TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 3 Ogos 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 4 – 0 Pulau Pinang

Perak menutup tirai TM Liga Super 2010 dengan bergaya apabila membelasah pasukan Pulau Pinang dengan jaringan 4 – 0 di Ipoh malam tadi. Shahrizal Saad menjadi pemain pertama di dalam pasukan Perak tahun ini melakar kejayaan sebagai penjaring hattrik.

Kemenangan ini juga adalah yang terbesar pernah dicatatkan setakat ini oleh pasukan Perak sepanjang tahun ini untuk Liga Malaysia. Permainan pada separuh masa pertama lebih dikuasai tuan rumah namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan.

Pada separuh masa kedua, Nurridzuan Hassan telah diganti oleh Shahrizal dan hasilnya pada minit ke 60 beliau berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan Perak dan gol pertama buat dirinya musim ini hasil rembatan leret dari luar kotak penalti Pulau Pinang.

Selepas gol itu Perak terus mengasak dan gol kedua terhasil melalui seorang lagi pemain gantian, Khalis Ibrahim yang sempat menyambar bola muntah dari tangkapan penjaga gol Pulau Pinang selepas rembatan awal Nazri Kamal berjaya dihalang pada minit ke 69.

6 minit berselang, Shahrizal berjaya meloloskan diri melepasi perangkap offside pasukan lawan dan merembat deras bola masuk untuk gol ketiga skuad seladang. Hattrik berjaya dicatatkan oleh Shahrizal pada minit ke 79 selepas mudah menanduk masuk bola hantaran lintang dari Khairul Izzat yang sebelum itu berjaya melepasi pertahanan lawan.

Walaupun menang, Perak masih kekal di tangga ke 11 liga selepas pasukan Pahang dan Kuala Lumpur turut mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing. Plus FC yang berkongsi 30 mata bersama Perak berada di tangga ke 10 dengan kelebihan jaringan.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Arif Ismail
Thevaggaran
Syazwan
Hafiszuan – 2
Shafuan
Nanthakumar
Isma Alif
Benedict – 3
Nazri Kamal
Nurridzuan Hassan – 1

Pertukaran:

Shahrizal – 1
Khairul Izzat  – 2
Khalis Ibrahim – 3

Keputusan perlawanan Liga Super – 3 Ogos 2010

Pahang 3 – 0 Johor FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 1 – 0 Plus FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor 0 – 1 Kuala Lumpur
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Perlis 2 – 0 Negeri Sembilan
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah 2 – 0 Selangor
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 0 – 0 T-Team
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (result)

  1. yob_fizwan

    Seperkara menarik tentang team Perak bila beraksi di Stadium Ipoh musim ini.

    - Perak berjaya menewaskan juara Piala FA Negeri Sembilan 2-1.
    - Perak berjaya menewaskan naib juara Piala FA Kedah 1-0.
    - Perak berjaya menewaskan juara Liga Super Selangor 1-0.
    - Perak berjaya menewaskan T-Team 3-0 dalam Liga Super,tetapi tewas 0-2 dalam Piala FA.
    - setiap kali Perak bertemu Pahang, pasti ada live.
    - Perak seperti terkena badi setiap kali bertemu Johor FC di Ipoh,tetapi cemerlang di Pasir Gudang.
    - Perak berjaya mencatatkan kemenangan besar musim ini menewaskan Pulau Pinang 4-0.
    - Shahrizal Saad muncul pemain pertama melakukan hatrik musim ini.

    Inilah serba sedikit mengenai team Perak dari pandangan teman musim ini..semua team yang juara bila bertandang ke Ipoh, pasti Tumpor!! teman harap Perak akan cemerlang dalam Piala Malaysia nanti..ayuh Perak!! Kejor Yob Kejor!! Sayang Perak Sampai Mati!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yobscout

      Banyak lagi yang boleh dijadikan Fakta antaranya:

      - Kelibat tukang pemukul gendang hanya nampak bila Bekas Presiden sebelum ini mengundur diri.

      - Penonton musim ini tak pernah cecah 10 ribu bagi setiap perlawanan.

      - Tiada Ombak penonton yang dilakukan sejak 2 musim ini.

      - Pengadil dicaci pabila Perak kalah dilaman sendiri.

      - FRU jarang hadir untuk sebarang kemungkinan.

      - Melihat kecantikan bas pelawat yang bertandang ke stadium, sedangkan PAFA masih menyewa bas dari pihak luar.

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. zizou85

          betul la, wan....fakta ke tuh....macam cacian je...terima kasih yob_fizwan...fakta anda menunjukkan anda ambil tahu dan amat peka...

          Likes(0)Dislikes(0)
      1. adios

        Hahaha, teman amat menyetujui dengan pendapat Yobscout tu. Tu memang fakta A yob. Takkan mike2 semua tak pi stadium.

        Nampak sangat mike2 tak turun stadium. Dah berapa lama tak nampak kelibat gendang? Tapi sejak dua menjak ni baru nampak, huhuhu

        Apa yang dikatakan FAKTA? . "1. Sesuatu yang benar-benar berlaku; 2. Sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan; 3. Maklumat tentang seseorang atau sesuatu; (Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat) Terima Kasih Dewan Bahasa.

        Tu dia fakta yob. Kalau tak orang akan panggil Auta! Teman tampil sebagai saksi yang boleh dikatakan setiap kali game di Ipoh teman akan drive dari KL ke Ipoh untuk tengok Perak main.

        So? Ada masalah?

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. wan

          penjelasan yang diberikan tidak menjurus kepada perpaduan dalam sdn tetapi lebih kepada politik.jangan biarkan diri anda di gunakan oleh orang politik untuk agenda tertentu. statement yang mike berikan hanya menjurus politik dalam sukan.

          Likes(0)Dislikes(0)
            1. yobscout

              Tak ada dalam dunia mengatakan fakta hanya untuk kebaikan, kalau begitu apagunanya mahkamah dan peguam yang mencari bukti bagi membukti kesalahan. Fakta bertujuan merekodkan apa yang pernah berlaku dan amat berguna untuk masa depan kita apabila dijadikan sejarah.

              Tertariknya aku bila kamu berkata aku tidak menjurus ke arah perpaduan, dan bermotifkan politik. Adakah kerana aku memberi fakta PAFA tidak mempunyai bas sendiri? Adakah kerana aku berkata FRU jarang hadir untuk pengawasan? adakah kerana penonton mencaci pengadil?

              Jika benarlah aku bersalah, nyatakan kebenaran kamu pula.

              Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Salam.

    Syabas kepada skuad Perak kerana berjaya mencipta satu kemenangan besar pada perlawanan terakhir liga super pada musim ini. Tahniah buat Shahrizal Saad yang berjaya mencipta hatrik buat kali pertama. Cuma teman terkilan bila melihat persembahan pemain pada separuh masa pertama yang bagaikan tiada semangat seperti perlawanan menentang Kedah pada hari Sabtu sebelumnya. Mungkin kekurangan tenaga dek "all out" pada perlawanan sebelumnya.:-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. wan

    We don't have to argue about this things. You must try to think from positive perspective. All the opinions are subjective. It depends to you accept it or not. adios

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.