Liga Super 2011- Pahang Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 26 Februari 2011
Stadium Darul Makmur, Kuantan
8:45PM

Pahang 0 – 2 Perak

Perak berjaya memadamkan rekod tanpa kalah Pahang di gelanggang sendiri dua gol tanpa balas. Perak memulakan permainan dengan corak permainan menyerang sejak awal permainan lagi.

Hasilnya, minit ke 21 Mohd Shafiq Jamal berjaya merembat deras menewaskan benteng terakhir Pahang setelah mendapat lorongan cantik Akmal Rizal Rakhli.

Setelah itu, ketika separuh masa pertama berada dipertengahannya, Mohd Hishamuddin Shaari terpaksa diusung keluar dan dikejarkan ke hospital apabila diterjah keras pemain lawan dari belakang. Tempat beliau digantikan oleh Mohd Noorhazrul Mustafa sebagai pertahanan kanan Perak.

Ketika separuh masa seakan-akan berakhir dengan satu gol, Akmal Rizal Rakhli bijak memanfaatkan lorongan Mohd Shafiq Jamal dengan menghasilkan gol kedua Perak pada minit ke 44.

Babak kedua, Perak tampil dengan corak permainan bertahan. Pahang dilihat jelas menguasai permainan namun gagal merapatkan jurang jaringan. Sebaliknya, Perak berjaya mencipta peluang untuk menambah jaringan melalui Akmal Rizal Rakhli, namun beliau gagal memanfaatkan peluang sebaiknya.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Arif Ismail
Isma Alif Mohd Salim (Muhammad Nurriduan)
Mohd Hisyamuddin Shaari (Mohd Noorhazrul)
Mohd Syafiq Jamal (Wan Hossen)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain:

25 Februari 2011

Kedah (1) v Kelantan (1)
Stadium Darulaman

26 Februari 2011

Kuala Lumpur(1) v (2)Terengganu
Stadium PBKL, Cheras

Johor FC (0) v (0) Selangor
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan (1) v (0) Sabah
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

Harimau Muda ‘A’ (1) v (1) Felda United
Stadium Shah Alam

T-Team (3) v (0) Perlis
Stadium Sultan Nasirruddin

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Liga Super 2011- Pahang Vs Perak (result)

  1. syidi Post author

    Salam. Cuma Perak dengan Kelantan berjaya mengekal kan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan. Terbaik dari Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. hazwan

    salam....'

    memang terbaik perak......syabas di ucapkan.....ramalan teman tepat perak menang 2-0....terbaikkk....

    mengulas sikit game semalam.......

    Alhamdulillah menang.. tapi permainan bukanlah terlalu baik. Banyak kesilapan defend buat cuma penyudah Pahang je tak cukup sharp. kalau sharp rasa tadi kurang-kurang 4 bijik boleh kena.

    Perak pulak selain 2 gol tu ada 2 je lagi shoot on target.tapi perak malam ni memang terbaik....pujian harus di beri pada pemain perak dan pasukan perak.....

    Dari segi passing Pahang jauh lagi baik. Cuma kelebihan kita, kita control midfield and banyak dapat intercept pemain2 muda Pahang.

    Bagus sebab kita main away dan dengan control midfield senang nak counter attack dan tu yang dapat 2 bijik. Gol tadi semua 1-1 dengan keeper sebab defend Pahang buat silap.

    Yang memag kena buat homework banyak defend. Kat ctu robust tapi cara dia clear bola agak menakutkan. Tak tau macam mana nak play safe. Tak campur dengan slow lagi.

    Striker Akmal n Shafiq ni 2-2 spesis sama jenis peledak. Kalau ada sorang yang pandai gentel lagi sedap. boleh rotate.tapi game perak menghiburkan...terbaik......

    teruskan kemenangan dan kekalkan 100% rekod tanpa kalah .....

    seladang power...kejor yob kejor....skor yob skor..

    Sekian... dari stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang.

    wasalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. azzura

    assalammualaikum,
    tahniah kepada pasukan perak berjaye mencipta kemenangan di tempat lawan,ber kongsi 11mata dengan kelantan,teruskan perjuangan dan tingkatkan usaha untuk menjadi pasukan terbaik musim ini.
    kejor yop skor!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    Nampaknya segala berjalan dengan lancar sekali buat tim Perak untuk tahun ini. Keputusan mengambil Cikgu Jan sebagai Jurulatih baru untuk mengendalikan Skuad Seladang ternyata satu tindakan yang amat positif. Menduduki tempat kedua selepas 5 perlawanan dengan jumlah mata terikat dengan Kelantan, 11 mata sememangnya satu keputusan di luar jangkaan. Perak hanya mendapat pemain-pemain senior seperti Shahrul Nizam, bekas kapten Kedah dan Akmal Rizal, pemain supersub Kelantan yang mempamerkan aksi baik dalam perlawanan-perlawanan terakhirnya bersama Kelantan. Disamping itu, pemain yang sudah berumur seperti Khairi Zainuddin dan Nasril Nourdin yang banyak memanaskan bangku simpanan ketika bersama Selangor dan ATM. Begitu juga dengan Shafiq Jamal yang hampir dilupai sejak zaman gandingannya dengan penyerang berbisa Marlon Alex James.

    Ketika heboh Perak akan menandatangani pemain yang sedang menyinar dan memuncak prestasi seperti Safee Sali, Asraruddin Putra, Sabree Abu, Indra Puta dan Amar Rohidan, ternyata ianya satu dogengan semata-mata.

    Namun, selepas aksi meyakinkan dengan rekod tanpa kalah bermula dengan perlawanan persahabatan sehinggalah perlawanan terakhir dengan Pahang. Ternyata pengambilan pemain-pemain senior tersebut satu keputusan yang tepat dan mereka menampilkan persembahan yang bersemangat dan cukup komited dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.

    Amat-amat mengejutkan apabila Khairi Zainuddin dan Nasril menjadi tonggak utama barisan pertahanan, menjadikan Pasukan Perak paling sukar dibolosi setakat ini. Begitu ramai peminat sangsi dan mencemuh pihak pengurusan , yang mengambil kembali pemain ini, berdasarkan prestasi semasa mereka yang tidak begitu cemerlang di pasukan lama. Pujian untuk mereka setakat ini yang telah menafikan segala kesangsian terhadap kebolehan dan kemampuan mereka untuk menjulang pasukan Perak buat tahun ini.

    Akmal Rizal, 29 tahun, setakat ini menjadi pemain penting di barisan hadapan bersama Shafiq Jamal. Nafsu pemusnah beliau sememangnya telah terbukti sejak dahulu lagi, hanya masalah kecerderaan yang menjadi punca membantutkan konsistensi beliau.

    Kredit untuk semua pemain kesebelasan utama seperti Fazrul, Hisyamuddin, Norhazrul, Shahrul Nizam, Nantha dan Isma Alif yang menjadikan tim Perak satu pasukan yang kembali digeruni sejak 3 tahun lepas di bawah kendalian Steve Darby.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    As Salam

    Kemenangan berpihak kepada team kesayangan kita akhirnya dan seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawananan.

    Teruskan momentum kalian dan mantapkan lagi permainan untuk perlawanan akan datang.

    Tahniah buat semua di atas kemenangan pada kali ini.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Jasbisa

    pihak pengurusan pasukan dan para pemain telah menunjukkan keserasian. Kekalkan momentum ini. Pemain-pemain ini perlu dikekalkan. Perak akan bertambah mantap dgn kemasukan 3 org pemain import yg berkualiti tahun 2012 seperti Keita Manju atau Laszko Repasi.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      harap-harap FAM benarkan 2 pemain import saja...bagus untuk peluang bermain yang lebih bg pemain tempatan serta kantung kewangan setiap persatuan.

      kalau tak pasti ramai pasukan meletakkan 2 daripada 3 pemain import dibahagian serangan seperti Perlis (Chipeta-Simukonda), Selangor (Bambang - Fuentes) dan Perak (Mandjou-Seator). Walaupun permainan hebat tapi akhirnya tiada pemain penyerang yang benar berbisa untuk skuad kebangsaan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. khairol

    salam..

    agak menarik apabila hanya bolos 1 gol daripada 5 perlawanan liga super setakat ini.. dan yang paling menariknya.. bolos itu datangnya daripada perlawanan pertama menentang Kuala Lumpur ( sebab padang agaknya ).. bertambah menarik lagi.. 4 perlawanan liga berturut-turut tak dibolosi.. Fuh.. !!! sungguh menarik.

    5 bintang buat pertahanan dan penjaga gol

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. naz

    salam...

    syabas kepada cikgu Jan & pemain pasukan Perak kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah. Tapi perlu diingat liga masih terlalu awal. Harap dpt tingkatkan lagi prestasi selepas ini.

    Kepada penyokong setia mari kita sama2 penuhkan & gegarkan stadium Perak dan beri sokongan penuh kpd pasukan PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Fiq

    Salam...

    Tahniah untuk Seladang, tetapi pengadil pada malam perlawanan amat mengecewakan dan tidak bersikap profesional. Pemain lawan bermain terlalu agresif dan boleh dikatakan 'keras'.

    Untuk makluman semua, kecederaan saudara Hisyamuddin bukanlah diterjah pihak lawan, tetapi beliau terjatuh semasa membuat sepakan gunting bagi menyelamatkan gawang perak yang dalam keadaan kelam kabut masa tu. akibat dari terjatuh, bahu kiri beliau mengalami kecederaan serius dan terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran. apa pun, pemain perak memang bermain dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan milik Yob.

    Tahniah Yob..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam.. hantar dia pergi mengurut lah... kat sungai siput dalam nun dekat lasah ada pakcik yang pandai urut... pak man kurao nama nye... dulu v.murugan pernah urut kat sana.. isyallah sembuh.. tapi kena tahan sikit lah.. piau dan mantop cara urutan nye...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.