Info | Pendaftaran Sebagai Ahli (Registered User)

Pihak Seladang.Net menerima banyak permintaan untuk menjadi ahli berdaftar. Ini kerana hanya pengguna berdaftar sahaja dibenarkan untuk menghantar komen dan bersembang diruangan Shoutbox yang tersedia di laman ini. Untuk pengetahuan, ruangan mendaftar yang disediakan untuk ahli baru mendaftar telah pun dibekukan atas sebab-sebab tertentu.

Namun begitu, pihak kami akan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendaftar. Pengguna yang ingin mendaftar perlulah menghantar butiran diri kepada pihak Admin untuk proses pendaftaran.

Proses ini adalah Standing Order Procedure (SOP) yang ditetapkan bagi melicinkan pentadbiran web ini serta command and control  ke atas semua pengguna berdaftar. Butiran yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  1. Nama Pengguna (Username):
  2. Nama Penuh:
  3. No.Tel:
  4. Alamat:
  5. Email:
  6. Kata laluan (Password):Password Cadangan.

Semua butiran ini akan disimpan sebagai rekod pihak kami dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak. Oleh yang demikian, permohonan yang tidak lengkap TIDAK AKAN dilayan. Hantar butiran tersebut melalui email kepada Admin  seladangdotnet@gmail.com.

Username dan Password akan di emailkan kepada anda selepas proses verifkasi. Sebarang permasalahan yang berkaitan boleh berhubung dengan Admin secara terus melalui email yang dinyatakan tadi.

Para pengguna juga diingatkan agar mematuhi segala peraturan seperti yang termaktub di dalam . Kerjasama semua pengguna amat dihargai. Terima Kasih

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Info SDN and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Info | Pendaftaran Sebagai Ahli (Registered User)

  1. seansan

    Peluang yang datang sekali sekala ini, gunakanlah sebaiknya. Buat masa ini, tiada lagi tarikh penutupan bagi pendaftaran baru, walaubagaimanapun kouta adalah amat terhad dan pendaftaran ini hanya benar-benar diberi kepada user yang benar-benar menyintai Sukan Bola Sepak khususnya di Negeri Perak.

    Pesanan pada user yang sediaada, pihak admin tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk 'BAN' user sekiranya cuba untuk mendaftar sekali lagi menggunakan ID berlainan. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.