Liga Super 2011 | Perak Meneruskan Cabaran

 liga-super-550x250.jpg

Liga Super 2011 bakal membuka tirainya pada 29 Januari 2011 depan. Perak akan beradu kekuatan menentang pasukan yang dikenali sebagai ‘City Boys’ di gelanggang lawan. Penampilan semula ‘hero lama’ Perak dijangka menarik perhatian para penyokong yang telah sekian lama mengharapkan kepulangan mereka dari perantauan.

Selain itu, kehadiran bekas pemain kebangsaan yang berpengalaman Akmal Rizal Rakhli dijangka dapat menguatkan jentera serangan Perak yang bakal digandingkan dengan penyerang muda Perak ‘The Tornado’ atau Razali Umar Kandasamy. Razali Umar yang dilihat kurang konsisten sejak dua musim lalu bakal mengharungi musim 2011 dengan gandingan yang berpengalaman.

Justeru itu, harapan semoga Razali Umar dapat menggunakan ruang dan peluang ini untuk menebus segala kesulitan lampau dengan mempamerkan aksi yang mantap dan menjaringkan banyak gol selepas ini. Kembalinya Shahrul Nizam Mustafa diharap dapat menguatkan jentera tengah sambil dibantu pemain-pemain muda Perak.

Shahrul Nizam yang berkelana ke Kedah musim lalu membuat keputusan tepat untuk kembali ke kampung halamannya dikala Perak amat memerlukannya. Kepercayaan ini harus digunakan sebaiknya untuk mengembalikan keyakinan penyokong sejajar dengan sasaran PAFA untuk mengembalikan kegemilangan pasukan Perak dalam kancah bolasepak Malaysia.

Namun begitu, berdasarkan undian yang dibuat, para penyokong tidak terlalu yakin dengan kemampuan skuad Perak sekarang. Walaupun dapat menjinakkan Sang Kenari di Ipoh tempohari, itu dilihat belum cukup untuk menambah keyakinan para penyokong. Berikut adalah hasil undian:

  • Juara Liga                    – 19 %
  • Naib Juara                   – 4 %
  • Kelompok 5 Teratas  – 69 %
  • Top 10 Carta Liga      – 8 %

Pun begitu, harapan para penyokong agak tinggi berbanding musim-musim lalu. Berdasarkan rekod Perak tidak pernah menjadi Juara Liga Super sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004. Percapaian terbaik Perak adalah pada 2006/07(http://perak-fa.seladang.net/doku.php?id=liga_super) dengan berjaya tangga kedua liga ketika itu. Pencapaian terburuk Perak adalah pada tahun 2010 dengan Perak hanya berjaya menghuni tangga ke 11 liga. Dikala itu, para penyokong sudah mula muak dengan aksi yang naik turun dan tiada konsistensi.

Disebalik prestasi naik turun Perak kebelakangan ini, sedar atau tidak, Perak masih boleh berbangga kerana masih belum pernah turun ke Liga Premier sejak liga bolasepak dinaik taraf pada 2004. Ini merupakan satu rekod yang baik dan harus menjadi kebanggaan. Sedang pasukan-pasukan yang kini gah pernah diturunkan ke Liga Premier dan bangkit selepas itu dengan aksi yang lebih baik sekali gus menutup segala sejarah hitam mereka.

Persoalannya sekarang. Adakah kita perlu menunggu Perak merudum sedemikian dan kemudian baru bingkas bangun semula untuk membuat perubahan secara total? Sememangnya tidak terlintas untuk Perak jatuh sedemikian rupa. Bayangkan musim 2010 lalu, Perak hampir terjerumus ke lembah itu. Ketika itu para penyokong berdoa agar Perak terselamat dari ‘zon maut’.

Oleh yang demikian, disimpulkan bahawa adalah wajar harapan para penyokong untuk melihat Perak berada dikelompok 5 teratas Liga Super 2011. Hasil undian, dapat dirumuskan bahawa para penyokong Perak kini semakin realistik dan positif dalam menjana impian masing-masing. Mereka dilihat lebih berhati-hati dalam menaruh harapan. Harus diingat 19 % daripada pengundi menaruh harapan tinggi untuk Perak menjuarai Liga Super 2011. Adakah itu harapan yang realistik?

Perlu diingat, dalam bolasepak pelbagai perkara luar jangkaan boleh terjadi. Mungkin tahun 2011 tahun tuah untuk ‘Sang Seladang’? Golongan pengundi yang 8 % mungkin akan menempelak golongan yang 19 %. Segalanya mungkin terjadi jika harapan penyokong dan semangat berpasukan diiringi prestasi cemerlang digabungkan bersama. Masing-masing mempunyai impian dan harapan masing-masing.

Perkara yang paling penting selaku penyokong sekarang, KITA SOKONG tidak kira apa jua keadaan. Itu adalah tanda SETIA kita kepada Perak Darul Ridzuan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

9 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Meneruskan Cabaran

  1. kia_dgreat

    Salam SDN.

    sudah lama beno teman tak wat komen kat sini.hanya membaca komen-komen rakan SDN yang lain.setiap awal musim cukup banyak komen yang membina mahupun kadang boleh kira nak menjahanam kan semangat. apa-apa pun mari kita berdoa sama supaya team kita akan berada pada tahap terbaik musim ni dan sekurang-kurangnya berada pada kelompok 5 terata.kelompok 5 teratas memang satu sasaran yang realistik untuk musim ni bagi teman.cakap banyak pun tak guna.memandang kan teman dah kembali semula ke tanah air ni..moh kita ramai-ramai gempor stadium lawan KL minggu depan.

    lagi satu nak pesan, jangan bawak laser pegi stadium.kalo teman jumpa teman seligi kepala nya..

    Hidup PERAK!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi_de'zurdo Post author

      Hahaha. Welcome back yoeb, itu mesti kaki dah menggigil nak berbaris beli tiket nak masuk stadium tu hehe. Sabor yoeb. Apa-apa pun good comment, thanks.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. hazwan

    salam...

    firstly teman nk ucapkan ribuan terima kasih kerana sdn dah pun update perkembangan bola sepak perak 2011....hahahahaha...tahniah...

    apa-apa pun teman tetap percaya yang team perak akan pergi lebih jauh mosim ini....pada pandangan teman yang melihat sendiri game dengan kedah tempoh hari sudah ada bunga-bunga kebangkitan bola sepak perak...biar pun hanya frenly match tapi dari situ lah moral pemain mahupun peminat dapat diwujudkan bg terus memberikan yang terbaik buat pasukan perak musim ini....kalau frenly pun asyik kalah x mustahil moral pemain mahupun penyokong yang kini rata-rata amat teruja dengan perkembangan positif bola sepak perak akan meningkat setakat ini yang kini kembali bersuara melaungkan slogan seperti kejor yob kejor mahupun skor yob skor yang sebelum ini amat mengecewakan....

    teruskan menyokong bola sepak perak itu yang diharapkan....sekalung tahniah buat pafa dan pengurusan diatas perubahan yang telah dilakukan....
    moga pemain yang menyarung jersey perak akan terus semangat bermain dan seterusnya membawa pulang sebanyak piala yang mungkin....tahniah ....

    akhir sekali majulah bola sepak perak demi rakyat semua...
    kami tetap menyokong pasukan perak 2011
    hidup perak!!kejor yob kejor...skor yob skor>>>!!!!!
    ipoh mali tak dak sombong.....we love perak..

    p/s.......Pre-Season Friendly Match :
    Perak vs PKNS FC
    Saturday, January 22 ·
    4:30pm - 7:00pm
    Perak Stadium, Ipoh

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    As Salam teman-teman SDN...
    semoga apa yang dirancang semasa latihan dapat dipraktikkan dalam perlawanan pertama... teman pun x sabar gak nak beratur beli tiket...

    apa-apa pun selamat berjuang kepada semua... semoga kita sukses! semangat satu pasukan amat penting..ingat kata keramat nih....

    apa yang penting... KERJASAMA!
    apa yang penting... KERJASAMA!
    apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi_de'zurdo Post author

        San. Bagi tau la cara nak beli tiket bermusim. Pada yang tau tu tau la. Mungkin ada orang yang tak tau lagi tu.

        Tapi teman cakap si Kia_dgreat tu berbaris bukan ape, dia baru balik dari perantauan, mesti gian nak bersorak kat stadium. hehe

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. seansan

          Pas bermusim boleh dibeli di pejabat PAFA waktu pejabat. atau melalui Kelab Seladang yang membuka kiosk setiap kali perlawanan yang membabitkan Pasukan Perak di Stadium Ipoh.

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. fazly73

    asalamualaikum,......rakan-rakan......saya berkeyakinan penuh......musim kali ini pasukan SELADANG kita ini akan kembali menggegar!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. hazwan

    salam...

    tahniah buat pasukan Seladang atas kemenangan pada aksi berteme PKNS dengan kemenangan 1-0 gol hasil jaringan Syafiq Jamal....

    jadikan kemenangan semua perlawanan friendly match ni sebagai momentum kemenangan untuk terus menang pada setiap game nanti bermulanya liga nanti k....syabas diucapkan buat pasukan bola sepak Perak......

    ada petanda yang Perak akan mengganas musim ini....terbaik...fans akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bola sepak Perak...amin..

    kejor yob kejor....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.