TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 3 Ogos 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ke 26 dan terakhir sebelum kempen TM Liga Super 2010 melabuhkan tirainya ialah antara pasukan Perak menentang Pulau Pinang di Ipoh selasa ini. Perlawanan pertama di Batu Kawan pada 6 Mac 2010 berakhir dengan dengan keputusan seri 1 – 1.

Seperti kebiasaannya pasukan Perak mendahului lawan melalui tandukan Saufi Sa’aidi namun pada penghujung permainan Pulau Pinang mendapat sepakan penalti yang berjaya disudahkan dengan baik oleh S. Veenod untuk tuan rumah berkongsi mata dengan pelawat.

Pasukan Perak ketika ini dalam ‘mood’ yang cukup baik selepas mencatatkan kemenangan ke atas Kedah di Ipoh sabtu lalu. Perubahan strategi yang dipamerkan oleh jurulatih Perak untuk lebih menyerang akhirnya membuahkan hasil pada perlawanan itu.

Manakala Pulau Pinang pula sekadar beraksi untuk melengkapkan jadual perlawanan kerana difahamkan pasukan Pulau Mutiara ini tidak dapat beraksi dalam kempen Piala Malaysia nanti serta terpaksa diturunkan ke Liga Perdana pada musim 2011 bersama pasukan Johor.

Kemenangan pada perlawanan ini mampu untuk mengangkat kedudukan Perak ke tangga lebih baik berbanding di tempat ke 11 sekarang. Segalanya turut bergantung kepada keputusan perlawanan yang melibatkan Pahang, Kuala Lumpur dan Plus FC.

“Kita kehilangan khidmat Wan Azwari setelah mengutip kad kuning ketiga pada perlawanan menentang Kedah tetapi saya tidak gusar dengan situasi tersebut. Kita masih mempunyai beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan tersebut” jelas Raja Azlan.

“Tidak banyak perubahan yang akan dibuat tetapi penonton boleh berharap perlawanan tersebut akan lebih menarik kerana saya akan menggunakan pendekatan menyerang yang lebih aggresif menjelang pertemuan menentang Pulau Pinang nanti”

Jadual perlawanan Liga Super – 3 Ogos 2010

Pahang vs Johor FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs Plus FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs Kuala Lumpur
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Perlis vs Negeri Sembilan
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah vs Selangor
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs T-Team
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (review)

  1. syidi

    Salam..

    Buat Perak, penghujung musim dihiasi warna-warni yang indah. Cuma persoalan yang bermain di kepala teman, adakah Perak benar-benar bangkit dan adakah ini titik perubahan yang sebenar?

    Teman jugak ada standby jawapan untuk itu. Adakah perubahan dalam PAFA ini semua berlaku? Mungkin itu sedikit sebanyak menyumbang kepada kebangkitan ini. Andai itu yang membuatkan pemain dan pengurusan Perak selesa, teman tumpang gembira.

    Ketiadaan Wan Azwari tidaklah dirasai sangat. Cuma mengharapkan penggantinya nanti lebih agresif dan baik daripadanya. Teman agak risau kalau Perak jumpa tim bawahan ni. Bukan mengharap tapi tak nak berulang. Kita menang dengan 2 pasukan kuat iaitu Selangor dan Kedah manakala seri dengan N.Sembilan rasanya cukup membuktikan siapa kita. Tapi jangan la terlalu yakin apabila bertembung tim ceroi. Rasanya tu la masalahnya.

    Main macam biasa. Harap-harap coach turunkan pemain yang tengah mencanak-canak form nya. Jangan bantutkan form diorang. Jangan pandang remeh lawan. Jalankan tanggungjawab, jangan abaikan kewajiban.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.