Impian Dan Harapan 2011

TM Liga Malaysia 2010

Setelah sekian lama Perak kepingin untuk menggondol sebarang kejuaraan sejak beberapa tahun lalu, musim 2011 dilihat bakal menjanjikan sesuatu yang luar biasa. Harapan penyokong Yob kian membara setelah mendapat pengkhabaran gembira dengan kembalinya anak-anak jati Perak untuk menyelamatkan maruah Perak yang kian tenggelam sejak kebelakangan ini.Liputan perkembangan Skuad Seladang ini dilihat semakin meluas dengan tersiarnya berita di dada akhbar berkenaan persiapan mengharungi musim baru 2011.

Dengan ini sekali gus meningkatkan keyakinan para penyokong untuk kembali menggegarkan stadium. Namun begitu, sejauh mana keyakinan ini akan bertahan?

Pihak pengurusan PAFA dilihat mentadbir dengan penuh berhemat dan baik ketika ini. Seharusnya mereka bijak menggunakan momentum kemenangan Malaysia dalam Kejuaraan AFF Suzuki Cup lalu untuk memikat penyokong Perak yang dahulu membawa diri kembali ke Stadium mengiringi perjuangan Skuad Seladang.

Dalam keadaan sekarang, Rakyat Malaysia khususnya anak-anak jati Perak sedang ‘dilamun cinta bolasepak Malaysia’, oleh yang demikian, PAFA seharusnya mempunyai perancangan tersendiri untuk menarik perhatian penyokong.

Perlawanan pertama Perak dalam saingan Liga Super 2011 dilihat sebagai platfom yang baik untuk membuktikan bahawa KITA sudah bangkit.

Keyakinan para penyokong akan bertambah sekiranya Perak tampil dengan persembahan yang baik dan keputusan yang cemerlang diperlawanan pertama nanti.Impian akan menjadi nyata sekiranya kita bersatu padu, baik para pemain, penyokong dan pihak pengurusan PAFA. Itulah rahsia utama untuk mencipta kejayaan.

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh’.Jadikan 2011 tahun kebangkitan semula Perak dipersada arena bolasepak Malaysia. Apa Harapan Kome Semua? Undi harapan anda (Terhad Satu Undian Seorang):

Sebagai Penyokong Perak Yang Setia, Apakah Sasaran Impian Anda Untuk Saingan Liga Super 2011?

  • Juara Liga (19% Votes)
  • Naib Juara Liga (4% Votes)
  • Kelompok 5 Teratas (69% Votes)
  • Top 10 Carta Liga (8% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

 

 

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011, Umum and tagged on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

29 thoughts on “Impian Dan Harapan 2011

  1. belanak

    Salam.....

    Setelah sekian lama menyepi akhirnya kini bersua untuk menyuarakan hasrat di hati. Dengan kekuatan para pemain pada tahun ini, diharapkan pasukan kesayangan kita akan beroleh kejayaan, InsyaAllah.

    Dengan kejayaan pertama kelak, diharapkan semangat pasukan akan terus menerus di suntik dan meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan seterusnya.

    Namun demikian, ia tidak akan menjadi mustahil andai kata dengan berkat kesungguhan semua pemain, InsyaAllah kita akan beroleh kemenangan dan apa yang pasti jangan kita alpa serta leka, tumpuan sepasukan amat penting lebih-lebih lagi pada perlawanan pertama kelak (perlawanan penyuntik semangat)

    Kerjasama antara satu lain amat penting dalam menjana satu pasukan yang mantap. Marilah kita bersama pandang ke hadapan dan apa yang lepas pada tahun lalu biarlah ia menjadi satu kenangan!

    Kami para penyokong akan tetap bersatu dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi, akan tetap bersama pasukan hingga ke akhir nya dan selama-lamanya.

    Selamat maju jaya buat semua pemain dan para penyokong Kejor Yob Kejor!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Salam..

    Entri menarik daripada Syidi. Umpama menyimbah minyak pada api sokongan penyokong PERAK yang semakin marak. Alhamdulillah, media juga mula membuka minda pada peluang PERAK yang dilihat mampu menggegar liga. Jelas peluang kita untuk memenangi sesuatu semakin besar berbanding musim lepas. Cuma kita perlu realistik, kejayaan tidak datang mudah tanpa usaha, bakat dan sedikit tuah.

    Andai kalian masih ingat, di penghujung musim lepas kita mula menekan PAFA untuk memanggil kembali bakat PERAK diperantauan. Musim-musim suram PERAK yang dibarisi bakat muda tanpa cukup pengalaman nampaknya benar membuatkan Stadium Ipoh juga suram tanpa sorakan semangat. Nah, kali ini PAFA membuat keputusan berani bertaruhkan 'orang lama' untuk diadun bersama pemain muda remaja. Diharapkan kali ini semuanya berjalan lancar dan PERAK boleh secara bersama membangunkan bola sepak MALAYSIA.

    Walau ape jua keputusannya, penyokong PERAK wajib bersatu ke stadium untuk bersorak. Biarkan angin semangat yang melanda negara juga singgah ke PERAK insyaAllah.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Entah apa lagi alasan lepas ni kalu perak main entah apa-apa. Kita sokong dan terus sokong. Apa yang kita inginkan PAFA dah cuba penuhi.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan

    Harapan dan impian teman terhadap pasukan tetap sama. cubalah selagi mampu kudrat dimemikul..
    Teman berharap kepada user terus memberi kerjasama yang baik terhadap laman komuniti ini agar ianya terus dihormati dan memberi informasi yang berguna kepada anda semua.

    Laman ini akan lebih terbuka menerima kritikan dan komen yang berkaitan pasukan yang kita sayangi. Dalam masa yang sama, pendaftaran baru masih dibekukan untuk mengelakkan pengguna yang tidak bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, kami mempertimbangkan permohonan anda jika profail mengenai diri anda di email kan kepada kami.

    Apa-apa cadangan atau maklumat yang ingin dikongsikan juga boleh diutarakan disini. Bersamalah kita demi kemajuan sukan bola sepak Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Betul tu San. Transformasi sejajar dengan kebangkitan Sang Seladang yang dikatakan bakal menggegar arena bolasepak di Malaysia.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    salam,

    maaf hendak bertanya kepada penulis artikel - apa yg dimaksudkan dengan "musim 2011 dilihat bakal menjanjikan sesuatu yang luar biasa"? Perak berjaya menggondol 3 piala semusim kah? Ataupun Astro/Maxis turut menaja pasukan Perak sejumlah wang yg teramat besar?

    Melainkan Shahrul Nizam, pemain lama yang kembali ke skuad seladang dilihat tidak mempunyai kualiti yang diharapkan untuk mengembalikan Perak ke status pasukan yang digeruni. Maaf, bukan hendak bersikap negatif tetapi hanya berpijak di bumi yang nyata.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi_de'zurdo Post author

      Aduh..Panas ni. Soalan yang bakal mencabar penulis ni. Hahaha. Teman jawabkan. Mungkin sebab dah lama kita (perak) terutama penyokong disajikan dengan keputusan yang dulunya diluar jangkaan, contohnya Perak kalah tiba-tiba, sepatutnya boleh menang, itu contoh la, tapi lama kelamaan perkara tersebut jadi biasa dikalangan penyokong perak, dah boleh agak pun.

      Ini semua bermula dengan kekecohan dalaman, yang semakin lama semakin menjadi-jadi sehingga pasukan perak jadi suram dan penyokong mula malas nak sokong, kalau yang lalang tu memang haram ke stadium, dan ada yang tak ambik tau langsung dah.

      Jadinya, musim 2011 nampak lain macam sikit. Rumor-romur yang dulu macam sembang kosong dah jadi fakta yang menarik. Teman tau ramai yang nak otai-otai balik ke perak. Nah! Sekarang, dah balik pun. Kehendak penyokong dah tertunai. Jadi, Ayat ' Musim 2011 bakal menjanjikan sesuatu yang luar biasa' tu begitu luas. Luar biasa dari 2-3 tahun sebelum ni, itu pun boleh jadi. Penyokong 'mungkin' ramai dari tahun lalu. 200 orang mungkin jadi 210-300 orang. Mungkin la teman tak tau, sebab dulu pi stadium tak pernah kira pun.

      Mungkin, permainan ada baik sikit. Apa-apa pun, persiapan memang gempak la. Teman nak tunggu perlawanan Liga Super pertama Perak je nanti nak tengok. Income. Outcome. dan sebagainya. Adakah luar biasa? Sama-sama kita tengok.

      Jadi, kalau la ada pihak PAFA ada terbaca, harap-harap faham la. Work Smart untuk ke arah itu.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. yobscout

    Aku sokong apa yang diperkatakan oleh En. Razlan tu, jika benar apa yang tersebar iaitu gaji pemain-pemain lama yang pulang ke pangkuan Perak lebih mahal dari gaji pemain Perak sediaada, PAFA sebuah persatuan berat sebelah tentang kebajikan pemain-pemain muda yang telah berkhidmat pada pasukan sejak tahun lepas. Adakah kualiti pemain yang kembali ini sebenarnya lebih baik sehinggakan pemain lama seperti Sharizal Saad digugurkan? Apa tidak baguskah pemain seperti beliau contohnya sehingga terpilih menyertai latihan bersama skuad kebangsaan?
    atau pemain yang hanya mempunyai "nama" diserap menyertai pasukan Perak ini?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam...

      komen mike kali ini teman setuju 100 peratus tanpa sebarang bantahan.

      Berkemungkinan besar ada pihak yang berwajip telah lupakan jasa pemain pemain berkualiti yang telah digugurkan dari pasukan,walhal ketika pasukan dalam keadaan tenat adakah bintang bintang yang ada ingin menyarung jersi pasukan Perak.

      Tak berbaloi sekiranya pasukan Perak hanya sekadar berada dikedudukan 10 atau 5 terbaik dengan barisan pemain yang ada dan gaji yang diterima oleh segelintir pemain.Dikhabarkan ada seorang pemain menerima gaji sampai berbelas ribu. Adakah pemain tersebut mampu melakukan sesuatu tugasan dengan berkesan sepanjang kempen liga musim 2011.............

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam Sahabat SDN..

        Boleh teman tau sape player yang dapat gaji berbelas ribu tue??

        Wajar dan layakkah playertu??mana rupa orangnya??sapeker orangnya??ade star ke team Perak lani??"Jangan sembang Expired Star sudah"..teman maksudkan recently STAR..bukan becoming ataupun yang dah past..

        Rasanya dari senarai nama terakhir dan terkini team Perak tu,takde sape yang layak tuk dapat gaji sebanyaktu..

        Belajar-belajarlah menentukan unit pengukuran yang sesuai..kenalilah kaki,inchi,cm,m,dan sebagainya......

        "kera dihutan dibagikan susu,anak sendiri???

        Salam..

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. yobscout

          Kamu nak tahu buat apa? Tiada gunanya, yang penting line up tahun ini langsung tidak membawa apa-apa kemajuan baik jurulatih, hinggalah simpanannya.

          Apapun harapan rakyat yang hanya mengetahui laporan melalui media perdana ingin keputusan yang memihak kepada kita jikalau tidak mahu diejek oleh penyokong sendiri.

          Contohnya yang paling asas, Lampu stadium? kenapa perlu sampai ke pemeriksaan kedua sedangkan kita tahu syarat dan peratuan pertandingan? Hanya menyusahkan para peminat dan penyokong apabila media cetak mengeluarkan berita lain, sumber lain mengatakan lain. Ini menimbulkan rasa kegelisahan para peminat yang masih samar-samar samaada perlawanan bermain di waktu petang atau malam.

          Belum lagi pasal kontrak pegawai atau para pemainnya? Tiada penjelasan pasal pemain yang kononnya "star" dilepaskan dari majikan lamanya sehingga ingin saman-menyaman, apa pula kisahnya berkenaan pegawai ada sebelum ini? kenapa terus membisu? Kami sebagai peminat ingin mengetahui sejauh mana kebenarannya.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. sunrise

            Salam

            Teman setuju dengan kata kata oleh Yobccout,dimana mengenai masalah lampu limpah distadium Ipoh...
            Perkara sedemikian boleh timbul amat memalukan, malah pihak Berwajib tidak pernah mengambil tahu langsung mengenai maslah masalah yang ada disekeliling. Tapi yang pasti perkara tersebut tidak mampu di ketengahkan kepada pihak yang berwajib kerana PAFA masih mempunyai baki hutang tertunggak dengan pihak tersebut.

            Likes(0)Dislikes(0)
    2. spectator

      tak silap teman PAFA tak buang shahrizal...tp pemain tu yg minta dilepaskan PAFA...wallahualam....sama2 kita harapkan yg terbaik untuk perak musim ini...teruskan menyokong...kurangkan benda-benda negatif...kejayaan pasukan melebihi segalanya...dengan kejayaan pastinya kita sebagai penyokong dapat rasa kenikmatannya...

      mari sama-sama kita tunggu dan lihat percaturan terbaru PAFA ini adakah bakal membawa hasil....

      amin....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. ayop

        ooooopp... antara banyak-banyak komentar, yang ini ayop suka... apa perlu tangisi pemergian shahrizal... kita bukan kehilangannya...cuma pemergian nye sahaja.... jangan suka menghentam, cuba pandang jauh sikit.. apa kebaikan shahrizal main team lain tahun ni? apa tujuan nya? kenapa PAFA tak menghalang? ...untuk siapa? tentunya untuk kebaikan bersama, lebih-lebih lagi untuk kebaikan individu tersebut.... selama mana shahrizal mahu menimba ilmu hanya di PERAK? 2 tahun? 4 tahun? sampai penghujung karier dia kah? tengok norshahrul idlan talaha.. merantau kesana sini.. kutip ilmu... akhirnya?? MENGEGAR ASIA TENGGARA!!!... ini lah yang kita rakyat malaysia mahukan.. ini yang sesetengah pihak pandang yang kita terlepas pandang... jangan ikutkan rasa marah..

        terima kasih.......

        malaysia 3-0 indonesia "dalam kenangan"...

        salam..

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. sunrise

    Salam...

    Tahniah terlebih dahulu kepada bekas pemain Perak yang telah digugurkan iaitu SHahrizal Saad yang kini menyarung jersi Johor Fc,dimana beliau kini berjaya dipanggil oleh K.Rajagopal.

    Untuk pengetahuan kalian,pemain tersebut sebenarnya telah digugurkan diatas keinginan pemain tersebut meminta dinaikkan gaji yang sepatutnya diterima oleh beliau.Untuk pengetahuan kalian Shahrizal Saad pernah menerima panggilan dari beberapa pasukan antaranya Kedah dan ATM tapi hairan kenapa Pihak berwajip buta.

    Antara pemain yang digugurkan iaitu Hafiszuan Sallehuddin(Pasak) kini menyarung jersi Perlis,apa yang menariknya beliau kini bermain untuk pasukan Perlis di posisi tengah,beliau telah diberi gelaran Amar Rohidan nombor 2.Beliau juga pernah dipanggil untuk pasukan Kebangsaan dan pernah dihubungi oleh pasukan Kedah.

    Walau apapun jua kita perkatakan,barisan pemain telah ditentukan oleh piha berwajip,cuma kini mengharapkan kepada pemain pemain tolong bermain secara jujur dan ikhlas,jangan tipu penyokong.Jangan hanya ingin berada dikedudukan 5 terbaik.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. spectator

      ooo kisahnya...teman hari tu ke pejabat pafa tujuan beli pas musim dan sempat bertanya seorang pegawai di sana mengapa shahrizal digugurkan...dan jawapan beliau seperti yang teman jelaskan sebelum ini.Teman pun sempat bertanyakan rakan sekampung teman, jeli (nazri kamal) mengenai perkara yg sama dan jeli juga turut menyatakan jawapan yg sama.Tapi pasak(Hafiszuan) memang digugurkan, tak silap teman pada akhir musim lepas, beliau kurang diturunkan, mana satu yg betul...wallahualam...

      pada geng sekalian, musim belum bermula lagi...jangan cepat menghukum....elok kita sama tunggu apa hasil yang kita akan dapat tahun ni...bagi teman buat persediaan skuad musim ni lebih baik dari tahun lepas...harap2 dapat dibawa terus dalam liga...insya Allah....

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam...

    Harapan dan impian 2011-Tak confident langsung dengan barisan terkini pasukan melainkan tenaga muda musim lepas dan tenaga muda yang baru masuk..senior lama tue,teman tak berape harap...

    Namun,boleh teman clasifiedkan sebagai bukan team belasahan...

    Bajet dan sponsor dah cantek..teman harapkan pengurusan kenalah cantek jugak.Berjayanya sesebuah pasukan tu,bermula dari akar umbi-pihak pengurusan itu sendri-harap maklum serta ambil perhatian...

    Jangan jadikan kami seperti fanatik COLOMBIA!!!

    wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. hazwan

    salam...

    macam-macam luahan dan pandangan yang keluar dari mulut peminat bola sepak perak baik yang positif mahupun yang negatif....walaubagaimanapun seharusnya diterima kerana ini yang telah dibuat oleh pafa...ape yang boleh dipekatakan sama-sama la kita memberi kepercayaan ini kepada pengurusan dan seterusnya pemain dulu membuktikan tektikal yang sebenar...liga belum bermula dan akan bermula...sama-sama kita tunggu dan lihat samada pendapat ahli sdn masing-masing betul ataupun tidak...ini yang dilakukan oleh pafa dan inilah kenyataannya..ape yang penting sekarang memberi peluang dan tetap menyokong bola sepak perak selamanya...

    insyallah...semua ini yang terbaik buat bola sepak perak dan semua peminat seluruh perak...

    teruskan menyokong dan terus menyokong...
    hidup bola sepak perak 2011....do the bestt!!!!

    wassalam.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. pokka

    SALAM~

    Liga belum bermula tapi suara suara sumbang sudah kedengaran seperti memperkotak katikkan keupayaan pasukan Perak.apa apa pun..Semua nie hak individu.masing masing ada pendapat sendiri..yang penting doakan yang terbaik buat pasukan kesayangan kita..

    p/s: janganlah kita menjadi pengkritik yang menunjukkan seolah olah kita nie terlalu pandai,,sedangkan kita hanyalah insan yang ''cakap tak serupa bikin atau bodoh sombong'' dalam berkata kata..Tengok game friendly,training diorang baru boleh nilai pemain pemain yg ada dalam pasukan kita ni.'

    SALAM~

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. zizou85

    Salam, teman nak komen pasal pelepasan Pasak dan Shahrizal.... Kedua-dua pemain ini mempamerkan prestasi yang terumbang-ambing sepanjang musim lepas. Namun Shahrizal pamer peningkatan sejak akhir2 liga dan di dalam Piala Malaysia. Tetapi prestasi keseluruhan beliau masih tidak membanggakan. Tidak tahu lah bagaiman Rajagopal boleh memanggilnya sedangkan pemain seperti R.Surendran, Badri Radzi, Manaf Mamat, Indra Putra, Azizi Mat Rose, Nor Farhan dan Haris Safwan yang lebih menyerlah tidak dipanggilnya. dan jika melihatkan corak permainan pantas Malaysia, sudah tentu Shahrizal bukan pilihan yang tepat. Hanya Coach Rajagopal saja yang mempunyai jawapannya.

    Pasak seorang pemain yang average tapi lebih bagus daripada Khairi. Sepatutnya Perak masih kekalkan beliau. Harap beliau akan kembali setelah melalui proses kematangan di sana sama seperti Wan Hussien dan Nor Hazrul.

    Jika dilihatkan barisan tahun ini, kita masih ada masalah iaitu di posisi centre back, Goal keeper dan Striker.

    Kita kehilangan Arif Ismail yang masih injured, sementara keputusan mengambil Khairi Zainuddin sesuatu yang tidak membantu kemantapan barisan pertahanan.

    Masalah di Goalkeeper , Nashri Nourdin perlu bekerja keras untuk mendapatkan prestasi terbaiknya. Dia overweight dan terlalu berat.

    Manakala di posisi Striker, jika berdasarkan keputusan perlwann persahabatan, kita tiada masalah menjaringkan goal. tapi back-up player yang menjadi masalah. tambahan pula krisis disiplin pemain striker yang digelar Tornado itu.

    Di barisan tengah, Kita tiada masalah besar tapi masih bukanlah barisan terbaik.

    Secara keseluruhnnya, saya predict tahun ini akan membawa perubahan positif namun bukan pasukan yg ada ciri-ciri untuk bergelar juara.

    Sekadar pandangan peribadi Pencinta Skuad YOb

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yobscout

      Menjadi persoalan kenapa Hafiszuan perlu dikekalkan? sedangkan beliau lebih bermasalah displin berbanding Tornado, Masalah yang paling serius dan tidak boleh dimaafkan, ini dibuktikan sendiri setelah Timbalan PAFA sendiri membuat ujian terhadap para pemain. Bukan dia sahaja malah beberapa pemain lain juga turut terlibat dan telah disingkirkan dari skuad Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. seansan

    Kebebasan berforum disini bukanlah memberi komen mengikut kehendak masing-masing. Jangan memberi komen berunsurkan fitnah, menjatuhkan maruah Pasukan sendiri atau berkaitan dengan niat memburukkan pasukan.

    Walaupun admin seperti YB tidak lagi memberi perhatian 100% dilaman ini, moderator lain akan terus memantau da menapis setiap komen yang dihantar. Harap Maklum.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. aziz

    Assalamualaikum...

    Tahniah kepada Persatuan dimana telah berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad Seladang dimata mata yang berada diluar sana.
    Namun agak berlaku sedikit kekesalan dihati kami kami yang sayangkan pasukan,kerana ada diantara individu didalam pasukan yang telah memanggil kembali pemain pemain kuda tua untuk menyarung jersi pasukan.

    Bukanlah semua tetapi ada beberapa pemain yang dipanggil bagi kami ianya hanya menyusahkan pasukan dan hati penyokong sahaja.

    Tetapi apakan daya,sudah itu pilihan mereka kami semua terpaksa akur. Apa yang penting sekarang keseluruhan pemain harus membuktikan kepada kami bahawa pilihan anda semua sebenarnya adalah berbaloi dan tidak hanya menjadi penumpang sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. chuck

    Salam sahabat SDN..

    Bukan bersifat menghukum tapi tak lalu dah terhantuk berkali-tubi baru nak tergandah.

    Benda belum terjadila yang nak kita perbetulkan serta sergah!!Bukannya esok dihujung musim baru nak sedar.Bukanya baru kalini.Tapi dah diberi ruang,peluang dan masa sejak 2-3musim yang lepas lagi."Berapa banyak episod drama nasi sudah menjadi bubur yang hendak didengar serta ditonton??

    Janganlah terlalu indah mengatakan tentang sifat sibodoh-sombong,walhal diri sendiri adalah duri didalam daging.Jujurla dalam tiap patah kata,jika beginilah sifat orangnya,tak mustahil yang menang disokong yang kalah diapun belah..inilah sifat dan peribadi penyokong lalang kalo nak tau.

    Kesimpulanya,perihal pendapat tapi janganlah sampai ade pulak yang cuma menghentam personel seseorang.Masalah utama disini ialah,"connection"tiada hubungan 2 hala mahupun dari penyokong serta pihak pengurusan.Jika adapun lebih kepada yer,yes and orait jer.Coordinator serta penghubungcara kenalah terbaik agar setiap pendapat dapat disampai-salurkan dengan sempurna.Janganlah bila menyapa tak berjawab.Hah inilah jadinya...

    Sekian Wassalam..

    P/S:-jangan terlalu memuji kerna suara orang yang memujini besok yang menjadi duri dalam daging.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. hazwan

    salam

    game semalam Perak menang 3-0 dengan Kedah....
    ada kemajuan Perak.....game pun ok dari sebelum ni...ada kelemahan perlu di perbaiki segera terutama pertahanan....
    tahniah buat Akmal dan Syafiq Jamal dah nampak keserasian berbanding friendly dengan game lepas...gol-gol dijaringkan memang style dan menarik. ...penyokong boleh tahan tapi lagi ramai yang perlu datang baru boleh gamat stadium lagi....
    diharap game denagn PKNS sabtu ini akan bertambah lagi baik dari semalam...

    teruskan momentum kemenangan dah terus berjaya Perak...

    maju Perak....skor yob skor...

    wasalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. ausbos

    salam...teman tak pasti la pandangan yob semua tapi pada teman la..teman rasa defand kurang mantap..gandingan yang main semalam belum cukup meyakinkan..defend kali agak berat teman tengok..harap lepas ni coach akan masukkan atau mencari pemain defend yang lebih laju dan berpengalaman...sekarang ni striker semua laju-laju takut nanti defend perak tak terkejo...

    anyway game semalam yang setakat sempat teman tengok (sampai lewat) boleh dikira bagus dari team sebelum ini. harapan, jangan pula nanti bila game yang sebenar momentum sekarang pudar...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.