TM Liga Super - T-Team Vs Perak (result)
July 11th, 2010 by webmaster

Sabtu 10 Julai 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM
T-Team 1 - 1 Perak
Perak sekadar mencatatkan keputusan seri 1 - 1 pada perlawanan ke 22 TM Liga Super 2010 menentang pasukan tuan rumah, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Perak mendahului pasukan tuan rumah seawal minit ke 31 melalui Isma Alif.
Gol tersebut berpunca dari sepakan sudut yang berjaya ditanduk masuk oleh Isma Alif untuk skuad seladang mendahului 1 gol sehingga tamat permainan separuh masa pertama. Secara keseluruhan permainan agak seimbang buat kedua-dua pasukan.
Bermula pada separuh masa kedua, Perak sekali lagi nyaris menambah gol kedua melalui Hafiz Rahman pada minit ke 51 apabila tandukan beliau tersasar mengenai palang gol dan melantun keluar walaupun penjaga gol T-Team, Syamsuri Mustafa telah pun tertewas
Selepas itu pasukan tuan rumah kerap melancarkan serangan ke kubu pasukan Perak dan hasilnya pada minit ke 65 bola mengenai tangan Isma Alif di dalam kotak penalti Perak dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti untuk pasukan T-Team.
Sepakan penalti tersebut tidak dipersia-siakan apabila mudah disempurnakan oleh Hadi Yahya untuk pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menjadi 1 - 1 sehinggalah wisel penamat ditiup oleh pengadil pada malam itu.
Kesebelasan Utama:
Kamarul Effandi (PG)
Arif Ismail
Thevaggaran
Syazwan
Wan Azwari
Benedict
Shahrizal
Shafuan Adli - 2
Isma Alif
Hafiz Rahman - 3
Razali Umar - 1
Pertukaran:
Nurridzuan Hassan - 1
Khalis Ibrahim - 2
Khairul Izzat - 3
Keputusan perlawanan Liga Super - 10 Julai 2010
Selangor 1 - 1 Kelantan
Stadium Shah Alam
Negeri Sembilan 2 - 1 Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kuala Lumpur 1 - 1 Perlis
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Plus FC 4 - 0 Johor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Pahang 0 - 5 Terengganu
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Johor FC 5 - 0 Pulau Pinang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Pulau Pinang Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perlis Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Johor FC Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Pahang Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Kuala Lumpur (result)
5 Responses to “TM Liga Super - T-Team Vs Perak (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

First skali tahniah la pada skuad perak sebab dah berjaya kutip mata pertama malam ni.. terasa rugi jugak sebab kita dah leading mula2..apa pun. tahniah sekali lagi..
Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki… taktik dan corak permainan game kat malaysia kene ubah.. memang jauh beza dengan internasional football.. selagi Total football tak dipraktikan dalam liga malayisia.. selagi tu malaysia tak kemana-mana….
July 11th, 2010 at 2:58 pm
untuk pengetahuan mike Pasukan Perak telah mengutip 4 mata dalam 2 perlawanan berturut turut…Dan mata kali ini bukanlah yang pertama….
July 11th, 2010 at 7:52 pm
owh.. ayat teman salah..
“First sekali tahniah la pada skuad perak sebab dah berjaya kutip satu mata malam ni.. ”
Thank’s pada yob sunrise.. teman sebenarnya memang ikuti perkembangan perak.. :)
July 12th, 2010 at 1:50 pm
total football? di Malaysia ni , basic football pun tak habis dikuasai …nak main total football pulak dah….impossible..
Total football bukan senang…kena la faham basic tentang bola.
yang main total football ni bukanlah pasukan calang-calang - Ajax, Belanda, Barcelona dan Arsenal. Dalam pasukan mereka pun, bukan pemain yang biasa-biasa. semuanya bertaraf bintang di dunia bola sepak.
Kalau nak bawak total football ke Malaysia, kena lah cari coach yang tahu total football. bukan senang tu…
Total fooball adalah sesuatu yang teramat advance untuk dipraktikkan di Malaysia apatah lagi di Perak.
Salam….
Tahniah kepada Pemain Pemain Perak masih memiliki kecekalan untuk meneruskan perjuangan,walaupun Pengurusan masih belum memberi sebarang jaminan secara rasmi bila gaji akan dibayar…..
Walaupun pemain pemain pasukan Perak dilanda perbagai masalah ketika perlawanan berlangsung dimana pengadil terus memberi tekanan namun semangat juang yang tinggi dari anda maka 1 mata tetap berjaya dibawa pulang ke Ipoh.
Harapan teman kepada penyokong setia diluar sana,ayuh kita terus memberi sokongan yang padu terhada pemain pemain ini,kerana diwaktu sebeginilah kita harus membantu mereka dari belakang.
Teman tidaklah memaksa untuk mengajak kesemua menyokong pasukan nanti ada pula 2 individu dalam ni mengatakan teman memaksa,kerana 2 individu tersebut tak faham apa orang lain perkatakan