TM Liga Super – Perak Vs Selangor (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 6 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 1 – 0 Selangor

Perak akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan penting pada perlawanan ke 21 TM Liga Super 2010 apabila menewaskan pendahulu liga, Selangor dengan jaringan tunggal dari Nazri Kamal untuk menceriakan sebilangan penyokong setia pasukan Perak malam tadi.

Selangor yang turun sebagai pasukan pilihan bermula garang seawal minit ke 9 melalui Safee Sali yang nyaris menghasilkan gol pertama pelawat setelah hanya berhadapan satu lawan satu dengan Kamarul Effandi namun percubaannya berjaya dihalang dengan baik.

Pada minit ke 15, Selangor sekali lagi berpeluang menjaringkan gol pertama melalui Shafiq Rahim yang menerima hantaran lintang pendek dari Amri Yahya di dalam kotak penalti Perak namun rembatannya terkena pemain pertahanan, Thevaggaran Nair.

Perak juga melancarkan beberapa serangan yang menarik antaranya percubaan pemain sayap kanan, Isma Alif pada minit ke 33 yang merembat deras dari luar kotak penalti Selangor namun bola sekadar mengenai tiang sebelah kanan dan melantun keluar.

Perak_vs_Selango

Kata-kata semangat di bilik persalinan sebelum perlawanan bermula

Baru 7 minit separuh masa kedua bermula, Nazri Kamal yang mendapat bola dari sebelah kanan pintu gol Selangor walaupun berada dalam sudut yang sukar terus membuat tendangan lambung menewaskan Hamsani Ahmad untuk gol pertama tuan rumah.

Bermula dari gol tersebut, Selangor mula bangkit mengatur serangan-serangan pantas namun tidak berjaya melepasi barisan pertahanan yang beraksi baik termasuk aksi mantap dari Kamarul Effandi yang baru beraksi semula selepas rehat akibat kecederaan.

Razali Umar sewajarnya berjaya menambah gol kedua pasukan tuan rumah apabila hanya berhadapan dengan Hamsani Ahmad berpunca dari hantaran cantik Shahrizal Saad namun percubaan leret beliau berjaya di tampan penjaga gol lawan pada minit ke 78.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Arif Ismail
Thevaggaran – 2
Syazwan
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Isma Alif – 3
Hafiz Rahman – 1
Nazri Kamal
Razali Umar

Pertukaran:

Shahrizal – 1
Khairul Izzat – 2
Khalis Ibrahim – 3

Keputusan perlawanan Liga Super – 6 Julai 2010

Terengganu 4 – 0 Johor FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor 2 – 0 Pahang
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Perlis 0 – 1 Plus FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah 0 – 0 Kuala Lumpur
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 1 – 0 Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pulau Pinang 1 – 6 T-Team
Stadium Batu Kawan

Likes(0)Dislikes(0)

20 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Selangor (result)

  1. zizou85

    Satu permulaan yang fantastik daripada Perak selepas pelbagai kontroversi yang melanda. Meskipun bermain tanpa penjaga gol utama - khairul izwan, Hafizuan dan tiada lagi saufi saadi di dalam senarai pemain, ternyata corak permainan yang dipamerkan sangat baik.

    Saya melihat taktikal 4-5-1 yang digunakan sangat sesuai dengan top striker Razali Umar bermain dengan agak baik serta menyukarkan pemain pertahanan Selangor. Beliau menggunakan kepantasan serta teknik shielding untuk mendapatkan bola. Saya berharap sangat Razali terus berada di dalam kondisi yang baik memandangkan setakat ini, hanya Razali yang boleh memainkan peranan 'lone striker' dengan baik.

    Begitu juga dengan Nanthakumar yang menjadi 'Anchorman' dengan cemerlang sekali, memenangi aerial ball serta membaca pergerakan bola pasukan lawan dengan agak baik. Disamping itu, corak pertahanan Perak juga kental dengan 4 pertahanan sangat berdisplin meskipun Perak bermain dengan agak pasif. Kredit untuk Theva, kerana pemain ini, muda, berdisplin ketika bertahan, seaakan telah berpengalaman bermain di peringkat Liga Super.

    Saya sebenarnya menjangka Perak akan kalah 0-2/0-3, tapi ternyata Selangor beraksi longlai dan serangan mereka kurang menyengat.

    W/apapun, 3 mata telah diperoleh, diharap pemain Perak terus konsisten mengekalkan corak permainan yang berdisplin dan lebih tajam dihadapan gol. Kita boleh mengambil pengajran daripada pasukan German, pemain muda, tetapi tactical dan disiplin mereka amat berjaya dan berkesan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      Semasa ditemubual sebelum perlawanan dimulakan, Coach Raja Azlan menyatakan formasi yang akan digunakan ialah 4-2-3-1

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. doyan

    kepada Jurulatih Raja Azlan...
    Ini yang saya khabarkan sebelum ini iaitu Perak memerlukan Razali Umar Kandasamy.walaupun dia tak dapat menjaringkan gol tetapi dia berjaya membawa kegerunan kepada pertahanan lawan.Bagi saya kehadirannya memang ditagih oleh skuad Perak.

    Perlawanan keseluruhannya bagi aku suatu kelainan.aku ghaser hairan kenapa deme-deme nih tak boleh bermain macam ini sebelum nih? pemain tumpuan bagi aku adalah Thevagaran Nair.permainan pertama beliau di Kelantan nampak dia gugup lagi tetapi semalam dia berjaya menunjukkan yang kehadirannya memang wajib dan bagi aku dia juga wajib main untuk 5 lagi perlawanan piala super di kesebelasan utama.Gayah dah macam adik Razali umar.

    keseluruhan untuk pertemuan ini bagi aku adalah perlawanan terbaik bagi Perak untuk tahun ini.semoga semangat begini dapat diteruskan untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.Kalau isteri aku,Gol Nazri kamal tuh macam gol taraf World Cup...betul ler tuh...memang power

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      Di Kota Bharu, Thevagaran diturunkan sebagai striker. Tetapi, semasa di SUKMA, coach telah menggunakan dia sebagai right back, memang serasi dengan Syazwan dan Hafiszuan. Semoga Thevagaran dan rakan-rakan dapat menyerlah untuk baki lima perlawanan

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Raul hashim

    Tahniah..teruskan perjuangan macam semalam. Razali you are the best tau..keeper paling cemerlang. Ini yang diharapkan fans perak. Cayok....perak pasti boleh. kejor yob kejor slogan kami, ole2 perak sudah mari, putih kuning hitam lambang negeri semangat juang anak negeri kami.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB Post author

    Salam semua,

    Teman malas nak komen bab permainan Perak semalam, tahniah sebab menang dan jadikan kemenangan ini untuk terus mencatatkan kemenangan.

    Yang teman nak komplen sangat ialah mutu pengadilan yang dah macam HARAM !!!. Pengadil terlalu mudah melayangkan kad kuning kepada pemain Perak tapi berkira-kira masa nak bagi kat pemain Selangor.

    Apa sudah jadi?

    Kesalahan pertama pemain Perak cepat dihukum dengan kad kuning, tetapi kesalahan-kesalahan berat dari Khairul Anuar Baharom & K. Gunalan dibiarkan tanpa hukuman setimpal.

    Teman cukup pelik dengan sikap dan kualiti pengadil yang ada dalam Liga Malaysia untuk tahun ni. Semakin lama semakin teruk, takde perubahan langsung. Tak tau le dari celah mana dikutip makhluk-makhluk yang tak berkualiti ni.

    Mujorlah Perak menang malam tadi, kalau dibantainya kalah barulah kome nak mengadu pengadil itu ini, sedangkan memang terang-terang mutu pengadilan malam tadi amat teruk dan berat sebelah kepada pasukan pelawat.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      itu pasainya, tak ada referee kat malaysia yang layak mengadili mana2 game kat Piala Dunia. Takat jadi Pengadil Keempat baik bagi aku je.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        Cikgu Subkhiddin tak dapat jadi pengadil utama sebab dia takde 'pairing' dia, iaitu dua linesmen yang biasa bersama-sama dengan dia menjalankan tugas (kabarnya dua linesmen ini, dari Thailand, digugurkan oleh FIFA oleh kerana kes pengeboman). Harap bila buat kenyataan tu, selidik dulu. Hakikatnya, FIFA masih memilih Cikgu untuk ke Afrika Selatan menunjukkan tahap pengadilan Subkhiddin adalah antara terbaik di dunia, suatu yang perlu dibanggakan.

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. doyan

        biasa la,mood tengah menang.dah lama tak menang nih...dengan selangor pulak tuh.
        Pengadil nih memang ler teruk tapi bagi aku pengadil semalam nih baru-baru lagi adili liga profesional...tuh sebab macam tengok buku

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. dody

      sokong yb.banyak keputusan pengadil seperti tidak professional. khairul Anuar Baharom contohnya 2 kali melakukan terjahan keras 1 kepada razali dan 1 lagi kepada isma namun tidak diberikan foul (terjahan kepada razali).Apa pun tahniah kepada Pasukan perak.anda telah membuktikan semangat berpasukan yang tinggi mampu menghasilkan kejayaan.

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. syidi

      Malas sebenornya nak komen pasal pengadil yang tak adil ni. Sakit hati! Puas menyumpah masa tengok ulangan semalam. Banyak spoil la pengadil sekarang. Agak-agak la.

      Kome main je, jangan ambik hati sangat dengan pengadil takut nanti hilang fokus. Kepada pengadil-pangadil jangan berlagak pandai. Sebelum game buka la buku undang-undang tu ulangkaji. Jangan ikut suka je. Ingat penyokong bodoh ke?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        apa nak buat,sememangnya pengadil yang mengadili pasukan Perak sememangnya suka pilih bulu,buat keputusan ikut suka hati.Terutama ketika perlawanan ini pemain selangor yang jatuh sendiri tanpa dikasari oleh pemain Perak,tetapi kesalahan dituju kearah pemain Perak.

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. â™ addyâ™ 

    Tahniah pasukan PERAK.

    Perlawanan malam tadi adalah perlawanan paling perfect untuk team Perak dalam semua perlawanan liga. Para pemain dilihat memang begitu bersemangat dan confident pada malam tu.

    Pujian harus diberikan kepada pemain baru Perak, Thevaggaran. Posisi sebagai bek kanan memang sesuai untuk dia. Dengan mempunyai kepantasan dia mudah merampas bola dari kaki pemain lain. Tidak lupa juga kepada Kamarul Effendi yang masuk balik. Aksi beliau memang superb.

    Jika pasukan Perak beraksi dengan konsisten seperti menentang Selangor ini, sudah tentu zaman samba Perak akan datang kembali.

    SKOR YOB SKOR !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. azzura

    salam,
    alhamdulillah Perak menang semalam dengan selangor,tahniah kepada pasukan Perak kerana berjaya membuktikan kemampuan kome,teruskan baki perlawanan dengan aksi yang meyakinkan,insyaallah penyokong akan kembali memenuhi stadium untuk berada di belakang anda.
    kejor yop skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi

    Salam..

    Teman nak komen sikit je. Short and Brief.

    1. Menang atas daya usaha yang tinggi. Semangat + Moral + Sifat Melawan macam Harimau Terluka.

    2. Pertahanan Superb Performances! Thevaggaran macam kena rasuk. Sayangnya tercedera bertempur menghalang lawan jaringkan gol. Well Done Theva!!

    3. Bahagian Tengah, pelbagaikan hantaran, tajamkan interception untuk buat hantaran yang tak dijangka lawan untuk tembusi pertahanan lawan.

    4. Back up Striker kena rajin lagi. Single Striker memenatkan. Banyakkan Long Shot macam Isma Aliff buat.

    Kekalkan momentum ni untuk habiskan semua lawan kita selepas ni! Baru deme tau sapa PERAK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yobscout

    Lumrah pengorbanan seorang pengadil yang sentiasa dicemuh sebenarnya hakikat yang perlu diterima oleh seorang yang bernama pengadil. Pasukan menang atau kalah tetap dipersalahkan. kritiklah selagi anda boleh kritik, apapun gaji aku tetap masuk.

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        kepada yaobscout,terimalah kenyataan,bahawa mutu pengadilan kini amat teruk.kalau di dalam saingan piala dunia selalu dicemuh inikan pula di dalam Malaysia.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. doyan

          Kebiasaannya apa yang pengadil dan penjaga garisan nampak dan penonton dalam stadium atau yang tengok siaran langsung lain-lain.tak percaya tengok kes England vs German.Aksi-aksi Khairul Anuar Baharum tuh dah biasa dia buat.dia juga biasa mendapat kad merah.rasa aku ler kalo kat liga luar malaysia,dia pasti akan senasib seperti fransesco Totti

          Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.