Perak FA | Perlantikan Jurulatih & Persiapan Musim 2011

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Satu mesyuarat ahli majlis telah diadakan petang tadi bermula pukul 2:30 petang dan berakhir sekitar 6:30 petang dengan perbincangan untuk melantik barisan pengurusan baru pasukan. Berikut adalah senarai pegawai yang telah dilantik pada mesyuarat tersebut.

Pasukan Liga Super Perak 2011

Pengurus: Khairul Azwan Harun
Penolong Pengurus: Ishsam Shahruddin & Ahmad Shahrul Azhar
Ketua Jurulatih: Norizan Bakar
Penolong Jurulatih: Chong Yee Fatt
Jurulatih Penjaga Gol: Abdul Talib Saidi

Pasukan Piala Presiden Perak 2011

Pengurus: Haji Joharuddin Johar Ali
Penolong Pengurus: (akan dilantik kemudian)
Ketua Jurulatih: Abu Bakar Fadzim
Penolong Jurulatih: Shamsul Saad
Jurulatih Penjaga Gol: Ramli Talib

Likes(0)Dislikes(0)

97 thoughts on “Perak FA | Perlantikan Jurulatih & Persiapan Musim 2011

  1. spectator

    tahniah..tahniah...harap barisan kali ni lebih menggegar....dan mudah-mudahan pemain-pemain yang akan dipilih kelak akan mendatangkan lebih banyak keyakinan kepada para penyokong untuk mula kembali memenuhi stadium.... amin...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Tahniah.. Memang tahniah. Harap jugak PAFA bagi peruntukan yang banyak untuk cari balik anak-anak Perak yang berterabur sekarang ni. Kalau tak, jangan harap.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. ausbos

    walaupun pemain-pemain belum diumum untuk season depan tapi teman nampak ada perkembangan positif dalam pasukan perak tahun depan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Fiq

    Salam..

    Dengan perlantikan barisan pengurusan yang baru ini diharapkan mampu membawa kejayaan pada saingan yang akan datang, sekurang-kurangnya satu piala. Untuk saingan 2011, diharap dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada jurulatih yang dilantik agar pasukan Perak digeruni lawan disegani rakan seangkatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam....

    Teman lihat barisan pengurusan yang baru bagi pasukan Piala Presiden nampaknya amat baik sekali dimana memiliki barisan jurulatih yang amat menghairahkan terutama kehadiran jurulatih penjaga gol yang dulu ketika beliau menjadi pemain adalah seorang yang hebat dan gelaran untuk beliau Ramli Jambu.

    Diharapkan barisan pemain yang akan dipilih dalam pasukan Piala presiden akan lebih bergaya musim hadapan,dan akan wujud lagi pemain pemain berkaliber yang boleh diterapkan kedalam pasukan utama.Jangan fikirkan kejuaraan,yang paling utama fikirkan bagaimana untuk mencari pemain yang berbakat diluar sana,wujudkan sebuah kilang yang melahirkan bintang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Sunrise.. Sejak dua menjak ni tim Presiden macam kilang yang dah nak bankrup. Hasil nya kalau ada pun lemau. So, kena cek balik dari atas sampai bawah.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        memang betul apa kata kata mike,tapi masalah kembali berulang juga apabila barisan skuad piala presiden kini hanya memiliki jurulatih sahaja,maka masalah kini ialah jurulatih masih lagi memikirkan siapakah pemain pemain yang bakal mereka miliki,

        Apa apapun,tahun depan janganlah kita terus melatah kerana musim baru dan barisan pemain yang baru bakal kembali kedalam skuad.

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Salam..

    Alhamdulillah,syukur...terasa kepimpinan baru yang ade kini begitu komited serta excited bagi mempersiap,memperkemas serta memperkukuh-kuatkan lagi pasukan.Satu perkembangan yang pada pemahaman teman cukup positif dan terbaik.

    Mengulas lanjut berkenaan rombakan serta perlantikan baru barisan kabinet pasukan Perak,teman merasakan ianya adalah satu tindakan yang cukup drastik selain mempertaruhkan Norizan Bakar selaku head coach pasukan.

    Apa yang teman perhatikan sebelum ni, Norizan Bakar adelah seorang jurulatih yang cukup berpengalaman serta berkaliber.Rekod beliau boleh juga diklasifikasikan agak baik juga.Mengimbau sejarah kegemilangan beliau bersama skuad Perlis dan tak dilupakan juga rekod buruk beliau ketika membimbing skuad Penang.

    Apa yang dapat disimpulkan disini adelah,rekod baik beliau ketika memiliki player import bersama Perlis. Namun agak meragukan pabila beliau melatih skuad Penang yang tanpa menggunakan tonggak import.

    Namun,secara positive thinkingnya,beliau juga layak diberikan peluang bagi membimbing skuad bergetah Perak ni.Tak salah jika beliau menterjemahkan rumusan yang beliau ada bagi membimbing skuad Perak untuk terus memacu kejayaan.

    secara indirectnya,teman just nak bagitau yang rekod sejarah Norizan Bakar bukanlah asing bagi nama-nama peminat bolasepak tanah air.So nak melabun camner pun berpikiorlah 2-3 kali.

    Seterusnya,harapan teman pada kepimpinan baru ini agar meneruskan kesucian,kemurnian bagi memperkasakan Manpower (football player) muda Perak bagi dikormersilkan ke peringkat yang lebih tinggi samada bagi pasaran domestik mahupun antarabangsa.

    Walaupun kita semua sedia maklum yang proses ini adelah melibatkan dari akar umbi,namun dari produk yang ade kini,teman mengharapkan dengan sentuhan "magis" dari Norizan Bakar untuk menterjemahkan ianya menjadi bintang yang bersinar kilauan dipersada bola sepak tempatan kita.

    Bagi pemilihan player pula,teman mengharapkan kepimpinan tertinggi PAFA tidak terlalu cepat melatah dengan desakan dari segelintir penyokong yang mahukan penarikkan kembali bintang-bintang ternama dari pasukan lain.Apa yang teman mahukan adelah,kita berpijak dibumi yang nyata langsung meneruskan objektif utama kita sebelum ni untuk melahirkan bintang-bintang baru.

    Paling membanggakan adelah jika bintang yang bersinar itu mula bersinar memberikan cahaya hasil didikan-asuhan tangan kita sendiri.Bukanya menantikan bintang yang sudah digilap dan hampir malap and then kita pakai.

    Apa yang teman dapat perhatikan disini ialah,kebijaksanaan pengendali pasukan memberikan peluang,ruang dan masa yang sebaiknya kepada player. Nurshahrul Idlan Talaha dulu main Perak,so skang ni kita lihatlah hasilnya.

    80%-100% priority untuk bakat muda dari negeri Perak patut diketengahkan oleh pihak pengurusan PAFA serta head Coach bagi menjadi player bola sepak profesional Negeri Perak.

    Harapan yang teman letakkan pada pasukan juga tidaklah terlalu tinggi."ukur baju badan sendiri" pepatah yang amat sesuai digunakan.Tapi biarlah pasukan ini menjadi sebuah pasukan yang digeruni mahupun liat untuk dijinakkan biarpun kita sedia maklum kita dalam proses PnP (pelajaran dan pembelajaran).

    Insyallah dengan kebijaksanaan pengurusan PAFA dan teknikal yang yang lain,cepat dan lambat sebuah pasukan star Perak lambat dihasil serta dibentukkan kelak.

    Teman mendoakan yang terbaik untuk pasukan. "Kita adelah sejarah dan bukannya kesan tinggalan sejarah".

    Renung-renungkanlah dan selamat mencuba.

    Salam Qaulan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Teman harap tragedi AFC Asian Cup 2007 yang berlaku kat pasukan Malaysia tak berulang semula pada pasukan Perak untuk musim yang akan datang. Fobia gila rasanya masa tengok Malaysia kena baham 5 - 1 vs China kemudian kena balun lagi 5 - 0 dengan Uzbekistan. Lepas fans semua mengamuk luar stadium dan dalam akhbar marah-marah pasal taktikal beliau yang $#!@$% tuh, then kurang skit kalah 2 - 0 masa lawan Iran.

      Jenuh jugak teman dengan geng-geng fans lain buat demo Black Parade dulu suruh orang FAM letak jawatan termasuk coach sekali. Tak sangka pulak ada orang bijak pandai dalam PAFA pegi ambil pulak coach yang sama buat teman tak tidor malam masa tu.

      Apapun teman harap sangat team Perak kita ni tak macam orang kate keluar dari mulut singa masuk pulak mulut naga. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya taufan di tengahari.

      P/S: Video Demo Black Parade tuh sampai la ni teman masih simpan lagi, jangan sampai kena keluar balik udah le, huhuhuhu.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. sunrise

      Teman nak tergelak pun ada dengan komen mike chuck, untuk pengetahuan mike Norizan Bakar sebenarnya kurang berminat dengan pemain pemain muda,beliau lebih gemar menggunakan tenaga kuda kuda tua.

      Marilah kita tengok apa akan jadi dengan pasukan Perak musim hadapan.Jangan hanya nak mencari pemain pemain bintang sahaja,tapi habuk pun tak guna.

      Teman juga mengharapkan agar pemain pemain yang bakal bermain untuk pasukan Perak musim hadapan janganlah mencari sumber sumber haram untuk mengisi perut,carilah hasil yang halal.

      Kepada pengurusan Pafa yang baru ini,janganlah menggadai maruah kami anak anak jati negeri Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    Salam..

    Harap pihak admin SDN dapat memberikan profile view dan latar belakang sejarah serba-sikit bagi senarai nama lantikan Teknikal skuad Perak 2011..

    TQ

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. tmgsari

    Salam............

    TAHNIAH kepada barisan pengurusan baru pasukan 2011.Semoga ada sinar untuk pasukan Perak terutamanya pasukan liga super.Untuk liga super ,saya harap panel pemilihan pemain dapat memilih pemain secepat mungkin agar tidak diulangi perkara yang sama seperti tahun-tahun yang lepas, dimana lambat membentuk pasukan.Lebih cepat pasukan dibentuk,lebih persefahaman dan kerjasama antara pemain dapat dimantapkan.

    Di harap panel pemilihan membuat pemilihan yang TELUS tanpa mengira REPUTASI atau STATUS pemain, yang penting pemain dapat mengikut perancangan dan keperluan pasukan.Kalau boleh panel pemilihan turun ke daerah untuk mencari pemain-pemain yang berbakat,mungkin terjumpa penyerang seperti SUPER MOKH.Saya menyatakan sedemikian kerana ada pemain tidak dapat hadir semasa sesi pemilihan atau pun ada unsur-unsur lain yang menyebabkan pemain tersebut tidak dapat dipilih.Saya berharap sangat agar panel pemilihan membuat pemilihan yang TEPAT dan TELUS.Semoga 22 pemain yang dipilih oleh panel pemilihan nanti mampu bermain bukan setakat mencukupkan syarat 22 pemain saja.Kalau boleh kesemua 22 pemain tersebut boleh mengisi kesebelasan utama pasukan.

    Diharap panel pemilihan merujuk dan memberi kerjasama pada ketua jurulatih Norizan semasa membuat pemilihan agar mengikut apa yang beliau rancangkan untuk pasukan.Semoga tahun 2011 merupakan tahun KEBANGKITAN pasukan Perak bukan lagi dengan memberi alasan pasukan pemain muda,kurang pengalaman dan sebagainya.PERAK DULU,KINI DAN SELAMANYA............................................KEJOR YOB KEJOR................................................SKOR YOB SKOR.......................

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam..

      Pada teman, bagus cadangan mike. Untuk masa depan, itu lah yang sepatutnya yob. Bukan sekarang, patutnya sekarang dah tuai hasil 2-3 tahun lepas. Upgrade kan Liga tempatan (di Perak) antara kelab-kelab peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.

      Teman amat setuju panel hakim harus telus jangan pilih bulu. All da best for our team!

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. myo abol as

    Tahniah diucapkan kepada individu-individu yang telah dilantik yang bakal menerajui hala tuju pasukan pada musim depan. Selamat datang juga diucapkan buat ketua jurulatih baru iaitu En. Norizan Bakar. Diharapkan ketua jurulatih baru pasukan tidak mendapat nasib yang hampir sama dengan dua bekas jurulatih pasukan sebelum ini. Dipuja bagai wira diawal musim namun dicaci bak si lemah di akhir musim. Mintak-mintak nasib yang sama tidak menimpa ketua jurulatih yang baru kini. Perlu diingatkan, bukannya dua bekas jurulatih sebelum ini tak bagus ataupun tak pandai tapi nasib tak menyebelahi mereka. Apa pun mereka telah pun melakukan yang terbaik buat pasukan dan tak salah andai kata nak ucap ribuan terima kasih.

    Buat penyokong-penyokong pula, diharapkan supaya berfikir dengan realistik. Be realistik okay. Janganlah terlalu meletakkan harapan menggunung tinggi. Bagai mengharapkan bulan jatuh ke tanah. So agak-agak le sikit. Bukannya apa, taknak jadi macam yang lepas-lepas. Mula-mula tu bukan main lagi puji melambung, last-last caci maki pula jadi mainan mulut. Bukan tak yakin dan bukan nak merendahkan moral sesiapa pun cuma taknak nanti ada yang labelkan pasukan dan coach dengan macam-macam statement lagi.

    Teman masih ingat lagi, ada seorang individu tu yang melabelkan pasukan sebagai pasukan budak-budak dan memalukan. Kalau dah penyokong dari tanah tumpahnya darahku sendiri yang labelkan dengan statement sebegitu so bagaimana pula tanggapan penyokong-penyokong pasukan lain..? Ingat yer, pasukan kita pernah dilabelkan sebagai salah satu pasukan elit sebelum ini dan ia bukannya diberikan oleh kita sendiri tetapi ia diberikan oleh pemerhati-pemerhati bola sepak di luar sana. Oleh itu, biarlah ada sedikit rasa hormat pada pasukan sendiri. Masa pasukan tengah top of the table bukan main lagi tak malu mengaku loyal fan. Bila pasukan jatuh maka lupa semuanya. So jangan jadi lalang..!!

    Apa yang penting di sini, adalah sokongan yang berterusan. 'Liverpool' kalah memanjang boleh sokong takkan pasukan sendiri tak boleh kot. Teman tengok tak jugak cantik mana performance they all tapi tak pulak kita malu nak nengoknya yer.. Takde pulak yang nak komplen main macam budak-budak pun..!

    Kunci kekuatan pasukan adalah sokongan padu dari penyokong-penyokong. Maka pastikan sokongan kita berterusan. Walau apapun keputusannya, kita harus telan bersama. Jangan le bila senang jer nak sama-sama.

    - Buat hamba Allah yang pernah melabelkan pasukan sebagai pasukan 'keanak-anakkan tu, pikir-pikir la balik apa yang anda cakapkan tu. Jangan jadi 'Lalang Terhormat' sudah. Malu woo...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Haha..ramai jadi lalang, tak caye tengok le..nak tau lalang tak lalang nanti kalau pegi stadium ade je suara-suara sumbang yang bising-bising komplen itu ini, last-last tanye dia 'aa..sape player perak yang pakai no. 26 tu ye?' Haram tak tahu nama pun! Datang pun sebab last week Perak menang. Tu la hakikat yang jadi sekarang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. hazwan

    Tahniah kepada pengurusan bola sepak perak yang baru dilantik....semoga team bola sepak perak tahun 2011 akan lebih cermerlang daripada tahun 2010....diharap pafa dapat melakukan yang terbaik dalam mencari pemain baru pada musim depan.....pemain yang berpengalaman perlu di cari oleh pafa bagi membentuk pasukan yang matang pada musim depan

    itu adalah harapan seluruh peminat bola sepak perak yang sentiasa berada menyokong team perak dan dahagakan piala untuk di bawa pulang ke negeri perak setelah sekian lama menyepi........

    maju pafa maju perak............
    bola sepak perak tetep no 1

    kejor yob kejor.....skor yob skor..........

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. syidi

    Salam.

    Semua muka baru yang akan mewarnai skuad Perak. Tak sangka, perubahan drastik dibuat. Teman tak pasti apa kreateria yang dipakai untuk memilih barisan ini. Tapi teman tetap yakin dengan keputusan PAFA dan menghormatinya kerana PAFA berani membuat keputusan yang harap-harapnya akan baik jadinya.

    Pada teman, masalah Perak bukan terletak pada kejurulatihan semata-mata, tapi masalah konsistensi pemain juga perlu diambil kira. Harap, pihak pengurusan dan kejurulatihan baru menggarapkan sesuatu yang positif untuk membentuk disiplin pemain yang merupakan tunjang utama untuk berjaya.

    Tak sabar teman untuk melihat tim Perak bernafas baru. Kita sama-sama tunggu dan lihat nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. hazwan

    salam........

    dengan tubuhnye jawatankuasa yang baru ini diharap bola sepak perak yang semakin jatuh ni dapat kembali pulih seperti dulu-dulu yang di anggap sebagai team pilihan.....

    jangan tunggu lagi sampai tamat piala malaysia yang akan berakhir minggu depan untuk mencari player baru...kita perlu dari sekarang mencari player baru.....dengan adanye barisan pemain-pemain muda yang lama di bantu pula dengan jurulatih yang berpengalaman,teman percaya perak akan maju musim depan....pafa perlu mencari beberapa muka baru musim depan yang berpengalaman untuk membimbing player2 muda antaranya seperti

    fakri, r. surendren. amri yahya. eddy helmi. khairulnisam sahabudin, lew kit kong, akmal rizal, fauzi nan..shahrul nizam mustaffa..

    di harap pafa dapat menilai dan membuat sesuatu keputusan yang tepat demi memejukan bola sepak perak seperti dulu...

    kami sebagai penyokong akan sentias berada di belakang untuk menyokong bola sepak perak..........

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam...

      menyambut impian en hazwan tu.... ada yang ayop rasa tak seri lah kalau main untuk perak... amri yahya, akmal rizal, fauzi nan tu rasa nye tak perlu lah....dah nak monopus dah..

      kalau coach cikgu jan punya selera ayop rasa macam:

      1. thirumurugan (kedah)
      2. s.canturu (kelantan)
      3. r.surendren (selangor)
      4. shahrul nizam mustafa (kedah)
      5. norhafiz zamani misbah (kl plus )
      6. harizul izuan (pkns)
      7. fauzi majid (pdrm)
      8. liew kit kong (selangor)

      dan pemain perlis.. ayop dah lupa dah nama dia.. tapi asal dia perak... tolong salin catitan ayop ni dan tolong bagi kat coach norizan bakar.... mudah2 an

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Bagus mike2 ni bagi cadangan yang agak bernas. Tapi persoalannya sekarang, berapa peruntukan yang diperuntukkan untuk cari balik pemain-pemain ni? 10 ribu? 15 ribu? 20 ribu? atau angka lain yang munasabah? Atau satu angka yang kalau disebut memang tak munasabah?

        Perkara utama yang perlu sebelum cari pemain adalah KOS. Atau dana yang diperuntukkan. Dari situ baru boleh plan nak beli Rooney ke Messi..

        So, PAFA mesti plan semua ni. Harapan penyokong amat tinggi, tak kesian ke tengok kami2 ni?

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. zizou85

          Pada teman , Perak perlu cari sekurang-kurangnya 4 pemain yang berpengalaman dan mantap di posisi striker (1) , attacking mid (1) winger (1), defender (1) untuk menetapkan sasaran top 5 next year..

          Teman expect Top 5 tu kira dah tinggi sangat tu....

          antara sasaran terbaik Perak - Norhafiz Zamani (Defend), Shahrul Nizam ( Midfielder) , Striker ( Indra Putra, Safee Sali, Bernard Samuel..)

          Likes(0)Dislikes(0)
  12. ausbos

    salam......kalu semua nak bawak masuk balik ke perak kos memang tinggi..tapi kalu setakat sorang dua key player mungkin boleh...cari yang betul-betul memerlukan..contohnya serangan dan tengah...ada rezeki dapatkan bahagian lain plak
    semoga berjaya......

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. putra8878

    Tak payah la kome2 nak ngajor PAFA buat keje deme..biorkan le deme buat dulu..pasal dana ke player mane yang nak di pancing ke tau le deme nak nguruskan.Dato president pun dah war2 kan sesape anak perak yang nak balik main dengan perak pintu terbuka luas...so kita paham sendiri la apa yang pafa cuba lakukan untuk musim baru nanti..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Tak boleh jugak bior senyap gitu yob, dulu pasal bior pandai deme mengurus tu yang mike, teman dengan kawan-kawan lain kat Stadium MBPJ nun buat demo, lupa? Sikap fans memang suka bercakap, menegur, komen, bla bla bla (mike tambah sendiri lagi) pasal pasukan bolasepak Perak ni. Walaupun teman perhatikan ada ketikanya cadangan deme tu semua mengarut dan tak masuk akal.

      Hakikatnya manusia suka bercakap dan akan terus bercakap selagi dia mampu nak bersuara dan ada ruang untuk dia meluahkan suara dia. Samada orang lain nak dengar, terima atau bangkang itu soal kedua. Yang penting dia boleh puaskan hati dengan dengan luahan fikirannya.

      Biasa tengok kat TV cite omputih yang pakar terapi duduk dekat pelanggan yang dok baring membebel bercerita masalah dia berjam-jam?. Itu semua dibayar mahal semata-mata nak meluahkan perasaan je yob. Masalah yang client tu cerita tak selesai pun.

      So tak perlulah mike tegur orang lain yang nak meluahkan apa yang deme nak luahkan. Anggaplah SDN ni macam pakar terapi yang boleh dengar masalah kome tapi tak tentu boleh selesaikan masalah tu pun.

      talk_therapy.jpg

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. ausbos

        ape yang YB katakan tu betul...saya sokong...ruangan macam inilah kadang kala menjadi tempat bertukar pandangan dan ada kalanya berguna kepada semua pembaca termasuk pihak pengurusan PAFA jika mereka juga membacanya...

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. seansan

        Komen bukan berkenaan artikel: Banyak teman tengok gambar-gambar seperti diatas, baru teman tahu itu pakar terapi tengah ambil rekod. Ingatkan sebab apa.

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi

      Kalu macam tu kita tunggu dan lihat je. Teman memang tak sabar nak tengok penampilan Perak dalam TM Liga Super 2011, (TM lagi ke)?

      Likes(0)Dislikes(0)
  14. hazwan

    salam..........

    memang betul soal peruntukan dana perak sekarang menjadi persoalan,....itu sebab pafa perlu lakukan sesuatu...bukan nak ajar pafa buat keja tapi just bagi pendapat la....sape lagi kalau bukan kite sebagai penyokong...hakikatnye memang kene cari pemain baru musim depan walaupun tak banyak. 1 , 2 orang yang boleh membimbing pemain muda yang ada pun dah cukup kalau nak tengok kembali bola sepak perak macam dulu. terutama tengah dan penyerang....

    teman punye pendapat macam 2 la..
    harap pafa dapat melakukannye yang terbaik demi bola sepak perak.

    selamat maju jaya buat pafa....
    kami sentiasa menyokong anda...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Sebelum fikirkan dana plak, kena fikir mana nak cari sumber dana tersebut? Macam mana nak tarik sponsor? Ingat senang ke jadi PAFA? Fuhhh...Teman doakan semuanya akan berjalan lancar.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. ayop

      kerajaan negeri banyak duit.... yang tak ada duit nya PAFA...di awal musim presiden bagitau, kalau YB Nizar letak jawatan, kerajaan sedia membantu untuk pentadbiran PAFA yang baru.....penyokong mungkin terlupa... tapi itu TER je... bukan lupa

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. hazwan

        buat pengurusan pafa ada lebih baik duduk satu meja berbincang macam mana nak dapatkan dana musim depan...
        adakah kita semua lupa janji-janji kerajaan negeri menteri besar sendiri cakap yang beliau nak tolong pafa????apa tunggu lagi ajurkan la kenyataan ini pada kerajaan negeri kot-kot impian perak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan negeri menjadi kenyataan....
        rata-rata rakyat perak meminati sukan bola sepak terutama bola sepak negeri...

        kalau pafa mohon pertolongan dana kewanga dari kerajaan negeri tak mustahil kerajaan negeri akan mendiamkan diri saja ibarat ayah dengan anak la kerajaan negeri dengan pafa..... tak kan kerajaan negeri nak tengok anak sendiri pafa jadi lebih teruk...betul tak???

        sama-sama la renungkan.......adakah kenyataan betul ataupun tak.....

        majukan bola sepak perak adalah harapan peminat bola sepak yang inginkan kemajuan ...

        Likes(0)Dislikes(0)
  15. Raul hashim

    Antara bakal player yang akan menyertai Perak adalah....R.Surendran, Fakri, Fauzi Nan, Fauzi Shaari,. Ni dalam perbincangan dengan pengurusan Perak. tak tau le kome setuju ke tak kalau deme ni diambil sertai Peraknanti teman kabo kalau ada yang tengah dirisik oleh PAFA.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Alhamdulillah..harap-harap ada perkembangan positif. Gamaknya pas ni penyokong Perak bakal kembali menggegarkan mana-mana stadium pun macam dulu.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. zizou85

        ok jugak tu ...sebab semua nya ade exprience yang banyak....kalau ada gandingan yang ampuh antara player muda dan senior, teman ghase next year kita boleh beat mana-mana team....

        problem utama kita - serangan dan tengah...defensive masih ok, tapi keeper tuh kurang pasti....

        Likes(0)Dislikes(0)
  16. sdarerepasi

    Salam..

    Tahniah kepada kepimpinan baru pengurusan Perak nie..teman taknak ler cakap pasal player yang patut dibawak balik ke sini ke ape ke..itu semua dah ada dalam perancangan pengurusan pasukan kita. Pada teman pemain yang main dan terpilih nanti kena ikhlas berbakti dengan pasukan kesayangan kita ni. Tak guna bawak pemain ''star'' pun kalo main tak mencapai tahap nilai pemain tersebut dan main sebab ada agenda mereka tersendiri. Itu sahaja pesanan teman dan pada pihak pengurusan.Jadilah Pengurus yang efektif dan berwibawa..

    p/s: teman taknak pisang berbuah dua kali...pikir pikir kan lah...

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. sdarerepasi

        tapi lebih fokus pada team perak la kan....
        sebelum ubah orang lain,,ubah diri sendiri dulu..lebih kurang macam tu lerr....

        Likes(0)Dislikes(0)
  17. YB Post author

    Dalam pada kita seronok berposting ni jangan lupa ikut peraturan. Ringkasan ala sms tu elok kome pakai kat handphone kome je atau dalam shoutbox nun. 1,2 ayat teman betulkan le, kalau sampai 4,5 ayat teman delete terus. So pada sape yang rasa posting dia tak keluar tuh, paham-paham le kenapa, jangan sampai username pulak teman delete udah le.

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. chuck

    Salam..

    Jika kita memikirkan kearah pembinaan modal insan yang berterusan,ade baiknya dana yang ade dalam kantong PAFA sekarangni kita laburkan bagi mencari bakat-bakat baru sahaja untuk diketengahkan.

    Dari manalah datangnya "STAR" tu kalo semuanya tidak bermula dengan sifar?

    Pelbagai permasalahan yang akan timbul kelak dek kerana membela star yang perasan star.Baik dengan dana yang tak berapa nak ade tu kita pikirkan kearah pembangunan/pembikinan new star.

    Nak create lebih mudah dari nak memeliharanya.Ini dah jelas dalam kehidupan harian kita contohnya.Ibaratla kita nak beli kereta berbijik-bijik dan kos penyelenggaran daily,monthly and annuallynya.Sama jer sumerni.

    Dana atau bajet kewangan yang besar belum tentu lagi menjamin sebuah kejayaan yop.Adekah sebuah kejayaan tu ditentu ukurkan dengan berapa banyak dana yang kita ada?Jika kita berpikiran sedemikian,kita silap..Cukup-cukup silap..

    Sebuah kejayaan itu lahir dari pembangunan modal insan yang cemerlang.Maksudnya disini,sikap,disiplin,komitmen,kesungguhan,kerjasama berpasukan,hubungan baik-akrab,mendegar arahan dan sebagainya lagi.Inilah perkara yang perlu kita develop dalam sesebuah team dan personel tu sendiri.

    kalo betul dana itu lambang kejayaan,buktikan dekat teman sejauh mana ianya membuahkan hasil??kalo diambil kira dalam 10tahun kebelakangan ini,apa yang teman dapat lihat ialah MPPJ & Kelantan yang seakan-akan meroyan berbelanja besar.So sejauh mana pencapaian deme setakat ini?Piala FA??kedudukan dalam liga??Piala Malaysia??Pikir-pikirkanlah yop-yong..

    Apa yang cuba teman ingin perkata dan juga tegaskan ialah,harap PAFA dapat memfokuskan kepada pembinaan modal insan terlebih dahulu.cari,lentur-bentuk dan jadikan raw material yang masih terlalu banyak bersepah di Perak ini untuk digilap menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

    Ketelusan,amanah,jujur serta unbias adelah sifat yang perlu ade dalam mencari bakat-bakat baru yang tersembunyi di negeri Perak sekarangni.Percayalah,kita belum lagi ketandusan player-player yang berbakat melainkan ruang-lingkup kita yang terbatas melihat,mencari.

    Akhir kata,diharapkan PAFA tak perlu membuang masa mengejar star yang pada teman gajinya boley cari 2-3 player yang sama kekuatanya cuma belum ade nama jer lagi.Kalo bojan krkic tu nilainya 15 juta dan C.Ronaldo tu harganya 80juta,7 orang bojan krkic lagi kome boleh cari.Lalu C.Ronaldo melayan 7-8 orang Bojan Krkic???Pikirler jauh cikit...

    Bye..

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. hazwan

    pasal soal dana mana nak cari itu pafa kene fikirkan la....tapi setahu teman la yang teman baca dari surat kabar tarikh teman tak pasti bila la tapi tahun ni la kerajaan negeri perak sedia tolong...kalau betul la memang satu peluang untuk pafa manfaatkan habuan itu la mencari 1, 2 orang pemain baru yang berpengalaman....mungkin dari situ jugak pafa boleh mendapatkan dana..

    yang penting usaha tangga kejayaan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. Fiq

    Salam semua penyokong Seladang..

    Teman begitu seronok melihat dan membaca komen-komen dan cadangan yang dilemparkan dalam laman sesawang ni. Tahniah kepada semua yang masih menyokong Pasukan Perak. satu persoalan yang bermain di fikiran dan kepala otak teman, berapa kali dan pernahkah anda meluangkan masa untuk melihat sendiri pasukan Perak bermain di Stadium Perak mahupun di setiap perlawanan di tempat lawan? Jangan hanya memberi komen dan kritikan yang panjang lebar dengan melihatnya di kaca TV..

    Sedih apabila melihat penyokong Perak yang hadir di stadium, apa yang teman perhatikan hanya orang yang sama sanggup datang ke stadium bagi melihat dan memberi sokongan kepada pasukan. Kalau yang berada di Lembah Klang, siap bagi pengumuman mengenai tempat berkumpul dan masa apabila Perak bertandang ke Lembah Klang, tetapi tetap muka yang sama yang sanggup datang. Mana dia orang yang suka memberi komen serta krtitikan yang panjang lebar? Yang sering memberi cadangan corak permainan? Renung-renungkanlah yob yong sekalian.

    Untuk Skuad Perak, jadikan pasukan kita 'Digeruni Lawan, Disegani Rakan seangkatan'.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam...

      Teman setuju dengan kata kata mike...

      Malah ada diantara didalam ini,yang memberi komen dengan begitu dasyat seolah olah mereka sentiasa berada distadium setiap kali pasukan Perak beraksi...

      Janganlah dikatakan untuk mengunjung perlawanan yang berada di luar daerah kinta ini,ditempat sendiripun bayang telingapun tak nampak....

      Walau apapun situasi dan kritikan termasuklah kritikan teman yang ada diatas sana.Sokongan terhadap pasukan tetap teman akan teruskan.Ini melibatkan maruah kita semua dimana anak jati yang dilahirkan di negeri Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Fiq

        Salam..

        Untuk yob sunrise, itulah sikap orang kita, cakap tak serupa bikin. Kalau boleh teman nak sangat tengok muka penyokong maya yang mike dan teman maksudkan. Harap-harap dapat teman tengok..

        Likes(0)Dislikes(0)
  21. belanak

    Salam buat teman-teman SDN

    Bersyukur kita kepada Allah Yang Maha Besar, kita dapat bersua lagi di laman SDN dan seterusnya memberikan komen, cadangan serta luahan perasaan....

    Tahniah juga kepada kalian semua kerana masih bersama memperjuangkan kelibat pasukan kesayangan kita, dan sekalung tahniah juga buat teman-teman admin di SDN kerana berkat kesungguhan kalian laman SDN masih bernyawa dan terus mekar untuk kami para penyokong dalam menyuarakan apa yang terbuku di dalam hati...

    Di SDN sudah menjadi satu keluarga besar dan kita bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan, turun naik pasukan dari dulu, kini dan selamanya. Syukur alhamdulillah...

    Teman harap sokongan kita tidak akan luntur dan terus bersama-sama tidak kira siapa yang bakal menyarung jersi Perak kerana apa yang penting, KERJASAMA! Kalimah keramat ini telah teman khabar kan sejak awal dulu dan menjadi tunjang penting di dalam sesebuah organisasi/pasukan. Andai kata kerjasama tiada maka hancurlah kita, satukan semangat, jiwa dan raga, ikhlas dalam menjalankan tugas tanpa ada niat buruk, insyaAllah kita akan berjaya...

    Semoga kita akan dapat menyaksikan sinar baru dalam pasukan kesayangan kita, seterusnya mengembalikan kegemilangan yang pernah kita kecapai dahulu...

    Namun demikian, ingatkan lah wahai teman-teman SDN, di dalam kita bergembira, jangan kita lupakan pada tatasusila dalam memberikan komen atau cadangan di SDN, peraturan tetap peraturan, jangan sampai kita ingkar kerana admin SDN masih berpegang pada peraturan yang telah lama termaktub dalam artikel "Info ": 9 Rules"...

    InsyaAllah, di mana ada usaha, kita akan beroleh kejayaan. Ayuh kita bersama-sama ke arah sinar baru, lupakan kisah yang lalu, jadikan sempadan dan teladan.

    Apa yang penting... Kerjasama!
    Apa yang penting... Kerjasama!

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. alipz

    Salam....Semua Warga Seladang.Net

    Bilakah pengumuman pemain yang bakal mengemudi Pasukan Perak untuk Musim 2011....???

    Tidak Sabar teman untuk mengetahui siapakah calon-calon nya.... Banyak betul andaian tentang bakal pemain-pemain akan menyarung jersi keramat PERAK.....

    Kerjasama.... Itu Penting...
    Kerjasama.... Itu Penting...

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!

    Perak No. 1

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Salam yob, lama tak dengor cerita mike, sihat ke? Bab pengumuman tu mike dan lelain tunggu le bila dah betul-betul comfirm baru teman akan keluarkan artikelnya. Nak labun benda tak comfirm pun buat hati sakit je kalau tak berjaya, sebab tu dari dulu SDN memang tak buat benda-benda 'gosip' ni.

      Tapi nak bagi hati kome semua seronok sikit ada le teman dapat maklumat dari sumber yang 'boleh dipercayai'. Tapi tak semestinya tepat 100% le, kadang-kadang tersasar jugak.

      Shahrulnizam Mustafa, Harizul, Safee Sali, Sabre Abu, Nor Hazrul dan beberapa nama pemain yang 'berjenama' khabarnya nak berkhidmat dengan pasukan Perak musim 2011 nanti. Tapi semuanya belum ada keputusan muktamad lagi. So jangan pulak kome jaja cerita ni kehulu hilir mengatakan bahawa dah sah deme bermain dengan Perak.

      Teman ulang sekali lagi, untuk maklumat paling tepat kena tunggu artikel keluar nanti. Sebab artikel di SDN kita akan pastikan berita yang keluar adalah Tepat & Benar. Kecuali kalau artikel tuh hasil tulisan & kiriman dari pengguna yang menghantar email kepada SDN. Itu kita ada maklumkan pada bahagian atas artikel tersebut.

      Terima Kasih

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. alipz

        Salam yob YB,

        Alhamdulillah teman sihat-sihat saja... Terima Kasih Yb..
        Teman akan menanti penuh sabar... Hehehe..

        Terima Kasih Sekali lagi..

        Kejor Yob Kejor...
        Slogan kami..
        Ole-ole... Pasukan Perak 'No.1'... Bakal Kembali..

        Insyallah... Ameen....

        Kerjasama....Amanah...Setia.... Itu Penting!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. seansan

        hish... iyerrke.. mampukah kita menambat hati pemain "star" ni untuk membantu skuad Perak? dengan keadaan yang tidak menentu nih, ada baiknya kita melihat pemain-pemain muda yang berbakat yang ada dalam Perak ni. cuba turun padang mencari bakat-bakat baru untuk di ketengahkan..

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB Post author

          Salam, teman tau beberapa pemain sahaja dan kita tak ada buat coverage untuk kejohanan tu dalam SDN ni sejak dari dulu lagi.

          Likes(0)Dislikes(0)
  23. ausbos

    salam semua...teman ingatkan kot-kot la ada nama shahrul idlan talha...tapi takpe la janji ada pemain top yang bakal sarung jersi keramat perak.

    seladang pasti mengamuk kembali...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam dari ayop untuk semua....

      norhafiz zamani misbah tak ada ker?
      s. canturu ker?... subra (kedah) ker?
      zamri chin ker?.......jangan marah ok... ini cuma barisan impian ayop...

      bukan apa... kat ruangan ni bila salah cakap jer terus kena hentam... risau jugak...hehehe

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB Post author

        Masa bila mike kena hentam ayob? cuba kabo teman sape yang hentam mike tu dan kisah apa yang sampai orang hentam mike nun?.

        Kadang-kadang bila kita buat posting yang 'tak relevan' atau 'di luar persoalan pokok' memang patut kena standby le samada ada orang nak hentam ke idak.

        Mike jangan le lemah semangat kalau ada orang tegur posting mike, mike patut bersedia untuk jawab sebarang teguran orang lain kalau dah mike buat posting.

        Teguran itu bukan berniat mahu menghentam tapi lebih pada perbincangan sesama ahli SDN yang ada. Tak teman nafikan ada antara ahli SDN ni yang agak emosi kalau berposting, pantang kome salah cakap skit mesti dia nak 'pangkah' punya. Tapi adatlah berbincang, mesti ada setuju, tak setuju, berkecuali, tak paham, dan bermacam-macam 'tak tak tak tak tak'. (Mike tambah le sendiri yek.

        Mekasih ayob dan mekasih kome semua...

        Likes(0)Dislikes(0)
  24. Raul hashim

    Terima kasih YB. khabarnya juga shahrul idlan dan badrol baktiar pun perak risik jugak. tapi tidak tau dapat ke tidak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  25. Raul hashim

    Baru dapat info..Player (rumours)
    nasril nourdin
    sharulnizam mustapha
    harizul izuan
    norhazrul
    safee sali

    chan wing hong
    fadzli shaari
    r surendren

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      Harap rumours tu tak jadi kenyataanlah...

      Secara jujurnya,suke dan setuju bukan langsung tak suka dengan kehadiran player-player tersebut kembali ke pangkuan Perak.

      Dalam ramai-ramai tu juga rasanya Fadzli Shaari sorangje yang bukan berasal dari Perak.

      Tapi dalam kita sedarpun tak,rasanya graf merekani sumer dah sampai kepuncak kerjaya.Bukan menuju puncak gemilang cahaya,tapi sudah kembali dari puncak kejayaan.Makna kata sudah 'weak'.Agak sukar untuk kembali perform seperti sebelum-sebelum ini.

      Nasihat teman pada technical staf Perak agar membuat penilaian yang telus dan menyeluruh.Bukan dengan niat untuk mengajar,tapi belajar-belajarlah untuk jadi penilai terbaik.Bukan kantung/dana dan nama,darjat,gelaran yang kita mahukan kawan.Tapi biarlah performance semasa yang dijadikan ukuran.Kalo ginilah gayanya,ibarat Ronaldinho yang dah tak boleh main kome turunkan gak.Walaupun dia tengah injured.Gayanya gitulah..Kome mikirkan biorlah ade star atas padang.Player muda yang takde nama walhal lebih cergas-fit simpan jela.

      Selang setahun dua lagi,bila commentator ulas game Perak kome tau apa katanya??"skuad Perak yang rata-ratanya dibarisi dengan kuda tua"kurang lebih gituler..Bukan tak bagus orang lama-berpengalaman ni.Tapi apa jadi pada Italy??peringkat kelab pulak ialah AC Milan.Dek kerana takde "sulaman"nak restart dan develop balik memang susah.

      Entahla tak tahu nak cakap apa lagi.Pada teman memang teman suka team Barcelona dan Real Madrid tapi teman prefer and respect bila Porto yang menang Champion League.

      Pikir-pikirkanlah dalam maksudnya tue...

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. sunrise

      setahu teman safee salie sudah tandatangan kontrak baru bersama skuad Selangor.Maka Harizul izwan difahamkan tidak jadi untuk menandatangan kontrak bersama pasukan Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  26. yobscout

    Pelantikan jurulatih baru bukanlah menjanjikan keunikan dalam pasukan kalau pemainnya tidak beretika dalam kancah bola sepak negara. Biarpun pemain baru atau senior, kalau tidak berdisplin jangan harap untuk berjaya. Adakah semua teruja jika ada pemain terkemuka bermain dengan Perak? dan mampukah stadium dipenuhkan? Lupakan sahaja kalau pasukan kalah dan terus kalah walau ada pemain terkenal sekalipun.

    Likes(0)Dislikes(0)
  27. Fiq

    Salam.

    Teman lebih suka menitikberatkan kehadiran penyokong di stadium. Melalui perkiraan matematik, teman menganggarkan purata kehadiran penyokong ke stadium sejak tahun 2009 hingga 2010 hanya 200 ke 300 orang penyokong. Sebenarnya hebatnya sebuah pasukan adalah terletak kepada kuatnya sorakan penyokong. Sememangnya penyeri stadium adalah kehadiran penyokong, jangan hanya menunjukkan sokongan anda dengan memberi komen, kritikan dan tohmahan yang panjang lebar di laman ini.

    Pasukan kita akan melalui satu tranfomasi yang ketara pada tahun depan (2011). Oleh itu, para penyokong juga perlu melakukan satu perubahan yang drastik bagi menjadikan pasukan kita sebuah pasukan yang disegani dan dihormati. Penyokong Perak pernah suatu ketika dianugerahkan penyokong terbaik. Teman yakin, zaman kegemilangan itu akan kembali. Kepada semua penyokong perak, luangkanlah sedikit masa untuk melaungkan sokongan anda samada di stadium Perak mahupun di luar Perak.

    Ternyata sorakan para penyokong akan menaikkan semangat dan keyakinan para pemain Perak. Jadikan tahun 2011 adalah milik Perak. Walaupun Perak menjadi bahan ejekan negeri lain kerana prestasi semasa, teman tetap tidak berpaling tadah. Bagi teman pasukan Perak tetap terbaik. Teman harap, para penyokong lain juga seperti teman. Apa pun teman ucapkan tahniah kepada PAFA yang berusaha mengembalikan kehebatan Perak untuk berada sebaris dengan persatuan bola sepak negeri lain. Percayalah, semua pengorbanan ini akan dibalas dengan kehebatan para penyokong Seladang di setiap medan pertempuran.

    Jadikan Perak 'Digeruni Lawan, Disegani Rakan Seangkatan'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  28. chuck

    Salam..

    Dalam masa yang sama,player rumours tu memang boleh memantapkan lagi skuad Perak.Tak teman nafikan.

    Namun untuk jangka masa panjang serta pembinaan modal insan berterusan,teman prefer candidate baru dan muda.

    Tapi kalo itu cara ataupun kaedah untuk memberhentikan kecelakaan berterusan dengan kalah melaui gol-gol mudah,teman terpaksa say 50-50.

    Tapi rasanya tu tukor keeper dah ok dah tue..so,kembali 100% pada pemilihan player muda dan baru.Seperti komen sebelum-sebelum ini ada teman nyatakan player yang sepatutnya melangkah pergi dan player yang selayaknya diberikan peluang untuk mencuba dan berusaha lagi.Selebihnya,moh kita buat ala selection team My-Team.Untuk result yang lebih memuaskan,turun ke setiap daerah mahupun mukim.

    Tak sumer player mampu travel jejauh walaupun deme betul-betul komited untuk menyarung jersi Perakni.Al maklum sajelah,bebudak baru abis sekolah..kejepun tak berapa nak ade lagi.Masih lagi mengahrapkan biasiswa ataupun bantuan dari "FAMA"..

    ok..bye..

    Likes(0)Dislikes(0)
  29. chuck

    Salam..

    Bila bebudak kelantan dok bangga tak sudah-sudah dengan kejayaan deme megang piala Malaysia sejak 1989 nun,siap tagged picture kat 'face book',teman mencelah tang orang yang ngangkat trophy tujer..terus senyap deme...

    Bukan trophy lambang kejayaan utama..tapi pembinaan modal insan yang berterusan dalam sukan bolasepak di Perakni adelah agenda utama dalam melahirkan profesional-profesional dalam sukan ini.

    Harap PAFA lebih memikirkan serta menjuruskan kepada pembinaan modal insan berterusan dalam sukan ini."sambil menyelam kita minum air"..sambil kita membentuk skuad yang padu,kita berupaya menghasilkan produk yang baik untuk pasaran bola sepak Malaysia kini.

    sekian..

    Gaya,Mutu,Keunggulan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  30. hazwan

    salam...

    betul kata-kata ahli-ahli SDN...memang tak di nafikan semua komen-komen dalam ni rata-rata penyokong Perak tapi penyokong yang datang ke stadium boleh dikira je....kita tau prestasi Perak je yang menjadi persoalanye kenapa penyokong musim lepas berapa kerat saje yang datang..itu musim lepas punye cerita....2 game terakhir Perak lawan Kedah dengan Johor FC teman datang stadium ada perubahan dari segi penyokong...mungkin musim depan penyokong akan kembali penuh seperti dulu-dulu...sama-sama kita bersatu...

    kita sama-sama tunggu dan lihat saat kebangkitan bola sepak Perak....

    hidup Perak..........
    semoga maju jaya musim depan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  31. azzura

    salam
    Tahniah kepada pengurusan PAFA kerana telah melantik barisan pengurusan Perak untuk musim depan.Tapi teman rasekan seakan Perak mahu meniru pasukan Kelantan yang menggunakan bekas jurulatih negara sebelum ini untuk membawa Perak menempuh musim mendatang.Ada antara rakan-rakan teman yang bersetuju dan juga tidak bersetuju dengan barisan ini.Namun apa yang termaktub mereka telah di lantik,jadi haruslah sebagai penyokong memikirkan yang positif untuk pasukan Perak.Jadi bagi pengurusan baru ini jalankan kerja anda dari sekarang,merencana sebaik-baiknya barisan pemain musim 2011.
    kejor yob skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam....

      jurulatih tu tak boleh.... jurulatih ni tak boleh... ... cik azzura nak siapa yang jadi jurulatih ni sebenarnye?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. azzura

        salam
        jurulatih dah di lantik,jadi tidak timbul lagi nak pilih jurulatih lain lagi. Jadi same-samalah kite memberi sokongan untuk kejayaan pasukan Perak,kenalah berfikiran positif.Barisan pemain untuk musim depan agak meyakinkan jadi terpulang kepada jurulatih itu sendiri untuk merencana strategi untuk kejayaan pasukan Perak.Lagi satu teman nak tambah,teman ni lelaki bukan perempuan.
        kejor yop skor....

        Likes(0)Dislikes(0)
  32. putra8878

    info dari member selangor fan.....hamsani nak blah ke felda,kit kong,r. surendren,faderin kadir antara yang dilepaskan...safee sali kekal di selangor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  33. hazwan

    salam.....

    buat penyokong bola sepak perak...teman telah mendapat info terbaru berkenaan pemain baru yang akan menyarung jersi perak taun depan.....antaranya...(sudah diputuskan oleh pafa)

    -sharulnizam mustaffa (kedah)
    -harizul izuan (t-team)
    -chan wing hong (atm)
    -nasril nourdin (atm)
    -khairi zainuddin (pkns)
    -mohd syhman zainuddin (kuala lumpur)
    -mohd noor hazrul mustaffa (perlis)
    -mohd sharul hafiz mohd syafie (harimau muda)

    yang kekal bersama perak

    -razali umar
    -kamarul efandi
    -azmeer yusof
    -isma alif
    -k.nanthakumar
    -khairul amri salehuddin
    -mohd khalis ibrahim
    -khairul izzat jamaluddin
    -mohd syazwan mohd roslan
    -mohd nazri kamal

    buat pengatahuan semua norizan mungkin akan cari lagi 4 orang 'nama-nama besar' lagi dalam melengkapkan kota senarai pemain musim 2011....teman mengharapkan juga semoga r.surendren,liew kit kong, atau faderin kadir diterima pafa....

    teman rasa dengan player baru yang bersama perak tahun depan akan mengembalikan semula mutu bola sepak perak dan menjadi pasukan pilihan yang digeruni musim depan...

    sekian buat masa ini....

    selamat maju jaya pafa dan bola sepak perak....

    skor yob skor....kejor yob kejor....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam.

      Betul ke ni yob? Yang kekal tu je? Harap-harap impian penyokong untuk tengok Perak melakukan 'come back' tahun depan menjadi kenyataan.

      Pendapat orang macam-macam kita dengan, Coach Norizan atau Cikgu Jan pernah dihentam dan dikecam hebat suatu masa dulu gara-gara gagal di Piala Asia. Teman punya fikiran positif. Kalau dia tak bagus masa kan boleh jadi Coach Malaysia dulu. So, its the time to show keupayaan sebenar coach.

      Boleh dikatakan, (kalau benar la) Perak 2011 serba lengkap dari Penjaga Gol sampai ke Penyerang. Tak dak alasan lagi selepas ini. Percaturan je yang perlu mantap serta latihan yang efektif.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam sahabat interaktif SDN..

      Temanpun baru dapat info jugak..Terdapat lapan muka baru serta tiga belas player lama yang masih dikekalkan bersama Perak.

      Antara muka baru tersebut ialah bekas kapten Kedah-Shahrulnizam Mustaffa.Yang lain deme tak sebut..

      Player lama yang dikekalkan pula ialah Nazeri Kamal,syazwan dan Razali Umar Kandasamy.

      Makna kata yang saudara Hazwan khabarkan diatas ade benarnya.Cuma player yang dikekalkan tu mike tertinggal nama lagi tiga orang player.Saper agaknya yer??

      Infoni teman dapat dari sumber sahih,tapi tuler rupenyer bila bercerita dan nyembang tak habis..

      Sekian,Wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. hazwan

        salam.....

        sory teman lupa nak masukan nama 3 orang lagi pemain yang dinaikan pangkat dalam liga super perak daripada piala presiden....iaitu

        -mohd basir basharuddin
        -muhammad nurridzuan abu hasan
        -nurul nashriq kamaruddin

        8 muka baru,10 yang kekal bersama perak,3 dinaikan pangkat dari piala presiden...semua 21 pemain telah diputuskan oleh pafa setakat ini.....

        selebihnya kuota tak salah teman 24 orang pemian sedang di cari oleh pengurusan pafa yang diberi peluang kepada norizan untuk mencari baki pemain baru musim depan..

        diharap norizan bakar dapat mencari pemain yang mampu digalas untuk bermain musim depan.sama-sama kita tunggu dan lihat siapa pemain pilihan norizan nanti..

        selamat maju jaya diucapkan.........
        do the best....

        sekian...

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. sunrise

          salam...

          Maaflah yer teman nak menyampuk sikit....
          berkenaan dengan 3 pemain yang dinaikkan pangkat itu,hanyalah untuk menjalani latihan bersama skuad super.Tetapi kekal bermain didalam saingan Piala Presiden

          Likes(0)Dislikes(0)
  34. chuck

    Salam..

    Jika dari senarai player masuk tu,memang dah bese and regular sangat tengok,dengar dan pelaung namanya.

    Tapi tertanya-tanya sapekah gerangan anak muda berdua itu?satu dari KL dan satu lagi dari Harimau Muda.

    Boleh pihak SDN bagi info sikit??

    Sekian,wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  35. bobiNHo84

    salam....

    sudah lame teman berdiam diri...rindu rasenye untuk memberi komen...ape yang di war-warkan oleh saudara HAZWAN tu tepat dan benar...21 pemain sudah diikat perjanjian untuk menabur bakti bersama Perak...

    kini hanya tinggal 4 pemain yang tidak tau identitinya...ade yang teman dengor "4 pemain tu bertaraf bintang"..ade yang teman dengor "4 pemain tu bersama skuad Malaysia di Sukan Asia"...
    tapi yang sah 4 pemain tu adalah seorang pertahanan, seorang pemain tengah dan 2 orang lagi serangan..

    Agakan teman :
    Norhafiz Zamani Misbah (pertahanan)
    Amar Rohidan (tengah)
    Ahmad Fakri Shaarani (penyerang)

    Sorang lagi teman tak dapat nak agak...hahaha...kome rase sape la agaknye????

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Raul hashim

      Amar pergi kedah. fakri pergi n.sembilan. hafiz pergi felda. yang tinggal r.surendran liew kit kong yang main perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam..

      Agakan-ramalan mike tu mungkin ade kebenaranya Bobinho.Tapi kenapa mike tak jawab or teka sumer sekali??

      Jika betul sumerpun mike cuma dapat 75% jer..hehehe..Rugi tak dapat skor'A'.

      Kalo alasan mike nak bagi peluang kat orang len suh nokok tambah,teman rase??2 penyerang eh??mike dah petik 1 makna kata sorang lagi Surendran kot?itu kalo star lah.Kalo baru,Shahurain Abu Samah??Takkan Indraputra Mahayuddin kot??

      Entahla..Harap pihak SDN lebih agresif dalam membongkar setiap persoalan ni..

      Wassalam..
      p/s:-Keje lebih ckit aka ot la YB..

      Likes(0)Dislikes(0)
  36. putra8878

    player dari harimau muda tu nama mohd.shahrul hafiz mohd.shafie..anak kelahiran perak gak tu...3 player piala president yang naik taraf: mohd.basir basharudin,muhammad nurridzuan abu hasan dan nurul nashriq kamaruddin.Nak tanya admin sikit...ngape takde info kejohanan piala emas raja-raja?tak de klass ke?tertunggu-tunggu jugak ni..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Sejak dari dulu pun SDN tak pernah buat coverage untuk Kejohanan Piala Emas Raja Raja ni yob, bukan baru ni je. So pada siapa yang ada maklumat tuh, sila le kita kongsi bersama ye untuk kebaikan semua.

      Terima Kasih

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam..

      Thanks saudara Putra kerana bagi info dikit tentang player dari Harimau Muda tu.

      Teman harapkan player dari K. Lumpur tu biorlah kapten deme.Sebab dalam reramai player KL dulu,aksi kapten deme lebih menyerlah banding yang lain.

      Yerla manakan taknya,rasanya setiap inch padang bola tu,takde tempat la yang dia tak datang nyinggah.Pendek kata kalo dia kata 'takde cacing bawah rumput dan dalam tanah' tupun teman percaya.

      Dari sumber unit risikan teman,player ni dah di intai oleh Selangor,better kita sambar budak ni.

      Inyallah,teman yakin padang di stadium Ipoh lebih gembur banding sekarang..

      sekian.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. mie

        salam...
        rasanya player yang dimaksudkan sedara chuck ni Azidan Sarudin kan??ada sumber mengatakan azidan sarudin telah pun disunting dan dah sign contrak dengan selangor. Player ni memang memainkan peranan penting dalam team K. Lumpur pada musim yang lepas.. rajin dan pantas selain dari memiliki susuk tubuh seorang atlet...

        Likes(0)Dislikes(0)
  37. ihsan

    salam kawan seladang.net semua..
    untuk pengetahuan kawan2 semua, dikhabarkan Ahmad fakri shaarani telah menandatangani M.o.U dengan n. sembilan..dah lama dah dia sign m.o.u dengan n. sembilan...tapi tak tahu lah,kalau fakri buat u turn, dan datang perak. . :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB Post author

        A memorandum of understanding (MOU or MoU) is a document describing a bilateral or multilateral agreement between parties. It expresses a convergence of will between the parties, indicating an intended common line of action. It is often used in cases where parties either do not imply a legal commitment or in situations where the parties cannot create a legally enforceable agreement. It is a more formal alternative to a gentlemen's agreement.

        In some serious cases, depending on the exact wording, MoUs can have the binding power of a contract; as a matter of law, contracts do not need to be labeled as such to be legally binding. Whether or not a document constitutes a binding contract depends only on the presence or absence of well-defined legal elements in the text proper of the document (the so-called "four corners"). For example, a binding contract typically must contain mutual consideration—a legally enforceable obligations of the parties, and its formation must take place free of the so-called real defenses to contract formation (fraud, duress, lack of age or mental capacity, etc.).

        Dipetik dari Wikipedia

        Likes(0)Dislikes(0)
  38. ausbos

    salam....terima kasih kepada semua yang selalu sumbang saran dalam perkembangan team perak ni...peminat setia yang masih cintakan team kesayangan yang mungkin kembali bersinar season depan....cuma apa yang diharapkan adalah pemain perlu bersatu padu berganding tenaga dengan pemain-pemain yang ada nanti...

    hidup yob
    kejo yob kejo

    Likes(0)Dislikes(0)
  39. lee_dado

    Salam....

    Welcome back Shahrulnizam Mustafa to Perak & juga Syafik Jamal turut serta ikut ke Ipoh musim ni...

    Semoga berjaya kepada Shahrulnizam & Syafik Jamal.

    Likes(0)Dislikes(0)
  40. hazwan

    salam.......

    siapa kah gerangan pemain bintang yang akan menyarung jersi perak musim depan???????

    taman dapat info seorang pemain bintang telah menandatangani kontrak dengan perak...tapi tidak disebut namanya....

    tolong bagi info sdn kalau-kalau tahu....

    sekian...

    Likes(0)Dislikes(0)
  41. ausbos

    salam....bilakah PAFA nak umumkan senarai nama pemain bagi musim akan datang...tak sabo rasanya nak lihat list baru ni....jika ada dikalangan ahli SDN yang tahu bagilah tau dalam ruangan ni....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ausbos

      harapan agar dengan senarai nama pemain yang akan diumumkan nanti akan menaikkan lagi nama pasukan dan jangan pula dengan adanya pemain-pemain baru pasukan perak akan lebih merudum...buatlah sesuatu untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan perak...penyokong setia perak hanya mampu memberi sokongan dan pihak pengurusan serta pemainlah yang perlu mencorakkan masa depan pasukan...

      Likes(0)Dislikes(0)
  42. ihsan

    salam yb dan kawan semua..

    untuk pengetahuan kawan seladang.net semua,
    Akmal rizal sudah hampir pasti ke perak.
    sila geng kelate untuk mendapatkan kepastian.

    Semoga rakan semua gembira dengan perkembangan yang ada...
    Pemain lain yang sudah pasti masuk Perak, dan telah pun menjalani latihan ialah :-

    Chan Wing Hoong
    Syahman Zainuddin
    Nasril Nourdin
    Khairi Zainuddin
    Harizul Izuan Abd Rani
    Nor Hazrul Mustapha
    Shahrul Hafiz@black(bekas pemain harimau muda)
    Shahrulnizam Mustapha
    Shafiq Jamal, bekas Penyerang Kedah

    Antara Pemain musim lalu yang telah mula menjalani latihan :-

    Kamarul Efendi
    Khairul Amri Sallehuddin
    Syazwan Roslan
    Azmeer Yusof
    K Nanthakumar
    Nazri Kamal(baru lepas scoop di lutut,dan sedang berjogging di trek stadium Perak)
    Isma Alif
    Khairul Izat
    Nurul Nasriq

    Arif Ismail telah sain kontrak tapi terpaksa berehat 6 bulan akibat patah kaki,ketika beraksi bersama perak dalam piala emas Raja2..
    Shahrizal Saad ke johor
    fc..

    Likes(0)Dislikes(0)
  43. pachenko

    Pemain bintang yang dimaksudkan confirm bukan datang dari bintang...hehe. Kita kena bersabar agar penyokong Perak terus tertanya-tanya dgn senarai pemain2 Perak yang baru.
    Khabar angin kuat mengatakan pemain berstatus "bintang" itu dari selatan tanah air.

    Likes(0)Dislikes(0)
  44. hazwan

    salam.....

    akmal rizal telah sah menjadi salah seorang pemain baru yang akan menyarung jersi perak musim depan.....

    tapi adakah dia yang dimaksudkan dengan pemain bintang tempoh hari??????

    apa-apa pun syabas pafa kerana perak musim depan nampak-nampak akan lebih baik dari musim lepas...diharap dengan adanya akmal rizal dan player yang lain akan menajamkan lagi serangan perak musim depan....serangan razali dan akmal musim depan diharap akan berjaya dan digeruni lawan....

    all the best perak musim 2011....kami peminat sudah lama menanti kejuaraan kembali ke negeri perak...

    good luck....skor yob skor

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.