Posted in Umum on August 12th, 2010 55 Comments »

Ramadan bukanlah penghalang untuk skuad Perak meneruskan sesi latihan menjelang Piala Malaysia yang berlangsung selepas Aidilfitri nanti. Sehubungan itu, PAFA telah mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan menarik sepanjang bulan yang mulia ini.
Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi tentang sasaran pasukan Perak pada kempen Piala Malaysia ini berkata “Sasaran awal kita ialah untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir dahulu, iaitu mencapai sekurang-kurangnya 10 mata dalam kumpulan untuk layak”.
“Selepas dari itu barulah kita boleh memikirkan apakah langkah selanjutnya kerana persaingan di dalam kumpulan C agak hebat. Saya berharap pemain-pemain dapat terus fokus sepanjang latihan Ramadan ini dan bersedia bagi saingan Piala Malaysia kelak” ujarnya.
Rabu 18 Ogos 2010
Perak 2 - 0 PCRC
Stadium Perak, Ipoh
9.30 malam
Penjaring:
- Shahrizal
- Khairul Izzat
Sabtu 21 Ogos 2010
Selangor 1 -… Continue reading
Posted in Umum on August 11th, 2010 3 Comments »
Pihak pengurusan dan warga kerja SDN ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Sempena Ramadan 1431 Hijrah bersamaan dengan 11 Ogos 2010 kepada semua pengunjung dan pengguna halaman ini yang beragama Islam.
Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang masih terus memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan.
Terima Kasih
admin… Continue reading
Posted in Info SDN on August 9th, 2010 No Comments »

Hanya 9 orang pemain hadir pada sesi keenam futsal SDN KV di Pan Global Sports Club, Petaling Jaya. Latihan diadakan dari pukul 3:30 hingga 4:30 petang. Pada 5:30 - 6:00 petang pasukan SDN KV mengadakan ’sparring match’ menentang Nestlé “General Worker”.
Oleh kerana kekurangan pemain, pasukan SDN KV terpaksa meminjam beberapa pemain dari pasukan lain sewaktu menjalani latihan sesama rakan sepasukan. Pada perlawanan persahabatan selepas itu, pasukan SDN KV tewas dengan keputusan 6 - 3.
Perlawanan berlangsung dalam suasana yang baik walaupun skuad SDN KV tidak dibarisi oleh beberapa pemain utama. Motif utama ’sparring match’ tersebut hanyalah untuk menguji tahap persefahaman antara pemain yang terlibat di dalam satu perlawanan yang boleh dianggap sebagai cukup sengit dan menuntut tahap stamina yang tinggi.
Senarai Continue reading
Posted in Umum on August 8th, 2010 2 Comments »
7 Ogos 2010
Heritage Hotel, Ipoh
Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Perak Kali Ke 52 telah berlangsung dengan jayanya di Ipoh semalam. Majlis bermula pada pukul 12:40 tengahari dan di pengerusikan oleh Encik Aziz Yeop Jamaluddin. Beberapa muka baru dilihat mewarnai kepimpinan PAFA kali ini.
Dua jawatan yang diistiharkan menang tanpa bertanding ialah jawatan Presiden yang disandang oleh Exco Sukan Perak, Dato Zainol Padzi Paharudin dan Timbalan Presiden pula ialah Dato Seri Abdullah Hisan iaitu pemangku Presiden sebelum ini.
Turut menang tanpa bertanding ialah Encik Khairuddin Ahmad bagi jawatan Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2 pula dimenangi Y.B Drs. Mohd Nizar Zakaria. 2 calon yang menarik diri untuk jawatan ini ialah Encik Aziz Yeop Jamaluddin dan Encik Ishsam Shahruddin.

Dari Kiri: Drs. Nizar Zakaria… Continue reading