TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perjuangan ‘hidup atau mati’ adalah gambaran sesuai untuk perlawanan terakhir dalam kumpulan C pada kempen TM Piala Malaysia 2010 yang menyaksikan pasukan tuan rumah, Perak akan berhadapan dengan pasukan Johor FC di Stadium Perak malam esok.

Pertemuan pertama pada 20 September 2010 di Pasir Gudang, pasukan Perak tumbang dengan jaringan 2 – 0 kepada Johor FC. Khairul Ismail dan ketua pasukan mereka, Hamzani Ahmad mencatatkan nama sebagai penjaring gol pada malam tersebut.

Hanya kemenangan yang bakal memastikan anak buah Raja Azlan Shah untuk ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan manakala jika tewas atau seri maka perlawanan antara Kedah menentang ATM di Alor Setar bakal menjadi penentu kepada Perak.

Jurulatih Perak ketika dihubungi berkata, kemampuan Razali Umar untuk menghasilkan jaringan pada perlawanan menentang Kedah tempohari cukup melegakan ditambah semangat juang yang tinggi antara para pemain yang inginkan kemenangan dicapai.

Namun sedikit berita yang kurang enak diterima oleh kem Perak menjelang pertemuan esok ialah apabila Razali Umar dikhabarkan mengalami kecederaan yang berulang. Tidak pasti samada beliau dapat diturunkan pada perlawanan itu kelak dan jurulatih akan memantau prestasi serta tahap kecergasan beliau pada sesi latihan yang dijalankan petang ini.

Kehadiran Megat Amir Faisal di gawang Perak turut menjadi tanda tanya apabila beliau disahkan mengalami kecederaan lutut sewaktu beraksi menentang Kedah yang lalu. Khidmatnya mungkin akan digantikan oleh Kamarul Effandi ataupun Khairul Amri.

Jadual perlawanan pasukan lain:

Kumpulan A

Negeri Sembilan vs PKNS
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Plus FC vs Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kumpulan B

Pahang vs Sabah
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Kuala Lumpur vs Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Kumpulan C

Kedah vs ATM
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kumpulan D

T-Team vs Felda United FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Perlis vs Selangor
Stadium Utama Negeri, Kangar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (review)

  1. Raul hashim

    Kenapa ler disaat kita memerlukan khidmat 2 tonggak ini, mereka mengalami kecederaan pulak. Risau teman dengor berita ni apa2 pun diharapkan pemain terus berjuang sampai titisan darah terakhir kerana ini sahaja peluang terakhir yang kita ada untuk melangkah ke suku akhir. Diharapkan Fauzi Kassim diberi peluang beraksi oleh coach kerana kecedaraan yang dialami oleh Razali Umar. Pertahanan perlu bekerja keras untuk menyekat kepantasan yang dimiliki oleh pasukan Johor FC, formasi yang boleh kita gunakan ialah 4-4-2. Hantaran pendek perlu diperbanyakkan oleh team kita. Jangan buat hantaran tinggi yang merapu jer. Boleh rugi kita yob, target teman Perak 1 Johor FC 0. Kedah 2 ATM 2

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. aziz

    salam... ...

    Aku juga mengharapkan barisan pertahanan yang ada dapat diberi latihan yang secukupnya,memandangkan jurulatih pasukan adalah bekas pemain pertahanan,bukan itu sahaja malah penolong jurulatih juga dari bekas pemain pertahanan,bagi aku masalah yang dihadapi pasukan dibahagian pertahanan bukan lagi satu masalah.

    Bagi aku disaat saat begini pasukan harus bermain dalam formasi 3-5-2 dan bermain secara menyerang.Barisan pemain pasukan sedia ada tidak mampu untuk bermain dalam formasi 4-5-1,kerana pasukan pada waktu ini tidak mampu untuk memiliki penyerang yang berlari pantas seperti Razali Umar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. azzura

    Salam,
    Tahniah perak kerana menghidupkan peluang untuk ke suku akhir.Sekarang ape yang di cari esok hanyalah kemenangan untuk kita melayakkan diri ke peringkat seterusnya.Kepada pemain terjemahkan corak permainan bermutu yang telah di rencanakan oleh coach bagi menghasilkan kemenangan dan seterusnya membawa pasukan Perak ke suku akhir.Mainlah bersungguh-sungguh dan jangan kecewakan peminat setia di sini.
    Kejor Yop Score!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    Sesiapa nak ke ipoh untuk game lawan johor fc, boleh tumpang kereta teman. ada tiga tempat kosong lagi. harga rm40 seorang tak termasuk tiket game. teman tinggal di sentul jangka tolak ke ipoh jam 2 petang. balik selepas game tamat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ihsan

    JANGAN banyak mengharap..tunggu dan lihat ape yang akan berlaku..kalau tak mengharap, Perak pasti akan dapat mencapai kejayaan malam ni...

    Pemain2 johor fc yang harus di kawal ketat malam ni

    Nurul Azwan Roya
    Ridzuan Maon
    Eddie Helmi
    Azizan Baba

    inilah 4 pemain yang harus diawasi dengan teliti dan ketat oleh barisan pertahanan Perak..di harap back four Perak sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. . .

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ausbos

    salam...setelah game tamat permainan yang sama juga ditunjukkan...hantaran-hantaran panjang juga diterapkan yang langsung tidak menjadi dan sia-sia..tengah langsung tidak hidup dan serangan yang begitu tumpul...mujurlah pertahanan dapat menunjukkan persembahan yang boleh dikira sebagai cemerlang..kalau tak mungkin kekalahan besar boleh berlaku...pemain semacam hilang punca dan kerap melakukan hantara-hantaran yang merapu dan tidak tahu bermain secara open game...harapan agar season depan pasukan ini boleh menjadi pasukan yang boleh mencabar pasukan dikelompok atasan...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.