TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 0 – 1 Johor FC

Perak mengakhiri kempen TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C malam tadi apabila tumbang kepada pasukan Johor FC dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Gol minit ke 47 itu dijaringkan oleh Azizan Baba yang menyepak masuk bola hasil sepakan sudut.

Skuad seladang yang menguasai hampir keseluruhan permainan dengan melakukan banyak serangan dan percubaan namun masih gagal mendapatkan gol. Kehadiran penonton agak membanggakan dan dianggarkan lebih 5000 orang menyaksikan perlawanan tersebut.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Kedah berjaya menewaskan ATM di Alor Setar dengan jaringan 4 – 0. Dengan kemenangan itu, Kedah layak ke peringkat suku akhir bertemu Terengganu manakala pasukan Johor FC yang menjadi juara kumpulan pula akan bertemu dengan pasukan Pahang yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2010.

Untuk pertemuan suku akhir yang lain, Negeri Sembilan yang menjuarai kumpulan A akan bertemu naib juara kumpulan D, Perlis sementara pasukan Selangor juara kumpulan D akan berentap menentang naib juara kumpulan A iaitu Kelantan.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
Thevaggaran – 3
Syazwan
Arif Ismail
Azmeer Yusuf
K. Nanthakumar
Isma Alif – 1
Nurridzuan – 2
Wan Hossen
Shahrizal Saad
Razali Umar

Pertukaran:

Khalis Ibrahim – 1
Nazri Kamal – 2
Nasriq – 3

Keputusan Perlawanan Lain 9 Oktober 2010:

Kumpulan A

Negeri Sembilan 3 – 1 PKNS
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Plus FC 0 – 4 Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kumpulan B

Pahang 1 – 1 Sabah
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Kuala Lumpur 1 – 2 Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Kumpulan C

Kedah 4 – 0 ATM
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kumpulan D

T-Team 1 – 1 Felda United FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Perlis 0 – 2 Selangor
Stadium Utama Negeri, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)

29 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (result)

  1. razlan

    salam,

    KECEWA. itu sahaja yang boleh diungkapkan. Bukan kerana kalah, tapi kerana tahap dan mutu permainan yang begitu jauh berbeza (baca: teruk) jika dibandingkan dengan game menentang kedah rabu lalu. bagi teman, bukan salah coach dah jika pemain tak mengikut percaturan yang dirancang dan disusun oleh dia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Salam semua..jangan le diratapi kekalahan & kekecewaan semalam. Kita harus segera bangkit untuk membuat persiapan bagi musim depan yang akan bermula tidak lama lagi. Pengurusan perak harus melakukan rombakan besar-besaran terhadap pemain & juga jurulatih. Tukar coach raja azlan kerana beliau belum mampu membuat taktikal yang baik pada pasukan perak.

    Cari coach yang baik berlatarbelakang pengalaman yang pernah membawa pasukan menjuarai sesuatu piala. Jangan takut untuk bertanya pada irfan bakti sama ada beliau mahu menjadi coach perak kerana beliau berasal dari perak. Selain itu kita boleh memilih azrai khor yang dikhabarkan masih tiada pasukan yang beliau hendak latih. Pengurusan pafa kena berani bertindak pantas bagi memastikan perak kembali semula menjadi team yang disegani semula dengan syarat jangan berhutang seperti yang berlaku dahulu.

    Mulakan langkah baru. Disamping itu, gugur player yang gagal menyumbang sesuatu pada team. Sebagai contoh fauzi kassim, khalis ibrahim. Ambil player yang pengalaman & muda bagi membentuk keserasian. Sebagai contoh kita boleh ambil liew kit kong untuk berganding dengan nazri kamal agar nazri lebih efisen dan kreatif dalam membuat hantaran.

    Panggil semula r.surendran, fakri & tidak lupa faderin kadir untuk bergandingan dengan razali & shahrizal saad bagi memantapkan lagi jentera serangan perak. Bagi pertahanan saya rasa tidak banyak masalah yang dihadapi. Cuma keeper kita kena bagi peluang pada khairul amri dan kamarul efendi untuk beraksi lebih kerap. Jika plan ni berjalan lancar, teman yakin tahun depan perak akan mengaum kembali. Pendek kata, dimana ada kemahuan semua boleh jadi. Tepuk dada, tanya pafa. Bersakit-sakit dahulu, insyallah kita akan kembali senang. Jumpa lagi..salam kemahiran.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam...

      kecewa ayop semalam... kecewa dengan perak dan pengadil di alor star....tapi... tak ape lah... layan je lah..
      bagi menyokong impian raul hashim, terdetik disini ayop mencadangkan 3-4 player yang ayop yakin mampu bawa kemantopan tim seladang tahun depan..

      1. zamani misbah (KL PLUS)
      2. wing hoong (ATM)
      3. s.canturu (KELANTAN)
      4. Liem kit kong (SELANGOR)
      5. R-surendren (SELANGOR)

      jangan ambil player yang berat2....nanti susah nak kejor bola.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        Teman mintak maaf ye,mike eja nama pemain pun salah. Liew Kit Kong bukan Lim Kit Kong.

        Buat apa nak ambil Wing Hong,bukankah dia memang tak berminat main dengan Perak,malah diera kini dia sudah tidak lagi berdisiplin.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. spectator

          macam senang je nak panggil2 macam tu je yob...hehehe..takkan le deme tu dah takde kontrak dengan majikan deme sekarang....

          cakap mulut memang senang yob...hahaha..harap2 jadi kenyataan laa...

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. YB Post author

            Mike pun yob, biorlah dia nak kasi pendapat dia tu, lantak le betoi ke tak betoi ke, kurang-kurang dia ada le jugak kasi pendapat, mike pun...tak sporting langsung !!!, nak menghentam saje, hehehe

            Likes(0)Dislikes(0)
  3. ausbos

    teman cukup2 tak puas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain malam tadi...permainan langsung tidak menggambarkan seorang pemain profesional..mendukacitakan lagi adalah ketua pasukan yang begitu berpengalaman langsung tidak boleh main, selalu hilang bola dan hantaran yang dilakukan merapu sesaja..

    pemain no.20 (wing) kalau tak silap teman namanya isma alif langsung tidak tahu posisinya dimana...kerap kali meninggalkan posisinya dan masuk ke tengah...tak pandai nak bukak game..memang teruk..tak tau la coach tengok dia macam mana tapi sepanjang 1st half dia memang main di tepi coach tapi teman tengok coach tiada beri arahan kepadanya..haru biru teman tengok...

    untuk next season harap dapatlah PAFA mencari coach baru bagi menukar angin team ini...bukan kata coach tak bagus tapi kadang kala perlu juga ambil angin baru supaya pemain luar lain lebih berminat untuk sertai team yang berwajah baru...

    dan kepada pengurusan diharapkan dapat menyuntik dana yang lebih sedikit agar dapat membawa masuk beberapa muka baru terutama perancang yang bagus serta penyerang yang berbakat...

    moga pasukan perak tidak kempunan lagi piala-piala yang dipertandingkan next season....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    Dikhabarkan pengadil atm vs kedah berat sebelah. Gol pertama atm dibatalkan kerana offside tapi gol tu memang sah. Gol pertama kedah tidak sah kerana gol guna tangan tapi disahkan pengadil. Tu yang pemain atm moral down. Memang pengadil teruk. Atm nak buat rayuan tapi rasa tidak diterima fam. Redha je le perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Tu mungkin la. Tapi ATM tak ke mana dah kalah atau menang. Pemain yang diturunkan pun bukan 1st Eleven sebenar dan bukan yang terbaik pun. So, fikir-fikir kan la.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Salam...

    Keputusan penuh : KECEWA

    Tak payah citer apa yang dah terjadi kat teman.Cukuplah teman khaborkan yang teman cukup sengsara dan kecewa teramat sangat.Memang tak berbaloi langsung.

    Pada teman,kelemahan player pada game bertemu dengan Kedah sebelumni sumernya teman dah rungkai dan bagitahu.Tapi yang teman herankan ialah K.Nanthakumar tu tak paham-paham ke? Hidup kalo tak menyusahkan orang tak boleh ke ? Apa yang dah teman khaborkan sebelum ni? apa?

    Isma Alif dah teman khaborkan jangan diturunkan..Aduhaii Perak..

    Noktah untuk season ni.(closed story)
    -------------------------------------------------------------------------------

    Season depan,Head coach Raja Azlan serta pembantu beliau Abu Bakar Fadzim mendahului carta senarai yang bakal teman sugestkan menemui pintu keluar dari PAFA.Di ikuti dengan K.Nanthakumar,Fauzi Kassim,Benedict,Kamarul Effendy,Isma Alif,Khalis Ibrahim - pegawai dan player yang "WAJIB" digugurkan serta berikan peluang pada merekani mencari "reservoir" yang baru tapi bukan lagi di Perak.

    Teman harap serta mahukan Perak menjadi kelab serta pasukan yang sentiasa tegas dalam menentu hala arahtuju kelab dan bukan sebagai salah satu badan perantara/platform yang membolehkan kuasa politik sesetengah parti berkuasa di negeri Perak ini.

    Manakala Megat Amir Faisal diserap menjadi jurulataih untuk penjaga gawang Perak. Selain menyerap kembali Wan Hossen kedalam pasukan. Player lain rasanya masih mampu untuk belajar serta meningkat lagi dalam masa terdekatni.

    Player masuk,teman cadangkan kita tak perlu memilih serta membeli star dari pasukan lain.Ini kerana jika sebelum ini kita mempertahankan maruah PAFA dengan mengatakan kita cuba untuk mencungkil bakat-bakat baru dan muda.So tak perlulah timbul persoalan berkaitan hutang dan masalah kewangan sebagainya.Jadi untuk menampakkan kita masih lagi di landasan yang sama,teman harapkan kita teruskan sahaja usaha murni ini.Banyak sangat benefitnya banding mengecapi sebuah 'trophy".

    Teman cadangkan kita ambil player president,player SUKMA Perak,player yang bermain peringkat negeri semasa sekolah dulu,player-player dari kelab yang bermain dalam Perak dan yang paling penting ialah "UN-BIAS".

    Mengulas berkenaan penyelewengan serta kroni dalam pemilihan player yang sesuai,teman cadangkan coach baru yang bakal dilantik nanti akan turun sendiri kebawah bagi memantau ataupun memilih player yang beliau sendiri akan latih.Ini kerana beliau sendiri lebih tahu apa yang beliau mahukan.

    Bagi pemilihan Head Coach pula,teman cadangkan yang ini biorlah kita ambil dari orang yang bergunung-ganang ilmunya.Cekgu bior power dari anak murid.Kalo terjadi sebaliknya,memang takkan jadilah nak develop team.Terpulang pada pihak Pengurusan PAFA sendiri.Tak kisahla laborkan lebih sedikit wang untuk mencari Coach yang terbaik waima mat salleh sekalipun.Kalo nak kira kantong PAFA lagi jimat kalo gajikan seorang coach dari beli player star yang ramai.

    Statistik 2 season terakhirni merumuskan yang penambahan pemain pengalaman kedalam pasukan Perak adelah"GAGAL".Ini diambil kira dari kedudukan Liga,Saingan piala FA dan piala Malaysia berbanding dengan first season 100% tenaga muda dibawah kendalian Head Coach yang sama serta Presiden dan pengurusan PAFA yang berbeza.

    Kesimpulanya disini menunjukkan bahawa sebarang kemasukkan player berpengalaman kedalam pasukan adelah tidak menampakkan sebarang perubahan ketara didalam pasukan.Serta jelas menunjukkan bahawa kepimpinan jurulatih adelah meragukan serta tidak mampu membawa sebarang perubahan drastik kearah pembentukkan skuad muda Perak yang lebih koprehansif untuk bersaing serta memberikan cabaran.

    Akhir kata,teman mengharapkan player serta coach yang dinyahsingkirkan itu dapatlah digugurkan serta merta dan pengambilan head coach serta pemilihan player baru dapat dibuat dengan lebih telus dan jerlus.Itupun jika PAFA sendiri mahukan sebarang bentuk perubahan selain kesetiaan peminat-peminat "SETIA"Perak tidak akan berjauh hati.Perlu diingatkan kembali yang ini adelah nukilan dari peminat "SETIA" Perak.kerana telah sekian lama Perak tidak mempunyai penyokong lagi.

    "Ingatlah yang mike(PAFA) sumer adelah amanah dari rakyat dan penyokong Perak,bekerja untuk rakyat serta penyokong dan bukan berlagak seperti orang atasan yang tak pernah sedar diuntung"

    Sekian,Ayuh make a move!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi

    Salam..

    Memang kecewa. Teman dapat bayang macam mana Perak main. Rujuk komen Razlan, teman setuju dengan dia sebab tu la yang selalu berlaku, apabila pemain 'buat kepala sendiri dalam padang'. Pada teman ini adalah disiplin. Pemain tiada disiplin ketika bermain. Tak cukup kalau seorang dua yang berdisplin sedangkan yang lain sekadar melepaskan batuk ditangga.

    Kerjasama tu ada tapi kalau tak ada disiplin, engkar perintah memang sampai bila-bila pun tak akan konsisten corak permainan.

    Apa yang teman nampak, pemain tak dapat menyesuaikan keadaan antara perlawanan biasa dengan perlawanan penting. ' No Gear'. Semua sama je.

    Yang lepas biarkan. Pandang hadapan dan sentiasa belajar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. zizou85

    Tim Perak kena overahaul sikit tahun ni...terutamanya bahagian tengah dan striker....kalau nak bagus kena lah melabur sikit...kalau tak, kena bagi alasan macam wenger je la...asyik komen, ' pasukan kami dalam proses pembangunan, pemain masih muda dan tidak berpengalaman' ....dah jemu dengar alasan2 macam tu...itu bukan alasan yang peminat mahukan.

    Pasukan Perak boleh meningkat sekiranya pihak pengurusan sedia mengeluarkan dana untuk mengambil sekurang-kurangya 4-5 pemain berpengalaman seperti norhafiz zamani nisbah, indra putra, hardi jaafar, r.surendran.

    Kalau nak tunggu pemain muda ni...payah la sangat kecuali kalau banyak talent macam era Weigang dan Tony Netto.

    Mengenai coach...susah nak komen, sebab coach Raja Azlan masih kurang berpengalaman, sepatutnya dia perlu menimba pengalaman di liga perdana terlebih dahulu...pengalaman beliau ketika menjadi pembantu coach, dan coach presiden cup masih belum memadai.
    Apa-apa pun , failure make as a good lesson for further improvement

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. slash

    Salam

    Apa nak jadi yob? Pendek kate semuanye lemah. Mutu kemahiran individu terlalu jauh ketinggalan. Suatu pembaziran kerana gaji tidak setimpal dengan bakat dan juga persembahan yang disaksikan. Wajarkah harga tiket RM8 atau RM10? Pegi T**CO pun boleh dapat beberapa ketul ayam. Perut pun kenyang. Teman tidak meluahkan rasa kecewa terhadap pasukan Perak semata-mata. Tetapi teman kecewa dengan mutu bolasepak di negara ini. Tak payah kita salahkan pemain kurang pendedahan walhal pemain sendiri yang tiada kemahiran yang baik. Tak guna pun jika Perak dilatih Jose Mourinho jika beginilah pemain yang ada.

    Amat hairan jika hari-hari berlatih tapi hasilnya takde. Baik senior atau junior takde beza sangat pun. Bila teman tau game Perak ade live kt TV sape2 peminat pun akan berasa teruja. Tetapi bile dah tengok..'Lebih baik aku main PES.'. Akhir kata..'Boleh kene strok aku tengok bola macam ini.'

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. sunrise

    salam...

    Teman ada pendapat teman yang tersendiri,kepada yang tidak bersetuju harap maafla ye...............

    Memang teman ada pernah terfikir dimana harusnya pihak pengurusan menurunkan pangkat Coach Raja,kerana bagi teman beliau belum mampu membawa sesebuah pasukan yang bermain didalam liga profesional ini.

    Tetapi,apabila teman kaji semula.teman rasa kalau kita letak Alex Ferguson ataupun Mourinho untuk menjadi jurulatih pasukan yang dibarisi 100 peratus pemain sedia ada,tidak mustahil keputusan yang dimiliki tetap sama seperti hari ini dan sebelum sebelum ini.

    Teman kurang pasti,adakah Coach tidak memiliki kehadiran pemain yang berkualiti ketika sesi pemilihan,ataupun memang sengaja coach memilih pemain sedia ada untuk diberi didikan ataupun kerana simpati terhadap nasib nasib pemain sedia ada.Atau pihak pengurusan gagal mengeluarkan bajet yang besar disebabkan masalah kewangan.

    Kita pada hari ini bagi teman tak perlulah bersedih berduka menangis sehingga menitiskan air mata darah disebabkan kekecewaan yang melanda bagaikan tsunami merempuhi lautan sungai Perak. Saingan musim hadapan bakal menjelma.Sejarah harus kita ciptakannya.Teman mengharapkan agar pihak pengurusan mampu menyediakan sejumlah bajet tahunan yang besar untuk menyediakan angkatan peperangan yang lebih menakjubkan.

    Kalau dulu berjuta pihak menyalahkan pengurusan terdahulu,kononnya gagal menyediakan sebuah angkatan yang berwibawa.....Kini teman cabar kewibawaan yang berada didalam PAFA,jangan pandai menuding jari sahaja,macam orang yang pergi pasar malam nak itu nak ini hanya tahu menunding jari tapi bila suruh dibuat,buntu macam kayu.

    Kalau boleh janganlah pemain pemain yang bakal dikekalkan dengan meletakkan gaji gaji mereka ini terlalu rendah,walhal tenaga mereka mereka ini digunakan macam kuli sepenuh masa,walhal pemain pemain pasukan adalah duta kecil untuk negeri kita.

    Nasihat teman kepada Coach Raja yang berwibawa,seandainya coach masih lagi bersama skuad musim hadapan,kalau boleh ubahlah sikit channel coach,dimana garang biarlah bertempat,bermasam biarlah disudut yang tepat,bergurau senda biarlah kena dengan caranya. Mungkin coach boleh memperbanyakkan perbincangan sesama rakan setugas,rakan rakan dan adakalanya perlu juga sesama pemain,agar perhubungan coach sesama yang berada disekeliling akan dapat sesuatu keputusan yang dikehendaki dengan lebih mudah(insyaallah).

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. faz_lampard

    salam

    Season pon dah habis .. nak bising pun dah tak guna kan ..
    apa yang penting kita pandang ke depan dan optimis team kita akan gempak musim depan .. saya nak cadangkan beberapa pemain yang teman rasa bagus yang patut di pertimbangkan oleh pihak pengurusan. pemain ini bukan lah tergolong dalam pemain kebangsaan tapi teman memang rasa player2 macam ini akan dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan:-

    Mohd Fitri :- PKNS
    Fazliata taib: - Kedah
    azidan :- KL
    Yong kuong Yong : - KL
    Alto Linus :- Sabah -- cam raul meireles dia ni .. haha

    ini player yang teman suke je sebenar nyer .. kalo dapat memang best la .. tapi lebih bagus kita amik salah sorang hardi @ khalid untuk tarik orang datang stadium .. hahaha
    team kene kuat tapi management kena fikirkan bisnes ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. khairol

    salam..

    seingat-ingat teman sebaik tamatnya cabaran piala Malaysia pada tahun lepas (2009) ramai yang mengatakan kita cuba lagi tahun depan ( 2010 ). namun disebalik tamatnya cabaran piala Malaysia pada tahun ini (2010) ramai yang mengatakan kita cuba lagi tahun depan ( 2011). Ah ! cuba lagi. sanggupkah kita berkata lagi sebaik tamatnya cabaran piala Malaysia pada tahun hadapan (2011) dengan mengatakan kita cuba lagi tahun hadapan (2012).

    alamatnya setiap tahun cuba lagi tahun hadapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam

      itu kan lumrah kehidupan.... habis 2009 mestilah menanti tahun berikut nya...2010.. mana ada patah balik ke 2008...orang selalu cakap
      "ok....kita cuba lagi tahun depan..."
      pernah ke dengar..." biar lah... tak ape..kita cuba lagi tahun lepas.."
      kan ke pelik bunyi nye tu.

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. razlan

    salam,

    jika betul2 nak tarik balik peminat ke stadium, antara pemain yang 'super' ialah:

    1) Aidil Zafuan
    2) Zaquan Adha
    3) Khyril Muhymeen
    4) Baddrol Bakhtiar

    empat pemain di atas serta tambahan pemain berkaliber seperti Azidan (KL), Ahmad Aminuddin (Perlis), Irfan (Johor) dapat membantu skuad muda Perak ini untuk kembali ke zaman kegemilangan

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam....

      dalam pemerhatian ayop lah.. susah baddrol dan khyril nak datang perak.. diorang tu punya semangat macam chan kok heng...banyak mana pun offer.... tak layan.. semangat kedah betul tu....aidil dan zaquan akan berhijrah 1 hari nanti.. tapi yang pastinya perak bukan destinasi pilihan mereka buat masa kini lah....cuma apa yang dapat ayop ramalkan.. ada 3-4 anak perak yang akan kembali....nantikan kan lah kepulangan mereka..memang kedatangan bukan diundang... tapi tak salah memberi peluang...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        Untuk pengetahuan mike,saudara ayop, Khairel Muhymeen sebenarnya berminat untuk hadir ke Perak,tetapi disebabkan kehendak keluarganya kekal bersama skuad Kenari(maklumat teman dapat dari familynya sendiri).

        Likes(0)Dislikes(0)
  13. putra8878

    cuba je tarik bekas2 bintang perak tu dulu..contohi tan sri anuarr musa tarik anak-anak kelantan dia main balik dengan team negeri sendiri,tengok ramai tak penyokong deme.bintang tu penting untuk tarik penonton..terus terang teman kata kan untuk team tahun ni sekali pun teman tak penah pergi tengok deme main kat stadium,paseynye tak berminat tengok corak deme bermain..takde tarikan.harap musim depan ada perubahan player

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. chuck

    Salam..

    Rata-rata daripada kita sudah bosan untuk menunggu,mencuba dan menanti harap lagi.

    Player yang kita suggest tu memang antara nama-nama besar serta ada antaranya player yang bakal menyinar dalam industri liga Malaysia kini.

    Tapi sedarkah kita semua yang bintang-bintang itu bukan hak milik kita??menggapa perlu menggapai bintang yang bergemerlapan menyinar cahaya sedangkan kita sedar kita tak mempunyai roket untuk kesana??

    Jika kita berkeupayaan sekalipun untuk menggapainya,pada teman tak perlu membuang masa untuk mendapatkanya.Kerana bintang didalam negeri sendiripun sebenarnya tak habis diterokai lagi.

    "belilah barangan buatan malaysia", "barangan kita product kita"..panggilan pulang rakyat negara Malaysia yang bekerja or berkhidmat diluar negara melalui "skim skill/bakat" ini yang cuba disampaikan oleh kerajaan Malaysia...

    Tak nampakkah akan kita??so,nak watpe rebut star orang lain??kita sendiri jadi kilang create player baru lagi bagus.Cuma kita imagine dan gambarkan mostly player yang bermain dalam liga M adelah datang dari skim bakat anak-anak Perak??Mana yang lebih berharga dari sebutir trophy yang tersimpan didalam almari jika dibandingkan dengan berapa bnyak star yang dah kita create??

    Kejayaan pasukan ataupun kejayaan anak-anak Perak aka rakyat??Dekat sini pun pelbagai permasalahan yang bersangkutan dengan kewangan perkapita keluarga selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi anak-anak Perak.

    "Hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri"

    Sampai bila kita nak mengharapkan kemudahan infrastruktur dari negeri orang??(yang tersiratnya,pembangunan modal insan serta kedudukan ekonomi yang lebih mantan untuk pembangunan Negeri)

    Sebagai contoh,jika pasukan Perak berjaya memenangi sebarang tropy misalanya,apa yang dapat kita perhatikan disitu??

    Hanya sekadar penghargaan dan penghormatan serta mendatangkan rasa gerun pada pasukan lawan selain sejumlah wang ganjaran yang anytimejer boleh habis.Tak lebihpun dari itu.

    Bila kita nak berjaya,biarlah hasil kejayaan tu datang dari sumber asli kita sendiri.Kalo kuat sekalipun hasilnya datang dari titik peluh orang lain,nmpak sangat kekuatan kita adelah pada pengaruh wang dan nama semata-mata.Boleh membuatkan orang mempertikaikan kejayaan kita tue dan bukannya dengan honour.

    100% menyokong penuh PAFA mencari,mencungkil,mengilap serta mempromosikan player baru dalam pasukan Perak untuk next season.Priority adelah rakyat-rakyat yang bernaung dibawah Paduka Seri Sultan Perak,Sultan Azlan Shah.

    Takde sape lagi yang ingin menolong serta memperkasakan lagi mutu dan kualiti permainan bolasepak dinegeri ini melainkan peranan PAFA serta kerjasama dari kerajaan negeri khususnya.

    Biarlah majunya mutu bolasepak di Perak ini mencerminkan kepada modal insanya yang terbilang dalam sukan bolasepak dan bukanlah sekadar bijak berbelanja serta perabiskan dana untuk membesorkan anak kera dihutan semata-mata.

    Dunia biarlah glokal tapi hati bior kekampungan dan kejatian yob!!Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.Jangan biorkan maruah kita dinilai sama dengan beberapa keping wang kertas!!

    Teman doakan kejayaan PERAK..Namamu harum,subur dan mekar dihati hingga keakhirnya...

    Sekian...

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Raul hashim

    Dikhabarkan karathu antara calon coach perak..teman juga dapat berita bahawa fakri & r.surendran ingin menyertai perak tapi buat masa ini pengurusan perak berdiam diri lagi..harap ada perkhabaran positif dalam kem perak. Berita sedih selangor mempelawa razali menyertai selangor..betol ker?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      Untuk pengetahuan mike,Razali masih ada kontrak bersama Perak tahun hadapan.
      Bukan setakat mereka berdua sahaja hendak pulang ke Perak,malah ramai lagi diantaranya,Hardi Jaafar,Azlan Zainal,Hamsani,Shahrulnizam dan ramai lagi.....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. mie

        bagus la.. bekas-bekas pemain perak dulu kembali beraksi dengan perak... dengar cite, ahmad yusuf jadi coach perak musim depan.. betol ke? ape pun, management dapat pilih coach & pemain yang lebih berkualiti dan jangan memlilih atas dasar senioriti sahaja.. hopefully, management perak tak jadi macam dulu... chaiyok Perak..!!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. sunrise

          Salam.....kepada mie

          Teman hairanlah,kenapa tergesa gesa nak menukar coach,walhal Raja Azlan baru 1 musim memimpin pasukan.
          Berilah beliau peluang,dan pengurusan perlu mengetahui apakah kehendak beliau terutama pemain pemain yang ingin dibawa oleh coach untuk diserapkan kedalam pasukan.

          Kita tak bolehlah nak terus menghukum coach,kita lihatlah sendiri mutu pemain pemain yang ada.Sekurang kurangnya pengurusan harus menyediakan satu bajet yang tinggi agar coach boleh bawa masuk pemain pemain yang lebih berkaliber untuk mengisi kekosongan bakal wujud.

          Kepada saudara mie tak perlulah kita mempertikaikan kewibawaan coach.Kalau anda rasa anda sudah bagus anda sendirilah jadi coach.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. mie

            Salam... Kepada yob sunrise

            Teman idok la kata atau menyokong sangat coach Raja Azlan digantikan...cuma ada ura-ura yang mengatakan begitu je.. teman hanya mahukan kepastian...

            Bukan senang nak melatih player-player muda (macam perak ada sekarang) untuk menjadi seorang 'bintang' untuk bersaing dengan player-player yang lebih senior dalam liga malaysia... Pada pendapat teman la...Setiap coach dalam liga malayisa ada cara atau pendekatan masing-masing untuk melatih. Raja Azlan pun ada kewibaannya tersendiri yang mungkin kita tak nampak lagi.. dan mungkin ada lebih banyak coach yang lebih layak atau mampu untuk membawa Perak kearah kegemilangan seperti dulu... tak salah kita mencuba dan mencari coach yang lebih berpengalaman dalam liga kompetatif seperti Weigang, Tony Netto (foreigner) atau Azrai Khor.

            'Coach yang terbaik akan melahirkan player yang terbaik'. Jadi tak salah kalo Perak mencari coach yang lebih baik untuk menjadi yang lebih baik kan?? itu pun bergantung juga kepada kantung yang ada pada PAFA samada mampu atau tidak menggaji coach atau pemain yang lebih baik.

            Sekali lagi teman bukan nak mempertikaikan coach yang ada sekarang, sekadar ingin melontarkan pendapat atau cadangan. '

            Kadang-kadang kita kene pandang jauh ke hadapan, dan bukan sekadar memandang selangkah dihadapan je... Kemungkinan bola sepak malaysia akan dimeriahkan dengan kehadiran pemain-pemain import... ada baiknya, jika coach kita juga adalah dari luar negara agar senang mencari pemain-pemain import yang berwibawa ke Perak seperti zaman Weigang, Tony Netto..yang membawa ramai pemain import yang sangat menyerlah dalam liga malaysia... selain tu, coach itu juga mampu mencungkil bakat dan melatih pemain-pemain muda kelahiran perak...

            teman kat sini hanya mampu mengomen.. kalo teman dah dapat lesen coach, dah lama teman test.. semua yang ada kat kat sini kaki mengomen.. biasa la tu yob.. semua orang pandai cakap.. mampu buatnye idok... hahaha....

            Apa-apa pun.. i'm still loving u, Perak.....

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. sunrise

              kepada saudara mie,tak perlu nak bangkitkan isu mengenai coach sekarang ni, lagipun Raja Azlan masih ada lagi setahun kontrak bersama pasukan,mike cerita zaman weigang,toni netto....kenapa tak cerita mengenai zaman Steve,lagi hancur harap sahaja ada pemain import dan pemain bertaraf bintang tapi apa pun.nak harapkan piala sumbangsih jer ke pun....

              Likes(0)Dislikes(0)
              1. mie

                kepada saudara sunrise, tak semestinya nak tunggu kontrak habis baru nak tukar coach.. teman & penyokong-penyokong lain pun tak sanggup nak tengok Perak terus terjerumus dalam Liga Primer.. Apa-apa pun.. sekarang ni pengurusan baru perak telah pun di isi... Norizan Bakar jadi coach perak menggantikan coach Raja Azlan.. Sama-samalah kita sokong beliau untuk membawa perubahan dalam team Perak... :)

                Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.