TM Liga Super – Perak Vs Selangor (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 6 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas berehat lebih sebulan, Liga Super 2010 kembali dengan perlawanan ke 21 untuk pasukan Perak iaitu menentang Selangor di Ipoh. Pertemuan pertama di Shah Alam pada 16 April 2010 menyaksikan skuad seladang tumbang dengan jaringan 4 – 1.

Pada perlawanan itu juga Perak mendahului pasukan tuan rumah melalui jaringan Nazri Kamal pada minit ke 33. Selepas dari gol tersebut barisan pemain Perak mula mempamerkan aksi longgar dan seterusnya dibolosi pasukan lawan sehingga 4 gol.

Untuk makluman, Razali Umar dikhabarkan telah kembali menjalani latihan dan bakal diturunkan pada perlawanan menentang Selangor nanti. Hafiszuan pula tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan ketika beraksi di Kejohanan Sukma tempohari.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi tentang peluang pasukannya pada perlawanan itu berkata “Dari segi kualiti pemain, memang kita sukar menandingi Selangor tetapi kita akan cuba memberikan persembahan yang terbaik kelak” jelasnya.

Jadual perlawanan Liga Super – 6 Julai 2010

Terengganu vs Johor FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs Pahang
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Perlis vs Plus FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah vs Kuala Lumpur
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pulau Pinang vs T-Team
Stadium Batu Kawan

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Selangor (review)

  1. Yashurr Yazurry

    Salam…

    Selamat berjuang kembali buat pahlawan-pahlawan seladang.
    Lupakan keperitan semalam,
    kerana ia hanya noktah kegagalan dan mimpi harapan.

    Esok adalah permulaan kejayaan,
    fokus pada impian dan matlamat kalian.
    Persetankan siapa lawan kita mahupun cabaran yang kita hadapi.
    Yang penting lalui ia dengan kesungguhan dan semangat membara.

    Kita sering bersungut & mengeluh
    Kenapa kita tidak begini..?!
    Kenapa kita tidak begitu...?!
    Kenapa kita tidak menang..?!
    Kenapa, kenapa, dan kenapa... Why, Why and Why..?

    Bukankah lebih baik jika kita berkata,
    WHY NOT (kenapa tidak)..??

    Ubah cara kita berfikir dan bertutur..
    Jangan biarkan pemikiran kita penuh dengan
    Kata-kata yang negatif...

    Ayuh seladang..!!
    Kenapa tidak???
    Kita akan menang esok...!!
    Percaya pada diri sendiri dan kekuatan pasukan....
    Keajaiban pasti akan berlaku....
    Percayalah......

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. khairol

    salam..

    dah tukar presiden

    dah tukar pengurus

    dah cukup berehat ?

    nak apa lagi?

    jadikan kejutan dalam piala dunia 2010 sebagai sandaran untuk perak mengejutkan barisan bintang selangor.

    selamat maju jaya

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Kemelut dah sampai kemuncak? Apa yang diimpi belum tercapai. Prestasi harus distabilkan semula. Rehat panjang menjadi duri dalam daging jika tidak kena dengan caranya.

    Percayalah, jika kejutan berjaya dilakukan ke atas Selangor, satu Malaysia akan buka mata. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni yob. Tepuk dada tanya diri sendiri, sampai bila aku nak macam ni?

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ayop

    salam....

    dunia telah membuktikan pasukan pilihan kurang bernasib baik untuk tahun 2010... tidak perlu jadi seperti belanda, spain, atau jerman....kecermelangan adalah perkara biasa dan biasa didengari...
    dalam kegentingan perak menyusuri liku-liku perjalanan liga apa salah nya sekali-sekala kita memandang pada keupayaan pasukan JAPAN...
    Japan kekurangan dari keganasan pemain di mata dunia.. tapi dengan semangat juang yang ada demi negara tercinta, segala yang tidak mampu di mampu kan ... pelik tapi itulah hakikat dalam sukan bolasepak.. mereka tak mampu tapi hanya dengan semangat juang yang tinggi segala nya jadi mudah...perak hanya perlu semangat juang seperti samurai biru... yakin .. berjuang lah anak-anak perak demi untuk perak negeriku... kami tidak dilahirkan sebagai pemain bolasepak..kami hanya ditakdirkan sebagai penyokong, terima lah nasihat dari yang bernama penyokong...kita masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan... AYUH!!!! bangkit lah Seladang.... skor yop skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB Post author

    Berdasarkan maklumat perlawanan malam ini akan ditayangkan secara langsung melalui saluran Astro Arena.

    Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. azzura

    salam..
    ayuh pasukan perak,tunjukkan keupayaan anda di tempat sendiri untuk mencipta kemenangan,ianya tidak mustahil.walaupun piala dunia masih berlangsung kami penyokong tetap di belakang anda.
    kejor yop skor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.