TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kedah Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Jumaat 17 September 2010
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan kedua Perak untuk saingan TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C adalah bertandang ke Alor Setar menentang Kedah esok. 2 perlawanan terdahulu Liga Super, Perak mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika di Darul Aman dan menang tipis 1 – 0 di Ipoh.

Kedah pada perlawanan sebelum ini telah mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika menentang Johor FC di Pasir Gudang. Walaupun rekod perlawanan liga sebelum ini agak baik, ini tidak bermakna Perak akan mendapat laluan mudah ke atas bekas juara treble dua kali itu.

Skuad seladang yang dijangka bertolak ke Alor Setar petang ini akan kehilangan khidmat Shahrizal Saad yang menjalani penggantungan akibat menerima 2 kad kuning tempohari. Pemain yang akan mengisi tempat beliau selaku penyerang kelak masih menjadi tanda tanya.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi meluahkan rasa puas hati dengan prestasi terkini pemain-pemain skuad seladang. “Shafuan Adli kurang sihat kerana mengalami demam dan telah menjalani rawatan pagi tadi di klinik, dijangka beliau dapat diturunkan nanti”

“Sedikit perubahan dalam kesebelasan utama pasukan mungkin akan berlaku samada Hafiz Rahman atau Benedict Martin akan diturunkan. Pada masa yang sama kita menghormati pasukan lawan yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan namun itu tidak mengugat keinginan pasukan Perak untuk mengutip 3 mata penuh di gelanggang lawan” ujar beliau.

Jadual perlawanan pasukan lain:

Kumpulan A

Negeri Sembilan vs Plus FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

PKNS vs Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kumpulan B

Pahang vs Kuala Lumpur
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Sabah vs Terengganu
Stadium Likas

Kumpulan C

ATM vs Johor FC
Stadium MP Selayang

Kumpulan D

T-Team vs Perlis
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United vs Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kedah Vs Perak (review)

    1. YB Post author

      Untuk makluman mike dan semua,

      Razali sudah pulih dari kecederaan tapi masalah lama berulang semula. Razali hilang tanpa dapat dikesan. Tak taulah sampai bila dia ni nak berubah jadi seorang pemain yang berdisplin.

      Suka-suka datang, suka-suka tak datang, Razali memang menghampakan coach Raja Azlan sepanjang tahun ni. Teman harap pihak management dapat mengambil pendekatan yang sewajarnya untuk kes-kes seperti ini pada masa akan datang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  1. sdarerepasi

    bukan menghampakan coach je...malah menghampakan semua pihak..diharapkan sesiapa saja yang diturunkan pada malam ini dapat bermain sebaik mungkin,,yang termampu oleh kalian semua..Penyokong sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi......skor yop skor....insyaAllah....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.