Liga Super 2011 | Kedah vs Perak (Preview)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 15 Februari 2011
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45 malam

Perak bakal berkunjung ke Alor Setar bagi meneruskan cabaran Liga Super 2011. Perlawanan dijangka sengit di mana Kedah dilihat dahagakan kemenangan setelah ditundukkan Sabah tempohari 1-0.

Kecemerlangan di Ipoh tempohari diharap bakal diteruskan oleh anak didik Norizan Bakar yang dilihat semakin serasi. Untuk penyerang berbisa Perak Akmal Rizal Rakhli dan Mohd Syafiq Jamal, perlawanan ini ibarat sirih pulang ke gagang tetapi dalam situasi dan keadaan berbeza.

Namun begitu, sekali lagi pengendali Perak iaitu Norizan Bakar bakal diuji oleh Skuad Kenari ini yang kini tercari-cari rentak permainan sebenar mereka. Berdasarkan rekod terkini, mereka dilihat seimbang, dengan meraih 4 mata hasil 3 perlawanan dan hanya menjaringkan satu gol setakat ini.

Namun demikian, di atas kertas, Perak memiliki kelebihan untuk menidakkan impian Sang Kenari itu.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2011 | Kedah vs Perak (Preview)

  1. keristujuh

    diharapkan dengan iringan doa semua penyokong Perak agar dapat peroleh kemenangan menentang kedah. ayuh kutip 3 mata penuh lagi, tewaskan pasukan kedah pulak. berjuanglah demi martabat pasukan Perak. ayuh berjuang pemain-pemain Perak. semua "haruslah" bersatupadu dan berusaha untuk mencapai kejayaan..."penyokong setia menyokong, pihak atasan hingga jurulatih melaksanakan tugas & merencanakan idea strategi, Pemain bertanggungjawab merealisasikan impian kemenangan"... ayuh pasukan perak, capai kemenangan lagi...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Ape cerita dgn Tornado? Ada chance nak main dalam perlawanan dengan Kedah ke? Kami dah tak sabar nak menagih aksi Tornado..semoga berjaya!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. me 109

    alhamdilillah. PERAK telah menemui kembali rentak permainan dahulu dan Stadium Perak kembali bergema. Skrg pasukan kita bertandang ke Alor Setar la pula. Bukan senang nak dpt 3 mata di Alor Setar tapi tak mustahil juge. Harap pasukan Perak kekal fokus dan komited bila ke Stadium Darulaman Stadium keramat sang kenari. Cik Gu Jan, Akhmal, Shahrulnizam dan Shafiq mmg dah masak dgn padang Darulaman ni dan di harap dpt membimbing pemain PERAK bila bertandang di Alor Setar besok...teman harap penyokong Kejor Yop Kejor dpt hadir bersama di Stadium Darulaman memberi sokongan jitu kepada pasukan PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    diharap akmal dan shafiq tidak dilanda konflik serba salah, sehingga tidak mampu mempamerkan prestasi terbaik menentang pasukan kelahiran sendiri.

    Lihat seperti Indra yang begitu bersemangat sekali ketika menentang pasukan negeri sendiri dan kerap menjaringkan gol menentang pasukan Perak..walaupun tidak baik untuk kita, dia tetap pemain yang bagus dan berbaloi untuk pasukan yang ditandinginya..

    Game ini sukar, kita sukar menang di sana...harap2 mereka boleh perform seperti menentang N.S

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. hazwan

    salam....

    semoga perak berjaya dalam game menentang kedah ini.....
    kita sebagai penyokong harus menyokong dah terus menyokong tak kiralah samada menang atau klah..yang penting sokongan bukan kutupan pada bola sepak perak.....

    diharap juga razali dapat beraksi game dengan kedah sekiranya akmla dan syafiq tidak dapat fokus dan disaiko oleh penyokong pihak lawan....harap semua ini dapat di pikul dan diatasi dengan baik,,,...

    berjuang lah demi perak...terbaik dari ladang lah perak...

    skor yob skor...kejor yob kejor....
    ipoh mali tak rak sombong......

    sekian..wasalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ayop

    salam...

    sepuluh jari ayop hulurkan , mendakap doa pada illahi , agar dikurnikan kejayaan pada pasukan perak apabila behadapan dengan kedah... dan kejayaan pada sukan bolasepak negeri...
    teruskan komitmen, terapkan segala ancaman... GEGARKAN persada bolasepak tanahair... ayuh perak... ayuh pendekar-pendekar seladang AMUK di darul aman... .

    "pergi ke kedai membeli manisan,
    untuk makan pemanis lidah,
    ayuh perak kemaskan barisan,
    kite gempur, tundukkan kedah...

    kejor yop kejor....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.