Liga Super 2011 | Kuala Lumpur vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 29 Januari 2011
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45 malam

Perak bakal berkunjung ke Lembah Kelang sambil disambut oleh ‘The City Boys’ yang menjanjikan pertembungan yang menarik. Jurulatih Perak, Norizan Bakar akan menjadi tumpuan dan pengalaman serta kemampuan beliau amat ditagih untuk menjulang kembali Perak ke persada bolasepak negara.

Pun begitu, pihak SDN telah menghantar wakil untuk menemuramah pengendali Perak di Ipoh tempohari.  Norizan Bakar berpendapat ruang untuk semua terpilih dalam kesebelasan utama masih terbuka. Beliau akan menilai pemain dari masa ke semasa sehingga ke hari perlawanan Sabtu nanti.

Beliau juga dijangka bakal menurunkan 2 atau 3 pemain yang diserap daripada Skuad Piala Presiden Perak yang akan beraksi di posisi Pertahanan. Norizan juga memberi gambaran awal bahawa beliau akan menurunkan kembali Pertahanan ampuh Perak musim lalu Arif Ismail yang berehat panjang sebelum ini. Arif Ismail dilihat kembali menjalani latihan baru-baru ini. Di bahagian serangan, keserasian Akmal Rizal dan Shafiq Jamal dalam beberapa siri persahabatan lalu amat menyakinkan penyokong.

Namun, Norizan Bakar masih belum memutuskan siapa bakal diberi amanah sebagai penggempur utama setelah kelibat Razali Umar Kandasamy masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Razali Umar dikhabarkan gagal menghadiri latihan sejak pulang dari perlawanan persahabatan di bangkok tempohari.

Info: Sunrise

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

9 thoughts on “Liga Super 2011 | Kuala Lumpur vs Perak (review)

  1. hazwan

    salam.....

    selamat maju jaya pasukan bola sepak perak musim 2011...
    segala tunjuk ajar dan latihan serta game permainan permanas badan sudah dilalui...sekarang tiba masanya aksi sebenar perlu ditunjukan 2 hari sebaik liga bermula....lakukan terbaik buat pasukan perak....kami akan mendoakan kejayaan perak musim ini.....berjuang habis-habisan demi bola sepak perak...

    kejor yob kejor...skor yob kejor...slogan kami....
    majukan sukan bola sepak untuk perak....

    wasalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. aziz

    Assalamualaikum

    Tidak kiralah siapapun pemain yang bakal diturunkan pada malam perlawanan tersebut,apa yang penting harus dilakukan oleh pemain pemain,ialah bermain secara mati matian demi memastikan 3 mata milik pasukan Perak.

    Kepada yang tidak terpilih dalam kesebelasan utama nanti,jangan putus asa,buktikan kepada Coach bahawa anda juga layak untuk berada dalam senarai pemain utama.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. alipz

    Salam....

    Teman doakan Kemenangan Buat Pasukan Perak...
    Sebagai pemangkin Kejayaan akan datang...

    Kejor Yob Kejor...
    Sampai deme tumpo...

    Ameen....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    As Salam...

    Teman doakan semoga kita akan terus bersemangat dan membawa kemenangan tuk perjuangan seterusnya...

    Ingat kata keramat ini...

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. seansan

    Sungguhpun pemain seperti arif ismail dapat diturunkan, sebenar beliau mungkin masih dibawah prestasi sebenar. tatkala rakan-rakan seperjuangan telah mengadakan siri siri perlawanan persahabatan, beliau masih menjadi penonton. Ambil masa dulu, berikan peluang pemain-pemain muda untuk beraksi pada permulaan ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. keristujuh

    teman iringi doa kemenangan untuk pasukan perak...kemenangan amat penting untuk pasukan, penyokong setia, "penyokong" serta peminat pasukan Perak fa..bagi pemain yang "dipertanggungjawabkan" bermain dan menjadi askar bola sepak" tunaikan tanggungjawab anda...selamat berjuang Perak FA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. khairol

    Salam..

    Stadium PBKL cheras adalah bukan gelanggang asing buat teman. Sebenarnya, sejak beberapa tahun ni Perak susah pernah menang di sini.. Sejak dari zaman Public Bank guna stadium ni.. Kalau tidak seri, kalah jawapannya.

    Seruan buat anak-anak Perak di lembah kelang.. mari kita memenuhi setiap tempat duduk stadium PBKL bagi menyokong barisan pemain, jurulatih dan pentadbiran baru pasukan perak. Mudah-mudahan dengan teriakan dan sorakan kita semua membuahkan kemenangan di perlawanan pertama 2011.

    Ini juga tanda yang kita masih sayangkan bolasepak Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sunrise

    Salam....

    Semalam yang teman tengok tak dapat tempat dalam list Norizan dari sudut mata kasar.Harizul Izuan,Khairul Izzat,Khalis Ibrahim dan Nazriq.....4 pemain ini hanya sekadar berada ditepi padang ketika pasukan menjalani latihan(2 side).
    Nazri Kamal difahamkan juga tidak akan ikut ke Kuala lumpur hari ini.Ketiga tiga penjaga gol turut dibawa ke Kuala lumpur.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ayop

    salam ....
    salam perjuangan ayop dan isteri ucapkan pada kesebelasan utama cikgu norizan yang bakal di medan pertempuran malam ni untuk berjuang bermati matian.....teruskan momentum kemenangan..jika bermula dengan gugur ... pastinya tidak kisah jika keputusan nya gugur... tapi kini PERAK sudah mulainya dengan kemenangan...jadi? pegang pada momentum.. "agi idup agi ngelaban" ... usah di gentar musuh yang datang.. kukuhkan barisan...teruskan perjuangan.. "inilah barisan kita".... steady perak.... skor yop skor... NgGaHHUMMMmmmmmmMMMM....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.