feed rss2

Archive for September, 2010

TM Piala Malaysia

Isnin 20 September 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Johor FC 2 - 0 Perak

Harapan untuk melihat pasukan Perak bangkit pada perlawanan ketiga TM Piala Malaysia 2010 di Pasir Gudang lebur apabila tumbang dengan jaringan 2 - 0 dalam saingan kumpulan C semalam. Khairul Ismail meledak gol pertama seawal minit ke 6 separuh masa pertama.

Gol tersebut hasil sepakan percuma betul-betul di luar kotak penalti Perak setelah Arif Ismail melakukan kekasaran terhadap pemain lawan. Selepas gol tersebut permainan menjadi seimbang dan Perak cuba untuk mendapatkan gol namun tidak berhasil.

Separuh kedua Perak bermula garang, Shafuan Adli yang masuk menggantikan Benedict pada separuh masa pertama hampir menjaringkan gol apabila sepakan dari jarak jauh beliau terkena tiang gol sebelah kanan pasukan Johor FC ketika Anis Faron sudah pun tertewas.

Ketika… Continue reading

TM Piala Malaysia

Isnin 20 September 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Perlawanan ketiga dari 6 perlawanan untuk pasukan Perak pada saingan TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C adalah menentang pasukan Johor FC di Pasir Gudang. Berdasarkan rekod tahun ini, Perak tumpas kedua-dua perlawanan Liga Super bertemu Johor FC.

Perlawanan Liga Super pertama di Ipoh pada 30 Januari 2010, Perak tumpas dengan jaringan 0 - 3 kepada Johor FC manakala ketika berkunjung ke Pasir Gudang pada 29 Mei 2010, skuad Perak turut tewas dengan jaringan tunggal dari Azizan Baba pada minit ke 83.

Skuad seladang yang bertolak ke Johor seawal pukul 10 pagi tadi turut membawa kembali Shahrizal Saad… Continue reading

TM Piala Malaysia

Jumaat 17 September 2010
Stadium Darul Aman
8:45PM

Kedah 2 - 0 Perak

Perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2010 di Alor Setar menyaksikan Perak tumbang dengan jaringan 2 - 0 dalam saingan kumpulan C malam tadi. Baddrol Bakhtiar menjadi duri dalam daging kepada pasukan Perak apabila menjaringkan kedua-dua gol tersebut.

Seawal minit ke 2, Kedah berada di depan apabila penjaga gol Perak, Kamarul Effendi sekadar “menampan angin” bola sepakan percuma Baddrol dari jarak 20 meter. Sepakan percuma tersebut berpunca dari kekasaran yang dilakukan oleh Syazwan ke atas Baddrol.

Gol tersebut sememangnya menaikkan semangat pasukan Kedah untuk terus mengasak ke kubu pasukan Perak. Rentetan serangan tanpa henti tersebut Kedah berjaya mendapatkan gol kedua, juga melalui rembatan Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penali Perak pada minit ke 41. Tamat separuh… Continue reading

TM Piala Malaysia

Jumaat 17 September 2010
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan kedua Perak untuk saingan TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C adalah bertandang ke Alor Setar menentang Kedah esok. 2 perlawanan terdahulu Liga Super, Perak mencatatkan keputusan seri 1 - 1 ketika di Darul Aman dan menang tipis 1 - 0 di Ipoh.

Kedah pada perlawanan sebelum ini telah mencatatkan keputusan seri 1 - 1 ketika menentang Johor FC di Pasir Gudang. Walaupun rekod perlawanan liga sebelum ini agak baik, ini tidak bermakna Perak akan mendapat laluan mudah ke atas bekas juara treble dua kali itu.

Skuad seladang yang dijangka bertolak ke Alor Setar petang ini akan kehilangan khidmat Shahrizal Saad yang menjalani penggantungan akibat menerima 2 kad kuning tempohari. Pemain yang akan mengisi tempat beliau selaku penyerang… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]