TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Isnin 20 September 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Johor FC 2 – 0 Perak

Harapan untuk melihat pasukan Perak bangkit pada perlawanan ketiga TM Piala Malaysia 2010 di Pasir Gudang lebur apabila tumbang dengan jaringan 2 – 0 dalam saingan kumpulan C semalam. Khairul Ismail meledak gol pertama seawal minit ke 6 separuh masa pertama.

Gol tersebut hasil sepakan percuma betul-betul di luar kotak penalti Perak setelah Arif Ismail melakukan kekasaran terhadap pemain lawan. Selepas gol tersebut permainan menjadi seimbang dan Perak cuba untuk mendapatkan gol namun tidak berhasil.

Separuh kedua Perak bermula garang, Shafuan Adli yang masuk menggantikan Benedict pada separuh masa pertama hampir menjaringkan gol apabila sepakan dari jarak jauh beliau terkena tiang gol sebelah kanan pasukan Johor FC ketika Anis Faron sudah pun tertewas.

Ketika barisan Perak berusaha untuk memecah benteng pertahanan lawan, Hamzani Ahmad melebarkan penguasaan Johor FC pada minit ke 52 apabila mudah menanduk masuk bola yang melantun di depan pintu gol Perak hasil sepakan sudut Eddy Helmi.

Pada penghujung babak permainan, pasukan tuan rumah nyaris menambah gol ketiga kali ini melalui gerakan solo dari ketua pasukan, Eddy Helmi yang memperdayakan Wan Azwari di dalam kotak penalti Perak namun rembatan beliau sedikit tersasar.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Nasriq
Syazwan
Arif Ismail
Wan Azwari
K. Nanthakumar
Benedict – 1
Nurridzuan – 3
Nazri Kamal – 2
Khalis Ibrahim
Shahrizal Saad

Pertukaran:

Shafuan Adli – 1
Wan Hossen – 2
Isma Aliff – 3

Keputusan Perlawanan Lain 20 September 2010:

Kumpulan A

PKNS 1 – 2 Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kelantan 3 – 3 Plus FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Kumpulan B

Sabah 2 – 0 Pahang
Stadium Likas

Terengganu 0 – 1 Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kumpulan C

ATM 1 – 1 Kedah
Stadium MP Selayang

Kumpulan D

Felda United 1 – 2 T-Team
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Selangor 1 – 0 Perlis
Stadium Shah Alam, Selangor

Likes(0)Dislikes(0)

33 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (result)

  1. Raul hashim

    Prestasi yang tidak memuaskan ditunjukkan oleh pasukan perak. Saya merayu agar razali kembali semula. perbaiki displin anda. perak tiada pemain yang kreatif di bahagian tengah dan tumpul di depan gawang. banyak hantaran merapu. pemain lain tidak pandai mencari ruang dan menunggu bola sajer.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscout

    Seperti yang diduga kekalahan terus diratapi. Aku ingin lihat apa lagi kata peminat bola sepak perak yang tidak habis-habis menyalahkan pengadil andai pasukan perak tertewas. Dan tidak pula menyalahkan pemain kesayangan mereka, ketika aku sedang bertugas di pantai timur, telah aku rasa kekalahan akan terus menimpa pasukan Perak jika bahagian serangan masih buntu untuk menjaringkan gol. Apapun teruslah mempergiatkan usaha anda mencari identiti sebenar sebuah pasukan elit negeri yang cukup dari semua sudut. Peluang Perak hanya kembali bernafas jika perlawanan seterusnya menang dan menang..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zizou85

    satu keputusan yang sukar diterima, tapi boleh dijangka..

    Tak banyak yang boleh diharapkan daripada barisan perak yang sedia ada. Kita tiada penggempur yang mantap serta bahagian tengah agak kekurangan idea membuat killer pass kepada pemain penyerang.

    Pasukan Yob harus memenangi semua perlawanan selepas ini jika masih berharap untuk ke perlawanan suku akhir.

    2 perlawanan di tempat sendiri dan 1 di Stadium Selayang seharusnya menjadi titik tolak kepada pasukan ini untuk membuktikan agar segera bangkit daripada lamunan.

    Saya berharap Razali dapat diturunkan memandangkan masih ada 2 minggu masa berehat untuk pasukan.

    // Liga Malaysia tanpa import amatla membosankan....apatahlagi dengan kualiti pasukan perak yang tidak seberapa.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Teman rasa Liga Malaysia dengan atau tanpa import takde banyak beza pun yang menjadikan kita bosan ialah prestasi pasukan sendiri. Bukan sebab ada atau tiadanya import.

      Kalau ditakdirkan musim depan import kembali dan Perak tetap main tah apa-apa, apa pulak alasan mike? Takat nak datang stadium tengok pemain import nak buat apa yob?.

      Kalau dah team kuat dok sapu piala selagi ada waimah pemain yang takde nama dan takde rupa pun kita boleh seronok dan gembira. Itu hakikatnya semua orang kena faham.

      A good effort is not enough
      There's only one thing people remember
      It ain't how we play the game
      Winning is everything

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. zizou85

        Pendapat YB tu ada betulnya, namun saya fikir kehadiran awang import akan menambah seri kepada saingan liga..

        Saya mengatakan lebih baik ada import kerana saya telah menyaksikan kerancakan liga adalah lebih baik ketika ada import berbanding kini.

        Melainkan import yang diambil itu adalah sama taraf atau lebih teruk berbanding permainanan pemain tempatan.

        Sebagai contoh, Perlis sewaktu zaman Chipeta dan Simokunda adalah pasukan yang mempunyai pemain tempatan yang average sahaja...namun kehadiran pemain import yang berkualiti ternyata telah mengangkat pasukan tersbut menjadi pasukan yang digeruni pada masa tersebut.

        Namun ada banyak yang perlu dipertimbangkan iaitu soal kewangan, standard pemain import, serta kuota import yang dibenarkan...saya menganggap 2 pemain import satu pasukan sudah cukup dibantu 9 pemain tempatan.

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB Post author

    Antara perkara yang diulas oleh Zainal Abidin Rawob bersama tetamu beliau pada malam perlawanan tersebut ialah corak permainan tengah dan penyerang Perak yang lebih banyak menunggu bola untuk dihantar kepada mereka.

    Sepatutnya pemain berada di tempat yang tidak dikawal oleh pemain lawan dan bukan sekadar menunggu di sebelah lawan tanpa sebarang gerakan. Ditambah dengan tiadanya kebolehan untuk 'memainkan bola' / ball play antara barisan tengah dan barisan penyerang.

    Hanya Nanthakumar yang mendapat pujian pengulas serta tetamunya apabila sentiasa bergerak ke arah rakan untuk bertukar-tukar hantaran. Kebanyakan pemain lain lebih banyak menghabiskan masa berjalan dan berdiri menunggu bola dihantar kepada mereka.

    Ulasan teman:

    Cakap mudahnya pemain yang menerima bola tidak mendapat bantuan / support dari rakan lain atau si pemberi bola tersebut pun berhenti setakat itu.

    Pendek kata kebanyakan pemain bermain seperti melepaskan 'tengkuk' sendiri sahaja. "Janji aku dah pass bola, apa nak jadi lepas tu lantaklah"

    Kalau corak permainan seperti ini diteruskan memang pakat tak ke mana le team Perak tahun nih. Pemain Perak tidak beraksi mengikut PAR level mereka sendiri. Teman tak mengharapkan deme main Over PAR tapi kalau dah On PAR pun tak sampai camne?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. miez3

      Salam YB & sahabat-sahabat SDN...

      Teman nak tambah sikit dari ulasan YB...pasal ulasan dari tetamu di Astro Arena malam tu...kata dia "pemain-pemain muda sepatutnya mempunyai semangat juang yang tinggi ditambah dengan stamina yang lebih baik berbanding pemain yang lebih berumur tetapi bila dapat bola je diaorang tak boleh berfikir dengan rasional bagaimana tika & ketika untuk "mendribble" bola & situasi untuk menghantar bola kepada kawan...."...nah di sini pun dia dah bagi "hint" kat kita pasal pemain-pemain Perak ni...mungkin pemikiran melepaskan "tengkuk sendiri" ni buatkan pemain2 kurang berfikir...

      Pasal pemain import pulak...kalau pemikiran macam ni dah bersarang dalam otak pemain-pemain ambik le pemain import yang hebat mana pun kalau bola pun tah ke mana letih le yob.

      Deme pun silap haribulan angkat bendera putih...Ntah le....teman tengok game Perak ni bior pun tak ke stadium sejak akhir-akhir ni...tapi prestasi macam yoyo...teman rasa la game dengan Kedah tu lagi syok teman tengok bior pun kalah...tapi bila tengok masa main dengan Johor FC ni...aduhh...rasa nak meletup dada ni.

      Bagi teman harapan untuk ke suku akhir dah tipis...cuma harap pemain-pemain kita dapat cari pengalaman & segala kelemahan yang ada jadikan iktibar...
      Cuma tak tau le kut-kut ada magis pulak di peringkat kedua nanti.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    mari sama-sama nyanyi (ikut tune lagu SM Salim)

    Apa nak jadi
    Apa nak jadi
    sampai sekarang tak menang lagi
    Apa nak jadi.............................

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. abgcho

    sesungguhnya kita memerlukan gandingan player senior yang mantap untuk membimbing di bahagian tengah dan serangan...mungkin tahun depan boleh buat balik...aduhai....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. spectator

    salam...

    teman sependapat dengan yb...pemain perak semuanya setakat 'melepas batuk di tangga'..setakat boleh bermain bolasepak tapi tak boleh 'memperindahkan' bolasepak itu...minta maaf cakap, teman berasa malu melihat hakikat itulah pasukan perak..tak ubah seperti meletakkan sebuah pasukan kampung berhadapan pasukan negeri.

    teman pun tak tau apa lagi masalah pasukan kita...nak kata pemain-pemain muda, teman tengok pasukan2 lain seperti kedah, johor fc, n.sembilan pun turut ada beberapa pemain muda terutamanya dari skuad presiden...tambahan pula ada pemain yang dah lama 'established' sejak dari zaman steve darby' seperti nazri kamal. walaupun si nazri ni kawan teman di kampung, tapi teman rasa dia amat mengecewakan...berpusing2 tanpa arah tujuan, lambat buat hantaran, kelam kabut tiada ketenangan langsung.

    Nantha nampak matang tapi teman rasa dia pun hilang keyakinan dengan rakan2 lain...midfield hancur...bukan midfield tak bagus...macam shafuan adli, teman yakin kalau dia main dengan team yang lebih bermotivasi, dia boleh jadi midfield yang amat baik...dia boleh menghantar dengan baik tapi langsung tiada 'support' dari rakan sepasukan...posession macam tak nak dapat bola...mindset 'bagi le kat org lain'.

    satu lagi yang teman musykilkan apa yang si jurulatih dah buat? apa yang berubah? macam tu sahaja...hanya ada 3-4 games yang memuaskan hati tapi yang majoritinya? menyakitkan hati...kalau macam tu cara main, teman rasa baik tak payah jurulatih...tactical out...melambung bola tanpa arah tujuan..ni bukan team yang baru seminggu dua berlatih...macam mana professional footballer tiada keyakinan diri? dan macam mana sebuah team negeri bermain taktik lapuk yang hanya mampu ditertawakan oleh pasukan-pasukan lain.

    melihatkan keputusan 'friendly' ketika ramadhan, teman amat teruja sampai selangor pun tumbang..tapi apa gunanya sekiranya situasi sebegini pula yang kita tempuh...pengurusan pun dah baru..siap bagi hadiah+hamper ketika jamuan hari raya..takkan itu pula yang buat pemain alpa???

    apa2 pun masih ada lagi 3 games. rehat 2minggu, kita tengok apa yang pasukan akan buat nanti...harap2 ada yang positif..letih dah wehh cakap benda yang berulang-ulang tapi hasilnya terus buat kita menunduk ke bumi...sekiranya itu juga yang kita dapat, harapnya pengurusan dapat buat sesuatu yg drastik untuk persiapan musim depan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Satu perkara yang teman nampak pasal Nazri Kamal nih berbanding pemain lain. Dia punya 'work rate' memang tinggi tapi dari segi 'team work' memang tak bagus.

      Pemain macam dia ni kalau kita letakkan dalam skuad Futsal Malaysia memang bagus sebab Futsal memerlukan pemain yang ada 'work rate' yang tinggi macam Nazri. Boleh hambat bola ke sana kemari dan mesti ada sifat 'tamak' untuk menjaringkan gol. Yang teman nampak team futsal Malaysia sekarang pemain2 sedia ada macam malas nak kejar bola.

      Memandangkan Timbalan Presiden kita Dato Seri Abdullah Ihsan adalah boss untuk bahagian Futsal & Bolasepak Pantai dalam FAM, adalah lebih baik kalau kita cuba trial Nazri di skuad futsal Malaysia. Teman nampak prospek Nazri jauh lebih baik dalam team futsal Malaysia berbanding bolasepak padang yang ada sekarang ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. firdaus

    Team perak bukan tak kuat tapi masih terlalu pandang tinggi pada pasukan lawan hingga takut untuk bermain dengan team tersebut. Pasukan perak jika ada gandingan penyerang yang mantap pasti boleh menang kerana bahagian tengah dan defend cukup mantap dah. Kita kekurangan penyudah yang tajam. Harapan agar coach dapat membawa balik bekas penyerang perak yang pernah menaikkan nama perak dahulu.good luck

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi

    Salam..

    Hari tu nampak macam dah nak 'Cool' and 'Steady'. Baru nak jerit 'Steady PERAK'!! tapi kena simpan la dulu ayat tu. Apa yang kawan-kawan komen di atas memang tepat.

    Teman cuba simpulkan dan dikongsi bersama. Kesimpulannya, kerjasama makin longgar. 'Espirit De' Corp among player nearly OUT!. Coach kena buat sesuatu yang drastik untuk bendung virus ni. Kalau la bolasepak permainan individu, rasanya dunia ni akan dibanjiri Star-Star bolasepak berbanding sukan-sukan lain.

    Para pemain kena sentiasa ingat, hidup kena ada orang lain. Sebabnya, orang lain ni la yang akan bantu diri kita untuk maju, dalam dunia ni tak dak orang boleh maju sebab diri dia sendiri, memang tak dak. So, simple, garapkan kerjasama bukan setakat dalam padang, malah di luar padang jugak. Biar cubit paha kiri satu badan rasa sakit bukan setakat paha kanan yob.

    Main bola jangan main sorang-sorang, jangan sekadar melepaskan batuk ditangga. Itu tanda seorang pemalas, dan 'Selfish'.

    Jadi, 'Masa training jangan main-main, masa main pun sungguh-sungguh main, nak main-main cari tempat lain'

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. khairol

    salam,

    mungkin masih ada harapan untuk ke suku akhir. itupun jika dapat mengubah aksi dan keputusan untuk 3 perlawanan terakhir. boleh ker yob?

    menyaksikan 2 kali siaran langsung pasukan teman rasa tawar hati nak tengok perlawanan melibatkan Perak seterusnya. niat di hati nak menyaksikan perak dan ATM di selayang. teman rasa tak berbaloi untuk teman berbelanja RM10 untuk duit tiket. mengapa harus berbelanja jika untuk mengecewakan diri.

    tertekan perasaan di buatnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Terus terang teman kabokan yob, kalau tanya secara logiknya, memang takat peringkat kumpulan ajerlah kita punya cabaran kali ni.

      Tapi jauh di sudut hati ni tetap mengharap Perak boleh layak ke pusingan seterusnya dengan syarat mesti memenangi kesemua perlawanan yang ada tanpa gagal.

      Masalahnya sekarang, mampukah mereka?

      Entahlah yob.....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Nothing Impossible Yob. Semuanya bergantung kepada barisan pemain dan kejurulatihan Perak. Tim seperti ATM memang sukar diramal. Antara faktornya ATM adalah pasukan yang biasa dan tak ada nama pada pandangan banyak pihak, malah ramai pengkritik sukan meramalkan ATM bukan pasukan pilihan ke suku akhir. Tapi, pada pandangan teman, pemain-pemain ATM bersungguh-sungguh main untuk kalahkan tim yang hebat seperti Johor FC, Kedah dan Perak yang mempunyai nama besar dalam bolasepak suatu masa dulu.

        Tiada tekanan untuk mereka. Jika dilihat ATM tak ada tekanan langsung, tiada apa untuk dipertahankan. Lain la Felda United juara liga perdana lalu. Kedah, mesti nak jaga nama baik begitu jugak dengan Johor FC merupakan Top 5 Liga Super lalu. Bagi Perak pulak sepatutnya jadikan sejarah lalu sebagai sandaran pemangkin semangat untuk menang, malu besar kalau kalah dengan ATM, teman rasa belum ada rekod Perak kalah ditangan ATM, kalau ada pun mungkin zaman-zaman Dato' Aizuddin muda-muda dulu la.

        Jadinya sekarang ni, 'Miracle'. Keajaiban dan Keajaiban. Dalam keadaan sekarang, manfaatkan ruang dan masa yang ada untuk bangkit. Keajaiban takkan muncul kalau kita asyik toleh belakang dan meratap hiba kesilapan lalu. Kita KUAT Yob. Bukan tak pernah tim yang ada sekarang lakar kejutan. Teman secara peribadi memberi harapan dan berdoa agar Perak menang baki 3 perlawanan.

        Boleh atau tidak? Mampukah Perak? Tepuk dada tanya Iman..Insya Allah. Usaha Kunci Untuk Berjaya.

        Likes(0)Dislikes(0)
  11. ausbos

    salam,

    betul la ape yang khairol cakapkan..2 kali live game tetap sama tak berubah langsung.. tapi takpe kite tunggu pusingan kedua..

    tapi walaupun team perak kalah game dengan kedah & johor fc tetap saya akan pegi..untuk ke selayang jauh sangat tak dapat la teman nak pegi..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. razlan

    mari congak2

    senario ini berdasarkan perak menang kesemua baki 3 perlawanan. ini bermakna
    Kedah, Johor FC dan ATM cuma boleh menang 2 perlawanan iaitu kutip 6 mata
    maksimum.

    Negeri / Mata Sekarang / mata untuk baki 3 game / Jumlah

    Kedah / 5 mata / 6 mata / 11 mata
    Johor FC / 5 mata / 6 mata / 11 mata
    ATM / 3 mata / 6 mata / 9 mata
    Perak / 1 mata / 9 mata / 10 mata

    layakkah Perak ke suku akhir?

    tapi tak mungkinlah ketiga2 pesaing dapat kutip 6 mata penuh.
    jika kedah kalah kepada perak tapi menang keatas johor fc dan atm
    manakala atm tewas kepada johor fc, ini pulak terjadi:

    Kedah / 5 mata / 6 mata / 11 mata
    Johor FC / 5 mata / 3 mata / 8 mata
    ATM / 3 mata / 0 mata / 3 mata
    Perak / 1 mata / 9 mata / 10 mata

    layak ke suku akhir? insya-Allah. selagi wisel penamat untuk game terkahir
    kumpulan belum ditiup, selagi itu perjuangan diteruskan dan jangan putus asa.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Perak wajib menang semua perlawanan...atau pun sekurang-kurangnya 2 menang satu seri dengan mengalahkan paling kurang ialah ATM...dan mengharapkan ATM dapat memperoleh seri ketika menentang Kedah dan Johor....tapi agak mustahil kerana ATM akan bemain 'away' untuk 2 perlawanan tersebut..

      Nampaknya kita harus mengharapkan ihsan tim lain jika ingin layak

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        apa yg teman perhatikan, setelah melihat dua game ATM masa liga premier dan satu game masa piala malaysia, game ATM amat berbeza dimana pasukan piala malaysia ATM lebih bagus dengan permainan yang laju.. mungkin cuma ada satu bekas pemain perak jer kut... hehehe

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. YB Post author

        No no no yob, takde menang 2 game 1 seri. Kita mesti menang ketiga-tiga game terus baru selepas tu kita pikirkan samada layak atau tidak. Kebiasaannya untuk saingan liga 4 sepasukan, jumlah 10 mata adalah untuk pasukan tangga kedua liga dan 12 mata keatas pula untuk juara kumpulan.

        Tapi untuk kes berlaku banyak keputusan seri, memang 8 mata boleh meletakkan sesebuah pasukan di tangga kedua kumpulan. Tapi mike sanggup ke nak tengok kita terpaksa mengharapkan IHSAN pasukan lain untuk layak?

        Teman??? dah letih yob....

        Likes(0)Dislikes(0)
  13. Raul hashim

    Salam Yb leh tak letak satu lagi tajuk mengenai pendapat formasi yang patut perak gunakan. teman nak tengok jugak cadangan ahli SDN. mana tau ada yang boleh kita gunakan. tolong ye Yb

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Mike ni macam tau-tau je teman nak post artikel yang seumpama seperti itu untuk minggu depan sempena cuti game Piala Malaysia nih.

      Tapi artikel berkaitan formasi ni bukan setakat bincang tentang tu aje, teman harap ahli-ahli yang ada letak sekali pemain yang bakal mengisi tempat formasi tersebut.

      Setakat nak cakap "Perak patut main 4-4-2 ke, 4-3-3 ke, anak teman yang darjah 4 tuh pun boleh" so biar ada tanggungjawab sikit.

      Apa-apa pun mike dan lelain tunggu minggu depan teman akan siarkan, insya Allah.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. zizou85

        soal formasi tu bukan masalah kalau kita ada pemain yang berkualiti

        sekarang ni kebanyakan pasukan utama di dunia guna 4-2-3-1 , 4-1-3-1-1, 4-3-3 dengan meletakkan lone striker..tetapi dorang ada striker yang benar2 bagus sambil gol2 datang daripada midfielder dan defender tanpa mengharapkan striker sahaja.

        masalahnya sekarang kita takde material yang mantap untuk bersaing dengan pasukan-pasukan yang lain.

        sepanjang 3 perlawanan ini, saya beranggapan pengambilan Wan Hossen adalah satu keputusan yang teruk serta tidak membawa apa-apa perubahan.

        Benar, kita sememangnya ketandusan striker yang berkebolehan...Produk daripada Piala Presiden pula tidak sebaik dahulu...harap2 ada peningkatan lagi sizen depan.

        Likes(0)Dislikes(0)
  14. ayop

    salam semua....

    jauh mendayung ke hulu kuala,
    bawa badan jiwa merana,
    pedih hati rasa terluka,
    perak gugur jauh dikelana.

    jiwa merana bawa ke kuala,
    kerana ditinggal oleh kekasih,
    doa ayop pusingan kedua,
    moga-moga layak ke suku akhir.

    kekasih pergi sakit kan hati,
    niat dihati mengantung diri,
    kena menang tak boleh kalah tak boleh seri,
    buat lah ape saje, jumpe bomoh mintak jampi.

    buat peminat, penyokong,rakyat negeri perak ku tercinta, teruskan sokongan anda hingga ke titisan darah yang terakhir........biar kalah 400 berbalas 0 sekalipun...perak tetap dihati......

    idup perak!!!......

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. wan

    Tiada yang mustahil dalam dunia ini jika ada usaha dan kecekalan menghadapi apa jua rintangan. Selamat berjaya kepada pasukan Perak. Buktikan anda seorang yang layak untuk bergelar pemain bola sepak yang di segani....

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. gerak_khas_09

    assalamualaikum....

    syawal kian hampir ke penghujung dengan cerita yang mungkin menarik dan ada yang tidak menarik begitulah juga kisah pasukan kesayangan kita ini.

    Tertewasnya pasukan Perak tidak seharusnya kita menyalahkan sesiapa pun 100%,kita cuma harus mencadangkan satu perkara yang positif agar jurulatih kita yang kononnya hebat itu menilai dan mencubanya.

    Sepengetahuan saya,seseorang jurulatih itu akan menurunkan kesebelasan pemain pemainnya yang berada di tahap yang amat amat bersedia dan berada didalam tahap prestasi yang memuaskan.

    Saya juga percaya jurulatih akan menukar strategi apabila strategi yang digunakan mereka sebelum ini tidak menjadi.

    Apa yang menghairankan sepanjang pemerhatian saya terhadap pasukan, pemain pemain yang gagal menunjukkan satu prestasi yang baik turut dapat bermain di perlawanan selepasnnya terutama Kamarul Efendi penjaga gol utama pasukan Perak yang sudah berpengalaman dengan posisinya dari peringkat sekolah hingga peringkat profesional (super league) dan pernah di panggil untuk menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan.

    Yang paling menghairankan,kenapa Raja Azlan seorang jurulatih yang berdedikasi itu masih mampu menurunkan pemain seperti beliau dimana prestasinya kini amat goyah dan mampu mencalar maruah anak jati negeri Perak. Apakah sebenarnya matlamat atau impian mereka ini termasuk pemain,jurulatih dan pihak pengurusan PAFA, mungkin ada sebab sebab tertentu yang tidak seharusnya kita ambil tahu dan taknak diberitahu.

    Saya tidak menafikan agak banyak kekecewaan yang dihadapi kini,dimana melihat prestasi pasukan termasuk prestasi Jurulatih yang memalukan,mungkinkah ada sesuatu yang telah menimpa pemikiran pemain pemain.

    Nasihat saya kepada Raja Azlan tolonglah,jangan gadaikan maruah kami kami anak jati negeri Perak,pastikan anda turunkan pemain pemain yang benar benar berada di tahap prestasi yang baik,berilah peluang kepada Khairul Amri untuk beraksi kerana beliau pernah beraksi iaitu di Ipoh ketika dalam saingan Liga super menentang pasukan Negeri Sembilan dan persembahannya tidaklah menghampakan.

    Janganlah simpan tenaga pemain yang berbakat sampai berkarat.Ingat anda hanyalah jurulatih bukan pemilik pasukan ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. aziz

    Salam ... ...

    Aku tengok sebenarnya pemain pemain muda nie berkualiti.
    cuma aku tak puas hati dengan corak taktikal dan posisi pemain yang diletakkan oleh Raja.

    Aku hairan jugak,kenapa Raja tak nampak semua ini,Mungkin Raja ni syok sendiri kot.

    Aku tengok dua game yang bersiaran langsung iaitu ketika lawan team Kedah di RTM dan Johor Fc Di Astro Arena, dimana corak game Perak dari awal musim sampai la nie tak berubah,cara penukaran pemain,formasi yang Raja Buat,dan Pemain pemain masih lagi menampilkan kesuraman dalam saingan tempatan.

    Kedua dua perlawanan menampilkan penjaga gol yang sama iaitu Kamarul Efendi. Budak ni kalau kita lihat prestasi dia dimusim lepas memang bagus,tapi musim nie boleh dikatakan teruk sampai penyokong yang tengok boleh jadi meluat dibuatnya.

    Gol gol yang dilepaskan budak nie,sememangnya memberitahu kepada kami,yang beliau tak bagus dan perlu direhatkan.

    Tapi game yang seterusnya masih lagi diberi peluang,apa nie Raja kau nie buta ke atau buat buat tak nampak.Aku peliklah...........

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. ausbos

    salam...yang aku nampak adalah raja ni ketandusan idea..tak tau taktikal ape nak guna...bila berlaku sesuatu keadaan tak tau nak ubah..kadang2 teman tengok pemain yang baik dikeluarkan dan pemain yang teruk dibawa masuk..mana la pasukan nak bagus..ada penolong pun tak banyak membantu..teman rasa PFA dah patut cari pengganti yang sesuai...apa kata Fandi dibawa masuk...mungkin corak permainan yang baru boleh diterapkan..ambil la pemain2 lagenda negara jadi coach perak..

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. ausbos

    zaman sekarang ni teman rasa kalau coach tak pandai ubah team pasti team tu hancur walaupun team tersebut penuh dengan pemain yang bagus contohnya kelantan...pemain semuanya star2 belaka tapi coachnya tak berapa nak bagus...ingat sathia tu bagus sangat ke...ambil balik bekas pemain perak yang main kat kelantan tu main balik dengan perak balik dan tukar coach baru pasti ada perubahan dengan team ni...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.