Liga Super 2011- Kuala Lumpur Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 29 Januari 2011
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
8:45PM

Kuala Lumpur 1 – 1 Perak

Harapan untuk menyaksikan Perak melakar kemenangan pertama lantaran aksi persahabatan yang cukup konsisten sebelum ini tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, Perak dipaksa bertungkus-lumus mengekang asakan bertalu-talu tuan rumah. Tuan rumah yang dilihat menguasai keseluruhan perlawanan menuai hasil seawal minit ke 11. Dipertengahan babak pertama Perak hampir-hampir menyamakan kedudukan, namun Akmal Rizal Rakhli gagal memanfaatkan sepakan penalti yang diciptanya setelah dia dijatuhkan oleh pertahanan Kuala Lumpur.

Selepas itu, gerakan Perak dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah berjaya menghuru-harakan pertahanan lawan. Percubaan ke arah gol oleh Akmal Rizal ditepis oleh Penjaga Gol dan Shahrul Nizam Mustafa berjaya sambut bola muntah untuk jaringan gol, namun penjaga garisan terlebih dahulu mengesan beliau dalam kedudukan ‘offside’.

Separuh masa kedua, tidak banyak perubahan dari segi corak permainan. Perak berjaya memecah kebuntuan kira-kira 15 minit baki masa perlawanan, hasil gerakan dari kiri pintu gol tuan rumah berjaya disudahkan Shafiq Jamal yang merembat deras menewaskan penjaga gol lawan, cukup untuk menghadiahkan satu mata untuk bekalan pulang ke Ipoh untuk Perak.

Keputusan Perlawanan Lain 29 Januari 2011:

Selangor  0 – Kelantan 2 (Piala Sumbangsih)
Stadium Shah Alam

Pahang 3 – Perlis 1
Stadium Darul Makmur

Terengganu 0 – Sabah 0
Stadium Sultan Nasaruddin

Johor FC 0 – Felda United 0
Stadium JCorp Pasir Gudang

Negeri Sembilan 1 – Harimau Muda (A) 0
Stadium Tunku Rahman

Kedah 0 – T-Team 0
Stadium Darul Aman

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Liga Super 2011- Kuala Lumpur Vs Perak (result)

  1. belanak

    As Salam...

    Tiada apa yang menarik pada malam tadi (perlawanan pertama).... Teman merasa agak terkilan dengan persembahan yang ditonjolkan seolah-olah tiada latihan yang benar-benar memberangsangkan....

    Terutama sekali sepakan penalti oleh Striker kita, Akmal Rizal, memang mengecewakan! Begitu juga dengan pertahanan, mengapa perlu sampai 6 orang sekali!! Formasi apa yang mahu ditonjolkan pada perlawanan malam tadi??? Entah apa silap nya... keserasian di kala perlawanan persahabatan tidak dipersembahkan kepada kami seadanya!

    Kami mahu bukti yang kukuh... Jangan lah asyik manis di mulut tetapi tidak diterjemahkan pada perlawanan sebenar... Kami mahukan perubahan pada persembahan akan datang....

    Jangan ulangi kesilapan yang sama pada perlawanan akan datang! Tingkatkan mutu kawalan bola dan persefahaman antara pasukan dan paling penting, keramat ini....

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. khairol

    salam,

    terasa beruntungnya kami sebagai penyokong perak yang berada di kuala lumpur dapat menyaksikan perlawanan pertama perak di cheras.

    alhamdulillah.. walaupun sekadar mencatat keputusan seri.. nampaknya stadium PBKL masih menjadi stadium yang sukar untuk mendapatkan 3 mata.. boleh di katakan ada badi sikit.. bila melihat akmal gagal dengan sepakan penaltinya, teringat juga nazri kamal juga pernah gagal di sini.

    pada pemerhatian teman.. untuk perlawanan akan datang, barisan pertahanan dan tengah perlu banyak di perbaiki.. terutama K Nanthakumar yang kerap membuat hantaran yang salah sehingga mematikan rentak pasukan.

    apapun jua.. ini baru langkah pertama 2011

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. aziz

    assalamualaikum...

    Saya agak kecewa dengan prestasi permainan pasukan...dimana kalau kita lihat pemain pemain yang diturunkan pada perlawanan kali ini sememangnya pemain pemain yang berkualiti,tapi sayang sekali mereka bermain setaraf skuad belia sahaja.

    Akmal rizal pemain yang bertaraf antarabangsa,gagal bermain dengan baik.Kesebelasan utama pasukan Perak pada kali ini sememangnya tiada kualiti kecuali, Isma alif dan Shazwan Roslan pemain utama musim lepas yang masih diberi ruang untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

    Diseparuh masa kedua corak permainan bolehlah dikatakan agak baik sedikit dari separuh masa pertama,hasilnya Shafiq Jamal yang tiada nama dipersada bola sepak dinegara kita mampu untuk menjaringkan gol.

    Kepada Akmal RIZal kalau rasa tak mampu untuk pikul tanggungjawab dalam mengambil sepakan penalti serahkanlah tugas itu kepada pemain lain...

    Harap harap Coach bagilah peluang kepada pemain lain untuk menjadi penjaga gol utama pasukan Perak.Nasril Nordin sememangnya tidak layak..........

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      salam aziz...penalti ni sesape pon leh terlepas...maradona, nistelrooy , zidane, lampard pon leh terlepas...lagipun keadaan padang memang tak berapa baik...penalti ni luck jugak...

      tapi game smlm mmg tak mencerminkan corak permainan yang menarik cuma wing kanan Perak nampak berkesan...

      harap2 ada peningkatan...teman udah 3 kali straight tgk game perak vs KL kt Cheras...memang payah menang..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. ausbos

      salam...teman sekadar memberi pandangan...teman rasa akmal sudah buat yang termampu tetapi pada malam itu mugkin nasib tidak menyebelahi perak...

      sepakan penalti adalah satu perkara yang paling susah..nampak mudah tetapi jika kita berada disitu mungkin kita akan tau...kena plak dengan tekan dan suasana stadium pada waktu itu dan perak pulak ketinggalan masa tu memungkinkan tekanan kepada akmal...teman idak hendak menyalahkan akmal 100%...

      harapan kepada penyokong fanatik perak, permainan baru bermula dan janganlah terus menghentam individu tertentu gara-gara satu kesilapan...mungkin selepas ini akmal akan menunujukkan prestasi yang lebih baik dari malam tersebut..

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    Salam,
    Sokongan agak baik dgn kehadiran peminat PERAK malam tadi. Alhamdulillah.

    Cuma nak mengulas sedikit perihal permainan PERAK malam tadi yang agak tenggelam. Permainan kurang kemas dan formasi kelam kabut yang disajikan (walaupun bermain dgn Team KL yang macam cap ayam je). Bermula lembap dan nampak kurang serasi..hantaran pendek yang kurang menjadi..aksi tengah yang kurang kreatif dan penjaga gol yang obesiti agaknya.

    Diharap ini hanya permulaan untuk perjalanan yang panjang utk PERAK berjaya.

    Satu lagi yang menjadi buah mulut penonton, padang yang kurang sesuai utk pentas ligaM di Stadium KLFA Cheras. KL-PERAK sama-sama rasa kekok bermain dengan padang jarak padang terkukur. Semoga ada pihak yang berwajib mengambil kira peranan padang untuk aksi lebih mantap..(rasanya elok pindahkan perlawanan MALAYSIA-HONG KONG ke stadium lebih sesuai).

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. hazwan

    salam.....

    pendapat teman-teman semua memang betul...teman yang sanggup datang dari ipoh ke kl smlm menyaksikan perlawanan tersebut memang frusst....tp buat penyokong yob yang baru pertama kali lihat game perak semalam musim 2011 ini....memang ternyata game semalam memang teruk berbanding game frenly perak sebelum ni nyata lagi baik dari semalam atas beberapa faktor...antaranya:>

    struktur padang yang macam trek kuda dan berlubang-lubang(pelik fam lulus lak) yang membuatkan permainan perak sedikit terencat dan perlahan...itu yg nampak game perak teruk..ini bagi advantage kepada kl sebab mereka sudah paham dengan padang mereka... semua gerakan perak terkandas...tapi game perak sebenar bukan macam game semalam...insyallah game dengan johor fc lebih baik dari semalam dan aksi sebenar kita sama-sama tengok selasa ini...

    perlu bagi perhatian pertahanan yang ternyata longgar....terutama syazwan no 6...salalu tinggal tempat...
    harap diperbaiki nanti game ngn johor fc...

    so far tahniah kepada pasukan perak kerana berjaya membawa 1 mata pulang terutama syafiq jamal yang jadi hero smlm.. walaupun patut perak yang menang semalam...tak ape baru perlawanan pertama..rekod masih bersih.....do the bestt...

    ayuh wahai yob yong kita serbu stadium perak selasa ini...biar lagi ramai yg datang kat stadium kl semalam....

    perak tetap no 1...lovr perak..kejor yob kejor ...skor yob skor...slogan kami...

    amin...wasalam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. spectator

    salam...

    harap bersabar yob2 semua...baru perlawanan pertama...lebih murni kalau kita tunggu dan lihat lagi apa agaknya rentak skuad baru ini....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam... ayop tidak berapa setuju pulak dengan spectator... berapa dalam seribu yang ada semangat macam hazwan ? jadi bantu dia... sokong dia.. jika semangat yang berkobar-kobar itu kita jatuh kan.. lepas ni moral kompom down.. bila dah down..susah nak naik dah... "ambil perhatian".. salam 1 malaysia

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.