TM Piala Malaysia – Kumpulan C – ATM Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Ahad 3 Oktober 2010
Stadium MP Selayang
8:45PM

ATM 0 – 1 Perak

Ada sedikit harapan menanti pasukan Perak apabila bangkit pada perlawanan keempat TM Piala Malaysia 2010 di Selayang apabila menang tipis satu gol menentang pasukan ATM malam tadi. Gol tersebut dijaringkan oleh Shahrizal Saad pada minit ke 73 permainan.

Perlawanan tersebut dilihat seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama namun tiada percubaan merbahaya. 3 pemain yang telah lama berehat iaitu Azmeer, Razali dan Megat Amir turun beraksi pada perlawanan tersebut.

Pada separuh masa kedua, pasukan ATM lebih kerap mengasak namun benteng pertahanan Perak masih kental bertahan sambil Megat Amir bertindak baik sebagai penjaga gawang apabila menafikan beberapa peluang terhidang dari pasukan lawan malam itu.

Gol tunggal Perak berpunca dari hantaran lintang Wan Hossen yang masuk menggantikan Shafuan Adli dan berjaya ditanduk masuk oleh Shahrizal Saad menewaskan penjaga gol tuan rumah untuk menceriakan kira-kira seratus orang penyokong Perak waktu itu.

Perak dilihat cuba memperlahankan permainan selepas itu manakala ATM terus menggandakan asakan bertali arus ke kubu pelawat. Selepas tambahan masa 3 minit pengadil perlawanan meniup wisel penamat untuk Perak membawa 3 mata berharga pulang ke Ipoh sebelum berhadapan dengan Kedah pada 6 Oktober nanti di Stadium Perak.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
Thevaggaran
Syazwan
Arif Ismail
Azmeer
K. Nanthakumar
Shafuan Adli – 2
Nazri Kamal – 1
Isma Alif
Razali Umar – 3
Shahrizal Saad

Pertukaran:

Nurridzuan – 1
Wan Hossen – 2
Khairul Izzat – 3

Keputusan Perlawanan Lain 3 Oktober 2010:

Kumpulan A

Negeri Sembilan 2 – 2 Kelantan
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

PKNS 3 – 2 Plus FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kumpulan B

Pahang 0 – 2 Terengganu
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Sabah 3 – 2 Kuala Lumpur
Stadium Likas

Kumpulan C

Kedah 0 – 0 Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kumpulan D

T-Team 1 – 2 Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United 0 – 5 Perlis
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – ATM Vs Perak (result)

  1. zizou85

    Seronok tak ingat bila tengok result 1-0...Tak sia-sia pergi ke stadium...Mula-mula terkejut dengan jumlah penyokong ATM yang cukup ramai....banyak betul trak-trak, bas dari semua kontigen ATM datang bagi support. lebih kurang 3-4 ribu paling kurang, Siap dengan grup pancaragam yang tak henti-henti mainkan lagu-lagu semangat dari sebelum perlawanan sehingga tamat game....Walaupun kalah, lagu masih dimainkan...mungkin deme dapat arahan orang atas.
    Boleh dinobatkan sebagai penyokong terbaik dari segi kreativiti dan semangat.

    1st half memang membosankan. Tak banyak yang boleh dibanggakan. Masuk 2nd half, barulah perlawanan lebih pantas, dan Perak mula melancarkan serangan berbahaya. Ternyata ATM memang pasukan yang agak pantas serta lebih menguasai perlawanan tersebut. Pertahanan Perak beraksi amat baik kecuali Thevagaran yang kerap terjatuh dan kerap diperdaya oleh pemain sayap lawan.

    Midfield, Hanya Nantha yang benar-benar berkualiti. sementara Nazri masih sama, iaitu kerap suka bermain secara individu yang akhirnya kerap hilang bola. Ternyata beliau bukan pemain sayap yang bagus. Nurridzuan yang masuk menggantikan beliau, mempunyai potensi yang cukup baik dengan larian-larian pantas serta kawalan bola yang lebih baik...

    Wan Hossen, menjadi penggerak dalam merancang gol , ternyata beraksi dengan cukup dedikasi pada malam tadi...Shahrizal pula banyak memenangi 'aerial battle' dan itulah kelebihannya...Razali adalah penyuntik semangat kepada para penyokong..2nd half dia mula mempamerkan larian-larian pantas yang memaksa pemain lawan membuat bentesan keras sehingga beliau injured.

    Kesimpulannnya, hanya gem 2nd half yang dapat menyelamatkan perlawanan secara keseluruhan...tetapi result 1-0 itu yang lebih penting.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pachenko

    Nyanyian "ipoh mali tarak sombong" bergema di stadium Selayang semalam haha. kami nyaris2 tak kena pukul dengan penyokong ATM yang emosional sangat semalam. Mentang2 fan Perak sikit berani la kome hehe.. Apa2 pun good game semalam.

    ATM yang siap bawa 10 battalions fan & pasukan pancaragam terkedu bila Perak berjaya menjaringkan gol tunggal semalam.
    Lepas gol tersebut fan ATM dah macam meroyan semacam cuba mengancam penyokong2 Perak yang ada di stadium Selayang semalam.

    Dah rasa macam berada di Stadium Senayan, Indonesia bila fan ATM mengancam fan Perak & ajak kami bergaduh. Fan Perak ada la dalam 10 orang semalam tapi kami cukup bersemangat dengan nyanyian lagu dan gendang kami yang tak seberapa tu. Mana fan Perak yang lain menghilang? Mungkin terlebih makan lemang masa pegi open house kot.

    Kredit untuk player Perak semalam yang bermain bermati-matian untuk mencapai kemenangan kita yang pertama. Nanthakumar wajar diberikan gelaran "man of the match" untuk game semalam.

    Tapi yang penting tahun depan Perak tukar ler coach sebab tektik dia memang ntah apa2. Kami fan Perak "Ultra Malaya" bangga dengan permainan pasukan Perak semalam. Datang la ke stadium yob. Support our team.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. aziz

    Salam... ...

    Tahniah kepada pemain pemain yang bersemangat tinggi dengan mencapai matlamat utama iaitu mengecapi 3 mata yang paling berharga...

    Tahniah juga kepada pemain pemain yang sudah lama tidak dapat beraksi dan diberi peluang kembali untuk memperagakan persembahan masing masing diatas padang dengan penuh bergaya.

    Tetapi apa yang paling menghairankan sekali,kenapa dan mengapa,pemain pemain ATM mampu untuk menendang dan menahan bola dengan kemas tetapi disebaliknya yang dilakukan oleh pemain pemain pasukan Perak.

    Untuk pengetahuan kalian teman diantara penyokong yang berada di tempat duduk penyokong pasukan yang berpancaragam,kami lihat pasukan Perak sebenarnya memiliki pemain pemain yang berkualiti,cuma Raja Azlan perlu berkerja dengan lebih kuat untuk mendidik pemain pemain sedia ada kearah lebih cemerlang.

    Buat pertama kali tahniah diucapkan kepada Raja Azlan kerana berjaya mengeluarkan Nazri Kamal secepat mungkin. Ketiadaan Nazri Kamal,jelas corak serangan permainan pasukan Perak lebih bagus dan menarik.

    Kalau boleh rehatkanlah dulu Nazri Kamal,kerana aksi beliau mengganggu rentak perlawanan.Beri peluang pula kepada Penjaga gol muda pasukan Khairul Amri beraksi,janganlah simpan bakatnya sampai berkarat.

    Jangan pilih kasih !!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Saya setuju ngan aziz, rehatkan nazri kamal...dia antara pemain yang off-form, demotivated, overconfident...namun saya rasa, posisi terbaik dia ialah di bahagian tengah,ataupun sebagai attacking midfielder.. namun tabiatnya yang suka bergerak solo dan kerap hilang arah menjadi satu kerugian dan pemusnah semangat pasukan sendiri.

      Nurulidzuan seorang pemain muda yang laju serta mampu menggelecek 2-3 pemain...harap-harap potensi beliau dapat digilap dengan kaedah yang betul

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB Post author

        Nama pemain yang jersi 26 tuh ialah Nurridzuan bukan Nurulidzuan. Biasanya coach panggil dia Nurri. Sorang lagi Wan Hossen bukan Wan Hussyein.

        Jangan aci sedap je panggil nama orang sesuka hati. Penat mak bapak dia tak tidor siang malam gamaknya nak memikiorkan nama anak deme. Mike tetap memandai panggil nama lain jugak.

        Teman dah bagi ingatan, jangan kate teman tak kasi amaran lepas ni, bukan untuk mike je, sama untuk pengguna lain jugak.

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam..

    Selamat berjuang berhabis-matian sehingga ke tiupan terakhir wisel final TM Piala Malaysia season ini..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    Salam....

    Tahniah kepada semua pemain Perak kerana tidak menghampakan harapan kami untuk melihat team menang walaupun hanya 1 gol sahaja diperolehi,apa yang penting 3 mata.

    Teman tidaklah mengatakan bahawa team Perak mempersembahkan persembahan yang begitu bagus,kerana sepanjang musim ini,dimana walaupun pasukan bermain didalam perlawanan persahabatan,teman tetap akan ada ditempat duduk penyokong,teman yakin sangat pemain pemain pasukan Perak sebenarnya mampu untuk memperagakan satu mutu permainan yang lebih berkualiti dari apa yang dipersembahkan semalam.

    3 mata yang dicari sudah dapat digenggami,tapi harus ingat pasukan belum boleh menarik nafas lega,kerana 2 perlawanan yang berat sedang menanti,percaturan jurulatih memainkan satu peranan yang paling penting demi memastikan 6 mata lagi bakal dimiliki untuk pasukan Perak.

    Ayuh wahai pemain pemain (DUTA PERAK) buktikan bahawa skuad Seladang mampu langkah dengan penuh bergaya,tunduk tanda kesyukuran,mendongak tanda kepuasan........ Pastikan maruah negeri Perak terus disanjung.

    Tapi yang paling bermasalah kini,pastikan pengadil tidak memijak kepala seladang...........dengan sewenang wenangnya.

    Peratus yang harus diberi kepada pengadil yang mengadili perlawanan ini hanya 39/100

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    Sebelum keluar dari bilik persalinan untuk memulakan separuh masa kedua, pemain dan pegawai pasukan bersama-sama melaungkan "Apa yang penting, kerjasama! Apa yang penting, kerjasama!" hehehe teringat kartun wonderpets

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. belanak

        Salam..

        itulah azimat dan keramat nya 'apa yang penting.. kerjasama!'

        teman dah kabor dari awal.. tanam kan dalam diri masing-masing, insyaAllah.. kita pasti akan berjaya!

        tahniah dan teruskan usaha..

        apa yang penting... kerjasama..
        apa yang penting... kerjasama..

        Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi

    Salam.

    Corak permainan sama je. Lebih kurang game-game yang lepas. Cuma ada luck sebab ada usaha yang lebih sikit ke arah itu. USAHA TANGGA KEJAYAAN.

    Bab penyokong ATM yang dibincangkan di atas, deme memang macam tu. Yang ajak gaduh tu maybe bukan orang Perak. Negeri lain tu. Kalau orang Perak even dia pakai sut merah pun dia lompat masa Perak gol. (Teman salah sorang hahaha)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam...

      ayop sokong kata-kata syidi tentang penyokong ATM...
      deme memang camtu..... kat mana-mana pun camtu lah... biasalah, malam minggu kena detail nama pegi menonton... mahu nye tak mental masa sendiri...yang ajak gaduh tu anak negeri kelantan lah kut..... kampung deme pun je yang selalu bab gaduh2 ni....

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.