Liga Super 2011 | Pahang vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 26 Februari 2011
Stadium Darulmakmur, Kuantan
8:45 malam

Skuad Tok Gajah bakal menyambut kedatangan Sang Seladang di Kuantan Sabtu ini bagi melengkap jadual perlawanan kelima Liga Super 2011.

Perak seharusnya berwaspada dengan rekod Pahang ketika ini yang memenangi semua perlawanan di laman sendiri setakat ini, yang mana sebelum ini mereka menghampakan Perlis dengan 3 gol berbalas 1 dan pada perlawanan keempat lalu menewaskan T-Team 1-0.

Bagi Perak, rekod sebegini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilebur kerana Perak berjaya mengharungi kesemua empat perlawanan tanpa sebarang kekalahan. Jadi, ini merupakan peluang untuk meningkatkan momentum pasukan serta keyakinan para pemain yang akan mencetuskan impak semangat yang kompiten dalam bersaing merebut kejuaraan Liga Super tahun ini.

Biar pun Liga Super baru sahaja bermula, namun semakin hari dilihat para penyokong semakin yakin dengan anak-anak buah Jurulatih Norizan Bakar, rata-rata mereka mengharapkan 2011 adalah tahun kebangkitan Perak.

Juga diberitakan, penyerang Perak Razali Umar Kandasamy akan turut serta ke Kuantan sebagai pemain gantian.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Hisyamuddin Shaari
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain:

25 Februari 2011

Kedah v Kelantan
Stadium Darulaman

26 Februari 2011

Kuala Lumpur v Terengganu
Stadium PBKL, Cheras

Johor FC v Selangor
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan v Sabah
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

Harimau Muda ‘A’ v Felda United
Stadium Shah Alam

T-Team v Perlis
Stadium Sultan Nasirruddin

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

20 thoughts on “Liga Super 2011 | Pahang vs Perak (review)

  1. Raul hashim

    Harap perak kekal rentak kemenangan untuk memintas kelantan..perak perlu berhati-hati dengan striker pahang yang mantap dengan adanya azamudin dan r.surendran yang sangat lincah. diharapkan razali dapat diturunkan agar semangat beliau dapat dipertingkatkan. benteng perlu bekerja keras untuk memastikan gawang tidak mudah bocor. kalau boleh bolos sekali kekal sampai tamat saingan liga super. Formasi 4-4-2 menjadi taruhan cikgu jan pemain tengah harus kreatif dalam mengawal bola dan memastikan umpanan tepat pada penyerang..perak 3 pahang 0

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. active11

      Seandainya Razali diturunkan sekali lagi..pasti kacau bilau pertahanan Pahang terpaksa mengawal 3-serangakai Perak..sesuatu yang menarik pada Razali, dia punya karisma untuk menarik penonton ke stadium. Mungkin stadium Pahang juga menerima tempias yang sama.

      Cuma yang menjadi kerisauan, jentera tengah yang malap daripada Perak. Hadirnya Shahrul Nizam (Kapten) memberi sedikit kelegaan, tapi seandainya dia cedera, barangkali kita tumpul juga. Cikgu Jan kena gunakan pendekatan berbeza untuk situasi keceredaan tonggak pasukan..pemain muda banyak tenaga, tetapi kurang karisma..kena berikan banyak pendedahan lagi.

      Perak 3 - Pahang 0

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. neves

    diharapkan skuad seladang akan meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan menentang pahang. semoga rekod tanpa kalah skuad seladang akan terus berkekalan.

    kejor yop kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Harapan saya cuma satu. Hidupkan Midfield, make sure kita kawal tengah sepenuhnya. Matikan rentak permainan lawan.
    Sebab, Pahang jaguh kampung. Perak jangan hilang tumpuan.

    Jadi, untuk pastikan penyerang kita dapat bola then buat serangan, tengah kena hidupkan dulu. Kalau letak ramai penyerang pun kalau tengah tak hidup, macam pasang seterika tak pasang karan.

    Jadi, harap semuanya menjadi di Kuantan

    Salam....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      " pasang seterika tak pasang karan" sejak 29 tahun jadi rakyat malaysia.. ini kali yang pertama aku dengar "pasang seterika tak pasang karan"... hehehehe...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Haha..tu perumpamaan spontan teman. Bukan apa nak bagi semua rakyat jelata faham bebenor. Ibarat kita pasang seterika lepas tu gosok baju,nampak seterika tu bekerja tapi hasilnya? Baju masih macam di penyidai.

        Am i right?

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. chuck

        Salam..

        Perumpamaan tak semestinya perkara yang sering kita dengar ataupun perbualkan..

        Yang penting maksud mesej yang hendak disampaikan itu kita paham.

        Adekalanya pembaharuan dalam perumpaan itu penting bagi memastikan bahasa kita 'tak lapuk dihujan dan tak lekang dipanas'..

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. hazwan

    salam sdn.....

    ape-ape pun perjuangan tetap diteruskan...doa daripada seluruh peminat bola sepak perak tetap diiringi bersama pemain untuk lakukan yang terbaik....prestasi perak perlu maintain dan dipertingkatkan lagi....yang lain semua ok...lakukan yang terbaik dan bawa 3 mata pulang ke perak....

    buat penyokong perak marilah beramai-ramai kita menyokong pasukan kita perak....seladang fc dan kpbp ada membuat rombongan..jom la kita join ke stadium untuk menyokong pasukan kita.....

    selamat maju jaya psukan perak musim 2011..dan ketika menengtang pahang hujung minggu ni....

    ramalan perak 2-0 pahang...

    kejor yob kejor.....

    waslam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. aziz

    assalamualaikum...

    Teman mengharapkan agar senarai barisan kemungkinan yang ditulis oleh penulis,akan ada beberapa perubahan dari barisan penjaga gol dan tengah..
    Walaupun Nasril bertindak sebagai penjaga gol dengan jayanya,tetapi mengapa harus simpan tenaga muda lama lama,maka ianya akan jadi kulat.Berilah peluang kepada penjaga gol lain iaitu Kamarul efendi ataupun Khairul Amri.

    Dibahagian tengah pula rehatkan seketika K.Nanthakumar berilah ruang kepada Harizul atau Nor hazrul bergandingan dengan Shahrulnizam Musthapa.Malah dibahagian pertahanan kembalikan Shazwan Roslan keposisi asalnya iaitu Pertahanan kanan dan meletakkan Azmeer di pertahanan kiri.

    Teman yakin dengan memasukkan mereka mereka ini pasukan perak akan lebih garang dan menyukarkan pihak lawan untuk menyerang secara lancar dan terus merobek gawang gol Pasukan Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Salam, saya lebih bersetuju sekiranya Perak mengekalkan pemain sedia ada, kerana Perak masih mencari keserasian dalam pasukan.. SPasukan Pahang bukan calang-calang kerana belum kalah di tempat lawan, manakala Perak belum menang di tempat lawan dalam perlawanan Liga

      Mungkin hanya perlu perubahan bagi Nanthakumar sahaja..Saya fikir En Aziz penyokong setia Kamarul Efendi dan Khairul Amri kerana kerap memberi komen agar Coach beri peluang kepada kepadanya untuk beraksi.

      Manakala Razali Umar wajar diberi peluang untuk beraksi sebagai super-sub atau 1st eleven mengganti Shafiq Jamal.

      Akmal Rizal setakat ini, penyerang terbaik kita

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam..

      Aziz,walaupun adekalanya pendapat kita sama tapi teman tak 'bias'.Pada teman mike terlalu fanatik pada Kamarul Efendi dan Khairul Amri dan 'bias'pada nasril.

      Maap kepada peminat setia mereka berdua,pada pemerhatian teman dari past-past season,mereka berdua masih belum boleh untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.Jika teman silap,PAFA tidak akan secara drastik mencari pengganti kepada mereka berdua selain meletakkan deme berdua kembali kekerusi simpanan.

      Jika ingin mengasah,bukanlah dalam perlawana penting dimana mata penuh amat ditagih.Ade cara lain samada time friendly ataupun game cup dimana game tersebut kita dah ade advantage untuk merehatkan player utama.Barcelona pun buat macamtu gak.Pendek kata mana-mana team lah.

      Diharapkan Nasril dapat membuktikan kepada PAFA dan juga Fan Perak yang pemilihan beliau selaku penjaga gawang utama Perak adalah sangat tepat.

      Sekian,wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    as-salam

    bak kata pepatah org putih "if it ain't broken, don't fix it". maksudnya, jika satu benda tu tak rosak, jangan gatal tangan pi cuba nak perbaikinya.

    ada sesiapa dari lembah klang yang ke kuantan naik kete? jika ada kosong, teman nak numpang.

    terima kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sportsmalaysia

    Striker Perak perlu lebih menyerlah untuk menjaringkan gol. Kemungkinan kedudukan liga ditentukan oleh perbezaan jaringan gol diakhir musim boleh berlaku.

    Skuad Seladang dengan +3 ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan Skuad The Red Warriors yang memiliki perbezaan gol +7. Ini baru empat perlawanan dan Perak belum bertemu pasukan kuat seperti Selangor, Kelantan dan Harimau Muda A. Masa bertemu pasukan lemahlah perlunya sesebuah pasukan tersebut menjaringkan banyak gol

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. slash

    salam! aku tengok musim lepas ada seorang pemain penting pasukan perak tapi dah tak diberi peluang musim ini. kenapa tak beri peluang kepada nazri kamal. dia muda rajin bertenaga dan bakat untuk pasukan perak musim2 akan datang. tapi sayang coach lebih nak pemain yang berpengalaman malangnya tak beri sumbangan yang baik dipadang. paling tidak pun masukkan sebagai sub.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. spectator

      nazri kamal injured yob....bawak2 besabo...lagipun teman rasa jauh sangat beza corak permainan nazri kamal dengan shahrulnizam..cuma kita tau nazri kamal punya kerajinan tak boleh dipertikaikan...hope he will be back soon...

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. PHASHOR

    Salam kepada semua warga SDN ...Teman ucapkan ribuan tahniah kepada pemain pasukan perak, pihak pengurusan dan penyokong diatas kejayaan perak mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang awal musim ni,,,teman harapkan pemain terus berusaha dan tidak dibuai mimpi kerana sasaran utama untuk merangkul kejuaraan masih jauh lagi...... tahniah juga kepada SDN kerana menjadi medium perantara utk penyokong meluahkan pendapat dan luahan perasaan mahupun idea2 bernas kepada pasukan, pengurusan dan media cetak tanah air ...semua ini dilakukan atas sebab mahu melihat kejayaan pasukan perak .....ape pun perkembangan yang paling ketara ialah berita mengenai pasukan perak telah banyak dicoretkan di ruangan media cetak utama tanah air yang mana sebelum ini menumpukan kepada satu atau dua pasukan sahaja ( mungkin wartawan baru terbaca keluhan penyokong setia perak dimana pasukan perak kurang mendapat perhatian atau liputan dalam media massa dan cetak) ....tahniah kepada semua warga SDN yang terlibat.....moh kite gegor kan stedium pahang pulak . mudah mudahan perak menang lagi ...amin5....perak 3 pahang 1......

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. belanak

    As Salam...

    Semoga kepada sesiapa yang terpilih untuk memikul tanggungjawab pada perlawanan menentang Pahang kelak, akan melakukan satu tugasan yang bersungguh-sungguh serta tidak mudah putus asa...

    Jangan mudah alpa dan tumpukan pada perlawanan penting... Semoga kita beroleh kejayaan...

    Semangat satu pasukan amat penting dan sekiranya kita berkerjasama pasti kejayaan akan bersama kita...

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. hazwan

    salam....

    selamat maju jaya buat anak buah cikgu jan dlm aksi menentang pahang malam ni.....

    terbaik...terbaikk..dan terbaikk diucapkam.....

    kejor yob kejor.....skor yob skor......

    perak 2-o pahang.....

    wasalam...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.