TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs ATM (review)

TM Piala Malaysia

Selasa 14 September 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan pertama Perak pada kempen TM Piala Malaysia 2010 untuk kumpulan C adalah menentang pasukan dari Liga Perdana iaitu ATM di Ipoh malam esok. Pasukan ATM turut dibarisi oleh beberapa pemain yang pernah mewakili Perak suatu masa dahulu.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Johor FC akan menanti kunjungan Kedah di Stadium Jcorp, Pasir Gudang. Difahamkan pemain Perak telah mula menjalani latihan sejak hari Ahad semalam di Ipoh dan latihan untuk penjaga gol turut bermula pada tadi.

Skuad seladang sewajarnya mengambil peluang bermain di tempat sendiri untuk mengutip 3 mata penuh ketika menentang ATM kerana selepas ini mereka akan berkunjung pula ke Alor Setar menentang Kedah pada hari Jumaat, 17 September 2010.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata, “Pemain hanya dibenarkan bercuti pada Hari Raya pertama dan kedua sahaja dan mereka wajib kembali menjalani latihan pada hari Ahad yang lalu. Jika prestasi ketika perlawanan persahabatan menjadi ukuran, tidak mustahil pasukan Perak mampu memenangi perlawanan menentang ATM kelak” ujarnya.

Jadual perlawanan pasukan lain:

Kumpulan A

Kelantan vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Plus FC vs PKNS
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kumpulan B

Terengganu vs Pahang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kuala Lumpur vs Sabah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Kumpulan C

Johor FC vs Kedah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Kumpulan D

Selangor vs T-Team
Stadium Shah Alam

Perlis vs Felda United
Stadium Utama Negeri, Kangar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs ATM (review)

  1. miez3

    Harap pemain-pemain Perak memberi fokus 100% pada perlawanan ini...jangan dek kerana beraya badan jadi letih pemikiran pun tah kemana...jangan dipandang rendah pada pasukan lawan...mainlah sehabis baik...kami sentiasa di belakang anda...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.