TM Liga Super - Perak Vs Kuala Lumpur (review)
July 27th, 2010 by webmaster

Rabu 28 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perlawanan TM Liga Super 2010 ke 24 bagi pasukan Perak adalah menentang pasukan Kuala Lumpur di Ipoh malam esok. Pertemuan pertama di Cheras pada 24 April 2010 berakhir dengan Perak tewas kepada tuan rumah dengan keputusan 2 - 1.
Gol tunggal Perak pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Nazri Kamal pada lewat permainan. Pada perlawanan ini juga Shahrizal Saad telah dimasukkan sebagai pemain gantian namun keluar beberapa minit kemudian kerana mengalami kecederaan.
Perak pada 3 perlawanan terakhir telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan bermula dengan menewaskan Selangor di Ipoh selain mencatatkan keputusan seri sewaktu di tempat lawan menentang pasukan T-Team dan Negeri Sembilan.
Raja Azlan Shah ketika dihubungi cukup optimis tentang peluang skuad kendaliannya menewaskan pasukan Kuala Lumpur malam esok. “Kita perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini untuk menjarakkan diri dari 2 tempat terakhir liga” ujarnya.
Secara matematik, Perak memerlukan sekurang-kurangnya 2 mata untuk menutup terus peluang pasukan ke 13 liga super, Johor dari memintas kedudukan Perak sekarang. Tugas berat untuk pasukan Johor ialah perlu menang kesemua baki 3 perlawanan sambil mengharapkan pasukan Perak turut tewas pada baki perlawanan yang ada.
Jadual perlawanan Liga Super - 27 Julai 2010
Perlis 2 - 4 Terengganu
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Jadual perlawanan Liga Super - 28 Julai 2010
Johor vs Johor FC
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
Kedah vs Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Kelantan vs Plus FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
T-Team vs Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs Kuala Lumpur (result)
- TM Liga Super - Kuala Lumpur Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Negeri Sembilan Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Negeri Sembilan Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Kuala Lumpur Vs Perak (result)
6 Responses to “TM Liga Super - Perak Vs Kuala Lumpur (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Insyaallah kita akan mencapai kemenangan malam ini. Dengan usaha yang gigih dan prestasi semasa kita mampu memungut 3 mata penuh. Yang hairan kenapa skuad bawah 23 malaysia pemain perak tidak terpilih. saya rasa Kamarul efendi layak jadi keeper malaysia. mungkin ada birokrasi agaknya.
July 27th, 2010 at 3:23 pm
Gamenya esok yob, bukan hari ni !!!
Kamarul tuh baru je baik dari injured, takkan ler nak diambik Rajagobal dengan kadar segera pulak. Duduk dalam kem kebangsaan tak sama dengan dalam pasukan negeri. Rajagobal tau le sape dia nak pilih, selagi dia pimpin dengan baik pasukan kebangsaan, tak perlu le kita nak pertikai sangat tugasan dia nun.
Dalam skuad kebangsaan sekarang “DISPLIN” tu perkara POKOK !!!, kalau pemain tu takde displin, suka merungut, suka merampus, malas-malas, jangan harap le nak dapat main kebangsaan. Tetambah kalau player yang buat muka ‘tak puas hati’ pasal kena lanyak masa traning, heh..say good bye ler.
teman bajet Perak menang tipis kalau menanglah…sebab susah nak predict kalau memikirkan ketumpulan barisan serangan yang dialami Perak tahun ini…lebuh teruk daripada season lepas….
salam…
Walaupun pemain pemain masih belum menerima gaji yang tertunggak hampir 2 bulan setelah pemergiannya DS Nizar dari persada sukan terutama di dalam PAFA, kemenangan harus dikecapi,bukikan kepada pengurusan bahawa anda sedang bermain untuk penyokong yang setia bersama pasukan.
Kepada penyokong penyokong diluar sana yang rasa sayangkan pasukan ayuh,kita gegarkan stadium Ipoh dalam masa sama kita membantu pengurusan yang ada sekarang ini membayar gaji pemain pemain,mereka kini hanya mengharapkan wang kita dan kerajaan.
July 28th, 2010 at 9:14 am
satu situasi yang gawat bagi para pemain…kepada mereka yang dahulunya beriya-iya untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam pengurusan bola sepak…apa lagi ditunggu….inilah masanya…
Dahulunya bukan main hebat menekan untuk minta Dato Seri Nizar letak jawatan….sekarang diam sahaja…
katanya dah dibayar gaji sebulan dulu…alhamdulillah.semoga perak beroleh kemenangan penting malam ini.kalau menang dapat memintas kedudukan beberapa pasukan