Futsal | Latihan SDN KV – 7 Ogos 2010

SDN KV JATA

Latihan futsal untuk kali keenam SDN KV dijadualkan pada Sabtu 7 Ogos 2010 bertempat di Pan Global Club, Tingkat 7, Bangunan Pan Global, Petaling Jaya bermula dari 3:00 hingga 4:00 petang. Kali terakhir latihan futsal diadakan ialah pada 8 Mei 2010.

Secara rasminya gelanggang untuk latihan pasukan SDN KV telah bertukar kembali ke Pan Global Club berdasarkan pengalaman para pemain dahulu yang mahukan lebih cabaran di gelanggang lebih luas berbanding ketika bermain di Samba De Futsal.

Latihan terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli berdaftar SDN tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda. Sila nyatakan kehadiran anda pada komentar di bawah.

  • Tarikh: Sabtu 7 Ogos 2010
  • Masa: 3:00 – 4:00 petang
  • Lokasi: Tingkat 7, Bangunan Pan Global, 1A Jalan Tandang, Petaling Jaya
  • Yuran: RM10 +/-
  • Court: Large 32m x 24m – Teraflex
  • Bib, bola serta minuman akan disediakan

Peta Google
Belon Hijau A – Persimpangan Lebuhraya Persekutuan
Belon Hijau BPan Global Club
Belon Hijau C – Samba De Futsal


View Larger Map

Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:

  1. YB
  2. AB
  3. Syidi
  4. Izwan
  5. Aslam
  6. Udinese
  7. Keristujuh
  8. Azaha
  9. Anip
  10. Ejamz
  11. Joshua
  12. Taufiq
  13. ?
  14. ?

Nota: Sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, skuad SDN KV ingin mengadakan latihan futsal pada sebelah malam pada mana-mana hari bekerja. Dijangkakan latihan bermula mulai pukul 10 dan berakhir sebelum tengah malam. Sila bincangkan.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Futsal | Latihan SDN KV – 7 Ogos 2010

  1. anip

    Salam.

    InsyaALLAH teman akan join latihan futsal hari sabtu ni. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut hadir sama untuk memeriahkan lagi latihan. Lagi ramai lagi bagus. :-)
    Tentang futsal sebelah malam tu pada teman takde masalah cuma jangan kena outstation dah la bulan posa ni. Haha...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Kita kembali ke Pan Global. Diharap kali ni kita hayun cukup-cukup. Teman tetap hadir nanti walaupun alami minor injury. Harap-harap sempat pulihla.

    Moh FUTSAL YOB!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sdarerepasi

    salam...maaf kerana tidak dapat hadir nanti atas masalah yan tak dapat dielakkan....ape pun all the best buat rakan2....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB Post author

    Jemput semua rakan-rakan yang pernah join dulu tapi sekarang dah menyepi pulak. Kita ramaikan balik aktiviti futsal ni. Datanglah jangan malu dan segan, geng SDN semua sporting dan friendly. Kalau tak percaya tanya sdarerepasi, sekali datang tentu nak lagi, hahahaha

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. meor

    Salam semua!!! Teman minta maaf sebab tak dapat join, temam ada urusan di kampung.tentang futsal waktu malam pada hari bekerja teman sokong. Selamat Berfutsal Yob sume!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.