TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs ATM (result)

TM Piala Malaysia

Selasa 14 September 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 2 – 2 ATM

Perak mencatatkan keputusan seri 2 – 2 ketika menentang ATM di Ipoh pada perlawanan sulung TM Piala Malaysia 2010, kumpulan C malam tadi. Shahrizal Saad menceriakan penyokong tuan rumah seawal minit ke 16 melalui satu tandukan kencang hasil hantaran lintang melepasi penjaga gol ATM yang dipinjam dari Pulau Pinang, Amir Omar Khata.

Namun keceriaan para penonton tidak bertahan lama apabila Shahrizal Saad yang terlebih dahulu menerima kad kuning pada minit ke 22 kerana kesalahan menyentuh bola dengan tangan, sekali lagi dilayangkan kad kuning kedua 3 minit berikutnya kerana didakwa pengadil sengaja merebahkan diri di dalam kotak penalti pasukan pelawat.

Selepas itu Perak terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain dengan pasukan pelawat mulai mengasak hebat ke kubu tuan rumah namun barisan pemain Perak masih mampu bertahan untuk kedudukan kekal 1 gol tanpa balas pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, pasukan ATM menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Saiful Mustafa pada minit ke 50 setelah menerima hantaran lintang di dalam kotak penalti Perak dan mudah merembat masuk untuk gol penyamaan pelawat.

Pasukan ATM masih meneruskan asakan dan hasilnya pada minit ke 68 mereka berjaya mendapat tendangan penalti setelah salah seorang pemain ATM dijatuhkan di dalam kotak penalti Perak. V. Jaganathan berjaya menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol kedua pelawat walaupun sepakan pertamanya berjaya ditampan oleh Kamarul Effandi.

Walaupun ketinggalan, skuad seladang tidak berputus asa dan hasilnya pada minit ke 78, Perak berjaya mengikat kedudukan menjadi 2 – 2. Gol tersebut dijaringkan oleh Shafuan Adli hasil dari sepakan penalti yang berpunca dari kesilapan pemain pertahanan ATM yang membentes keras Khalis Ibrahim di dalam kotak penalti mereka.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Thevaggaran
Syazwan
Arif Ismail
Wan Azwari
K. Nanthakumar
Shafuan Adli
Isma Alif – 1
Nazri Kamal – 3
Wan Hossen – 2
Shahrizal Saad

Pertukaran:

Khalis Ibrahim – 1
Nurridzuan – 2
Khairul Izzat – 3

Keputusan Perlawanan Lain 14 September 2010:

Kumpulan A

Kelantan 0 – 1 Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Plus FC 0 – 1 PKNS
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kumpulan B

Terengganu 1 – 3 Pahang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kuala Lumpur 0 – 0 Sabah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Kumpulan C

Johor FC 1 – 1 Kedah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Kumpulan D

Selangor 3 – 1 T-Team
Stadium Shah Alam

Perlis 3 – 2 Felda United
Stadium Utama Negeri, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs ATM (result)

  1. yobscout

    Mengikut penelitian aku semalam, pengadil yang mengadili perlawanan itu bertindak tegas dan cukup efisyen walaupun dihadapan penyokong Perak. walaupun ada sesetengah keputusan yang tidak disukai peminat, namun tindakan beliau harus dipuji. Sudah termaktub dalam peraturan dimana tangan sengaja menyentuh bola dan sengaja merebahkan diri dan bukan kerana semangat kesukanan wajib diberikan kad kuning dan sekaligus menerima kad merah pada malam itu. Pemain harus belajar dari kesilapan. Pengalaman akan mengajar beliau untuk menjadikan pemain yang disegani. Mesti terdapat peminat yang melenting namun apa yang aku ingin cakapkan seekali lagi, jangan hanya menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri belum cukup ilmu didada. Dan mesti akan yang komen kembali mengatakan aku ini bagus sangatkah? tetapi tanya pada diri anda sendiri kembali, bagus sangatkah pula ingin mengata aku. Bagus lagi pengadil ditengah padang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Terima kasih juga pada penyokong lawan yang memenuhi stadium yang selama ini membiarrkan kerusi-kerusi tersebut berhabuk dek kerana penyokongnya sendiri hanya menyokong tatkala pasukannya menang dan hadir ke stadium pabila pasukannya hebat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam....

    Teman nak tergelak ada juga individu yang mengatakan keputusan pengadil yang telah dibuat sepanjang perlawanan baik.

    Tepatkah keputusan pengadil apabila pemain perak dikasari dihadapan mata pengadil itu sendiri,namun pengadil membiarkannya sahaja,contoh pemain ATM yang telah menendang kaki pemain dan sejurus selepas itu baru mencari bola,tetapi pengadil perlawanan menyifatkannya ianya satu insiden yang tidak disengajakan.

    Pemain Perak disiku oleh pemain ATM tetapi tiada sebarang tindakan atau hukuman dijatuhkan kepada pemain ATM.

    Untuk pengetahuan semua pengadil yang mengadili perlawanan malam tadi ialah pengadil yang telah mengadili perlawanan persahatan diantara pasukan Perak dan Selangor di padang S.U.K shah alam baru baru ini.

    Jelas dengan misi dan visi pengadil tersebut cuba menjatuhkan pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. spectator

    salam...

    teman tak mahu nak komen sangat tentang kualiti pengadil malam tadi...bagi teman tindakan pengadil semalam ada kalanya betul dan ada jua yang merepek...teman rasa kad merah untuk Shahrizal memang wajar, namun teman pelik juga dengan beberapa keputusan pengadil yang luar biasa...perlawanan jadi membosankan apabila kerap kali wisel ditiup...tapi yang teman paling pelik kenapa hanya 2 minit sahaja masa kecederaan babak kedua padahal teman rasa terlalu banyak aksi dihentikan akibat kecederaan, pertelagahan, insiden penalti dan sebagainya.

    dari sudut persembahan pemain, teman nampak ada sedikit peningkatan terutamanya ketika masih bermain 11 orang...hantaran tepat...tak terlalu tergesa-gesa untuk menolak bola ke atas...pemain lebih bersabar dan tenang serta lebih yakin mengawal bola...kad merah tersebut sebenarnya merentap corak permainan skuad kita...pemain nampak lesu dan kekurangan idea bagaimana mahu melancarkan serangan dan hanya menunggu di belakang bola...itu amat merugikan kerana apabila pemain sedikit berani 'bergerak' ke hadapan, benteng lawan mula kelam kabut dan hasilnya kita pula memperoleh penalti...

    teman harap ada peningkatan dalam perlawanan dengan kedah...insyaAllah

    p/s: mana perginya Razali? khabarnya akan main semalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB Post author

    Info Sukan RTM 1 melalui pembaca beritanya, Hafizal Ahmad turut melaporkan tentang tindakan terburu-buru pengadil yang mengadili perlawanan Perak vs ATM yang menghukum Shahrizal Saad dengan layangan kad merah walaupun pengadil tidak perlu bertindak sedemikian.

    Pada masa yang sama beliau juga meminta FAM supaya memantau tahap prestasi pengadil di Malaysia supaya kejadian yang serupa tidak berulang dan secara tidak langsung merencatkan perjalanan kempen Piala Malaysia 2010.

    Pendapat peribadi teman pula:

    Pengadil perlawanan semalam ialah pengadil yang sama sewaktu Perak menang 2 - 1 menentang Selangor di Padang S.U.K untuk game friendly Ramadan baru-baru ni. Kepada siapa yang menonton game tersebut tahulah bagaimana 'haru-biru' tempo permainan kedua-dua pasukan dengan tindakan beliau yang sering teragak-agak dan membuat keputusan yang tidak diperlukan.

    Satu yang pasti teman lihat tentang pengadil semalam ialah beliau cukup gemar 'meniup wisel' untuk perkara yang remeh temeh dan mengganggu 'tempo game'. Beliau juga 'benak' untuk memberikan 'advantages' kepada perjalanan permainan walaupun sewajarnya beliau berbuat demikian. Antara situasi yang paling menggangu 'emosi' teman ialah situasi 4 lawan 3 di mana Perak membuat counter attack dengan 4 pemain hanya berhadapan 3 pertahanan ATM namun hanya kerana satu tarikan kecik baju dari pemain ATM kepada salah seorang pemain Perak yang sedang menyerang, beliau secara tergesa-gesa meniup wisel.

    Sewajarnya situasi tersebut diberikan 'advantages' kerana walaupun baju pemain Perak tersebut di tarik, beliau masih membawa bola dan situasi tersebut mampu menghasilkan gol untuk pasukan Perak. Tetapi bila pengadil meniup wisel untuk memberhentikan permainan, secara tidak langsung PENGADIL tersebut sebenarnya telah membantu pasukan ATM untuk BERTAHAN !!!.

    Selama teman menonton Liga Malaysia ini, pengadil semalam juga adalah antara pengadil yang paling kerap meniup wisel selain dari pengadil sukan BOLA JARING yang kita semua sedia maklum tentang KEKERAPAN mereka meniup wisel. Mungkin beliau biasa mengadili sukan BOLA JARING sebelum ini dan tabiat tersebut terbawa-bawa hingga ke sukan BOLASEPAK.

    Kita berharap FAM dapat memantau perkara ini dengan lebih baik agar pengadil-pengadil yang beraksi ala pengadil sukan Bola Jaring tidak mengadili perlawanan bolasepak di Malaysia. FAM harus memahami bahawa penonton yang hadir ke stadium adalah untuk menyaksikan aksi bolasepak yang menarik dan bukannya menonton aksi pengadil berlari ke sana ke mari meniup wisel tanpa henti seperti 'SAWAN WISEL'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. faz_lampard

    salam

    teman tersangat la setuju apa yang di katakan oleh Sun & YB..
    teman ingat yobscout tu takde kat stadium la semalam tu dia cakap macam tu .. tak pun dia duduk dengan orang beso-beso .. cakap macam ayat nak bodek FAM ..

    tapi yang paling saya kecewa tahap kreativiti Coach .. sepatutnya bila kita ketinggalan kita patut menyerang bukan bertahan..pada pendapat saya semalam selepas ketinggalan coach patut tukarkan Nantha dan masukkan player attacking..

    tapi mungkin juga ni taktikal coach sebab saya lihat 10 minit terakhir baru kita melancarkan serangan..simpan tenaga untuk 10 minit terakhir ..

    saya harap sangat selepas ini bila HOME gunalah tactikal menyerang .. JANGAN BERTAHAN .. home ialah tempat mesti menang ..

    Terima Kasih dan Selamat Hari Raya

    Ayuh Bangkitlah Seladangku

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    salam aidilfitri dan salam hari malaysia,

    teman semalam sebenonya memang frust sebab lepas gol pertama, game jadik macam slow pulak. apatah lagi setelah mula bermain 10 orang semenjak minit ke-25. memang tahap pengadil boleh dipertikaikan tapi teman tak nak komen sebab teman tak tahu secara arif perundangan referee. sekarang ni pun masih belajo lagi. teman pun takde lesen jurulatih apatah lagi lesen kelas A seperti yang dimiliki oleh Coach Raja Azlan. jadi memang teman tak akan komen mengenai tektikal beliau. dia sahaja yang mengetahuai selok belok kebolehan 18 pemain Perak.

    faz, bagi teman, Nantha semalam adalah antara pemain paling rajin dalam skuad seladang. dia adalah utiliti player yang boleh jadi attacking midfielder atau defensive midfielder. itu sebabnya Selangor ambil dia dahulu dan Nantha semasa bermain untuk Malaysia, memang 'superb'. jadi, untuk mengeluarkan Nantha, dengan prestasinya semalam, akan merugikan pasukan Perak. Sebaliknya, pemain yang patut dikeluarkan adalah Wan Hossein, yang memang ditugaskan memberi sokongan kepada Sharizal Saad. Setelah Sharizal keluar, apa lagi tugas Wan Hossein?

    Namun, pujian harus diberikan kepada coach setelah memasukkan Khairul Izzat dan Nurridzuan, game Perak menjadi 'hidup' dengan serangan. Kalau tiada serangan, masakan Perak boleh dapat sepakan penalti, tidak begitu? Tapi, bermain dengan 10 orang pastinya tak boleh selalu nak serang. Kadang-kadang, 'counter attack' adalah lebih bijak dilakukan daripada 'always attack'.

    Kepada mereka yang ke stadium semalam, terima kasih atas sokongan anda. Pertama kali dalam tahun 2010, baru dengar lagu 'Ipoh Mali' dinyanyikan.

    salam

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sdarerepasi

    biarkanlah luncai terjun dengan labu labunya....dengar jela pe yang dikatakan oleh yopscout..kalau ada yang kita tak suka..kita jadikan sempadan dalam hidup kita semua....BOLA MENYATUKAN SEMUA...insyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.