feed rss2

TM Liga Super 2009

Rabu 28 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 - 1 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1 gol pada perlawanan ke 24 TM Liga Super 2010 menentang tuan rumah Perak di Ipoh malam tadi. Walaupun tewas, penyokong skuad seladang tidak sewajarnya bersedih kerana masih ada khabar gembira menanti.

Terima kasih kepada pasukan Johor FC atas kemenangan menewaskan tetangga mereka Johor dengan keputusan 5 - 0. Dengan keputusan tersebut, pasukan Johor tidak mampu lagi memintas pasukan Perak walau apa jua keputusan yang dicatatkan kelak.

Berita ini juga menandakan bahawa pasukan Perak akan layak secara merit untuk perlawanan Piala Malaysia yang dijangkakan selepas Hari Raya Aidilfitri termasuk kekal di dalam Liga Super 2011 jika tiada sebarang perubahan format pertandingan oleh FAM.

Perlawanan pada separuh masa pertama boleh dikatakan agak lesu buat kedua-dua pasukan namun pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke 36 melalui tandukan See Kok Luen berpunca dari sepakan sudut.

Pada separuh masa kedua, Perak sewajarnya berjaya menyamakan kedudukan apabila Nazri Kamal dibentes di dalam kotak penalti Kuala Lumpur pada minit ke 48. Beliau yang mengambil sendiri sepakan penalti tersebut, gagal untuk menghasilkan gol setelah bola tendangannya ditampan oleh penjaga gol lawan dan percubaan susulan beliau juga turut keluar.

Selepas itu Perak lebih banyak menyerang dengan beberapa percubaan merbahaya namun benteng pertahanan Kuala Lumpur masih mampu bertahan sehingga wisel penamat ditiup.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Arif Ismail
Thevaggaran
Syazwan
Wan Azwari
Shafuan - 1
Nanthakumar
Isma Alif
Hafiz Rahman - 2
Nazri Kamal
Shahrizal

Pertukaran:

Fauzzi Kassim - 1
Nurridzuan Hassan  - 2

Keputusan perlawanan Liga Super - 27 Julai 2010

Perlis 2 - 4 Terengganu
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Keputusan perlawanan Liga Super - 28 Julai 2010

Johor 0 - 5 Johor FC
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Kedah 3 - 0 Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 4 - 1 Plus FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pulau Pinang 0 - 3 Negeri Sembilan
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

T-Team 1 - 2 Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

7 Responses to “TM Liga Super - Perak Vs Kuala Lumpur (result)”

  1. on 29 Jul 2010 at 8:38 amipohtepeng

    tahniah pasukan perak dan terima kasih kepada johor fc, teruskan rentak kecemerlangan ini dalam saingan saingan piala malaysia kelak

  2. on 29 Jul 2010 at 11:32 amabgcho

    pada pendapat teman, sepertimana yang dinyatakan di atas, ia tertakluk kepada format FAM. Sekiranya tahun hadapan deme nak buat 10 team sahaja bertanding, memang sapan la kita…hope untuk 2 game akan datang dapat mengutip semaksima mungkin mata untuk elak dari sebarang kebarangkalian untuk tersingkir ke liga perdana….

  3. on 29 Jul 2010 at 12:03 pmsunrise

    salam…

    Walaupun tewas pasukan Perak sudah berada dikedudukan yang selamat dari tersingkir ke saingan liga perdana.

    Namun begitu yang menjadi tanda tanya kenapa 4 minit terakhir iaitu dimasa tambahan baru pemain pemain menunjukkan satu kualiti permainan yang menakjubkan,kenapa tidak diawal permainan.

    Apa apapun diharapkan pemain pemain kembalilah ke arah kemuncak demi mendapatkan mata agar penyokong penyokong tidak bosan untuk menyokong.

    razlan Reply:

    Tak tentu lagi Yob, kalau FAM tukar lagi format, 3 pasukan liga super turun, tiga pasukan liga premier naik, tak haru

  4. on 29 Jul 2010 at 5:07 pmdoyan

    mungkin ini bahana bila terlalu kerap cuti.momentum peningkatan merudum balik.

  5. on 30 Jul 2010 at 11:16 amwan

    salam.diaorang ni suka tengok perak masuk liga perdana.kedudukan tak selamat lagi.tingkatkan persembahan lagi

  6. on 30 Jul 2010 at 11:46 amseansan

    Andai kata nak komen berkenaan perlawanan, dari awal musim, permasalahannya tetap sama. Tapi syabas pada jurulatih kerana berani mempertaruhkan pemain muda dari skuad piala presiden. Penyerang muda ini lebih meyakinkan untuk menyimpan bola lebih lama dan berani meloloskan diri untuk ke dalam kotak penalti pasukan lawan sebelum cuba untuk membuat hantaran atau rembatan. Corak permainan beliau amat berbeza dengan pemain lain, dan saya sebagai penyokong tidak puas melihat corak permainan beliau yang masuk 10 - 15 minit sebelum wisel penamat ditiup. Berbaki 2 perlawanan yang kurang tekanan ini, diharap beliau dapat diturunkan lagi berbanding penyerang lain yang selalu diturunkan namun tiada penyudah yang baik. Berikanlah juga pemain pemain-pemain muda perak yang lain menimba pengalaman dan pengajaran sekurang-kurangnya bersedia untuk peringkat Piala Malaysia kelak.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

UA-2755250-1[Valid CCL]