TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Isnin 20 September 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Perlawanan ketiga dari 6 perlawanan untuk pasukan Perak pada saingan TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C adalah menentang pasukan Johor FC di Pasir Gudang. Berdasarkan rekod tahun ini, Perak tumpas kedua-dua perlawanan Liga Super bertemu Johor FC.

Perlawanan Liga Super pertama di Ipoh pada 30 Januari 2010, Perak tumpas dengan jaringan 0 – 3 kepada Johor FC manakala ketika berkunjung ke Pasir Gudang pada 29 Mei 2010, skuad Perak turut tewas dengan jaringan tunggal dari Azizan Baba pada minit ke 83.

Skuad seladang yang bertolak ke Johor seawal pukul 10 pagi tadi turut membawa kembali Shahrizal Saad yang telah selesai menjalani penggantungan 1 perlawanan akibat menerima 2 kad kuning tempohari ketika menentang pasukan ATM di Stadium Perak, Ipoh.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi memaklumkan tidak membawa bersama Thevaggaran yang mengalami sedikit kecederaan ketika menentang Kedah di Alor Setar dan tempat beliau bakal digantikan oleh bekas pemain skuad Presiden iaitu Nurul Nasriq.

Jadual perlawanan pasukan lain:

Kumpulan A

PKNS vs Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kelantan vs Plus FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Kumpulan B

Sabah vs Pahang
Stadium Likas

Terengganu vs Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kumpulan C

ATM vs Kedah
Stadium MP Selayang

Kumpulan D

Felda United vs T-Team
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Selangor vs Perlis
Stadium Shah Alam, Selangor

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (review)

  1. Raul hashim

    Kemenangan amat penting pada malam ini. Diharapkan pemain perak akan bermain bersungguh untuk mencapai kemenangan yang penuh makna. Shahrizal harap lebih tajam lagi malam ini. Teringin nak tengok razali bermain tapi apa kan daya masalah displin pulak..rugi bakat yang ada pada beliau dipersiakan. Teringat gol tunggal razali lawan johor fc di pasir gudang yang perak menang dulu.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.