Liga Super 2011 | Perak Vs Johor FC (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa 1 Februari 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 malam

Setelah mempamerkan aksi yang banyak menimbulkan kegusaran dikalangan para penyokong, anak-anak buah Norizan Bakar bakal berdepan satu lagi tugasan yang agak mencabar di halaman sendiri menentang Sang Lebah dari selatan tanah air.

Norizan Bakar semestinya telah mempunyai perancangan yang lebih kompiten untuk menghadapi lawan di gelanggang sendiri. Aksi di Cheras tempohari sudah pasti sedikit sebanyak memberi panduan untuk merencana strategi seterusnya.

Johor FC yang seri dengan Felda United tempohari sudah semestinya memburu kemenangan pertama mereka di Ipoh. Oleh yang demikian, secara taktikalnya mereka akan cuba menyerang dan mencari gol awal untuk menguasai permainan. Oleh itu, Perak perlu lebih bersedia menghadapi lawan yang dilihat memiliki kelebihan dari segi teknikal dan kemahiran individu yang tinggi.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Johor FC (review)

  1. seansan

    Apa yang pasti, semua pemain akan cuba memperbaiki kelemahan yang begitu ketara ditunjukkan ketika menentang Kuala Lumpur tempohari. Harapan menggunung para penyokong pastinya adalah kemenangan pertama di laman sendirii, itu akan terus dan terus membawa lebih ramai penyokong untuk hadir ke Stadium.

    Marilah sama-sama kita menyokong pasukan Perak dengan hadir ke stadium.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualikum...salam SDN

    Insyallah jika tiada aral melintang,malamni teman turun..ekoran kena ambik orang rumah yang berkursus 6bulan kat Ipoh.So,balik jer keje terus pacak kipoh..

    Dah menjadi lumrah pada teman,jika tak tau menahu,better mendiamkan diri."Angin tak bertiup,masakan pokok bergoyang"so,malamni teman akan cuba dapatkan bahan untuk besok.

    Pada pemanis-pemanis diluar sana,jangan jadi seperti gula..makin manis,makin berpenyakit..jadilah seperti "STEVIA"dahla manis dari guler,nature plak tue..tanpa kolestrol dan sesuai untuk orang yang kencing manis..Takdehal....

    Paham-pahamkanlah..kome dah besor...

    Salam Qaulan..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. hazwan

      aku sokong.....

      perak dah menang tahniah.....
      jangan jatuhkan moral player dan penyokong melalui komen-komen yang tak masuk akal....

      terima kasih

      terbaik perak....2-0...huhuhuhu

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    My prediction,akibat dendam kesumat dengan Johor FC since 2tahun berturut-turt ditunjukkan jalan keluar dalam Piala Malaysia lalu,Perak 6 - Johor FC 0..ni target paling rendah untuk PERAK capai malmni..Selamat berjuang perwira tanah tumpah darahku....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pachenko

    Kami dari Silver State Ultras, akan datang serbu stadium IPOH malam ni. Sokongan yang tak berbelah bahagi. Wlupun kalah atau menang kami tetap bersamamu.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.