Liga Super 2011- Kedah Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa 15 Februari 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
8:45PM

Kedah 0 – 0 Perak

Perak mencatatkan keputusan seri yang kedua setelah gagal mencipta sebarang jaringan di Alor Setar. Permainan yang dianggap membosankan ini banyak dipengaruhi oleh faktor cuaca yang hujan sejak petang tadi sedikit sebanyak menjejaskan tempo permainan kedua-kedua pasukan.

Kedah dilihat menguasai permainan sejak sepak mula lagi. Perak dipaksa bertahan hampir keseluruhan permainan.

Dengan keputusan ini, Norizan Bakar dapat menarik nafas lega setelah berjaya mengekalkan Perak dengan rekod tanpa kalah selepas 4 perlawanan. Ternyata pertahanan Perak begitu ampuh untuk menyekat kemaraan barisan serangan Kedah sejak awal permainan lagi. Perak turut beroleh peluang namun ianya belum cukup untuk mencipta jaringan.

Dengan ini, Perak kini kekal ditangga kedua di belakang Kelantan sambil diekori rapat oleh Harimau Muda A di tempat ketiga. Untuk perlawanan seterusnya adalah pada 26 Februari 2011, yang mana Perak akan disambut Pahang di Kuantan untuk perlawanan kelima Liga Super 2011.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa (Azmeer Yusof)
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Shazuan Ashraf Mathews)
Mohd Hisyamuddin Shaari
Mohd Syafiq Jamal (Wan Hossen)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 15 Februari 2011:

Harimau Muda ‘A’ (1) V Perlis (0)
Stadium MBPJ

Kuala Lumpur (0) V Kelantan (2)
Stadium PBKL, Cheras

Negeri Sembilan (0) V Felda United (1)
Stadium Tunku Abd Rahman

Pahang (1) V T-Team (0)
Stadium Darul Makmur

Terengganu (2) V Selangor (3)
Stadium Shah Alam

Sabah (0) V Johor FC (1)
Stadium Likas

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2011- Kedah Vs Perak (result)

  1. ayop

    salam...
    segulung tahniah diucapkan pada team perak sebab masih dapat mengelak dari kekalahan... walau ada rasa sedikit kecewa... tapi seri pun memadailah... ini kerana 1 mata diluar perak amat bermakna.....kalau tak dapat peha ayam.. tulang ayam pun jadi lah...yang penting teruskan momentum... semoga berjaya untuk perlawanan seterusnya... tahniah... tahniah dan tahniah....

    kejor yop kejor.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sheeryob

      salam semua fans Perak FA..
      dengan 4 perlawanan yang telah dilalui perak setakat ini.. dapat saya simpulkan Perak bukanlah satu satunya pasukan yang dianggap enteng untuk dikalahkan..malahan pertahanan perak dianggap yang terbaik hanya melepaskan 1 gol dalam 4 perlawanan yang dilalui..Dengan ini diharapkan coach Cikgu Jan mencari formula terbaik untuk memperbaiki prestasi di barisan hadapan terutama penyerang..andai digandingkan Tornado Razali dan Akmal Rizal membawa keserasian mereka berdua dan dapat sekiranya melakukan penyudah yang berbaloi lagi tepat menemui sasaran.. itulah saranan saya..Demi memantapkan pasukan kena juga mencari pembaharuan dan strategi baru..pemain pemain juga perlu diambil kira..tahap dan skill mereka termasuk keserasian mereka..sebagai Coach yang berpengalaman saya harap cadangan penyokong penyokong perak perlu juga diberi perhatian.
      kejor yeop kejor..Perak terus maju!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. zizou85

        setuju dengan sheeryob, tetapi pasukan yang lebih hebat adalah harimau muda, Kelantan, Selangor dan Terengganu. Teman masih menunggu bagaimana prestasi Perak menentang 4 pasukan ini kerana mereka adalah pasukan terbaik dan sukar dikalahkan. Kita sudah kalahkan pasukan berbelanja besar seperti N.S, tetapi keputusan menentang 4 pasukan di atas amat penting bagi melihat sejauh mana pasukan Perak boleh pergi tahun...

        Tetapi saya masih lagi tertunggu bila Norizan ingin melepaskan Tornado bagi menggasak kubu pertahanan lawan, Harap-harap tempoh 'denda' Razali akan cepat berakhir, dan saya yakin dia sudah tentu tidak sabar untuk menunjukkan kehebatannya di atas padang sbgaimana yang dipamerkan ketika musim 2009.

        Begitu juga dengan kelibat Harizul Izuan dan pemain sayap dari Harimau Muda yang masih belum beraksi..

        Setakat 4 game ini, boleh disimpulkan , Hisyamuddin, centre back muda Perak adalah pemain baru yang menyerlah bagi Skuad Yob, disamping Fazrul , Winger yang beraksi kemas...

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. seansan

    san masih belum nampak user-user baru memberi komen di sini. Ayuh kawan-kawan, mari kita bersama berkomentar disini. Luahkan pendapat anda, berforum dilaman komuniti yang disediakan dengan berhemah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.