Perak FA | Kongres Tahunan Ke-52

7 Ogos 2010
Heritage Hotel, Ipoh

Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Perak Kali Ke 52 telah berlangsung dengan jayanya di Ipoh semalam. Majlis bermula pada pukul 12:40 tengahari dan di pengerusikan oleh Encik Aziz Yeop Jamaluddin. Beberapa muka baru dilihat mewarnai kepimpinan PAFA kali ini.

Dua jawatan yang diistiharkan menang tanpa bertanding ialah jawatan Presiden yang disandang oleh Exco Sukan Perak, Dato Zainol Padzi Paharudin dan Timbalan Presiden pula ialah Dato Seri Abdullah Hisan iaitu pemangku Presiden sebelum ini.

Turut menang tanpa bertanding ialah Encik Khairuddin Ahmad bagi jawatan Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2 pula dimenangi Y.B Drs. Mohd Nizar Zakaria. 2 calon yang menarik diri untuk jawatan ini ialah Encik Aziz Yeop Jamaluddin dan Encik Ishsam Shahruddin.

Kongres PAFA Ke-52

Dari Kiri: Drs. Nizar Zakaria, Dato Seri Abdullah Ihsan, Dato Zainol Padzi & Khairuddin Ahmad

Perak FA 2010

Presiden: Dato Zainol Padzi Paharudin
Timbalan Presiden: Dato Seri Abdullah Hisan
Naib Presiden 1: Khairuddin bin Ahmad
Naib Presiden 2: Y.B Drs. Mohd Nizar Zakaria

Ahli Majlis

  1. Haji Joharuddin bin Johar Ali – 36 undian (Perak Malay)
  2. Haji Anuar Salim bin Moen – 35 undian
  3. Roslan bin Zainal Abidin – 34 undian
  4. Zainal Anuar bin Abdul Rashid – 32 undian (Kampung Gajah)
  5. Haji Baharin bin Khamis – 28 undian
  6. Nor Azizi bin Mohd Din -28 undian (Kampar)
  7. M. Subramaniam – 23 undian (Taiping)
  8. Hashim bin Yeop Nordin – 23 undian (Manjong)
  9. G. Iruduanathan – 21 undian (Majlis Sukan India Perak)

Rangkuman Berita:

  • Walaupun menarik diri dari bertanding sebagai Naib Presiden, Ishsam Shahruddin tetap berjanji menyumbangkan RM 30 ribu kepada tabung PAFA.
  • Walaupun menerima 14 pencalonan dari ahli gabungan untuk jawatan Naib Presiden dan 13 pencalonan untuk ahli majlis, Encik Aziz Yeop Jamaluddin turut menarik diri dari bertanding sebagai Naib Presiden setelah berbincang dengan pihak berwajib.
  • Menurut sumber, penarikan diri beliau adalah untuk memberikan laluan kepada Y.B Drs. Mohd Nizar Zakaria bagi mengelakkan pertandingan diadakan.
  • Semasa ucapan penangguhan Presiden di hadapan hadirin, difahamkan Encik Aziz Yeop Jamaluddin akan dilantik sebagai Setiausaha Kehormat dan Encik Isham Shahruddin turut akan diberi jawatan yang belum diputuskan oleh tuan Presiden.
  • Kehadiran 30 perwakilan daripada 16 ahli gabungan dan 16 ahli majlis dicatatkan dengan kehadiran keseluruhan termasuk pemerhati adalah seramai 67 orang.
  • Pencalonan ahli majlis disertai oleh 23 orang tetapi 2 orang tidak menghadirkan diri.
  • Turut ada ialah 3 orang auditor bertauliah diketuai oleh Cik Suzaimah Sufian.
  • Upacara pengundian dijalankan secara profesional di mana perwakilan yang membuat pengundian haruslah menulis nombor mengikut nama yang dicalonkan di atas kertas berasingan yang disediakan oleh urusetia iaitu Encik Abdul Rais Shahrani.
  • Sidang akhbar dibuat pada jam 2.50 petang sehingga 3.02 petang selepas rehat dan semua soalan diajukan kepada Presiden.
  • Kongres PAFA sepatutnya dilaksanakan tahun lepas tetapi oleh sebab tertentu ianya tidak dapat diadakan.
  • Pengurusan akan mengkaji dan menghalusi semua masalah yang dihadapi selama ini dan akan memperbaiki segala kelemahan yang timbul.
  • Dikhabarkan oleh Presiden sendiri, ramai penaja luar ingin menaja pasukan namun disebabkan masalah-masalah tertentu ianya tidak menjadi kenyataan.
  • PAFA ingin mencontohi KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) dalam pelbagai segi dan akan cuba untuk bertemu dengan presiden KAFA sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa untuk berbincang dan meminta pendapat daripada beliau.
  • Hutang tertunggak dari tahun 2004 hingga 2008 adalah sebanyak RM 4 juta sebelum diambil alih oleh Presiden terdahulu, Dato Seri Nizar Jamaluddin. Presiden yang baru akan cuba menyelesaikan perkara ini secara berperingkat-peringkat.
  • Dato Seri Abdullah Hisan pula mengharapkan selepas ini ke semua ahli majlis yang berpengkalan di daerah masing masing supaya jangan hanya mengharapkan wang dari PAFA sahaja. Kalau boleh dapatkan penaja untuk pasukan masing-masing agar pembangunan di setiap daerah berjalan dengan lancar.
  • Beliau juga pada masa yang sama mengharapkan penyokong-penyokong bersatu dan tidak lagi berpuak-puak. Kalau tidak mahu bersatu sekalipun bersainglah secara adil dan profesional dan pastikan penyokong membanjiri stadium.
Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Perak FA | Kongres Tahunan Ke-52

  1. sunrise

    salam...

    Tahniah kepada pengurusan baru PAFA,diharapkan segala yang dirancang akan menjadi kenyataan,demi pembangunan bola sepak di negeri Perak berjaya,dan zaman kegemilangan pasukan akan datang kembali dengan jayanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam.

    Tukul sudah di tangan, paku dah disediakan. Segalanya telah tersedia. Apa yang perlu sekarang adalah jalankan kewajiban masing-masing. Kalau diimbas apa yang telah terjadi kepada Pasukan Perak sejak dilanda masalah, ngeri. Pernah terfikir dulu, serik untuk sokong Perak. Tapi, dalam hati kecil tetap meronta-ronta untuk ambil tahu apa yang jadi pada Perak. Contoh: Semalam, tahu ada game Perak, mulut kata, hah lawan mana tu? Hmm...kalah lagi la...Lantok kome la..(tapi esok pagi kalut cari surat khabar, buka internet, call member nak tau result).

    Untuk pengetahuan, teman berani jamin, kalau Perak buktikan sesuatu yang luar biasa dalam Piala Malaysia yang akan datang nanti, teman yakin, Perak akan kembalikan penyokong ke Stadium. Sebab, contoh yang teman bagi di atas tadi adalah hakikat penyokong Perak sekarang.

    Penyokong Perak walau kat mana pun diorang berada, diorang tetap sayangkan tim Perak walaupun mulut memaki hamun, Benci la konon-kononnya. Ibarat abang marahkan adik, ayah pukul anak. Bila anak dah tidur senyap-senyap dia duduk sebelah anak dia usap rambut cium dahi. Marah sebab sayang.

    Jadi, apa lagi yang ditunggu? Teruskan. Teman ikut je apa yang baik untuk naikkan kembali martabat bolasepak Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.