Monthly Archives: January 2011

Liga Super 2011 | Perak Vs Johor FC (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa 1 Februari 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 malam

Setelah mempamerkan aksi yang banyak menimbulkan kegusaran dikalangan para penyokong, anak-anak buah Norizan Bakar bakal berdepan satu lagi tugasan yang agak mencabar di halaman sendiri menentang Sang Lebah dari selatan tanah air.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011- Kuala Lumpur Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 29 Januari 2011
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
8:45PM

Kuala Lumpur 1 – 1 Perak

Harapan untuk menyaksikan Perak melakar kemenangan pertama lantaran aksi persahabatan yang cukup konsisten sebelum ini tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, Perak dipaksa bertungkus-lumus mengekang asakan bertalu-talu tuan rumah. Tuan rumah yang dilihat menguasai keseluruhan perlawanan menuai hasil seawal minit ke 11. Dipertengahan babak pertama Perak hampir-hampir menyamakan kedudukan, namun Akmal Rizal Rakhli gagal memanfaatkan sepakan penalti yang diciptanya setelah dia dijatuhkan oleh pertahanan Kuala Lumpur.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perak FA | Senarai Pemain Liga Super Musim 2011

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Berikut adalah senarai pemain & pegawai bagi pasukan Perak yang telah disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia menjelang sepak mula pada 29 Januari 2011 ini.

PERAK 2011

Senarai Pegawai:

Pengurus - KHAIRUL AZWAN BIN HARUN
Penolong Pengurus - ISHSAM BIN SHAHRUDDIN
Penolong Pengurus - AHMAD SHAHRUL AZHAR BIN SOFIAN
Ketua Jurulatih – NORIZAN BIN BAKAR
Penolong Jurulatih – CHONG YEE FATT
Jurulatih Penjaga Gol – ABDUL TALIB BIN SAIDI

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Kuala Lumpur vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu 29 Januari 2011
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45 malam

Perak bakal berkunjung ke Lembah Kelang sambil disambut oleh ‘The City Boys’ yang menjanjikan pertembungan yang menarik. Jurulatih Perak, Norizan Bakar akan menjadi tumpuan dan pengalaman serta kemampuan beliau amat ditagih untuk menjulang kembali Perak ke persada bolasepak negara.

Pun begitu, pihak SDN telah menghantar wakil untuk menemuramah pengendali Perak di Ipoh tempohari.  Norizan Bakar berpendapat ruang untuk semua terpilih dalam kesebelasan utama masih terbuka. Beliau akan menilai pemain dari masa ke semasa sehingga ke hari perlawanan Sabtu nanti.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)