TM Piala Malaysia – Kumpulan C – ATM Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Ahad 3 Oktober 2010
Stadium MP Selayang
8:45PM

Perlawanan keempat bagi pasukan Perak pada saingan TM Piala Malaysia 2010 kumpulan C ialah bertandang ke Selayang menentang pasukan ATM esok. Pada perlawanan pertama di Ipoh pada 14 September 2010, Perak sekadar mencatat keputusan seri 2 – 2.

Pada perlawanan tersebut pasukan Perak mendahului lawan dengan 1 gol melalui Shahrizal Saad sebelum ketinggalan 1 – 2 setelah beraksi 10 orang pemain. Namun berjaya mengikat pasukan pelawat melalui tendangan penalti dari Shafuan Adli pada lewat permainan.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi menganggap peluang skuad seladang masih belum tertutup untuk layak ke pusingan seterusnya. “Kita tidak boleh lagi mencicirkan sebarang mata pada baki 3 perlawanan akan datang ini jika mahu layak” ujarnya.

“Justeru itu pengurusan PAFA telah mengambil langkah positif baru-baru ini apabila membawa para pemain, pegawai dan ahli majlis ke kem motivasi yang diadakan di Bukit Larut, Taiping bertujuan bagi memantapkan persediaan mental sesama pemain sepasukan”

Pada masa yang sama pihak SDN turut difahamkan tentang kelibat Razali Umar yang telah mula turun berlatih dan beraksi dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini. Tidak pasti samada beliau akan diturunkan pada perlawanan menentang ATM kelak.

Jadual perlawanan pasukan lain:

Kumpulan A

Negeri Sembilan vs Kelantan
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

PKNS vs Plus FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kumpulan B

Pahang vs Terengganu
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Sabah vs Kuala Lumpur
Stadium Likas

Kumpulan C

Kedah vs Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kumpulan D

T-Team vs Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United vs Perlis
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – ATM Vs Perak (review)

Comments are closed.