TM Liga Super – T-Team Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 10 Julai 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

Esok adalah perlawanan ke 22 untuk Perak dalam saingan TM Liga Super 2010. Lawan seterusnya ialah pasukan kelab dari Terengganu, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Perlawanan pertama di Ipoh pada 13 Mac 2010, Perak menang 3 gol tanpa balas.

Selepas berjaya menewaskan pasukan Selangor pada perlawanan terdahulu, sewajarnya moral para pemain semakin meningkat menjelang pertemuan kali ini. Menduduki tangga ke 12 Liga Super mengatasi pasukan Johor di tangga ke 13 dengan perbezaan 6 mata belum menjamin skuad seladang terselamat dari tersingkir ke Liga Perdana.

“Masih banyak yang perlu dilakukan” itulah jawapan ringkas jurulatih Raja Azlan ketika ditanya tentang kemenangan ‘mengejut’ sewaktu berhadapan Selangor tempohari di Ipoh. “Harga kemenangan ini tidak murah kerana saya kehilangan 2 pemain utama menjelang perlawanan menentang T-Team sabtu nanti” ujarnya.

Difahamkan Perak bakal kehilangan khidmat ketua pasukan K. Nanthakumar dan penjaring gol kemenangan tempohari Nazri Kamal kerana mengutip kad kuning ketiga pada perlawanan tersebut. Turut tiada dalam senarai kesebelasan utama kali ini ialah Mohd Hafiszuan.

“Pada perlawanan kali ini saya turut menyenaraikan 4 pemain skuad Presiden untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh pemain sedia ada. Mungkin ada antara pemain tersebut yang bakal saya turunkan pada perlawanan itu kelak” katanya lagi.

“Misi pasukan ketika ini ialah untuk mengelak kekalahan dan mengutip sebanyak mata yang mungkin bagi melonjakkan diri pada kedudukan yang lebih baik dalam Liga Super” ulas beliau sebelum mengakhiri perbualan.

Jadual perlawanan Liga Super – 10 Julai 2010

Selangor vs Kelantan
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan vs Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur vs Perlis
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC vs Johor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Terengganu
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Johor FC vs Pulau Pinang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

YB Corner

Senarai pemain skuad Presiden Perak 2010

pemain-presiden-perak-2010

  1. Muhammad Nurridzuan bin Abu Hassan Saari – atas kiri (penyerang)
  2. Hakim bin Roslee – atas kanan (Penyerang)
  3. Mohamad Nasir bin Basharudin – bawah kiri (Pemain Tengah)
  4. Mohamed Hakim bin Ahmad Shah – bawah kanan (Pertahanan)
Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – T-Team Vs Perak (review)

  1. sunrise

    salam...

    Tahniah kepada Raja Azlan bahawa ini adalah buat kali pertama untuk tahun ini,dengan memberanikan diri membawa tiga pemain dari skuad Piala Presiden kedalam pasukan Liga Super....

    Harapan teman pastinya ingin menyaksikan kemenangan tapi apakan daya bola itu bulat,apa yang penting sekurang kurangnya pasukan akan pulang ke ipoh sekurang kurangnya 1 mata sudah memadai,asalkan tidak pulang dengan tangan kosong.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    Saya fikir ini masa yang agak baik bagi pemain muda daripada Tim Presiden untuk mempamerkan kebolehan yang ada.

    Bakat daripada tim presiden sentiasa tidak mengecewakan yang sudahpun melahirkan pemain yang mewakili Malaysia antaranya Indra Putra, Liew Kit Kong, Shahrul Nizam, Nanthakumar dan beberapa lagi pemain. Selain itu pemain daripada pasukan kini kebanyakannya juga lahir daripada skuad presiden.

    Lawan Perak kali ini - T-Team, pasukan yang menunjukkan prestasi yang baik di gelanggang sendiri. Memang sukar untuk mengalahkan pasukan ini, kerana mempunyai ramai pemain berpengalaman serta striker nya, Haris Safwan adalah striker yang berbisa dan menjaringkan banyak gol untuk pasukannya.

    Diharapkan pasukan perak terus mengekalkan strategi corak permainan yang berdisiplin dan melakukan counter-attack yang pantas kerana saya yakin sekiranya throughpass menjadi kepada Razali serta mendapat support baik daripada bahagian tengah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.