TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kedah (review)

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Kempen TM Piala Malaysia 2010 untuk kumpulan C telah masuk perlawanan kelima untuk pasukan Perak. Kali ini skuad seladang akan menanti kunjungan pasukan Kedah di Ipoh malam esok. Pada perlawanan pertama, Perak tewas 2 gol tanpa balas di Alor Setar.

Pada perlawanan tersebut, Baddrol Bakhtiar nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan Perak apabila kedua-dua jaringan tersebut adalah hasil dari percubaannya. Kekalahan tersebut turut disumbangkan oleh aksi penjaga gol yang bermain di bawah tahap sebenar.

Namun pertemuan kali ini pasti berbeza apabila Perak berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1 – 0 ketika menentang ATM di Selayang tempohari. Walaupun mutu permainan tidaklah boleh dibanggakan namun kehadiran beberapa pemain yang berehat sebelum ini sedikit sebanyak membawa impak yang positif ke dalam skuad kendalian Raja Azlan Shah.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN berkata, “Kehadiran Razali Umar, Azmeer Yusof dan Megat Amir berjaya membawa perubahan kepada tempo permainan pasukan pada perlawanan tersebut. Namun begitu Razali Umar tidak dapat meneruskan aksinya pada lewat babak kedua setelah mengalami kecederaan” katanya.

“Esoknya (Isnin) beliau (Razali) telah mendapatkan rawatan di Hospital kerana mengalami demam, mungkin kerana aksi pertamanya di Selayang itu. Namun kita yakin beliau mampu untuk diturunkan menjelang pertemuan menentang Kedah pada hari Rabu ini di Ipoh.”

“Kita tiada pilihan selain mencatatkan kemenangan untuk menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya. Saya berharap para pemain yang terpilih nanti dapat memberikan satu persembahan yang menarik untuk mengutip 3 mata penuh di tempat sendiri” ujarnya.

Jadual perlawanan pasukan lain:

Kumpulan A

Plus FC vs Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kelantan vs PKNS
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Kumpulan B

Kuala Lumpur vs Pahang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Terengganu vs Sabah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kumpulan C

Johor FC vs ATM
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Kumpulan D

Perlis vs T-Team
Stadium Utama Negeri, Kangar

Selangor vs Felda United FC
Stadium Shah Alam

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kedah (review)

  1. ayop

    salam..doa ayop untuk perak malam esok.... semoga maju jaya, boleh ke, tak boleh ke MESTI kena menang....

    pada player-player...hargai apa yang PAFA buat untuk menghargai player itu sendiri... hargai segala harapan peminat... hargai sokongan yang masih ada untuk player walaupun sokongan nampak susut... tapi sekurang-kurangnye sokongan itu masih ada... hargai lah, kedah bukan lah hebat sangat.. cuma kita yang tak menunjukkan kehebatan yang kita ada...jangan biar kedah serlahkan kehebatan yang mereka ada sebaliknye tutup kelemahan yang kita ada dengan berusaha hingga ke titik peluh yang terakhir untuk kejayaan kita bersama....
    hargai lah...... hargailah..... idup perak... idup semua..

    Agi idup Agi Ngelaban

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam..

    Teman ingin mengulas sedikit berkenaan game lepas selain menambahbaik mutu persembahan pasukan PERAK

    Badrol Bakhtiar bukanlah duri dalam daging bagi pasukan Perak.Tapi Goal keeper kita pada game malam tu adelah petualang utama dan merupakan si puntung dalam pasukan.Diharapkan beliau dapat direhat panjangkan ataupun dinyahsingkirkan oleh PAFA bagi memberi ruang dan peluang pada muka-muka baru disamping menyedarkan beliau sendiri tentang betapa besarnya komitmen dan tanggungjawab yang dituntut oleh PAFA dan penyokong sekalian.

    selain itu,Salam kembali buat player yang telah lama direhatkan samada atas faktor kecergasan mahupun pergantungan.Diharapkan momentum kecemerlangan player ini dapat dimaintain mahupun ditambah baik lagi dari performance terdahulu.

    Penguasaan bola dibahagian tengah amatlah dituntut sama sekali pada game malam ini.Adelah disarankan supaya pihak coach memperkemas serta menambahkan man power/arkitek dibahagian tengah.Samada meletakan 3 orang defend dibawah sambil seorang midfielder bertindak membantu ataupun meletakan seorang striker didepan sambil seorang midfielder lebih bertindak attacking.

    Diharapkan untuk game malam ni satu persembahan bermutu dapat dipertonjolkan oleh pasukan selain kita mampu mengutip 3 mata yang amat berharga bagi pertemuan akhir peringkat kumpulan dan yang paling pentingnya menyambung kembali perlawanan terakhir pada peringkat yang sama menentang Johor FC last season.

    Insyallah jika game malam ni memihak pada kita,teman berani katakan hampir 80-90% moral player kita akan bertambah daripada percentage sekarang apabila menentang Johor FC kelak.

    Paul punye prediction Perak ( 2) - Kedah ( 0 ) ~~oo~~

    sekian,melaporkan dari Teluk Intan,Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. aziz

      salam... ...

      Aku setuju dengan kau Chuck.....

      Mungkin perlawanan sebelum sebelum ini menampakkan merosotnya prestasi penjaga gol utama pasukan.... ini sudah membuktikan bahawa pasukan perlukan pertukaran penjaga gol yang lain dan merehatkan beliau seperti mana telah dilakukan ketika pasukan Perak bertemu dengan pasukan ATM diselayang baru baru ini..

      Tapi penyokong masih mengharapkan Khairul Amri diberi peluang untuk beraksi dan menjayakan harapan kita semua...

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. lee_dado

    Salam Yob...

    Berat mata memandang, berat lagi harapan peminat Kedah untuk game malam ni.

    Dari 4 game Kedah hanya mampu menang sekali saja, yang lain semua draw. Perak pulak bukan calang-calang pasukan yang bole dipandang rendah dengan pemain muda yang semakin meningkat.

    Kedah pulak masih terumbang ambing lagi time ni..teman pun tak nak letak harapan yang tinggi dalam game ni, cukup laaa sekadar bawak balik 1 point ke Aloq Staq. Kalau letak harapan 3 point pun belum tentu. baik berpijak di bumi yang nyata dengan prestasi Kedah pada waktu ni. Kalau bole menang tu kira bonus laaah.

    Apa pun teman doa yang terbaik untuk game malam ni.

    PULUN KEDAH PULUN

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. aziz

      salam...

      Aku bangga dengan kau Lee.....walaupun kau penyokong Kedah tapi masih sudi melayari dan bersama sama penyokong Perak didalam SDN.......

      Inilah dikatakan Rakyat Malaysia sedang bersatu....dan menguatkan lagi ukhwah diantara sesama ummah....

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Sekali lagi, Teman harapkn sentuhan ajaib Coach dan execution yang cemerlang daripada para pemain. Kedah bukan lah lawan yang tidak pernah kita tewaskan. Memang Kedah pun sejak diundi bersama Perak dalam satu kumpulan sudah rasa lain macam, sebab diorang kata Perak bukan calang-calang tim.

    'So be it until there's no more enemy, except me and my lovely team'

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      Bukanlah kedua-dua jaringan dengan Kedah..Tapi jaringan jarak jauh gol pertama dengan Kedah dan Johor FC tempoh hari.

      Dengan tegasnya Iyer!!memang teman nyalahkan dia.Kalo teman tak layak menilai sama sekalipun atleast pemikiran teman tetap hebat seperti arsene wenger yang mempunyai sebab tersendiri kenapa dia menyalahkan keepernya.

      Cukuplah sudahla dari nak membela dia jer dari awal musim.Sekeras-kerasnya teman tetap berpendirian mengatakan dia tetap bersalah melepaskan gol-gol mudah sebegitu.Dahla team tak berkeupayaan sukar untuk mendapatkan gol,dia mudah-mudah je membunuh moral teamate yang lain.

      Pasukan yang hebat dan baik tidak semestinya diukur dari berapa banyak chances yang ade,tapi dari berapa banyak kesilapan yang mampu kita minimizekan.

      Ini pendapat teman,miker dengan pendapat miker.Diherdik,dipukul,dimakihamun sekalipun jika warna itu hijor teman takkan kata biru!!Teman ade maruah lagi yob..

      Salam Qaulan..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. doyan

        aku tengok gol pertama masa vs Kedah tuh macam dia belum bersedia habis.baru jer arah bek buat benteng.sekali deshummmmmmm......Jadi terkulai ler dia dengan jaringan tendangan deras dari badrul bakhtiar yang terkenal dengan cubaan cantik dari jarak jauh.

        pemain pun ada on n off form.kalau dah tersilap tuh sepatutnya dibagitau & betulkan dia balik...ajarkan dia.nih terus kambing hitamkan dia

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB Post author

      Untuk tontonan bersama...

      Adakah Baddrol Bakhtiar hebat?
      Adakah Kamarul Effandi tidak bersedia?
      Anda tonton dan nilaikan sendiri.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        Enam game terakhir liga super: lepaskan satu gol (itupun penalti)

        Tiga game piala malaysia: lepaskan enam gol

        banding2kan lah

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. doyan

        dia orang muda.ada bakat tapi masa tuh dia off form.sebelum nih dia mana buat pe'el begini.masa 3 game sebelum tuh jer.kalo idak bola macam mana pun dia boleh tepis.jadi...bagi aku bagi peluang kat dia nak bagitau apa masalah dia.kalo tak der masalah tak der yang dia main cam gitu.Badrul bakhtiar nih memang handey tendangan dari jarak jauh.tengok ler semalam...dia punyer aim betul-betul kat bucu.nasib la megat dapat baca dan tepis.yer la...megat tengah top form dan dia ada pengalaman.kalo dia buat kesilapan macam Kamarul Effendy gak...tentu dia pun kena kambing hitam sabtu nih.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Salam..

          Teman paham on-off form ni yop..tapi kalo mike dah tau dia off form,mike nak pakai dia lagi ke??kena plak tengah game penting-idup mati ni??kalo dah ade yang lain lebih perform banding dia takkan nak pakai yang tak perform gak kot??

          Tentang percubaan Badrol tue,Megat tak save pun..kena palang gol jer bola tue..banding dengan gol dia masa lawan Kedah tu,bola tepat kearah Kamarul Effendi tapi dia hide,halimunan ke jerlus?? ke bolos ajer dinding itu.

          Rasanya mike sendiri pun dah akui apa lebihnya Megat banding Kamarul Effendy pada waktu ini.Mike pun dah ulas lanjut.Tentang kambing hitam yang mike maksudkan tu,no komen.Pada teman bior try & error dulu player yang belum tentu jadi or tak kambeng hitam.Dari awal-awal kita dah tau budak tu memang kambeng hitam tapi kita still turunkan gak.Apakah ertinya??

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. aziz

    salam... ...

    Aku mengharapkan satu kejutan daripada pemain pemain yang bakal diturunkan malam ini...

    Dengan harapan 3 mata diperolehi bagi mencerahkan lagi peluang pasukan layak ke peringkat kedua...
    Walaupun hanya sekadar kelebihan satu jaringan sudah memadai......

    Harapan aku pada malam ini dapatlah seluruh penokong penyokong setia pasukan Perak agar tidak kempunan untuk menyaksikan Khairul Amri beraksi.....kerana berkemungkinan besar ada diantara kita yang terlalu merindui aksi Khairul Amri dimana kali terakhir dapat menyaksikannya ketika pertembungan dengan pasukan Selangor dipadang s.u.k Shah Alam dalam perlawanan Persahabatan....

    Ada juga yang meminta dan memohon jasa baik pihak Coach agar merehatkan Nazri Kamal kerana prestasi beliau kini semakin berada di peringkat suram dan layu.....

    Kekalkan pemain yang berjersi 15 iaitu Azmeer untuk terus beraksi di pertahanan kiri,kerana jelas beliau diantara pemain yang bersungguh sungguh dalam sepanjang permainan......

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    Salam..

    2 tahun/season dahpun berlalu..tidak cukup lagikah masa yang diberikan kepada Kamarul Effandi untuk proses PnP ( pelajaran dan pembelajaran )..

    Sama juga dengan kes ni,jika kita pikirkan tentang on-off form dia jer,lalu kome nak berpose and jadi buah bahan kutukan negeri lain??

    Kita di PAFA bukanya nak jadi sebahagian dari badan kebajikan yang hanya mampu merasa belas ihsan semata-mata pada pemain.Kalo ruper itu player yang injured lama kita peram and bayor jelah gaji deme.Ha elokler,esok-lusa udah ngadu kelab tumpor tak mampu bayor gaji la itu-ini lagi.

    kita di PAFA juga mempunyai target,objektif and misi untuk season ni.So takkan kita sanggup ketepikan objektif kita semata-mata membela seekor kambeng yang sememangnya diketahui menjadi wabak pada pasukan??

    Jika begitulah jadinya,tukarlah nama persatuan berbintikan (sdn) (bhd).Takde sape dah nak riuh.

    Akhir kata,teman tetap menyokong sepenuhnya penggunaan player muda banding star or awang import sebagai player utama skuad tapi biarlah yang berkuality dan yang paling penting berdisiplin dan berkomitmen tinggi.itu sahaja..

    Sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. doyan

    kalo musim hadapan benda yang sama gak...kambing-kambing hitam perlu disediakan dengan banyak nyer kerana diperlukan jika berlaku kekalahan lagi dan lagi dan lagi.melainkan jurulatih baru dan idea baru

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.