Liga Super 2011 | Perak Vs Harimau Muda A (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 1 Mac 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak bakal menerima kunjungan Harimau Muda A Selasa ini. Sudah semestinya momentum yang stabil skuad bimbingan Norizan Bakar diharap dapat diteruskan dengan melakar keputusan yang baik.

Harimau Muda A setakat ini hanya mengalami satu kekalahan daripada 5 perlawanan sebelumnya. Mereka juga dilihat kurang menyengat ketika beraksi di gelanggang lawan, yang mana pada 29 Januari 2011 lalu mereka tunduk kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 1-0.

Norizan Bakar perlu lebih berhati-hati menghadapi pasukan Harimau Muda A ini kerana mereka memiliki kepantasan larian, kemahiran serta stamina yang tinggi. Sekali lagi para penyokong menagih pengalaman ‘Cikgu Jan’ untuk menyerap dengan baik kelebihan yang dimiliki Harimau Muda A.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Azmeer Yusof
Mohd Ariff Ismail
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Harimau Muda A (review)

  1. belanak

    As Salam

    Hanya satu sahaja pesan teman pada para pemain Kejor Yob Kejor, jangan mudah alpa dan berikan tumpuan kepada setiap perlawanan.

    Jangan mudah putus asa dan pandang mudah pada pihak lawan dalam setiap perlawanan. Teruskan momentum dan kesungguhan serta semangat juang yang tinggi.

    Selamat berjuang dan selamat maju jaya.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Insyaalah kejayaan akan datang lagi esok..harap pemain kekal prestasi dan cuba mencapai matlamat kemenangan. Perak 4 harimau muda A 0.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zizou85

    Pasti nya satu perlawanan yang hebat, Ong Kim Swee perlu mencari kemenangan untuk membakar motivasi pemain sebelum berangkat ke Pakistan.

    Pemain tumpuan Harimau Muda ialah Wan Zaharul aka Kechik yang teman fikir bakal menjadi pemain pelapis kepada playmaker skuad senior, Safiq Rahim. Amat pantas dan punyai teknik tendangan jarak jauh yang baik.

    Manakala Pertahanan yang dikemudi Fadhli Sas dan Muslim bakal diuji oleh Akmal Rizal dan Shafiq Jamal yang kedua-dua nya bekas penyerang kebangsaan.

    Diharap Razali Umar disenaraikan sebagai pemain gantian, dan mempamerkan kebolehan sebenar beliau sama seperti ketika dimasukkan menentang Skuad PDRM.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. naz

    Salam....

    Harapan teman agar Perak dpt kekalkan rekod tanpa kalah. Dengan semangat pemain dan sokongan penyokong, mungkin mlm esok adalah kemenangan ketiga Perak di gelanggang sendiri.

    Teman harap Razali Umar dpt diturunkan mlm esok. Teringin sgt teman nk tgk skill dia.

    PERAK 3 HARIMAU MUDA A 0

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. active11

    Teruskan rentak kemenangan..
    Perak 3 HMA 0

    El Tornado digesa kembalikan disiplin terpuji untuk diserapkan dalam perlawanan mendatang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. hazwan

    salam.....

    dengar-dengar cerita khairi zainuddin tak main sebab kad kuning ke 3......

    tapi apa-apa pun harap perak teruskan rentak kemenangan seperti sebelum ini untuk menambahkan lagi moral pemain untuk berjuang game seterusnya.....

    teman nampak game esok adalah game yang menarik dan perak perlu berjaga-jga dengan anak-anak muda ong kim swee itu....teman optimis yang perak pasti mencatat keputusan yang baik game esok.....tapi teman harap sangat supaya penyokong semua turun ke stadium game esok walaupun astro ada live perak lawan....dari sini lah semanagt pemain bila lihat kita semua bersatu dan memberi sokongan...luahan sendiri daripada akmal rizal semalam...menyeru penyokong semua datang ke stadium.....

    teman dan kita sebagai penyokong perak berdoalah supaya perak menang dan permaianan esok menarik buat perak....

    perak 3-0 harimau muda tekaan teman....love perak!!

    kejor yob kejor...skor yob skor.....perak for ever...

    wasalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam SDN..

    Selamat maju jaya diucapkan pada skuad seladang..
    Semoga kita senantiasa dirahmati Tuhan..
    My prediction PERAK 5 - Harimau Muda A 0..kasi 1 tangan senang kira..hahaha

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.