feed rss2

Archive for September, 2010

TM Piala Malaysia

Selasa 14 September 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 2 - 2 ATM

Perak mencatatkan keputusan seri 2 - 2 ketika menentang ATM di Ipoh pada perlawanan sulung TM Piala Malaysia 2010, kumpulan C malam tadi. Shahrizal Saad menceriakan penyokong tuan rumah seawal minit ke 16 melalui satu tandukan kencang hasil hantaran lintang melepasi penjaga gol ATM yang dipinjam dari Pulau Pinang, Amir Omar Khata.

Namun keceriaan para penonton tidak bertahan lama apabila Shahrizal Saad yang terlebih dahulu menerima kad kuning pada minit ke 22 kerana kesalahan menyentuh bola dengan tangan, sekali lagi dilayangkan kad kuning kedua 3 minit berikutnya kerana didakwa pengadil sengaja merebahkan diri di dalam kotak penalti pasukan pelawat.

Selepas itu Perak terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain dengan pasukan pelawat mulai mengasak hebat ke kubu… Continue reading

TM Piala Malaysia

Selasa 14 September 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan pertama Perak pada kempen TM Piala Malaysia 2010 untuk kumpulan C adalah menentang pasukan dari Liga Perdana iaitu ATM di Ipoh malam esok. Pasukan ATM turut dibarisi oleh beberapa pemain yang pernah mewakili Perak suatu masa dahulu.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Johor FC akan menanti kunjungan Kedah di Stadium Jcorp, Pasir Gudang. Difahamkan pemain Perak telah mula menjalani latihan sejak hari Ahad semalam di Ipoh dan latihan untuk penjaga gol turut bermula pada tadi.

Skuad seladang sewajarnya mengambil peluang bermain di tempat sendiri untuk mengutip 3 mata penuh ketika menentang ATM kerana selepas ini mereka akan berkunjung pula ke Alor Setar menentang Kedah pada hari Jumaat, 17 September 2010.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata, “Pemain… Continue reading

Selamat Menyambut Aidilfitri dari pihak pengurusan dan warga kerja SDN kepada semua pengunjung dan pelayar yang masih setia memberikan sokongan kepada halaman web ini.

Pada kesempatan ini juga pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengunjung jika ada antara artikel kami yang menyinggung sesetengah pihak di sini samada secara sengaja mahupun tidak disengajakan.

Salam Aidilfitri
admin

Continue reading

Pada 1 September 2010 pihak Astro Arena melalui rancangan Formasi yang dikendalikan oleh Zainal Abidin Rawop telah menjemput jurulatih Perak, Raja Azlan Shah Raja So’ib sebagai ahli panel. Berikut adalah sebahagian dari sedutan rancangan tersebut.

[MEDIA=43] Continue reading

« Prev

UA-2755250-1[Valid CCL]