Perlawanan Persahabatan Menjelang Piala Malaysia 2010

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Ramadan bukanlah penghalang untuk skuad Perak meneruskan sesi latihan menjelang Piala Malaysia yang berlangsung selepas Aidilfitri nanti. Sehubungan itu, PAFA telah mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan menarik sepanjang bulan yang mulia ini.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi tentang sasaran pasukan Perak pada kempen Piala Malaysia ini berkata “Sasaran awal kita ialah untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir dahulu, iaitu mencapai sekurang-kurangnya 10 mata dalam kumpulan untuk layak”.

“Selepas dari itu barulah kita boleh memikirkan apakah langkah selanjutnya kerana persaingan di dalam kumpulan C agak hebat. Saya berharap pemain-pemain dapat terus fokus sepanjang latihan Ramadan ini dan bersedia bagi saingan Piala Malaysia kelak” ujarnya.

Rabu 18 Ogos 2010

Perak 2 – 0 PCRC
Stadium Perak, Ipoh
9.30 malam

Penjaring:

  1. Shahrizal
  2. Khairul Izzat

Sabtu 21 Ogos 2010

Selangor 1 – 2 Perak
Stadium Shah Alam
Padang S.U.K, Shah Alam
9.30 malam

Penjaring:

  1. Shafuan Adli
  2. Nurridzuan Hassan

Selasa 24 Ogos 2010

Perlis 0 – 1 Perak
Stadium Utama Negeri, Kangar
9.30 malam

Penjaring:

  1. Khalis Ibrahim

Sabtu 28 Ogos 2010

Perak 2 – 1 SDM Kepala Batas Kuala Lumpur MP Muar
Stadium Lumut
9.30 malam

Penjaring:

  1. Khalis Ibrahim- 2 gol

Selasa 31 Ogos 2010
Isnin 30 Ogos 2010

Negeri Sembilan Felda United 0 – 0 Perak
Padang Majlis Perbandaran Subang Jaya
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
9.30 malam

Selasa 7 September 2010

Perak 0 – 2 Plus FC
Stadium Perak, Ipoh
9.30 malam

Nota: Tertakluk kepada perubahan di saat akhir.

Likes(0)Dislikes(0)

55 thoughts on “Perlawanan Persahabatan Menjelang Piala Malaysia 2010

  1. YB Post author

    Terdapat perubahan jadual terkini yang dimaklumkan kepada pihak SDN:

    1) Perlawanan menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 31 Ogos telah diawalkan sehari pada 30 Ogos 2010.

    2) Perlawanan menentang Kuala Lumpur pada 28 Ogos telah dibatalkan kerana pasukan lawan menghadapi masalah di saat akhir. Pasukan dari Johor, MP Muar menjadi pengganti pada hari tersebut. Pasukan SDM Kepala Batas menjadi pengganti dan venue perlawanan bertukar ke Stadium Lumut.

    3) Lokasi perlawanan antara pasukan Selangor menentang Perak telah diubah ke Padang S.U.K dari lokasi sebelum ini iaitu Stadium Shah Alam.

    4) Perlawanan menentang Negeri Sembilan pada 30 Ogos telah dibatalkan. Sebagai pengganti perlawanan menentang Felda United akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Subang Jaya.

    Sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin kepada semua.

    Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB Post author

    Salam semua,

    Sabtu ni ada game lawan Selangor di Padang S.U.K, Shah Alam. Jadi teman ambik kesempatan ni untuk buat acara Berbuka Puasa & Menonton Friendly antara rakan-rakan SDN semua.

    Lokasi berbuka puasa belum diputuskan tetapi sekitar Shah Alam dan berjumpa pada pukul 6:30 petang. Selepas berbuka baru kita sama-sama ke Padang S.U.K.

    Senarai yang berminat:

    1) YB
    2) Izwan
    3) Amir
    4) Harry
    5)

    Kepada yang berminat sila maklum, terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB Post author

    Salam,

    Sedikit report pasal game lawan Selangor di Padang S.U.K. Permainan menarik antara kedua-dua pasukan, berbalas serangan tapi Perak dapat gol pertama melalui penalti yang dijaringkan oleh Shafuan Adli selepas pemain Perak dijatuhkan di dalam kotak penalti Selangor.

    Selangor dapat membalas semula pada lewat babak pertama permainan melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti Perak kalau tak salah dari D. Surendran.

    Pada separuh masa kedua Perak mendapat gol kedua hasil situasi kelam kabut depan pintu gol Selangor dan sepakan kencang dari luar kotak penalti oleh Nurridzuan Hassan melepasi jangkauan Hamsani Ahmad yang masuk menggantikan Iqbal Suhaimi pada separuh masa kedua.

    Penyokong Perak boleh tahan juga dalam sekitar 100 orang dan perlawanan turut dihadiri oleh Presiden PAFA iaitu Dato' Zainol Padzi serta Timbalan Presiden, Dato Seri Abdullah Ihsan. Naib Presiden 1 merangkap Pengurus Pasukan, Encik Khairuddin Ahmad serta Penolong Pengurus, Tuan Haji Johar turut bersama pasukan.

    Pada pandangan peribadi teman, mutu permainan kali ini lebih baik berbanding ketika Perak menang 1 gol tanpa balas di ipoh sewaktu Liga Super dulu. Rata-rata penyokong yang hadir memang berpuas hati dengan persembahan para pemain dan bukan atas dasar menang sahaja.

    Tiada pemain baru yang menyertai pasukan untuk sesi 'TRIAL' kali ini cuma Wan Hossen dari Pulau Pinang sahaja. Pasukan Selangor juga bermain dengan baik pada malam tadi cuma beberapa peluang terhidang gagal dimanafaatkan menjadi gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. faz_lampard

    Salam Semua ..

    Selamat menyambut ramadan ..

    Game lawan selangor kat padang SUK memang terbaik ..
    saya rasa wan hossen seorang player attacking mid yang bagus .. harap beliau dapat diserapkan di dalam team ..

    PERAK TERBAIK

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      wan hossen semasa bermain untuk perak di sukma melaka baru-baru ini pun baik permainannya walaupun masih belum boleh dikira sebagai cemerlang. mungkin coach raja azlan dapat melakukan sesuatu dalam masa singkat ini, insya-Allah

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. zizou85

    Wan hussien perlu tingkatkan strength, range of shooting dan fitness...harap2 pemergian beliau ke penang tempoh hari banyak memberi pengajaran kepadanya.

    Perak tampak bagus di barisan pertahanan, kita perlu tingkatkan lagi keampuhan serangan yang ternyata menjadi komponen yang paling lemah dalam skuad...

    Agak-agak siapalah yang akan datang untuk membantu jentera serangan Perak nanti yek.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Siapa yang datang yob?

      Jawapannya takde !!!

      Tarikh Tutup pendaftaran pemain pinjaman Piala Malaysia ialah pada hari Ahad 22 Ogos lepas. Hanya Wan Hossen je yang didaftarkan. Pemain lain takde pun.

      Tapi tengoklah camne nanti, mungkin ada keajaiban berlaku dalam masa terdekat ni. Kita mungkin dapat pemain pinjaman KHAS melangkaui had tarikh yang dibenarkan FAM.

      Siapa orang tu, biarlah kalau dah sain baru kita war-warkan. Malas nak buat spekulasi yang tak berpenghujung.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB Post author

        Sekadar maklumkan semua:

        Sah hanya Wan Hossen yang bersama pasukan sepanjang kempen Piala Malaysia 2010 nanti.

        Terima Kasih

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. slash

    salam.

    hebat! asyik menang je. kalau macam ni, penuh balik stadium. Tapi jangan la perlawanan betul kalah pulak.

    Good Luck Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi

    Salam.

    Any body want to join us on 30th of Aug ni? Seremban? Perak vs N. Sembilan. Teman tengah rancang-rancang dengan adik teman ni. Sebab lepas game teman terus ke P. Dickson dan bermalam tepi pantai terus.

    So? Kome kome semua tak nak join ke? Sebelum game kita tarawikh ramai-ramai kat masjid dekat stadium tu.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Salam yob,

      Kalau ikut konsesi awal untuk ke Paroi tu nanti ialah antara teman, Udinese dan Izwan. Member-member lain taktau le samada nak pegi tengok ke tidak. Tapi teman cadangkan elok pegi tengok sebab game dengan Negeri Sembilan selalunya menarik.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB Post author

      Ada update terkini pada artikel di atas. Game dengan Negeri Sembilan dah cancel. Diganti dengan game menentang Felda United di Subang Jaya.

      Harap maklum pada semua.

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. YB Post author

    Salam semua,

    Isnin ni, 30 Ogos 2010 ada game lawan juara liga Premier, Felda United bertempat di Padang Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tarikh ini sepatutnya perlawanan menentang Negeri Sembilan tetapi telah dibatalkan atas permintaan pasukan lawan.

    Teman macam biasa mengajak sesiapa sahaja menyertai perjumpaan ni dengan acara berbuka puasa di Restoran 595, Seksyen 22, Shah Alam sebelum menonton aksi pasukan di Subang Jaya. Waktu perjumpaan adalah sekitar pukul 6:45 petang di Restoran 595 dan jarak ke venue perlawanan lebih kurang 15 minit sahaja.

    Senarai yang berminat:

    1) YB
    2) Izwan
    3) Udinese
    4) Razlan
    5)

    Kepada yang berminat sila maklum, terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. faz_lampard

    Salam YB ..

    Teman ingat nak join la ..
    tapi nanti teman kompom kan balik yer ..
    teman terus call YB atau izwan je la ..

    Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Sedang elok le tuh, ada teman call si Dody tadi, haram berangkat phone pun, balas balik pun idak. Teman call tu nak ngajak kome sekali le join perjumpaan yang tak seberapa nih.

      Apa-apa hal terus call je no teman tu, dari lokasi makan nak ke stadium cukup dekat, kurang 15 minit sampai, kalau tak jammed le jalan. Tapi biasanya memang tak jammed le jalan tu. Teman guide kome semua le mana yang tak tau mana halanya padang MPSJ tuh.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. dody

        Saya meminta maaf kerana semalam saya sudah pun lena...Untuk perjumpaan ini saya akan double confirm balik..terima kasih

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB Post author

          Apa dibuat double comfirm, datang jangan tak datang, kalau kome takde, sape lagi nak maki pengadil yang buat hawor tu?, hahaha

          Teman macam biasa, team kuat ke tak kuat ke sama je datang tengok selagi mampu. Nanti ada pulak orang kate team dah kuat baru nak sokong walhal memang ramai rupe itu pun, kah kah kah.

          Likes(0)Dislikes(0)
  10. sunrise

    salam....

    Ucapan tahniah kepada pemain yang diturunkan kerana berjaya melakukan tugasan dengan baik,tidak lupa juga kepada jurulatih kerana berani melakukan beberapa perubahan yang drastik dimana menampakkan beberapa gerakan yang menarik untuk dipertontonkan ketika perlawanan semalam diantara Perak dan TLDM (SDM Kepala Batas).

    Megat Amir yang diberi peluang kembali beraksi menampakkan satu tempo permainan yang masih lagi cemerlang,satu gol yang dibolosi beliau adalah dari hasil sepakan penalti.

    Shahrizal Saad yang telah diletakkan di bahagian pertahanan agak cemerlang walaupun adakalanya melakukan hantaran hantaran kepada rakan kurang tepat.

    diharapkan tempo permainan sedemikian dapat diteruskan dalam saingan Piala Malaysia nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. zizou85

    nampaknya perak mendapat sokongan fandi ahmad bagi memberikan kepakaran kepada para penyerang perak..harap2 berjaya

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. putra8878

        ko tak paham apa aku maksudkan...maksud aku keputusan2 frendly game perak selain game dengan selangor hari tu...aiyo...sedap dia je kate orang tak baca paper..pasal kat paper takde siar la aku tanya kat sini..bukan aku tanya keputusan team lain.

        Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      untuk perlawanan persahabatan, keutamaan diberikan kepada pasukan perak. lagipun, agak sukar untuk mendapat berita perlawanan persahabatan dari persatuan negeri atau kelab yang lain.

      teman rasa lah

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. putra8878

        teman tak tanya pun keputusan game team lain yob..cuma game perak selain game dengan selangor hari tu..hari ni dah ada dah...tq admin.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB Post author

          Keputusan dikemasikini sejurus selepas game tamat, biasanya sekitar pukul 12 malam. Tapi keputusan tak semestinya kita update kat ruangan komen, mike tengok kat artikel atas tu, ada bold merah.

          Mungkin mike terlepas pandang agaknye.

          Likes(0)Dislikes(0)
  12. yobscout

    inikan laman rasmi Pasukan Perak, mungkin pihak admin tidak berminat untuk melaporkan keputusan lain. Tapi kalau tengokkan result diatas, rasanya tiada masalah untuk Perak layak ke suku akhir, lainlah kalau ada cerita diluar pintu stadium pula. Tiada pula yang marah pengadil kalau ada keputusan yang tidak menyebelahi Perak dalam perlawanan persahabatan ini. Aku yang turun perasan ada keputusan kontroversi namun tiada pula yang mencaci. Mungkin emosi di bulan puasa penonton agak 'cooldown' diharapkan ianya berterusan ke perlawanan-perlawanan akan datang

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      untuk pengetahuan mike yang kononnya bijaksana, dimana ketika pasukan Perak menang keatas pasukan Selangor,pengadil tetap membuat satu keputusan yang amat amat tidak masuk akal,bukan bererti apabila pasukan Perak menang bermakna pengadil sentiasa membuat keputusan yang bagus.........Bagi teman pengadil pengadil yang ada didalam liga Malaysia ini harus memperlajari dan menimba lagi sedalam dalamnya terhadap penugasan yang bakal mereka lakukan.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. wan

      Can't you stop talking about the nonsense things. Please don't argue about the act of the referee. We are argue about the quality of the referee in Malaysia especially during the Malaysia League

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. yobscout

          Cakap pandai, pergilah jadi pengadil dulu. Cakap tak serupa bikin. manusia macam kamulah yang tidak patut berada dibumi ini. Sanggup mencaci maruah mutu pengadilan negara dimana tumpahnya darah kamu.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. wan

            Apa kau merepek ni syaitan?(petikan filem seniman bujang lapok). Janganlah kamu menegakkan benang yang basah. Terimalah hakikat bahawa kualiti mutu pengadilan bola sepak di Malaysia sangat teruk. Macam bagus sangat..

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. yobscout

              Kalau aku ni syaitan sekali pun, pakailah akal fikiran sikit dibulan puasa ini syaitan diikat pun boleh berinternet ke? Hormati bulan mulia ini. Janganlah terikut dengan emosi saudara sunrise itu, ternyata emosi dia seperti kanak-kanak yang baru pandai mengenai dunia luar. Apapun mutu pengadilan baik atau teruk itulah hakikatnya. Anda rasa tak puas hati laporkan sahaja FAM, FAM tak layan lapor pada SPRM. Negara kita akan saluran yang membolehkan rakyat yang tidak berpuas hati untuk menegakkan keadilan.

              Likes(0)Dislikes(0)
          2. sunrise

            kepada yobscout yang selalu membela manusia yang tidak bermaruah seperti pengadil di malaysia ini,harap harap sedarlah dari tidur.
            Kerana mike antara golongan manusia yang suka melihat pemain pemain negeri kelahiran anda diseksa ketika ditengah padang.
            Teman adalah antara anak jati negeri Perak yang teramat bermaruah tinggi tidak sanggup melihat mereka mereka yang digelar pengadil menganiaya pemain pemain kesayangan penyokong negeri perak.

            Adakah pengadil pengadil di malaysia ini layak digelar pengadil...Adakah mike faham undang undang bola sepak...Setahu teman mike jarang sekali mengikuti perkembangan pasukan Perak,mike hanya tahu menghentam pasukan tapi tak pernah ambil tahu terhadap masalah pemain ketika di tengah padang.

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. yobscout

              Kalau pengadil tidak bermaruah kenapa 22 pemain dalam padang mengikut dan akur apa jua keputusan semasa perlawanan? kenapa tak boikot sahaja? kenapa pengurusan tidak menghantar aduan? Kalau pengadil di Malaysia tidak layak digelar pengadil habis dipanggil apa? Kalau pemain terasa terseksa, buat apa main? berhenti, pergi cari kerja lain. pergi tanya seorang-seorang kenapa perlu main lain kalau terseksa? banyak lagi kerja yang menjamin masa hadapan.

              Kalau kamu tahu undang-undang bola sepak sangat, dan rasa tak puas hati, ikut undang-undanglah kamu pergi menegakkan keadilan dan bukannya bising disini?

              Likes(0)Dislikes(0)
              1. sunrise

                Kepada yobscout yang kononnya hebat sangat.

                Teman tidak beremosi tetapi mike yang memulakannya dahulu,apa yang teman perhatikan, mike hanya mahu pendapaat mike sahaja diterima pakai,pendapat orang disekeliling tidak boleh diterima.

                untuk pengetahuan mike,bukan mereka mereka didalam PAFA tidak mahu membuat bantahan,mike pun tahukan setiap bantahan haarus ddilakukan dengan mendahului wang.Lainlah mike nak sponsor.

                Yang ketika jelas dan nyata mike hanya tahu mengkritik tetapi anda sebenarnya tidak pernah mengmbil tahu masalah yang timbul ketika perlawanan berlangsung.apa yang mike tahu pendapat mike adalah yang terbaik didunia mike sendiri.

                Sebenarnya teman kurang berminat untuk berbicara dengan individu seperti mike yang tidak tahu apa apa terhadap pasukan. Eloklah mike hanya beromong kosong di laman mike sendiri.

                Likes(0)Dislikes(0)
  13. faz_lampard

    sangat kecewa tengok persembahan perak lawan KL Plus ..
    kena buli je .. cam di ayam-ayam kan je ...

    striker takde.. midfield tak bukak ..
    bila sorang bawa bola semua berkumpul kat tengah ..
    saya pelik .. player kita muda dan laju .. cube banyak main laju & try main midfield man from behind .. jangan duk terperap je ..

    nyampah tau

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. razlan

    PLUS FC ni betul-betul lah team boogey untuk pasukan Perak. Lagi satu ialah Kuala Lumpur. Dua-dua team ni susah nak menang. Gamaknya, macam ada sesorang tu katakan, sebab coach PLUS (Mat Zan) dan KL (Razif Ismail) adalah senior kepada Coach Raja masa zaman bermain dulu, tu yang susah nak menang. wallahualam

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. myo abol as

    salam...

    kepada yobscout dan sesiapa sahaja disini mahupun diluar sana, jika anda merasakan bahawa pasukan dan pemain-pemain kini tidak bagus atau apa sekalipun maka tak perlulah anda menjadi penyokong.

    Takde siapa pun yang memaksa anda untuk menyokong pasukan yang kalah. Takde siapa pun yang memaksa anda untuk datang ke stadium. Takde siapa pun yang memaksa anda untuk menonton perlawanan.

    Ingatlah bahawa dengan hanya komen dan kritikan menuduh orang ni tak betul orang tu betul tidak membawa sebarang perubahan pun. Bagi teman sendiri, tahu komen maka tahulah buat. Setakat nak menyalahkan pemain mahupun coach di atas padang sedangkan anda sendiri pun tak layak nak tempatkan diri di 'Padang Ipoh atau di padang Taman D.R.. Maka tak perlulah nak bukak pekong tunjuk kelemahan diri sendiri.

    Lagi satu, kepada insan seperti 'yobscout' dan yang seangkatan dengannya, kalau merasakan tak boleh terima komen orang lain maka jangan komen orang.

    Dalam sukan, ada menang dan ada kalah. Kalau dah tentu tahu nak kalah maka senanglah kita. Pakat ramai-ramai toksah datang. Bila tahu nak menang baru le datang tengok. Samalah jugak kalau jadi pemain yer. Kalau dah tahu tak boleh menang maka cakap jer dekat coach 'saya tak nak main'. Boleh ke camtu? Maknanya kita ni hipokritlah.

    Layakkah kita untuk mengaku sebagai penyokong setia hanya bila pasukan berada diambang kemegahan dan kemenangan sedangkan bila pasukan terumbang-ambing kita mencaci, mengutuk,memaki hamun dan yang paling seronok dilakukan mencarut kepada pemain dan coach?

    Tanya pada diri sendiri. Layakkah kita.

    Paling mudah, jangan datang dan jangan tengok perlawanan kalau rasa pasukan kita tak bagus. Takde siapa paksa pun. Buat apa susah-susahkan diri.

    Selamat Hari Raya buat semua 'a so called loyal fans of Perak team'. Itu pun kalau anda tak malu nak mengaku.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. spectator

      yaa benar bagai dikata...teman setuju...kita sepatutnya bulatkan tekad terus menyokong pasukan kita bukannya mencari salah silap orang lain yang kononnya menjadi punca kita lemah...skuad kita masih mentah..itu hakikat..kita sebagai penyokong yang dikatakan 'setia' sokonglah apa yang patut...teman rasa tak payah lah nak kata pihak itu ini yang salah...takat 'bertempik' di sini sahaja apalah sangat....kurang tepat rasanya...

      salam aidilfitri....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Amboi..Jaga mulut yob. Cakap siang pandang-pandang la Yang Berbahagia Spectator. Perkataan mentah tu tak sesuai untuk Perak sekarang Yob. Please..

        Kalau setakat tercongok depan PC depan TV and sekali sekala turun stadium tengok Perak main tak payah la nak bagi pandangan yang ketinggalan zaman macam tu. Mike mendedahkan kelemahan diri sendiri. Udah le yob.

        Bukan nak cakap beso la, insya Allah selagi hayat dikandung badan, panjang umor , murah rezeki teman turun dgn anak bini sanggup dari KLumpur-Ipoh untuk tengok Perak main. Bukti dah ada, insya Allah pas ni diizinkan Allah ke Johor pulak. Tak senang dok mesti nak tengok Perak main. Kalau la umah teman dekat-dekat ipoh je mau hari-hari turun tengok deme training.

        Bukan apa, sekurang-kurangnya tahu status terkini sama ada masih 'mentah' atau udah 'masak'.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. spectator

          mike sorang je le boleh komen yob...mike je betul...bagi teman skuad kita masih mentah tapi sikit pun tak menggugat sokongan teman pada skuad...ini teman punya pendapat...mike nak sokong tu hal mike...selamat hari raya...

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. yobscout

      Aku jadi atau tak jadi penyokong Perak tak boleh komen disinikah? Pernah aku pinjam komputer kamu untuk menaip seayat dalam ruangan ni? tidak bukan? jadi tiada masalahnya selagi komen aku disiarkan disini.

      Aku rasa penyokong sekarang cakap tak serupa bikin, beria-ria hanya dimaya, realitinya nak hadir ke stadium penuh dengan pelbagai alasan. Sebenarnya aku kesian pada manusia yang terus menyokong pasukan yang dilabelkan sebagai elit tetapi hanya bermain seperti keanak-anakan. Sudahlah, dihari mulia ini aku malas nak bertekak. Sokonglah anda selagi anda mampu menyokong

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. myo abol as

        Ada teman kata tak boleh komen? Aisey, mike ni emosional la yob, kalau mike tak buat maka kenapa semacam nak melenting jer, yang teman perasan, mike yang tak boleh terima komen. mike nak komen mike jer yang diterima. Mike rasa mike jer yang komen betui apala yob, teman tak malu yob menyokong pasukan waluapun mike kata pasukan seperti 'keanak-anakan'. Bagi teman itu lebih baik dari jadi manusia yang hipokrit!! Buruk-buruk pun pasukan negeri kita sendiri. Sanggupkah mike menjatuhkan maruah pasukan negeri sendiri? Teman tak sanggup yob. Terimalah hakikat bahawa buat masa ini pasukan negeri kita sedang berada dizaman malapnya sepertimana juga dengan pasukan-pasukan lain yang ada naik turunnya. Macam air laut jugak yob, ada pasang surutnya. Kalau 'Liverpool' kalah kita still boleh sokong maka kenapa tak buat macam tu kat pasukan negeri sendiri.., ye tak?!

        Ingat yer, bukan teman yang kutuk pasukan sendiri tapi mike yang kata pasukan macam 'keanak-anakan'. Jadi mike ler yang memang layak untuk dikutuk balik.. hehe...

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.