bukanya semata2 nak tengok menang or kalah..

          Kalo takat nak tunggu result,duk umah tido lagi baguslah..sok pagi celik mata,buka mass media tengok result..

          Kalah dan menang tu memang dah jadi adat pertandingan..cuma kita mahukan aksi dan persembahan yang memukau selain luck yang baik..

          Orang macamnipun ada ker??

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. wan

            This is a first game. We will and see what happens in the next game. You are expectation is to high.Actually you have to know that this is a new player. They need to get a good combination.

            Likes(0)Dislikes(0)
              1. chuck

                Salam..

                Buat pengetahuan mike,teman bukanya pantau game Nantha dari 2 game ni jer bro..

                Miker boleh baca komen kengkawan yang tengok game tempoh hari.Semuanya sependapat tentang Nantha.

                Sebelum start season lagi dia dah timbulkan permasalahan berhubungkait dengan soal pembayaran oleh PAFA pada beliau.Teman taknak permasalahan tersebut mempengaruhi mutu persembahan dia bersama Perak.

                Jangan dek kerana"nila setitik,rosak susu setempayan"..

                Pofesional ... bukannya semipro lagi..

                Likes(0)Dislikes(0)
                  1. zizou85

                    Teman rase corak permainan nantha sume org pun dah tau, die ni mmg tak leh bantu serangan. Fungsi die hanyalah back up defed dan cover, memperlahankan attacking pasukan lawan, dan memenangi aerial ball. Dia bukanlah pemain yang mempunyai mentaliti attacking yg baik serta tidak mampu membuat rembatan yang kuat dan larian yang deras..

                    Tapi jika dilihat statistik aerial ball situation, memang dia yg menang serta yg penting tiada satu pun cubaan merbahaya oleh Johor Fc yg dapat dilakukan kerana semua pemain yg menjalankan fungsi pertahanan termasuk Nantha telah menjalankan tugas yang baik tp bukanlah cemerlang.

                    Nantha bukanlah pemain yang boleh diharapkan untuk membantu serangan. Sama seperti Obi Mikel di Chelsea yang langsung tidak pernah menjaringkan gol tapi cukup baik ketika membantu pertahanan.

                    Hanya fungsi itulah yg Nantha boleh lakukan, jgn lah mengharapkan lebih apatah lagi die pun dah berumur dan keadaan fizikal semakin kurang baik.

                    Likes(0)Dislikes(0)
                    1. chuck

                      Salam..

                      Saudara Zizou,teman tak kata dia gagal membantu dalam serangan pasukan yob.Teman tahu kehendak posisi serta tugasan beliau.

                      Apa yang teman maksudkan disini ialah beliau gagal menyerlah serta weak dalam posisi serta tugas beliau..

                      Itujer..

                      Likes(0)Dislikes(0)
                1. ayop

                  salam..

                  salam keampunan andai teguran mengundang rasa tidak senang.... ayop rasa CHUCK dan ZIZOU85 salah dalam memberi teguran... betul dari segi salah dalam permainan cuma masa belum sampai untuk memberi teguran yang boleh MENJATUHKAN.......ini bukan kerana soal "nila setitik rosak susu sebelanga".....ataupun "Obi mikel di Chelsea".... bola sepak adalah 1 perjalanan yang jauh.. pemain, pasukan , penyokong, sedang memulakan perjalanan.. untuk sampai ke hujungnya...dalam perjalanan ini, kerjasama amatlah sangat-sangat diperlukan.. kerana tidak semua perjalanan yang di tempuhi setiap negeri akan sampai ke penghujung nya dengan kejayaan...disini MORAL tersangat lah penting untuk merealiti impian... jika baru masuk gear satu kita dah melatah... macam mana kita nak teruskan?? ini realiti dunia bola sepak... fahami realiti dahulu... waktu-waktu begini, sokongan, dorongan yang diperlukan... baru perjalanan akan lancar..... fahami lah.. jika yop ke stadium untuk mencari kelemahan untuk dijadikan modal komen... ayop rasa yop salah... dan pastikan kesalahan tidak berulang... demi kejayaan bersama... bismillahiwaala barakatilla
                  wasalam

                  Likes(0)Dislikes(0)
                  1. chuck

                    Salam...

                    Teman ingin mengulas lanjut tentang apa yang mike maksudkan dengan "bola sepak adalah satu perjalan yang jauh,kerjasama antara pemain,pasukan dan penyokong amat diperlukan"..

                    Baik,apa yang miker paham tentang teman maksudkan dengan"nila setitik rosak susu sebelanga"pulak??bukankah ianya saling bergantungharap/hubungkaitnya dekat situ??

                    Miker mengharapkan sumer orang agar bekerjasama,tapi lalu tak mike melihat ade penumpang dan orang yang tak menyumbang tenaga dalam sebuah komuniti yang miker maksudkan tadi tu??Persoalanya,dengan ade golongan/individu sebegini mampukah kita untuk bekerjasama??

                    Yer!!teman akui teman silap jika menilai dalam masa yang terlalu awal sebegini..tapi ingin teman perjelaskan nilaian teman terhadap K.Nanthakumar ni bukanlah baru first or second game event dalam sebuah pasukan yang berlainan.Ini kerana teguran teman lebih kepada kebolehupayaan serta skill yang beliau miliki.

                    Salahkah jika kita cuba untuk memprbaiki kekuatan pasukan,apa gunanya reserve yang ada dibangku simpanan??bukankah player bersaing untuk mendapat tempat berdasarkan performance semasa dan bukanya seniority atau nama.Adekah reserve digunapakai semata-mata untuk menggantikan player yang injured or mengalami pengantungan kad semata-mata??

                    Timbangkanlah,jika dengan memberikan peluang dan masa lagi kepada beliau teman setuju..tapi teman takkan redha jika aib yang kita alami besok adelah berpunca daripada seorang"penumpang"didalam pasukan PERAK!!!

                    Salam Qaulan...

                    Likes(0)Dislikes(0)
            1. Lee Jr

              Pade teman,main nak menang..tak kire la baru 1st time main ke,18 kali main ke..tapi,menang tetap menang..takdenye baru 1st time main teman nak tengok perak kalah..tapi kalo kalah,nak buat mcm mane.terima saje..tapi mesti mau menang setiap game.tak tau la kalo itu pun mike kate high expectation..

              Likes(0)Dislikes(0)
          1. ayop

            salam... realiti perjalanan dunia bolasepak sama dengan realiti kehidupan.... REALITI..... dalam setandan pisang tidak semua nya elok...dan boleh dimakan...macam mana bagus nya kita semai baja.. tetap ada yang rosak... ini lah yang di panggil realiti... dalam institusi kekeluargaan pun tetap terjadi perkara yang sama... itulah juga terjadi dalam bolasepak..... Bantu dia..... Tolong Dia.... dan sokong lah dia...
            wasalam

            Likes(0)Dislikes(0)
  2. hazwan

    salam...

    detik-detik di stadium perak malam tadi....
    penyokong ada yang tegah on the way keluar dari stadium ingitkan game seri tiba-tiba minit-minit akhir rembatannnnn kencangg akmal dari tepi sudut penjuru terus terkena tiang dan menerjah kejaring!! bersorak kegembiraan,bergema laungan gollllllllllll!!!!!!!!!!...berlari semua pnyokong yang nak keluar kedalam stadium semulauntuk meraikan jaringan akmal tersebut........huhuhuhu..gembiranya rasa....perak terbaik...

    ape yang teman ingin katakan....perak pada malam ini lebih baik dari game dengan kuala lumpur tempoh hari....ini dari mata teman yang telah menyaksikan kedua-dua game perak sendiri di stadium kl dan perak......

    cuma malam ini bahagian penyudah perak nampak tumpul walaupun serangan perak lebih banyak dari johor....malam ni memang game perak yang control...tapi tuhan nk tunjuk pada penyokong dianggarkan hampir 8000-10000 yang datang dengan jaringan cantik akmal sekali gus menebus kehampaan beliau semasa sepak kan penalti yang gagal kemarin....game perak 60-40% johor...

    sekarang ni sama-sama kita menyokong perak untuk menaikan semula moral pemain untuk menang game seterusnya dan yang penting moral PENYOKONG untuk terus memberi sokongan kerana kita adalah pemain ke 12.......komen kita bialah kata-kata semangat bukan menjatuh kan moral penyokong mahupun pemain sendiri untuk terus menyokong....

    ayuh kita serbu lagi stadium perak 12.02.2011 peak vs negeri sembilan....perak tetap dihatiku....perak 4ever...love u perak...

    kejor yob kejor...skor yob skor ....slogan kami....ipoh mali x dak sombong.....terbaik perak.....

    wasalam.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. active11

    Salam,
    Pemerhatian rambang perlawanan semalam. Tempo permainan meningkat drastik berbanding di Cheras (mungkin faktor padang yang jauh lebih baik). Penyokong juga boleh tahan ramai, cuma tiada paluan gendang semangat dari tempat Perak..mujur juga ada SILVERSTATE ULTRAS yang bersemangat.

    Cuma nak mengulas aksi seorang dua pemain yang kurang menyengat.

    No. 6; Selalu sangat hilang bola walaupun sering diberi peluang. Mungkin tak boleh nak sepak dengan kaki kiri. Semua aksi beliau dicemuh penonton yang meluat. Elok direhatkan atau ditukar posisi yang lebih sesuai.

    No. 8; Ketua Pasukan. Kurang kreativiti sebagai pemain tengah. Kena banyak lagi berlatih dalam situasi ditekan tetapi beliau harus dipuji kerna bertenaga sepanjang perlawanan.

    No. 9; Alahai longlai malam tadi. Percubaan lemah juga melemahkan semangat penyokong. Tetapi aksi beliau mengujakan serta berpotensi pergi jauh. Kelibat yang harus diawasi pemain lain.

    Lain-lain pemain;
    Nampak fokus sepanjang perlawanan. Sepanjang dua aksi pertama Liga Super 2011, nampaknya Perak boleh mara jauh insyaAllah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Salam..

    Sekalung tahniah buat Norizan Bakar serta bala tenteranya. Ternyata semalam adalah malam yang berjaya.

    Tapi Ingat, Adalah berpuluh lagi cabaran yang harus diharungi. Permainan semalam bukanlah yang terbaik jangan cepat berpuas hati.

    Sentiasa menganggap diri itu lemah dan perlu perbaiki kelemahan setiap masa. Pasti kan esok lebih baik dari sebelumnya.

    Pada saya, saya masih belum cukup berbangga. Banyak lagi 'kerja' yang perlu dilakukan oleh 'cikgu Jan'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. aziz

    Assalamualaikum...

    Teman agak kecewa dengan pergerakan dari tengah padang dimana hanya mengharapkan Shahrulnizam sahaja untuk melakukan gerakan gerakan yang kemas dan teratur.Hairain bin ajaib yang sangat sangat dimana kedudukan Nantha ditengah sebenarnya adalah pengacau paling besar untuk pasukan Perak.

    Setiap kali bola hadir ke kaki nanthakumar pasti bola itu mudah untuk dimatikan oleh pihak lawan.Apabila Nanthalumar melakukan hantaran pasti merapu,pasti ke arah tempat rakan sudah diekori pihak lawan dan suka sangat handar kepada lawan secara terus.

    Shazwan Roslan yang bermain di pertahanan kiri seharusnya diletakkan kembali ke posisi asal beliau iaitu pertahanan kanan,dan meletakkan mohd norhazrul mustapha di posisi Nanthakumar,di posisi letak Azmeer. Bagi saya ianya sudah cukup membantu untuk melancarkan strategi yang ingin dijayakan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. hazwan

    salam....

    perak menang ke kalah ke kita sebagai penyokong jangan lah terlalu memandang buruk terhadap pasukan perak ini yang baru saja meningkat baik....game baru je bermula tapi komen teman-teman dah macam perak ni dah hebat macam kelantan @ selangor...sabo-sabo.....jangan terlalu emosnal sangat terhadap komen-komen teman....jangan sampai moral player down sebab terbaca komen yang terlampau dari fans-fans disini k....sokong lah komen lah...tapi berilah yang terbaik untuk pendapat.....teman dah tengok game perak dengan kl...perak dengan johor fc...teman tengok ada peningkatan...itu yang kita nak tengok...bagi la moral pada player bukan menjatuhkan moral....ape-ape pun game baru mula...teruskan momentum lebih baik dari game hari tu....perak mampu berjaya musim ini....

    gudluck perak...we all love perak...ipoh mali tak rak sombong....skor yo skor....

    wasalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. zizou85

        Betul tu hazwan ...sesiapa yang dah tengok game lwn K.l...pasti dia akan rasa puas hati mengenai game dengan Johor FC....tak perlulah expect peningkatan drastik sebaliknya keputusan menang lebih penting..inikan pula menentang Johor FC , pasukan semi finalist dan sukar ditewaskan oleh kita.

        Apa ertinya main cantik jika kalah....main cantik jika seri...yang penting menang..Supportlah tim...kalau menang pujilah sikit, dan berilah kritikan yang membina..jgn bunuh moral pemain..

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. ayop

          salam.... ayop up lagi 1,

          betul ..betul dan betul..... kalau kalah tak kisah sangat lah andainya komen menghentam diberikan... ini tidak... dah menang pun si pengritik tetap memperjuangkan komen yang menjatuhkan tu...jangan ikut perasaan muda tu sangat yop.. player-player tu setengah mati pamerkan aksi yang baik demi membalas kepercayaan penyokong... hargai lah ... peluh yang keluar tu peluh ikhlas tu... ayop rasa sudah sampai penyokong pulak yang kena ubah sikap... sebab player dah bagus... yang tak bagusnya penyokong... untuk perlawanan seterusnya berubah lah.... berubah lah.. orang tak suka chor.... memang orang tak suka... harap maaf

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. hazwan

            salam......

            yes...terbaik...

            tujuan kita sekarang untuk menyokong pasukan perak dan inginkan permainan yang cantik seterusnya menang kan...so semua game perak boleh dianggap positif dari segi result..di sebalik positif itu prestasi perak pun meningkat dari first game dengan k.lumpur...cuma luck(rezeki) yang tak menyebelahi perak ketika game dengan k.lumpur...itu yang mahukan..tapi ada jugak komen-komen yang boleh melemahkan semua yang membaca disini..game baru dua perlawanan je chor...tapi komen-komen semuanya dasyat-dasyat belaka...wauu..jangan lihat game perak dengan johor fc je tempoh hari anda dah buat kesimpulan..padahal kalau anda melihat game dengan k.lumpur baru anda ada jawapan yang sesuai berbanding game dengan johor fc tempoh hari...

            game dengan johor fc dah cantik...game dengan k.lumpur memang teruk...cuma luck(rezeki) yang tak ada hanya 1 gol saja yang mampu game tempoh hari...its ok...tingkatkan lagi mutu permainan game seterusnya..perak mampu berjaya...

            bagi teman perak dah meningkat jauh lebih baik dari sebelum ini..kita seharusnya bangga dan berfikiran positif.cuma ada kelemahan yang kecil perlu diperbaiki segera...teguran seharusnya membina...ingat perak bukan pasukan berstatus bintang tapi baru nak jadi...beri masa kepada player buktikan semua ini dulu...upkan moral player dan penyokong perak..jangan melemahkan moral disini...barulah maju bola sepak kita....PERAk...fikir dulu baru buat...maaf diampunkan...demi bola sepak perak..

            sekian..

            bola sepak perak selamanya..perak lah terbaiiikkk..kejor yob kejor...

            wasalam...

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. chuck

              Assalamualikum...

              Apa yang kome paham sangat tentang maksud komen nih??Sumer yang indah dan dalam hati ada taman je ker??

              Mestilah ade pro dan contra.Jangan asyik nak memuji jer!!!Besok makan balik diri.

              Ini bukan lagi masa nak applied experimental lagi.Sudah berapa musim kita memberikan ruang masa dan peluang untuk PAFA membuktikan sesuatu pada sokongan yang tanpa berbelah bahagi peminat dah hunuskan.

              Jangan kita pikir pasal kesenangan diri kita sendiri yop,tapi letakkanlah diri kita kat tempat tu.Cuba selami..Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..Kita cuba nak bantu yang mana termampu.

              Takkan dek kerana teguran kita nak melatah,merajuk..sekali dua orang percaya kita datang lambat ke keje ade masalah,tapi kalo dah selalu walaupun ianya secara kebetulan,orang dah katanya ianya dah jadi habit kita...

              Kalo dalam perlumbaan,dari gear satulah kita nak sesah..jangan gear satu baru nak terkapai-kapai,haa jenuhla nak menghambat..Kalo takat gear satu overan dekat situjer powernya diperah,kura-kurapun boleh tapau..

              Lain padang,lain belalang..lain orang,lainlah cara pemerhatianya..Tak suka tak apa..

              Salam Qaulan and heppy CNY

              Likes(0)Dislikes(0)
              1. ayop

                waalaikumusalam.....

                kita kan 1 malaysia.. abang dan adik.. ayah dan anak...hari ni dia salah kita perbetulkan lah... esok-esok kita salah... apa salah nya orang betulkan untuk kita.. untuk kebaikan bersama... kalau nak cerita tentang gear 1 ni... dulu team malaysia selalu sesah gear 1 ni se sesah sesahnye.. pujian itu ini... melambung2.. bila dah gear 3 dan nak masuk top gear.. dah drop.. tengok apa jadi? bertahun-tahun pakai resepi yang sama.. resepi sesah gear 1.....tapi bila coach rajagopal ambil alih.. dia drop kan gear 1 pada permulaan perjalanan... malaysia sungkur 1-5 dengan indonesia...bangkit perlahan dengan seri.... dan guna kan top gear pada separuh akhir yang mana kita semua tahu waktu itu.. malaysia di kemuncak... HASIL nya? kita memenangi perlumbaan... kita berjaya... penyokong berjaya ... MALAYSIA berjaya... dunia pandang kita... thailand, indonesia,vietnam tertanya-tanya... macam mana kita boleh berjaya....baru dunia tahu siapa kita.. ...

                "dalam hati ada taman"..... wasalam

                Likes(0)Dislikes(0)
                1. chuck

                  Salam..

                  Dropkan gear??miker citer ape ni yob??citer ape??sape yang saje nak drop gear begitu??nak pecahke gearbox miker nun??hehehe...

                  Sape K.RajaGopal tu yang confident sangat nak drop gear rupertu??

                  Miker nak bandingkanpun game cup dengan league.Mana maunya yob??Kalo diberi pilihan,takde mana team waima Spain,Brazil sekalipun yang nak kalah memula..Macam deme dah tahu skrip pulak anggornya bagi kalah mula-mula lepastu menang..

                  Kalau dah ade jalan yang mudah,menggapa onak dan duri yang kita pilih??Imbas kembalilah game Thomas Cup tempoh hari..Kita taknak berjumpa dengan China pada semi final,tapi kita sendiri yang pilih untuk berjumpa dengan deme.

                  Memanglah team yang kuat dan terbaik tak kira sape lawan yang hendak ditentang,tapi adakalanya percaturan teknikal/playsafe bukankah lebih selamat??

                  Salam Qaulan...

                  Likes(0)Dislikes(0)
  7. spectator

    salam...

    seperkara yg teman pasti semasa berada d dalam stadium tempoh hari ialah perasaan puas hati dan teruja melibatkan 2 perkara;
    1- permainan yg sangat berbeza dan meningkat jauh dari musim lepas

    2- stadium yg kembali dipenuhi (tak silap teman jumlah penonton tempoh hari paling ramai utk jumlah penonton musim lepas)

    teman tak nak komen pasal pemain2 itu ini yg main tak seberapa bagus...tapi overal yg teman pasti semua pemain bersemangat tinggi...lagipun baru 2 game, apa la yg boleh kita nk komen lebih2...hanya sepatutnya kita menyokong jatuh bangun skuad ni...

    kalau macam ni lah semangat perak musim baru, xsia teman beli kad pas musim smpai dua keping d grandstand..

    keep up the momentum !

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. razlan

    as-salam

    teman teringat kata-kata seorang jurulatih... tak penting di mana kita berada di awal musim, tak penting di mana kita berada di pertengahan musim... apa yang penting di mana kita berada di akhir musim.

    perjalanan masih jauh, masih ada 24 perlawanan, teruskanlah sokongan anda

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. hazwan

      salam....

      terbaik razlan....betul tu...sokong lah..komen lah..tapi komen anda semua seharusnya membina semangat moral pemain-pemain dan penyokong sendiri...bunga-bunga dah nampak tak kan kita sendiri yang nak layukan bunga itu...kita seharusnya menyiram bunga tersebut supaya tumbuh dengan mekar....sama-sama renungkan....

      kejor yob kejor....ipoh mali tak rak sombong....love perak...perak for ever...

      wasalam....

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. seansan

    Amaran pada semua yang berkomentar disini, pastikan ejaan perkataan anda mengikut perbendaharaan kata Bahasa Malaysia. Pihak admin tidak akan membenarkan ejaan yang salah dipaparkan sehingga tuan empunya komen memperbaiki ejaan tersebut. Harap Maklum.

    Sila Baca 9 peraturan di Seladang Dot Net sebelum membuat sebarang komentar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. chuck

    Salam...

    Kalau setakat pergi stadium,tapi wissel penamat perlawanan belumpun ditiupkan lagi bagi menandakan game dahpun tamat,tak payah kita nak bangga katakan kitani Perak Fan Maniac or something like thatla..Should ask our self first..kat mana sebenarnya tempat kita..betul and genuine ke sokongan kita pada Seladang sebenarnya..

    Teman taktaulah ape perasaan fan yang dah mengangkat kaki keluar and then tetiba kita mendapat jaringan disaat akhir,pastu terkinja-kinja kita meraikannya..Huhhh!!!malu yob malu...kalo 90minit kita boleh bersabar menunggu,takkanlah seminit dua masa tambahan kita dah melangkah pergi sedangkan game belum berakhir lagi..

    Satu lagi,memang tanpa kedengaran bunyi paluan gendang dan kompang keramat di stadium,merencatkan sedikit suasana yang kebiasaanya bertindak sebagai pembakar semangat perjuangan pasukan dan semangat fan yang menyokong.Cadangan teman agar mana-mana fan seladang yang ade kini meneruskan lagi tradisi membakar amarahni.

    Pandangan teman pada Head Coach,susunan player anda amat memuaskan..susunan pemain gantian yang digunapakai juga baik..Tapi pertimbangkanlah status K.Nanthakumar serta pengiliran striker antara Akmal Rizal dan Razali Umar,ini kerana both playerni mempunyai killer instinct yang baik didepan gawang berbanding syafik yang teman lihat lebih sesuai diletakkan sebagai AMF (attacking Midfielder ) kerana kebolehupayaan beliau mengawal serta mengumpan bola dengan tenang dan baik selain sebagai blank shooter untuk pasukan.

    Sekian,itu sahaja...

    Salam Qaulan...."Setuju dan setuju untuk hasil yang satu,iaitu kejayaan gemilang pasukan PERAK"

    Salam Qaulan....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. hazwan

      salam.....komen lah sokonglah Perak.....

      bagaimana????adakah anda puas hati dengan game lawan Negeri Sembilan????
      ada nak komen lagi pasal team perak yang anda kritik itu???dah faham ke game K.Nanthakumar macam mana....itulah tugas Nantha..terbaik .....

      tahniah Perak kerana berjaya kutip 3 mata penuh dan sekarang menghuni tangga ke 2 liga dibelakang Kelantan dengan beza jaringan 7 mata......

      game Perak semalam memang terbaik...memang cantik dan perfect...kelemahan dah kurang ..perlu lagi perbaiki kelemahan yang ada....tapi keseluruhan game Perak memang power....tahniah penonton yang datang hampir 20 ribu tu....marilah kita sokong dan komen pasukan kita...ingat naikan moral pemain dan penyokong....tak tertaip teman nak luahkan rasa gembira Perak malam tadi...memang terbaik lah wei....jgn pandang Perak ni tak power..jom la sokong Perak untuk game seterusnya...yang teman leh ckp Perak memang power...memang terbaikkk...

      syabas Perak....memang puas sangat game semalam....

      skor yob skor ...kejor yob kejor.....
      ipoh mali tak rak sombong punye....
      Perak for ever....

      wasalam.

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. hazwan

    salam...terbaik lah komen....

    ternyata bukan fans sdn yang terkinja-kinja keluar..mungkin diorang tak tahu ape itu bola sepak dan baru terbuka hati untuk kembali menyokong pasuakn perak yang lama menyepi selama ini di stadium...macam teman sendiri cakap...ada petanda positif dari penyokong.. ternyata mereka berusaha datang ke stadium melihat sendiri game perak...mana kita nak tahu...daripada duduk kat rumah tunggu keputusan pas tu bukak sdn komen yang buruk-buruk tentang team nak wat ape nak wat ape???leh majukah bola sepak macam itu.....

    game nantha semua orang dah tahu cho....ada sebab dan taktikal mengapa cikgu jan meletakan nantha sebagai first team...memang dia tak ada skill.tak laju dan macam-macam lagi lah...tapi ketinggian dan tujuan dia adalah mengacau atau menguca kacirkan serangan lawan..sape yang faham tentang cara game nantha dia faham lah...sape yang tak faham dia akan komen yang bukan-bukan..yang tersirat dan yang tersurat....sendiri fikir..

    dua game yang lepas team perak memang ada penigkatan ..dah nampak cara main bola sepak...harap lepas ini yang lemah dan kekurangan diperbaiki....selamat kembali juga kepada razali...semoga lepas ini game perak akan bertambah baik dari sebelum ini dan serangan perak akan lebih tajam....kekalkan momentum 100% rekod tanpa kalah lagi ok....terbaikkk...GOOG LUCK....

    ada pantun untuk game dengan negeri sembilan...

    dari parit pergi bota,
    jumpa beruk naik pokok kelapa,
    wei negeri sembilan mike datang tempat keme,
    jangan harap la kome nak kutip 3 mata........
    tumpo le kome........BOOOOOO.........

    dua tiga kucing berlari,
    tak mungkin perak seri lagi.
    ala negeri sembilan celah gigi,
    kita jumpa kat stadium nanti.........,

    Kejor yob kejor Selogan Kami
    Ole-ole-ole PERAK Sudah Mari
    Putih Kuning Hitam Lambang Negeri
    Semagat Juang Ada Pada kami
    Kami Gempor Habis Habisan,
    kami perak darul ridzuan..!!!

    SKOR YOB SKOR...KEJOR YOB KEJORA THE BEST..!!!

    WASALAM...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.