TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kedah (result)

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 0 Kedah

Perak mencatatkan kemenangan tipis 1 gol tanpa balas di Ipoh malam tadi pada perlawanan kelima TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang yang baru kembali ke dalam pasukan iaitu Razali Umar Kandasamy.

Tuan rumah bermula garang seawal 10 minit pertama permainan apabila kerap mengasak ke kubu Kedah namun tidak berhasil menjaringkan gol. Selepas itu penguasaan permainan lebih memihak kepada pasukan pelawat dihadapan kira-kira 2000 orang penonton di Ipoh.

Kedah turut mempunyai beberapa peluang yang sewajarnya mampu menghasilkan gol namun aksi menarik dari Megat Amir menyelamatkan gawang pasukan Perak dari dibolosi lawan. Tamat separuh masa pertama kedudukan masih terikat tanpa sebarang jaringan.

Separuh masa kedua, Megat Amir terus diuji oleh barisan serangan Kedah namun kelekaan mereka dihukum oleh Razali Umar pada minit ke 73 apabila berjaya menanduk masuk bola yang berpunca dari sepakan percuma dari Syazwan Roslan untuk Perak mendahului.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kedah melancarkan serangan bertali arus untuk mendapatkan gol penyamaan sambil Perak sekali sekala membuat serangan balas. Selepas tamat 3 minit masa tambahan, pengadil meniup wisel menandakan skuad seladang berjaya mengutip 3 mata berharga untuk mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
Thevaggaran
Syazwan
Arif Ismail
Azmeer Yusuf
K. Nanthakumar
Isma Alif – 2
Nazri Kamal – 1
Wan Hossen – 3
Shahrizal Saad
Razali Umar

Pertukaran:

Nurridzuan – 1
Khairul Izzat – 2
Mohd Nasir – 3

Keputusan Perlawanan Lain 6 Oktober 2010:

Kumpulan A

Plus FC 1 – 2 Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kelantan 4 – 0 PKNS
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Kumpulan B

Kuala Lumpur 0 – 1 Pahang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Terengganu 3 – 0 Sabah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kumpulan C

Johor FC 2 – 1 ATM
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Kumpulan D

Perlis 4 – 1 T-Team
Stadium Utama Negeri, Kangar

Selangor 4 – 1 Felda United FC
Stadium Shah Alam

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kedah (result)

  1. Raul hashim

    Tahniah perak..usaha yang baik daripada player kita. Impian hampir tercapai. Tapi ingat jangan leka kerana kedah turut berpeluang layak ke suku akhir. Kalau atm bagi laluan mudah pada game terakhir dengan kedah, kita tidak boleh lagi kalah atau seri. Apa-apa pun tahniah pada game semalam. Cuma tidak suka pada nazri yang menghancurkn rentak team dengan hantaran merapu. Please coach do something pada nazri. Rehatkan beliau. Kita ada izzat yang bagus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. abgcho

    Tahniah Perak..One more game to go to achive our target..but honestly i believe we can go further more perhaps..InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Miracle!! Absolutely Brilliant!! Good Job Guys. That was superb and unexpected result!

    Teman teruja dengan keputusan ni. Tapi persoalan yang terngiang-ngiang di benak teman, 'kenapa Perak suka kan tekanan? Kenapa tidak awal-awal dulu 'aware' macam sekarang?'

    Ingat. Hidup mati dalam Piala Malaysia 2010 adalah 09 Okt 2010 nanti. Biar pun Johor FC agak selesa di atas, mereka hanya memerlukan 1 mata untuk ke Suku Akhir. Mahu atau pun tidak kita kena MENANG! Tiada pilhan lain. Manakala Kedah sudah tentu akan cuba kalahkan ATM dengan jaringan yang besar untuk menguatkan asas kedudukan mereka dalam carta kumpulan c.

    Satu lagi perkara menarik, kembalinya ' The Tornado' ke pangkuan Perak setelah lama berehat cukup bererti. Kesannya teman nampak semasa kita menang dengan ATM tempohari. Target man perak itu menjadi buruan pertahanan lawan. Dikawal ketat sekurang-kurangnya 2 pemain lawan. Itu yang teman nak tengok sebenarnya, manakala rakan-rakan yang lain boleh la mencuba untuk menyusup masuk untuk cari gol.

    Akhir sekali teman nak sangat Perak ke Suku Akhir tak kira siapa lawan kita. MENANG dengan Johor FC. WAJIB!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. aziz

    Salam... ...

    Tahniah kepada semua pemain pemain yang sedang berusaha dan lantas 3 mata sekali lagi kita genggami.

    Masalah yang aku lihat kini,pemain pemain lain seperti Shahrizal Saad, kurang bijak menggunakan peluang untuk menjaringkan gol,apabila miliki bola gemar betul untuk terus membuat hantaran kepada Razali....Walhal Razali telah dikepung dan diasak oleh pertahanan lawan.

    Yang keduanya pertahanan pasukan Perak suka kelam kabut apabila diasak,dan adakalanya gemar sepak angin.
    Mujur dengan kecekapan Megat Amir berjaya menafikan percubaan percubaan merbahaya dari pihak lawan.

    Azmeer,permainannya agak tenggelam dan merosot diseparuh masa pertama,mungkin kerana takut menerima lagi kad kuning,namun begitu diseparuh masa kedua ada perubahan dari segi permainan beliau,dan kerap melakukan tindakan yang bijak,nasihat aku kepada pemain muda ini,jangan gentar dan terlalu hormat pihak lawan kerana ianya mampu membawa padah kepada pasukan sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    salam...

    Sinaran kembali dalam pasukan,apabila pasukan meraih 3 mata yang paling berharga......

    Maruah kita kembali disanjung,bekas pemain Perak yang kini berkhidmat dalam pasukan Kedah kembali muram....Apa yang menggelikan hati teman,Abu Bakar Fadzim bersalaman dengan belaiu dalam keriangan dan ingin memeluk beliau,tetapi beliau disebaliknya dan mengelakkan diri hanya sekadar mampu senyum dalam keperitan.......

    Mana tidaknya,pasukan bintang tewas dengan pasukan mentahlah dikatakan....tambahan pula Penjaga gol Perak kali ini lebih mantap dan menyukarkan bola menembusi gawang gol........Tapi dalam pemerhatian teman eloklah coach terapkan lagi dengan lebih hebat mengenai taktikal permainan,kerana ramuan yang ada kini belum cukup untuk pasukan memburu ke peringkat seterusnya.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. â™ addyâ™ 

    Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Perak kerana menang dalam perlawanan menentang Kedah. Harapan semua penyokong sekarang ini adalah untuk menang lawan Johor FC nanti dan layakkan diri ke suku-akhir.

    Semoga Berjaya !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    salam, tahniah kerana berjaya mengutip 3 mata berharga. kepada coach dan pemain, jangan putus asa. masih ada 90 minit lagi untuk berjuang dan berjuanglah hingga titisan darah terakhir..

    harap ramai penyokong dari luar Ipoh terutama dari Lembah Klang turun untuk memberi sokongan pada Sabtu ini. Teman pasti turun!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. azaha

    salam,
    Syabas dan tahniah untuk pasukan Perak kerana mendapat 3 mata penuh. Jangan lalai dan lupa masih ada satu lagi game menentang Johor FC. Barisan pertahanan perlu kerja 200% kerana pada pandangan teman Johor FC mempunyai senjata yang bahaya. Harap coach mendapat iktibar atas apa yang berlaku sebelum ini semasa menentang Johor FC. Apa pun Good Luck for the next game di Ipoh. Insyaallah perak pasti menang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. spectator

    salam....

    tahniah perak...apa lagi yang wajib diucapkan...pemain-pemain dah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa..walaupun permainan tidaklah begitu baik dari segi taktikal, namun daya usaha yang jitu serta kerjasama sepasukan telah berjaya menutup kelemahan tersebut.

    jelas, permainan malam tadi didominasi oleh kedah...apa yang membezakan ialah mereka gagal menewaskan megat amir..mereka datang dari segenap penjuru padang...namun teman lihat benteng pertahanan perak cukup fokus untuk menidakkan semua gerakan...serangan perak masih kurang bertenaga, cepat hilang bola dengan hantaran merapu namun ada juga beberapa gerakan dan percubaan yang sepatutnya menjadi gol.

    perkara yang menarik untuk perlawanan malam tadi adalah impak yang diberi oleh Nurridzuan selepas masuk menggantikan Nazri Kamal...larian pantas dan liciknya berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan kanan kedah...teman rasa sekali ganda lebih baik dari Nazri..ya betul, patut coach rehatkan saja Nazri...memang benar beliau penjaring terbanyak perak dalam liga super musim ini tapi melihat kepada corak permainannya, tidak layak beliau berada di atas padang..bagi teman beliau kini sedang punya krisis dengan dirinya sendiri...iaitu bergelut dengan asas kepercayaan dirinya.

    namun, seorang lagi pemain gantian iaitu no 27 (mohd nasir), agak longgar permainannya...masih banyak perlu dipelajari...khairul izzat pula hanya jadi bahan ketawa penonton dengan membawa bola laju seterusnya keluar kawasan...wan hossen nampak bekerja keras namun kadangkala tiada arah tujuan dan graf permainannya merosot...man of the match sudah pasti milik megat amir yang teman pun sukar percaya itu merupakan aksinya..

    perlawanan terakhir menentang johor fc ibarat ulangan piala malaysia tahun lepas di mana pada perlawanan terakhir kita turut berdepan johor fc. kita perlukan kemenangan untuk layak namun sekiranya sekadar seri, masih mampu layak mengikut format pasukan tempat ketiga terbaik..malangnya kita hanya mampu seri dengan deretan peluang yang gagal diterjemahkan menjadi gol...kita sangka kita telah layak namun akhirnya menyesal apabila selangor kalah mengejut kepada km naza yang membawa kepada penyingkiran perak..

    jadi, adakah pemain mahu sejarah itu berulang kembali? semuanya terpulang kepada pasukan...apa yang kita mampu lakukan adalah memberi sokongan padu tidak berbelah bagi dan berdoa..ayuh perak !

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. ausbos

    hidupkan kembali zaman kegemilangan perak yeob!!!!!!
    kepada semua peminat silalah turun penuhkan ruangan stadium..kita bagi semangat pada team kesayangan kita...insyaallah berjaya....

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. active11

    Saya harap penyokong akan hadir memberi sokongan pada Perak di stadium malam esok. Selain menambah pendapatan persatuan (yang dibelenggu hutang piutang), kita membantu pemain meningkatkan motivasi..

    Ulasan pada perlawanan dengan Johor FC yang lepas:
    Pemain Perak banyak kehilangan bola dan tiada komunikasi berkesan. Pemain juga jarang sekali mencuba dari jarak jauh bilamana kebuntuan serangan dan pertahanan lawan begitu liat untuk dipecahkan. Harap Jurulatih boleh mencuba idea baru kali ini.

    Pertahanan juga harus berjaga-jaga pada Eddie Helmi, larian deras pada sayap. Kena ada seseorang yang cukup stamina dan 'cerdik' untuk menghambat beliau.

    Johor FC juga gemar bermain dengan bola pendek dan laju. Stamina tinggi dan banyak pemain yang boleh mangawal bola dengan baik. Pemain Perak kena berhati-hati dan jangan mengikut perasaan. Bentesan keras bukan penyelesaian dan hanya mengganggu tempo permainan...makin kerap dibentes, makin ligat para pemain Johor FC ke kubu kita.

    Harapan saya:
    Perak boleh!!! Kena tenang walaupun ada sedikit tekanan terutamanya peluang masih terbuka untuk tiga pasukan. Ketua Pasukan kena mainkan peranan lebih besar selain Jurulatih yang memekik dari luar. Harap kita mampu melangkah jauh tahun ini.

    Kejor Yop Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. chuck

    Assalamualaikum...

    Berdasarkan graf terkini dan dari pemerhatian berterusan teman keatas skuad Perak sepanjang TM Super League dan TM piala Malaysia dapatlah teman rumuskan formasi serta posisi yang terbaik yang dicadangkan:

    formasi 4-4-1-1

    Gk - Megat Amir ( perform )

    CB - Arif Ismail ( kurangkan sepakan angin-bahaya yob )

    CB - Syazwan

    SB - Thevaggaran ( dunt shy-shy )

    SB - Azmeer Yusof ( fitness )

    DMF - K.Nanthakumar ( ball winner - perkemaskan lagi bentuk hantaran kekiri dan kanan,dan pastikan hantaran menyerang dan bukannya menyerang kubu sendiri gayanya.

    SMF - Hafiz Abd Rahman/Khairul Izzat

    SMF - Nuridzuan ( Isma Alif )

    CMF - Safuan Adli/Wan Hossen ( badan tinggi dan sesuai untuk ball winner )

    AMF - Shahrizal Saad ( Ball winner ) / Nazri Kamal ( Mike player yang bagus tapi hantaran mike perlulah diperkemaskan lagi-miker mampu membaca game and taktikal serta pandai bukak game seperti Khalid Jamlus dulu cuma team mate miker yang tak mampu baca taktikal miker.Thats whyla deme kata hantaran miker merapu.Tapi teman paham dan dapat baca.Perbanyakkan lagi persefahaman dengan Shahrizal dan juga Razali Umar Kandasamy.

    CF - Razalli Umar Kandasam.Teman paham miker baru lepas injured dan dikawal rapat.Tapi adakalanya miker agak malas untuk mengejar bola dan tak perlulah turun sampai kawasan gol.standby jer kat tengah padang nun.

    Kesimpulan game bertemu kedah rabu lalu,bahagian tengah kita masih lagi longlai.Seakan-akan bermain dalam suasana "sangkar burung" keliling kotak penalti kita di kawal oleh Kedah. Mereka Kedah bermain seakan ' runtuhan salji" dimana keseluruhan player deme datang meruntuhi kubu kita. Solutionnya ialah clearance ball jauh-jauh cepat push-up dan ade Midfielder yang berada diluar lingkuangan kotak penalti. Maksud teman tak payahler reramai kerumun dalam petak nun.

    Striker,midfield jika ade peluang baik try dari dibiarkan peluang yang datang sekali-sekala tanpa diduga tu berlalu begitu jer.Masuk tak masuk belakang kira.

    Bijak membaca bola dari ball winner.kome sumer patut tau dalam keadaan yang sekian-sekian dimana dan berapa jauhkah bola dari ball winner tu akan bergolek.Kadang tu teman tengok player kedah takde yang nak challenge sangat pun bola tinggi ni tapi deme bijak membaca takat mana dan kemana bola tu akan pergi.

    Razali kena pandai baca kemana jer bola tinggi hasil tandukan shahrizal tu.Macam gol last game juga hasil dari kuisan kepala dia gak.Pepandai ler agak.kalo perlu tengok titik centroid kepala orang yang menanduk tu,agak bucu kemana perginya,kalo tepat kat tengah kemana halanya.

    Bunyi cam weird tapi ni sebahagian dari apa yang teman nampak.Jangan jadi arnab yang mentertawakan si kura-kura berlari mikul cengkerangnya tapi pikior ape akal kura-kura tu serta semangat dan kesungguhanya.

    Lelain,selamat maju jaya hendaknya.Jika last season and peringkat yang sama serta suasana yang sama kita dikecewakan dengan keputusan draw membuatkan kita semua berasa sepatutnya game tu milik kita mandangkan nasib jer yang tak menyebelahi so malam besok,jangan biarkan ianya berlalu begitu saje tanpa ade pembalasan yang setimpal.

    Develop mood untuk game malam tu.Moral teman yakin sumernya terbaik.Insyallah seluruh peminat bersama kome.

    Sekian,wassalam...

    Likes(0)Dislikes(1)

Comments are closed.